Selasa, 13 Mac 2018

Day 1, Part 2: Srinagar, Kashmir #azamfirdaussummerkashmir

Entry sebelum ni 

Tempat pertama kami tuju ialah Pari Mahal Garden. Bayaran masuk ke sini dah termasuk dengan harga pakej. 
Masuk je dalam ni kami terus di approach oleh beberapa penjual yang menyewakan pakaian Kashmiri untuk diperagakan di sini. Murah je dalam RM7 rasanya sewa pakaian sekali kelengkapan prop semua.




Tapi dah kenapa saya tak nak sewa pakaian di sini? sebab saya nak jimat duit. Saya kena fikir untuk belanja 2 orang, yang lain-lain takpa fikir belanja memasing diri sendiri je. Sewa pakaian ni tak termasuk dalam budget saya, nampak tak betapa cheapskate nya saya ni. Kena cheapskate la kan sebab India ni negara ke-6 saya jejak dalam tahun ni saja, 2 bulan nak terbang ke Australia pula. Mau tak rabak poket lagu ni. Kerja gaji gred 19 je pun bukan gred 54 agak-agakla kan. 

Sebab tu saya dah plan nak pakai pakaian ala-ala India juga kat sini. Kalau tak sewa pakaian kat sini pun takpa sebab pakaian saya pun nampak macam pakaian Kashmir juga. Nampak tak perancangan yang saya atur tu hehehe. Ini lah last saya pakai baju ni sebab, kemudian saya hadiahkan baju dan tudung ni kepada amma (chef yang masakkan breakfast dan dinner kami di boathouse). Memang saya kalau travel, saya akan tinggalkan baju2 saya di tempat tu sebab nak kurangkan berat bag. Selalunya berat baju tu akan diganti dengan berat sovenir pula.

Seterusnya layanla gambar-gambar yang dipetik mr.soulmate sepanjang saya berada di sini.







Ok dah puas kami merayap dalam ni, kami pun nak gerak ke destinasi seterusnya pula. Hari ni hari melawat garden je. Next garden pula kita......

Dalam beberapa km je maka sampailah kami ke Shalimar Bagh. Kat sini katanya ada mata air semulajadi. Tour guide kami suruh kami minum airnya tapi tak gamak pula nak minum sebab dok tengok orang lain dok rendam kaki dalam tu.

Landskap garden dan bangunan ni masih dijaga baik walaupun ia berusia beratus tahun. 


Kehadiran muka asing kami di sini tak jadi tumpuan ramai pun hahaha sebab kashmir ni dah ramai orang Malaysia sampai. Sebab tu saya suka melancong kat kawasan bukan tumpuan pelancong supaya sentiasa jadi tumpuan ramai dan penduduk setempat tertanya-tanya saya ni datang dari mana? bangsa apa? bahasa tak sama dll. Poyo tak saya?

Best tak ada sign terang-terang bagitau tress passing prohibited tapi ada orang siap baring lagi kat dalam tu. Next time kena tulis bahasa kashmir la kan, mungkin sign ni khas untuk pelancong je kot.

Saya tertarik dengan bunga-bunga di sini. Bunga hitam ni sangat menarik dan memukau mata.


Memandangkan kami datang masa musim panas, kepanasan di sini sama saja macam di Malaysia. Jalan sikit pun dahaga ya amatnya.


Kami jumpa street food yang famous dalam cerita Dangal lakonan Amir Khan. Akibat terpengaruh filem, kawan-kawan saya nak cuba rasa street food pula tapi saya dan mr.soulmate tak berani nak cuba sebab kami memang jaga perut kalau travel. Kami takut nak makan sebarangan dan taktau kebersihannya boleh menjejaskan kesihatan dan aktiviti kami nanti. Dan akibatnya hari terakhir kat sini semua depa yang makan street food cirit birit teruk dan demam. Alhamdulillah kami dua sihat sampai ke hari terakhir di sini. Saya akan makan street food kalau makanan ni disediakan panas2 terus dari atas api contohnya kebab atau nasi beriani ka yang dia masak depan mata kita kat situ juga.


Destinasi seterusnya ialah Munghal Garden.
Munghal Garden dibina pada tahun 1633 dan mempunyai 12 garden bertingkat.

Saya kemudian disapa oleh India dari Singapore yang fasih berbahasa melayu di sini. Rupanya dia ada sedara di kashmir. Memandangkan muka kami ni sangat Malaysia, senang orang cam kami dari mana tanpa perlu nak memperkenalkan diri dulu. 

Kat belakang tu pula family yang berpicnic di sini. Kat semua garden ada ja family yang datang picnic, seronok tengok. Bau masakan depa, beriani, kari semua sedapnya bau. Lagi sedap bau tu sebab kami tak lunch lagi dan perut pun terus berbunyi minta diisi.



Zura tengah bagi coklat kat kanak-kanak di sini. Memang sengaja saya bawa banyak coklat datang sini sebab utama bukan nak makan sangat tapi nak bagi coklat kalau sapa-sapa datang nak minta duit. Alasannya saya takdak duit tapi saya ada coklat, makanlah coklat saya ni dengan ikhlas hati. Kat garden ni walaupun takdak sapa nak minta duit tapi kami saja nak bagi coklat sebab ramai budak-budak kat sini. Seronok pula tengok kegembiraan depa bila dapat coklat. Hati kita bahagia bila tengok kegembiraan orang lain bukan.


Kami nak meneruskan perjalanan seterusnya iaitu nak makan tengahari la lapar sangat ni.

Ini rupa pintu masuk garden ni dari seberang jalan.

Garden ni memang bertentangan dengan tasik Dal. Kalau sapa-sapa nak naik chikara boleh singgah masuk garden ni sekali. Kat sini memang meriah dengan jualan peniaga sepanjang jalan.

Kat sini memang happening, ramai orang sangat. Bukan penjual saja tapi penduduk tempatan pun banyak lepak-lepak kat sini. 

Memang teringin nak makan street food tapi makanan dah siap masak pula. Kalau dia masak on the spot ok gak nak try.


Kashmiri roti, teringin nak rasa tapi takut sakit perut.


Sudahnya kami makan kat restoren outdoor macam ni. Best sangat rasa macam makan kat garden pula. Memang ada garden ganja kat sebelah ni pun. Banyak merimbun lahai pokok-pokok ganja kat sini.

Ganja kat sini depa buat ubat. Saya suka bentuk daunnya. Ini first time pegang daun ganja.
Kalau seludup balik Malaysia mau kena tahan kat airport silap2 dok dalam lokap.

Lunch kami yang super meriah ni. Ada nasi pilaf, lamb kebab, chicken tikka, chicken tandori. Kenyang dan puas hati sungguh kami makan. Ajak tour guide kami sekali makan tapi diorang kata takpa diorang makan makanan lain.


Lepas makan tour guide kami nak bawa kami ke next garden lagi. Kami kata cukuplah taknak dah masuk garden, penat gila dah ni. Dah 2 hari kami tak rehat dan tak tido. Badan dah lemau sangat dah ni.

Kami jumpa pengembala kambing di tengah-tengah jalan. Kambing yang bertanda ungu tu bakal nak disembelihkan untuk kenduri kahwin.

Teringin pula nak join sekali kenduri kahwin orang kat sini, macam mana ya. Bila suruh tour guide kami bawa kami ke majlis kahwin orang Kashmiri,diorang gelak je mungkin depa ingat kami bergurau agaknya tapi sebenarnya kami serius sangat ni. Nak belajar budaya di sini macam mana.

Sepanjang perjalanan ni kami nampak ada kedai-kedai yang jual baju-baju ni semua. Kami minta diorang stop sebab nak singgah beli tapi diorang kata nanti diorang nak bawa kemudian tapi sebenarnya diorang bawa kedai yang mahal. Next time kalau jumpa,berkeras juga suruh diorang berhenti sebab kedai-kedai tepi jalan ni jual baju jauh lebih murah dari tour guide bawa sebab diorang ada komisen juga.

Kami dok tengok tour guide ni macam tak berhasrat nak singgah ke masjid pun walaupun waktu asar dah masuk ni, maka kami berkeras nak solat dan minta diorang berhenti je kat mana-mana masjid. Maka kami pun singgahlah ke Hazratbal Shrine. Kat masjid ni rupanya ada rambut nabi Muhammad s.a.w. Wallahualam betul ke tak tapi memang kat tempat simpanan rambut tu diorang berdoa dan bersujud kat situ.

Burung merpati pun banyak kat sini, cantik sekali kalau nak buat photoshoot.



Tetiba ada seorang penduduk nak bergambar dengan kami. Katanya dia nak buat fb live dengan kami kat situ. Tapi tour guide kami panggil dia dan suruh dia pergi jauh dari kami. Kami pun tak tau kenapa.

Masa saya solat kat sini punya siksa nak cari tempat berwuduk. Kena menapak jauh ke belakang dengan berkaki ayam. Tanya orang diorang tak faham apa. Masa kami masuk solat, saya perasan diorang ada ikat tali kat tiang dan besi tingkap sambil berdoa sebiji macam dalam cerita mak Shahida doa cari Shahida tula.

Pastu sepanjang kami solat, pergerakan kami diperhatikan dan selesai solat ada sorang kakak ni datang menyapa dan anak dia jadi translator sebab dia tak pandai cakap english. Dia hairan kenapa kami solat nak pakai telekung bagai ni, awat tak solat macam tu je dedah kaki tangan semua. Kami bagitau kami kena tutup aurat nak solat ni dan macam nilah cara kami solat kat Malaysia. Dia pelik juga kenapa kami solat tak sujud atas batu karbala...ahaaa ini rupanya masjid syiah la. Bagi saya masjid semua sama saja nak solat dan bersujud kepada tuhan yang satu iaitu Allah.

Kami kemudian meneruskan perjalanan pulang ke houseboat.



Sampai je kat houseboat tetiba segar balik, rasa nak merayap lagi. Memandangkan bilik kami bukan bertaraf 5 bintang kan buat apa nak memerap dalam bilik ja, baik kami jalan tengok-tengok kawasan sekitar ni. Kami bagitau tour guide kami nak jalan sendiri-sendiri saja dia takyahlah ikut kami. Tapi dia berkeras nak ikut kami, katanya kawasan ni bahaya, penduduk kat sini tak suka orang luar. Serius ka? ini first time dengar. Kenapa sepanjang hari kami jumpa orang kashmiri semuanya peramah dan suka nak tegur kami je. Kami pun iyakan jela mungkin dia risau akan keselamatan kami semua dan dia rasa bertanggungjawab nak jaga kami sepanjang di sini. Tapi sebagai penggembara backpackers macam kami ni, rimas sikit kalau dikongkong. Kami suka cabaran dan suka nak menyelami budaya penduduk setempat.

Itulah tempat penginapan kami. Malam tu sebenarnya hujan lebat juga dan boat kami hanyut kat tengah sungai, jenuh diorang nak tambat balik boat.

Saya memang silau sikit dan selalu bergambar sambil tidur.


Ok end day 1. 
Esok kami akan menjelajah ke Sonamarg

..........to be continued

Tiada ulasan: