Klik sini

Rabu, 21 Mac 2018

Day 2, Sonamarg Kashmir #azamfirdaussummerkashmir

Best Blogger Tips
Entry sebelum ni 
Hari ni semua orang bersemangat nak pi Sonamarg yang dikatakan salah satu syurga dunia, juga menjadi lokasi pengembaraan filem Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan.

Memandangkan beza masa di India ialah 3 jam lebih lewat dari Malaysia, maka kami semua bangun awal. kalau janji nak gerak pukul 7 pagi, kami rasa masa tu dah pukul 10 pagi la waktu Malaysia.

Semua muka excited sangat tu. Ada yang nak buat video klip hindustan, ada yang nak buat tarian zumba dan macam-macam lagi la.

Sepanjang perjalanan kami ke Sonamarg, apa yang saya perhati keadaan muka bumi dan kenderaannya tak jauh beza pun dari Malaysia. Saya rasa seolah-olah berada kat  jalanraya di Sik Kedah je.



Pemandangan berkabus dan gunung ganang ni memang takdak beza seperti di Sik Kedah di waktu pagi. Malangnya ramai orang Malaysia taktau kewujudan Sik dan taktau kecantikan yang tersorok di Sik.

Ini pemandangan saya setiap pagi pergi kerja. Pejabat saya kat bawah awan sana nun. 

Bila jumpa sungai glacier tepi jalan wajiblah berhenti snap sekeping dua buat kenangan. Yang ni Malaysia kalahla sebab kat sini takdak glacier macam kat Kashmir.

Perjalanan kami tak boring langsung. Takda peluang pun nak tido sebab pemandangan kiri kanan cantik dan tenang je rasa.

Kuda merupakan kenderaan utama di Kashmir. Kalau kat sini kita nampak anak2 muda mudi merempit naik kapcai tapi kat Kashmir ni, anak2 muda mudi dia merempit naik kuda. 



Taktaula orang lain kan, tapi saya dan mr.soulmate ni bila travel suka nak berkenalan dengan warga tempatan. Kalau boleh nak dok sekali kat rumah diorang dan belajar budaya mereka. Sebab tu malas sikit nak ikut pakej ni sebab kebebasan nak bersosial dengan local agak terbatas. Tengok baju2 diorang pun buat saya rasa nak beli baju macam tu dan pakai juga kat sana. Tudung pun nak pakai selendang juga. Next time la kan cari host kat sana best sikit. Itulah beza antara pengembara dan pelancong. Kami lebih suka anggap diri kami sebagai pengembara dan bukan pelancong semata-mata.

Nak ke Sonamarg ni, kami kena lalui jalan yang sama nak ke Leh dan Diskit. Jalan ni antara jalan merbahaya nak lalu dan ia juga ditutup semasa musim salji. Maka diorang akan terputus hubungan dengan orang di Leh dan Diskit masa musim sejuk sebab salji tebal akan tutup jalan-jalan di sini.

Kami berhenti di tepi jalan ni untuk ke toilet dan beli apa-apa jajan yang dijual kat sini sebelum kami nak teruskan perjalanan.


Kami pun sempat lagi nak selfie kat tepi jalan tapi ada gak photo bomb.


View kat toilet pun lawa kan. Sempat lagi nak berposing kat sini.

Kami pun posing ala-ala videoklip hindustan jugala.

Kemudian kami meneruskan perjalanan dan jumpa spot menarik pula untuk picnic. Glacier yang deras arusnya memang memukau pandangan.

Makan roti dengan telur rebus pun sedap sangat dah.

Sebelum tinggalkan tempat ni harusnya ambil gambar muka buku.

Dah masuk kawasan Sonamarg ni, tiada kata-katalah nak diucapkan maka layan jela gambar-gambar di bawah ni.








































































Kami singgah makan tengahari di suatu tempat tak tau di mana tapi memang sedap gila makan kambing ball, ayam ball kuah kari dan kurma dan nasi dan cutni. Pastu tokey kedai menambah-nambah lagi makanan kat kami dan kesudahannya kami makan tak habis pun sebab kenyang gila. Kami sempatla berswafoto dengan tokey dan anak tokey. 

Kemudian kami meneruskan kembali perjalanan pulang ke boathouse.



Kami disambut oleh abag Yusof tak salah namanya Fayas. Dia pun sediakan dinner kat kami pula.

End day 2.

.......to be continued

4 ulasan:

Juls Julie80 berkata...

percutian macam ni la paling best..sbb lebih kepada jadi pengembara.. seronok jer tengok gambar2 ni,.nak pergi sendiri tu entah biler..

btw, gambar cantik2 semua..sis guna camera ape ekk..? tengah survey cam plak skrg ni..gmbr kalo amek guna hp, cpt lak baterinyer abis.. :)

Noor Hafirdaus berkata...

Kashmir cantik kena dengan panggilan mini swiss di asia. Kamera kami campur-campur, kalau wide angle tu guna go pro, kalau color terang sikit tu guna iphone, olympus tg4, dlsr dan hp. Sebabnya kami semua ambil gambar guna kamera masing-masing dan hari last tu kami kumpul ambil semua gambar sekali.

Sakura Lina berkata...

Group kami pergi selepas group akak. Guna khidmat Issey jugak. Macam2 hal jadi. Kami sampai stranded kat airport hampir 10 jam sebab last minute baru Issey bagi tahu tiket nak ke Srinagar xde. First time merasa jadi gelandangan kat airport. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.

شركة المثالية berkata...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر