Klik sini

Ahad, 3 Julai 2016

Day 9 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip (Tekapo Lake-Mt John-Christchurch-Akaroa)

Best Blogger Tips

Assalamualaikum.......

Bismillah....pembuka bicara.


Inilah rupanyaview Tasik Tekapo dari view bilik kami. Semalam sampai dah gelap gelita tak nampak apa-apa.

Pagi ni rasa macam nak golek2 atas katil dulu malas nak bangun keluar sebab penat semalam tak habis lagi. Tragedi semalam sukar dilupakan. Kami berdoa agak hari ni kami jumpa pelangi nan indah2 saja.


Dari balkoni bilik.



Selepas sarapan, kami singgah ke i-site nak tanya apa yang ada kat Tekapo ni. Nak tumpang wifi kononnya sebab nak booking siap2 bilik kat Christchurch. Malam ni kami akan menginap di sana tapi hampa sebab internet terlalu siput babi dan tak dapatla nak booking bilik untuk malam ni. FYI internet kat new zealand memang susah nak dapat. 

Doa kami dimakbulkan bila hari ni cuaca yang indah terang dan langit kebiruan dan view yang memukau pandangan. Hati kami riang ria bila cuaca cerah sebab dah tentu gambar-gambar yang bakal kami ambik sepanjang hari ni cantik dan tasik pun warna kebiruan ja.

Inilah hotel yang kami menginap semalam. Pagi ni barula nampak rupanya.


Inilah perjalanan kami untuk hari ni. Hopefully taklah sampai ke malam untuk destinasi akhir.

Kami pun singgah dulu main air, main itik, ambik gambar di tepi tasik Tekapo.







Kami jalan2 kat tepi tasik dulu dan kemudian kami ke Mount John iaitu earth&Sky window of universe. 

Dari pekan Tekapo kami lalu je church lama dan dog statue dan terus ke Mt John University Observatory.



Kami dikenakan caj sebanyak nzd5 seorang untuk naik ke sini. Boleh klik di sini untuk info lebih lanjut
Jalan nak ke puncak agak sempit.

Menggigil kami bila sampai ke puncak bukit ni sebab angin sejuk bukan main kuat menerpa muka. Walaupun sejuk gila tapi kami menahan diri sat sebab terkaku keindahan di sini. Layan gambar jela.








Disebabkan kesejukan melampau, kami masuk dalam Astro Cafe untuk minum kopi dulu. Lepas minum kopi sambung bergambar lagi. Kadang-kadang bila nampak view cantik macam ni, paksa diri tahan sejuk dulu sebab view lawa macam ni bukan boleh nampak selalu. Kat dalam cafe ni, kami sempat beli souvenir berupa stem poskad. Stem poskad ni pun selamat dah sampai Malaysia bersama poskad yang dibeli kat kampung Hobbit kat Matamata.



Abaikan kaki pelancong China yang suka menyibok kat belakang tu, tak pasal-pasal jadi photo bomb orang. Geram sungguh kat sini sebab pelancong China menyibok ganggu kami bergambar. Kami asyik lari ke tempat jauh dari diorang tapi diorang nak juga ikut kemana saja kami pi. Stress tahap macam nak luku kepala sorang-sorang.


Tasik kat bawah sana tu tempat saya dok main dengan itik tadi. Dari atas color tasik tu macam tu rupanya. 


Zoom sikit dah nampak hotel kami menginap semalam. Kami ni cuma guna camera henpon saja ni tapi disebabkan cahaya matahari yang terang, dapat hasilkan gambar yang cantik.




Kalau nampak gunung-gunung yang kami mengadap tu sebenarnya mt Cook semalam yang ada salji di puncaknya. Nampak macam dekat je tapi sebenarnya jauh juga tu.








Mohla kita turun balik bukit ni, sambung semula road trip ke Christchurch pula.







Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke Christchurch. Perasaan sedih pula mengenangkan trip kami bakal berakhir.


Kami sengaja ambil jalan jauh lagi taknak lalu ikut highway sebab saja nak melambatkan trip ni. Kami lalu di ladang lembu dan kambing dan tak tahan cantik sangat view lembu dok ragut rumput.

Cannot ignore la lembu tengah makan rumput, clear blue sky, mountains backdrop. Terpaksa parking jap keta tepi jalan snap sekeping dua. Tapi kejakunan lembu ni tengok kami lebih terserlah. Pakat2 berhenti makan dan berkumpul belakang kami tapi pagar besi belakang tu ada karan tau. So hati2 kalau nak dekat.


Memandangkan kami suka road trip kat laluan sebelah ladang-ladang, maka kami kena sentiasa pastikan laluan kami ni betul macam dalam map. GPS memang haram takleh nak percaya dah lani. Rasa macam nak baling gps kat tengah-tengah padang rumput je.

Map pula tak sama, contohnya map YHA ada tempat yang dia nyatakan dan ada yang tak nyatakan dalam map dia. Rujuk map holiday park pula, ada tempat yang ada dalam map ni takdak dalam YHA. Sebab tu saya buka je 2,3 map sekali gus sebab bila nampak signboard tepi jalan, kami dah tau kami ikut laluan mana sebenarnya. 



Tanda halaju 50km/j menandakan kami dah masuk kawasan perumahan ataupun kampung la.





View yang menarik harusla parking tepi jalan dulu.

Bila sampai di simpang, kami kaji lagi map nak ikut jalan mana tapi time ni kami nak ambil jalan yang paling jauh supaya lambat sampai ke Christchurch sebab terasa macam tak puas buat roadtrip ni.

Ini hentian ke-tak tau berapa kali dah. Nampak jalan lurus, haruslah buat catwalk kejap hehehe....

View ladang rumput dan lembu meragut rumput, sangat new zealand. View beginila trademark New Zealand. Nak dapatkan view lembu ni dok makan rumput tak kesampaian sebab lembu-lembu ni sibuk nak wefie juga. Kesudahannya, yang jauh-jauh tu pakat mai dekat pagar sebab nak berkenalan dengan kami la kot. Pagar ni kena hati-hati sama sebab ada karan.

Kalau orang cakap "buat apa pi jauh-jauh sampai New Zealand, kat Kundasang pun macam New Zealand dah". Saya nak tanya gak kat orang yang cakap tu "dah pernah sampai New Zealand ka nak samakan macam kat Kundasang?". Sebab saya pun pernah sampai ke Kundasang juga, dan sebenarnya Kundasang dan New Zealand jauh berbeza walaupun suasana kesamaan dalam 10% gitu. 

Maksud saya di sini walaupun kita tak suka travel jauh-jauh tapi takyahla keluarkan statement yang menyakitkan hati kat orang yang suka travel jauh-jauh. Masing-masing ada pendapat sendiri. Ada orang travel ke Kundasang dengan kos yang lebih tinggi dari New Zealand sebab dia travel cara orang kaya. Orang yang sampai New Zealand pula travel cara orang miskin dan sebab tu kos lebih rendah dari Kundasang.

Ok sambung road trip





Ini kali ke-2 kami sampai di Sungai Rakaia. Bila sampai sini menandakan kami dah nak masuk Christchurch dah. Hoho sedihnya....




Sampai di Christchurch kami memulakan pencarian motel. akhirnya kami pilih Kauri Motel dengan harga nzd145 semalam. Bilik ni lengkap dengan dapur dan jakuzi lagi, best boleh main buih.
Masa nak check-in owner motel nama Hallen bagi muffin coklat dan susu segar kat kami dua.

Kami cakap kat Hallen kami nak pi ke Akaroa dan dia terus buat muka terkejut kat kami. Kami tak pasti apakah di sebalik riak muka dia tu tapi satgi kami bakal tau hehehe....

Hallen kata ramai orang salah sebut 'Akaroa' ni. Sebut dengan bahasa melayu baku dan bukan dengan sebutan english ya iaitu "A Ka Ro A"

Kami letak bag dan solat kemudian kami bergerak ke Akaroa sementara sinar matahari masih ada. 
Inilah perjalanan yang kami bakal tempuhi. Dalam map pun terkejut dengan keadaan muka buminya dan apatah kami yang drive ke sana.


Buah aprikot dari Cromwell masih ada dan masih segar lagi.










Masa kami nak ke Akaroa kami selisih dengan banyak kenderaan yang keluar dari kawasan ni. Ok rupa2nya jalan ke sini sangat2 mencabar. Tengokla map dan muka bentuk muka buminya, paham2 jela.









Punyala jauh nak sampai sini sebab keadaan muka bumi yang tak sekata berbukit bukau dan jalan yang berbelok-belok.

Saya tak suka sangat kawasan sini sebab banyak gila anjing.




Balik dari Akaroa kami masak2 dulu sebab dah lapar gila. Hallen kata fish n chip kat Akaroa sedap tapi kami tak lalu nak masuk sebab ada juai bakon juga. Last2 kena balik masak sendiri la kat motel. 

Masa nak drive balik pula dah gelap gelita. Sekali lagi drive dalam kegelapan malam. Jalan-jalan di New Zealand ni memang takdak lampu jalan. Kalau tak selesa drive dalam kegelapan, nasihat saya eloklah drive waktu siang saja. Masa drive tu kalau nampak kenderaan yang bertentang, cepatla turunkan lampu tinggi sebab ada kes kakak ni drive malam dan tak turunkan lampu tinggi pastu kena saman sebab caj drive macam orang mabuk todi. Balik Malaysia dah pun, tapi kena bayarla saman dari syarikat kereta sewa tu. Kita kat Malaysia pun kalau drive malam janganla pasang lampu tinggi bila bertentang dengan kenderaan lain sebab lampu tinggi ni bukan saja silau orang lain tapi boleh mengundang bahaya juga. Jangan disebabkan keselesaan kita, kita tak fikir orang lain. Jadi berhati-hatila drive ye. Kat sini banyak signboard kempen "share the road". Kalau guna jalan raya kena fikir bukan kita sorang je kat atas jalan raya dan kenala hormat orang lain sama di atas jalan raya.














Lepas makan, kami keluar jalan kaki ambik angin malam terakhir di pulau selatan ni. Masa nak lintas jalan ke pasaraya park n save tetiba mai seorang perempuan dengan kusut masai dan gigi ronggok mai cakap "can you help me?" pastu bila dia nampak penampilan saya bertudung ni, dia pun blah. Ok risau juga time ni nasib baik ada mr.soulmate kat sebelah. Dari segi penampilannya, nampak macam jungki. 


Expenses
Petrol =nzd40
Kauri Motel = nzd145
TOTAL = NZD185

.......to be continued

 kiwi road trip


One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.

Tiada ulasan: