Ahad, 7 Januari 2024

Day 10: UMRAH

Hari ni merupakan hari terakhir kami di bumi Haramain. Rasa sedih dan sayu pula sebab nak balik dah. Kami memang dah tekad kalau ada kesempatan lagi insyallah kami akan datang semula ke sini. Kami akan naik bas bertolak ke airport Jeddah tengah malam ni walaupun flight kami pukul 8.00 pagi esoknya. Makna kata memang hari ni last day la kami di sini.


Disebabkan hari ni hari terakhir, kami cadang nak merayap sekitar kawasan masjidil haram dan sekitar kawasan hotel dan shopping duit-duit riyal yang ada. Memang menjadi kebiasaan kalau kami ke luar negara, kami akan shopping pada hari terakhir sebab shopping ikut baki duit yang ada.


Pagi ni rasa sayu ketika melangkah kaki ke masjidil Haram kerana ini subuh kami terakhir sebelum kami nak berangkat pulang ke Malaysia, tah bila lagi Allah akan menjemput kami kembali lagi ke sini huhuhu sedih sangat…..sensitif sangat hari ni tau. Pagi ni saya ke masjid berdua dengan mr.soulmate. Sampai je kat masjid, saya bagitau mr.soulmate kalau boleh saya nak solat kat bahagian depan-depan kaabah tapi malangnya pagi ni depa tak buka ruang solat untuk wanita di hadapan kaabah.

Saya masih tak berputus asa, saya ke tingkat 1 pula nampak view kaabah lagi tapi kawasan tu merupakan kawasan tawaf. Selalunya bila azan, kawasan tawaf tu akan dibuka untuk solat tapi sebelum dia nak buka untuk solat tu, kita tak boleh berada di sini, kita kena lingering around jalan ke kiri dan ke kanan je asalkan jangan duduk setempat. Kalau pengawal nampak kita berhenti, dia akan marah suruh kita jalan.

Dalam dok lingering around tu, saya nampak ‘makcik Malaysia subuh’, makcik yang saya jumpa sebelum ni waktu 
subuh juga dan dia seperti sebelum ni masih berseorangan tanpa ada waris untuk menemaninya. Saya tegur dia, dia pun masih cam saya. Rupanya dia pun sama macam saya juga nak solat kat kawasan tawaf tingkat 1 tu. Bayangkan beribu-ribu orang kat sini macam mana Allah takdirkan kami bertemu semula tanpa berjanji pun nak jumpa. Cerita dia ada dalam post sini.

Kami pun sama-sama jalan ke kanan kemudian pusing jalan ke kiri pelan-pelan asalkan tak berhenti setempat, hehehe punya trick nak duduk kawasan tu juga. Dia dengan bertongkat nak jalan pun tak larat ke kiri ke kanan dengan kami sama. Akhirnya kawasan kami dikepung dan kami bolehla solat di situ, Alhamdulillah trick kami nak solat nampak kaabah akhirnya berjaya juga.

Habis je solat, kami keluar bersama-sama sambil saya tuntun dia jalan. Dia kata tak payahla nak pegang dia, dia larat lagi nak jalan tapi sebenarnya tangan dia yang cengkam kuat pegang tangan saya hehehe…….

Saya cakap harini last subuh kami kat sini, mata dia pun bergenang ayaq mata sebab tak tau bila lagi kami akan jumpa, tapi kami ambil no telefon masing-masing.

Masa nak keluar masjid ada orang buat kenduri makanan bentuk bebola macam protein ball rasanya sebab ada rasa kurma, kacang dan apa lagi tak pasti tapi sebiji rasa macam protein ball. Rasa sedap juga dan mengenyangkan.

Balik dari masjid lepas breakfast, saya naik bilik, salin baju nak shopping mudah sikit nak bergerak hehehe. Anak makcik pun tukar duit kat saya sebab duit riyal depa dah habis. Kebetulan duit riyal kami masih banyak sebab kami tak start shopping lagi. Sebelum ni pun shopping sikit-sikit buah kurma kat Madinah jela. Destinasi pertama kami ialah nak meronda mall depan Masjidil Haram. Dok kat sini sampai hari ke-10 tapi tak pernah masuk lagi mall ni walaupun dia berada betul-betul bersambung dengan dataran masjidil Haram.

Niat saya nak beli souvenir untuk kawan-kawan dan saudara mara. Saya aim nak beli souvenir untuk perempuan nak cari tasbih bentuk gelang sebab sepanjang saya di sini, saya pakai gelang tasbih ni dan saya boleh berzikir di mana-mana saja kira dengan tasbih gelang tu. Tasbih gelang ni juga mudah sebab dok tergantung kat tangan dan bila nak berzikir cuma tarik tali dia buka ja.

Souvenir untuk lelaki saya nak beli sejadah Syria kat pakcik Afganistan belakang hotel.

Dalam mall ni lenggang ja, tak ramai pengunjung pun. Kami pun mengira tiles mall dari setingkat sampaila ke tingkat atas sekali ada foodcourt. Beli doner kebab Istanbul sebab rindu doner Istanbul tapi rasa tak sama macam kat Istanbul. Turun balik, kami mula masuk kedai-kedai souvenir. Saya beli tempat bakoor guna elektrik dan pewangi bakoor bau rose dan bau bunga-bungaan. Saya suka bau bakoor ni sejak di masjid nabawi lagi bila sebelum masuk waktu solat fardhu, depa akan bawa bakoor ni dari pintu belakang sampai ke depan untuk perasap wangi masjid. Bakoor ni kalau kat sini orang panggil kayu gharu tapi bau dia tak sama la, ni gharu versi wangi punya bukan gharu tok bomoh atau gharu tokong Budha.



Selepas ronda dalam Mall, kami balik semula ke kawasan hotel sambung shopping sejadah, kacang dan coklat timbang yang lebih murah berbanding di kawasan masjidil Haram. Sebelum ni kan kami dah survey harga dan kami dah tau kat tempat mana harga lebih murah. Dah habis kami shopping, kami balik semula ke hotel bersiap awal ke Masjid. Memang sengaja nak ke masjid lebih awal sebab kami nak buat tawaf sunat lagi sebelum waktu zohor dengan harapan boleh solat zohor depan kaabah.

Kami melangkah laju je ke arah dataran tawaf. Dataran tawaf rupanya dah nak tutup. Pengawal yang jaga tu tegur kami, dia tanya kawasan ni dah tutup dan kena pi kat belakang untuk solat tapi yang hairannya dia terus cakap bahasa melayu dengan fasihnya dengan kami padahal muka dia dan saiz badan dia macam orang arab. Orang Arab kat Mekah dan Madinah samada Pengawal dan Peniaga memang fasih cakap melayu sebab setiap hari memang depa banyak berkomunikasi dengan orang Malaysia dan Indonesia agaknya. Ataupun dia orang Pattani. Kemudian kami cakap kami nak buat tawaf sunat sebelum solat zohor. Dia senyum dan bagi kami masuk, Alhamdulillah syukur. Allah...baiknya dia.


Harini pun panas terik juga sebab tak nampak awan langsung, cahaya matahari memang direct atas kepala tapi syukur sebab masih musim sejuk. Kami terus masuk tawaf dan selesai tawaf sunat sebelum azan zohor. Saya dan mr.soulmate terus masuk solat sunat tawaf di ruangan solat depan kaabah.




Kebetulan kami dapat duduk sekali. Dia di hadapan saya. Bila ada orang minta saya gerak, saya tunjuk je mr.soulmate kat depan so kiranya saya tak boleh gerak ke mana-mana la. Habis zohor kami masuk ke ruangan yang teduh sikit dan kawasan paling sejuk tu kat kawasan denagn bukit safa. Kami solat dan mengaji di situ sampai masuk Asar. Kami pun dah habis shopping tak tau nak beli apa dah walaupun duit riyal banyak lagi, takpa nanti boleh guna lagi bila mai sekali lagi.


Kebiasaannya bila habis solat fardhu, pekerja ni akan berdiri beramai-ramai di laluan jemaah keluar dari masjid. Ada rezeki maka dapatlah sedekah dari jemaah yang lalu di situ. Yang bagusnya pekerja ni takde pun menghulur tangan dan memaksa jemaah. Kita patut berterima kasih pada mereka kerana sentiasa menjaga dan membersihkan Masjidil Haram tak kira waktu. Jadi kalau ke masjid tu bolehla bawa duit kecil sebagai sedekah kepada pekerja di sini selain bawa coklat untuk anak-anak kecik di ruangan solat wanita. Bukan dalam masjid saja tapi ada juga tukang sapu sampah di luar masjid juga. Bayangkan depa ni yang menguruskan sampah-sampah sepanjang jalan yang dilalui berjuta-juta manusia di sini. Kalau malam tengok jalan ni memang sampah banyak gila tapi bila time subuh, sampah ni clear, jalan bersih balik, depa nila yang bekerja keras sapu sampah di jalanan ni. Pernah sekali saya bagi kat pekerja yang sapu sampah ni 2, 3 orang tapi mai orang ke-4 duit pun dah habis tapi cuma ada coklat ja tapi sebab dia dah mai dekat bagi jela coklat pun, tak gamak nak kata takdak duit dah.

Selain tu jangan lupa pekerja vacuum carpet dan pekerja yang menguruskan air zam-zam. Saya lebih suka bagi kat pekerja wanita berbanding pekerja lelaki. Kat sini biasakan diri setiap solat fardhu bagi sedekah tak banyak pun tak asalkan bagi juga sikit, semoga pemberian yang ikhlas akan dapat ganjarannya nanti.

Sebelum dia tutup kawasan mataf, kami sekali lagi buat tawaf sunat sebelum Asar. Habis tawaf sekali lagi seperti waktu zohor tadi, Alhamdulillah saya berkesempatan untuk solat asar sekali lagi depan kaabah. Memang susah depa nak buka ruangan wanita solat depan kaabah ......bersambung.....


Memang susah depa nak buka ruangan wanita solat depan kaabah dan kebanyakkan kawan-kawan saya dan ustazah pun bagitau tak dak ruang untuk wanita di depan kaabah. Kalau ada wanita yang duduk depan kaabah selalunya akan kena halau. Alhamdulillah masa kami ke sana, pengawal buka juga ruang solat untuk wanita tapi bukan sepanjang masa la. Macam pagi tadi, subuh depa tutup untuk wanita tapi buka pula untuk zohor dan Asar. Kemudian depa tutup lagi untuk maghrib dan Isya.


Bila waktu nak masuk Maghrib, pengawal mula mulakan kerja-kerja menghalau Jemaah wanita di situ untuk masuk ke dalam. Dalam hati rasa sayunya, sedih…nak tengok kaabah lagi tapi nak buat macam mana.

Saya keseorangan pun masuk dalam ruang solat wanita di dalam. Saya letak bag saya dalam saf sebab kat depan saya ada tong air zam-zam, saya nak minum air zam-zam dulu kat depan ni. Habis minum, saya kalih belakang tengok bag saya hilang. Dalam bag saya cuma takdak apa pun cuma ada botol wuduk, wet tisu, tuala kecil dan quran. Saya pi kat situ tanya orang “where’s my bag? Do you see blue bag?” sambil dok buat gelabah bewak tanya orang kiri kanan. Ada mak arab pakai tutup litup tak nampak muka 2 orang dok berdiri kat tempat saya tadi tu. Saya tengok ada bag saya kat kaki depa tapi depa dah tendang bag saya kebelakang depa sebab depa nak ambil tempat saya tu. Saya terus capai bag saya sambil cakap “this is my bag” dan terus duduk ja kat situ. Rasa lega dah jumpa bag dan duduk semula dalam saf.

Ingat dah selesai la kan sebab saya dah jumpa bag saya dan duduk semula tempat saya tu. Rupanya mak Arab 2 beranak ni tak puas hati kat saya. Alamak….saya tak bermaksud nak cari pasal dengan sapa-sapa pun cuma tadi gelabah bewak jap sebab bag hilang sekelip mata. Depa 2 orang masih di belakang saya dan depa suruh saya buka jalan depa nak lalu. Masa tu saya dok tengah mengaji quran dah dan saya pun angkat riba sebelah bagi laluan la kan orang nak lalu. Mak Arab ni tekan kepala saya, ingatkan dia tak stabil nak jalan dia pegang kepala saya ni buat tongkat tapi rupa-rupanya dia tonyoh terus kepala saya sebab dia marah saya ambil tempat dia ni. Saya sampai tersenguk sampai ke kanan ke arah 
orang sebelah kanan ni. 

Saya terus kata “Ya Allah….ya Allah…Allahhuakbar….”. Tak cukup dengan Mak Arab ni tonyoh kepala saya, anak dia yang saya kira belasan tahun ni pula turn dia nak tonyoh kepala saya ke lantai. Masyallah ujian apakah ini di saat saya keseorangan di hadapan kaabah pula tu. Tapi saya bersikap mendiamkan diri saja dan teruskan mengaji quran sebab saya dah mula bergenang air mata berjujuran turun membasahi pipi dan telekung dah.

Orang kat situ pula yang marah kat depa sebab tonyoh kepala saya macam tu sekali. Kita nampak ja depa Mak Arab dan anak dia pakai purdah nampak mata ja tapi kita tak tau hati depa ni sejenis keturunan Abu Jahal ka sampai macam ni sekali. Geram sangat rasa macam nak bangun bagi penampar kat dua-dua ni sebab saya tau saya ni kalau kat Malaysia boleh bertindak sedemikian, tapi saya berusaha pujuk hati saya, sabar la sabar la….Allah sayang dia nak bagi ujian hari terakhir di sini…sabar la….saya pujuk diri saya sendiri sampai menangis teresak-esak sambil baca quran. Allah nak bagi ujian minta bersabar dan saya cuma mampu menangis lagi sorang-sorang sebab masa tu solat sorang diri kat kawasan wanita. Rasa kalau ada kawan tak la rasa sedih sangat. Ini kita sorang-sorang kena macam tu, tahla rasa sedih sungguhla. Mungkin Allah nak saya mengadu rasa sedih sungguh kat Allah sebelum berangkat pulang.

Habis maghrib, saya terus call mr.soulmate. Cadangnya tadi kami akan stay tempat yang sama dari maghrib sampai ke Isya tapi disebabkan bala yang berlaku tadi, saya nak cari orang terdekat dengan saya untuk cerita eksiden yang berlaku tadi juga dan saya kena keluar dari tempat tu. Jumpa mr.soulmate menangis lagi. Saya menangis ni sebab geram dan marah tapi saya paksa diri saya jadi sabar jangan melawan. Sebab tu saya menangis sangat tu dan rasa lega sebab dah jumpa mr.soulmate penceria saya di kala kesedihan.


Muka baru sudah menangis tapi dipujuk mr.soulmate.

Akhirnya saya kembali ceria seperi biasa.

Sementara tunggu Isya, kami ke tingkat 1 kat kawasan tawaf tingkat 1 untuk tengok kaabah sekali lagi. Tengokla puas-puas kaabah sebab tak tau adakah ini kali terakhir saya tengok kaabah. Adakah saya masih diberi kesempatan tengok kaabah lagi untuk tawaf wadak? dan adakah saya akan dijemput lagi ke sini selepas ni? Adakah wabak carona ni akan reda semula dan saya boleh datang lagi sambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri bulan May tahun ni, waalahhulam….kita boleh merancang tapi Allah sebaik-baik perancangan

Kami pi sekali lagi di kawasan bukit Safa untuk solat Isya di situ. Kawasan kaki bukit Safa ni salah satu tempat favourite saya 
sebab kawasan ni lebih tenang dan sejuk. Saya dan mr.soulmate mengaji sama-sama di sini sesambil bagi coklat kat budak-budak kat sini. Habis isya, kami masuk lagi mall kat depan ni. Saya cadang nak beli kebab pula kat sini. Sebab tadi rasa doner Istanbul tak rasa macam kat Istanbul kot-kot kebab rasa sama macam kat Istanbul pula.


Masa turun ke bawah ni ramai orang-orang miskin duduk menanti makanan orang nak sedekah kat depa. Depa dok tengok ja plastic makanan kami beli ni. Rasa tak sampai hati, kami pi kat kaunter nasi tu beli ais krim sekali lagi dan sedekah duit untuk makanan orang miskin kat sini. Kat kaunter tu pun dah disediakan tong duit untuk orang sedekah makanan. Kita letak duit dalam tu dan depa akan bagi makanan kat orang-orang miskin kat luar ni.

Sampai ke hotel, kami ke tingkat M untuk makan kebab dan makan malam terakhir yang disediakan pihak hotel di sini. Mr.soulmate dan saya bawa turun semua makanan dan jajan kami yang lebih untuk sedekah di sini. Nampaknya megi Asam Laksa yang kami sedekah kat sini dapat sambutan hangat sekali hehehe…orang punya serbu macam 10 tahun tak jumpa megi Asam Laksa. Agaknya semua orang rindu nak makan laksa kot sebab kat sini tak jumpa orang jual laksa.

Jam 9.30 malam kami kena turunkan beg di lobi. Sebelum bawak turun kami timbang beg dulu, takut terlebih muatan. Karang tak pasal kena extra charge kat airport. Kami memang kalau travel selalu bawa penimbang bag. Alhamdulillah bag kami cukup-cukup 30 kg. Kena semak dengan flight yang kita naik sebab semua flight tak sama muatan beg yang boleh dibawa. Untuk Oman Air, 2 beg boleh letak kat kargo dan jumlah berat maksimum 30kg. Untuk bawa naik atas flight hanya 1 beg maksimum 7kg. Kalau terlebih muatan kena charge RM95.00/kg. Air zam-zam pulak sorang boleh bawa 5 liter. Kami pun sesuaikan berat beg masing-masing. Yang terlebih berat boleh la tumpang masuk kat beg lain yang ringan.

Pukul 10.00 malam semua Jemaah group kami akan berkumpul di lobi untuk melaksanakan tawaf wadak bersama-sama. Saya tak ikut serta tawaf wadak cuma tido dalam bilik saja. Alhamdulillah saya dah niat bersyarat 



...bersambung....

Tiada ulasan: