Ahad, 11 Jun 2017

Pre Kashmir #azamfirdaussummerkashmir

Assalamualaikum...


Sabhee paathakon ko namaste..... bermaksud hi pembaca semua.

Misi menjejaki kampung halaman Shahida dalam Bajrangi Bhaijaan. Demi ingin merasai sendiri suasana di kampung Shahida, trip ni membawa saya dan mr.soulmate ke Kashmir, Utara India di kaki banjaran Himalaya iaitu 4000m dari paras laut. 

Layan dulu gambar Kashmir dari google.







Memandangkan kami bakal ke tempat boleh tahan scamnya, kami decide nak ikut tour je. First time ni nak travel ikut tour guide je. So, takla busy saya nak plan iti, buat research dan booking hotel semua. Segalanya kami serah tour guide je yang buat. Memandangkan kami ni jenis travel budget semput, kami pilih tour yang paling bajet juga anjuran Scha dan Noh. Hopefully trip kali ni berjalan lancar hendaknya. Disebabkan harga tour ni bajet, so saya tak expect la nak dilayan bagaikan puteri raja. Mungkin lebih kurang macam cara kami travel backpackers juga kot. Di bawah ni maklumat mengenai pakej ni.


6D5N KASHMIR (VISA EXCLUDED) RM2450/PAX

PACKAGE INCLUDES :
- Return international flights KUL-DEL-KUL 
- Return domestic flights DEL-SXR-DEL
- Transportation 
- Accomodation (houseboat) 
- Entrance fee to mughal garden and pari mahal
- 5 x Breakfast 
- 5 x Dinner
- 2 x inflight meals
- tour guide


ITINERARY

DAY 1 
- Depart from KUL-DEL at 19:00PM
- Arrive at DEL at 22:00PM

DAY 2
- Depart from DEL-Srinagar 
- Arrive at Srinagar at 07:30am
- Check in Houseboat 
- Explore Srinagar (Pari Mahal, Mughal Garden, Dal lake)

DAY 3
- Full day tour to Sonamarg

DAY 4
- Full day tour to Pahalgam

Day 5
- Full day tour to Gulmarg

Day 6
- Free & Easy 
- Depart to DEL at 14:15pm
- Depart from DEL-KUL at 23:15PM



Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang kita perlu ketahui sebelum berangkat. Ini termasuk cuaca dan musim yang bakal kami terjah nanti, visa, penginapan di sana, makanan halal dan lain-lain. Di sini saya terangkan serba sedikit maklumat yang saya buat kajian sedikit untuk trip ni untuk perkongsian bersama pembaca sekalian.



VISA
Kami tetap kena uruskan sendiri visa India. Sedikit perkongsian mengenai visa India, kredit buat penulis BBM Chey Chen
India Tourist Visa di Penang!
Rakyat Malaysia dikehendaki mempunyai valid visa jika ingin ke India. Baru-baru ni Kerajaan India telah menaikkan fee visa (RM189 kepada RM456) dan menyebabkan berlaku kekalutan di pihak aku (lari bajet bhaiii). Alhamdulillah, akibat desakan orang ramai dan campur tangan kerajaan, harga lama dikekalkan.

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman bagaimana nak apply visa pelancong India. Untuk makluman, aku apply visa India ni di Penang, jadi mungkin ada beza sikit dengan tempat lain.
Aku jugak tak bertanggungjawab atas apa yang berlaku disebabkan perkongsian ini.

2. Pilih jenis visa (Regular Visa Application atau E-Visa)

3. Untuk Regular Visa, lepas isi borang online, hangpa kena ke India Visa Centre untuk menyerahkan dokumen dan proses biometrik.

4. Masuk maklumat yang diminta dalam borang tersebut (Sila save reference number yang diberi)

5. Maklumat penting untuk diberi perhatian ;
i) Visible ID Marks (Kalau dulu hang buas atau pernah kena tetak di dahi, tulis lah kesan parut tu)
ii) Applicant 's Contact Details (Kalau aku prefer ikut i/c lah)
iii) Type of Visa (Tourist)
iv) No of Entries (Multiple)
v) Place to be Visited (letak tempat yang hang nak pergi nanti tapi AWAS, jangan sesekali letak Kashmir sebab nak pi ke Kashmir kena ada special permit)
*untuk ini, ada yang letak Kashmir tapi lepas jugak visa. So, terpulang samada nak ikut atau tak step ni*
vi) Countries Visited in Last 10 years. Kalau tak ingat negara mana dah pernah pi, ikut saja dalam passport tu okay?
vii) Details of Two Reference (untuk yang ni, hang kena bagi nama/alamat/HP No di India dan Malaysia)

6) Sila semak particular sekali lagi sebelum submit.

7) Selepas siap submit form, print borang tersebut.

8) Sediakan dokumen berikut ;
i) Passport
ii) Borang Visa Application
iii) Tiket Flight
iv) Gambar Pemohon 2x2 inci background putih 2pcs
v) Salinan Kad Pengenalan
vi) Salinan Passport

9. Sila ke India Visa Centre yang terletak di area Chulia Street ( sederet dan selang beberapa kedai dengan Kapitan)

10) Pergi ke kaunter, nanti dia bagi sticker bernombor untuk giliran hang.

11) Duduk dan tunggu dia panggil nombor hang cara manual. Jangan tidur pulak!

12) Lepas dia panggil nombor hang, dia akan check form dan dokumen. Make sure di borang tu nanti, tandatangan hendaklah sama/sebijik/tepat/jitu/accurate seperti tandatangan di passport.

13) Part paling tak best, sila bayar duit visa! Aku kena bayar MYR189.

14) Dia akan suruh hang duduk balik dan tunggu orang biometrik panggil nama hang.

15) Orang biometrik akan panggil nama hang dan dia akan ambik gambar guna kamera komputer tu. Lepas tu kena scan 4 jari kiri dan kanan kemudian kedua ibu jari tangan.

16) Selesai urusan biometrik tu, dia akan bagi resit bayaran dan tarikh untuk collect visa tu. Normally 3 hari bekerja dah siap dan time collect di sebelah petang.

17) Okay, dah boleh balik.
Demikianlah perkongsian 17 Langkah membuat Visa India di Penang! Kalau ada tersalah informasi, minta tegur ya!
Selamat Mengembara!

Serba sedikit perkongsian dari group BBM Chey Chen

Cuaca, Musim dan Bulan
Kami akan pergi pada bulan July iaitu summer. Musim panas sekitar akhir May hingga Ogos. Ketika ini merupakan waktu puncak kedatangan pelancong asing yang datang ke sini. Sudah pastinya perbelanjaan kita akan sedikit mahal. Musim summer juga salji di pergunungan akan cair memenuhi sungai. Walaupun summer jangan risau sebab kita tetap akan nampak snow cap mountain. Musim ni juga akan menyebabkan paras air di Dal Lake akan meningkat. Kebanyakan penduduk India akan melancong ke Kashmir pada musim ni sebab suhu yang terlalu tinggi di bahagian tengah dan selatan India.


Perayaan
Pastikan tarikh yang kita menetap di sana ada perayaan apa. Musim kami di sana nanti akan ada perayaan  Shri Amarnathji Yatra yang berlangsung pada setiap tahun Julai - Ogos. Perayaan ni perarakan jalan kaki penganut Hindu ke Gua Shrine di selatan Kashmir.


Penginapan
Kami akan menetap di Boathouse di Dal Lake. Sepanjang di Srinagar dan Kashmir, kami akan tinggal di Gulshan Rose Houseboat yang terletak dalam 20-30 minit dari airport. Penginapan ini dikendali oleh Mr Yusof via WhatsApp @ +919797771228



Guna Travel Agen
Trip kami di Kashmir ni menggunakan travel agen iaitu Scha dan Noh. Mereka telah mengatur penginapan dan pengangkutan kami semasa di kashmir ni. Ini juga mungkin boleh mengurangkan kami terkena dengan scam di sana nanti sebab kami ada tour guide yang dah mahir dengan selok belok di Kashmir ni. Pening juga saya baca blog2 yang terkena scam pengangkutan di Kashmir, sebab diorang sampai sana baru nak cari pengangkutan dan kena tipu macam2 sampaikan ada yang sanggup burn tiket flight dan beli lain semata2 taknak bertembung dengan penipu2 tu di airport. Teruk kan.
Nota: Tidak semua tempat untuk dilawati boleh dilalui dengan pengangkutan awam terutamnya bas.

Makanan
Jangan bimbang dengan makanan di sana . Hampir 90% penduduk di Kashmir adalah beragama Islam dan sudah pastinya untuk mendapatkan makanan halal sangat mudah. Makanan di Kashmir sedikit berbeza dari makanan India, tidak terlalu pedas dan berempah. Yang paling penting kami harus memilih tempat makan yang benar-benar bersih.
Nanti kami nak try makan sate kambing dengan naan dan akar teratai goreng tepung.

Tempat yang ingin di lawati
Di Kashmir sudah pastinya harus melawati 4 daerah yang terkenal di sini.
Srinagar ( Ibu kota Kashmir ): Terkenal dengan Tasik Dal dan houseboat , Shikara ( perahu kecil ), Masjid-masjid lama ( Jamia Mosque, Kahnqah Of Shah Hamdan Mosque, Hazrat-Bal Mosque ), Chesma Shahi Garden, Pari Mahal Garden dan Botanical Garden.
Sonamarg: Terkenal dengan Trekking atau berkuda ke Thajiwas Glacier dan cuba papan luncur kayu ( sledge )
Gulmarg: Terkenal dengan tempat bermain ski pada musim salji dan Kereta kabel tertinggi di dunia untuk ke puncak “Kongdoori” Mountain.
Pahalgam: Terkenal dengan nama Mini Swiss untuk ke puncak Puncak “Baisaran Valley”

Untuk maklumat lebih lanjut boleh baca tips2 lain di sini.

Tiada ulasan: