Selasa, 5 Julai 2016

Day 11 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip (Auckland)

Assalamualaikum.......

Bismillah....pembuka bicara.

Pagi ni kami breakfast banyak juga sebab banyak lagi stok makanan kami. Memandangkan banyak lagi bekalan makanan kami, maka kami tinggalkan megi, buah pear, brahim sambal bilis dan tuna kat sini untuk penghuni yang lain. Semua makanan kami tu, siap tulis "halal", senang untuk pengunjung muslim yang nak datang sini.

Kat peta dunia sini, kami pun tinggalkan jejak dan tulis firdaus love azam hehehehe....jangan pula orang Malaysia yang datang baca kata kami gay ok. Nama saya Firdaus dan mr.soulmate Azam. 

Lepas breakfast kami keluar jalan kaki merayau sekitar area ni. Kami singgah ke market sayur dan saya beli strawberry ice cream lagi.





Saya dah tak ingat ini ice cream strawberry yang ke berapa di New Zealand ni sebab asal jumpa je beli, sedap kot.

Ok bye Skyway Lodge...moh kita ke airport pula.


Itu rumah tuan punya Skyway Lodge.
Tengahari tu, kami siap2 pergi ke airport dan bertapala kat airport sampai malam sebab flight malam kan.


Internet kat airport ni boleh masuk sejam je pastu kalau nak tenet kena bayar. Nak gila juga boring bila dah habis sejam free internet.

Masa nak solat, jumpa family dari Malaysia, dia datang ziarah sedara dia yang menetap di Wellington. Kat Wellington depa buka kedai kopi. 

Sempat juga beberapa fm, selipas, dan jersi tetiba kad kredit tak lepas pula rupanya dah sampai limit. Nak transfer duit kena beli internet pula.

Masa nak boarding, ada couple dari usa ni macam seriau kat kami tapi depa nak tumpang kerusi nak simpan barang, islamophobia la kot. Pastu kami pelawa dok dengan kami sebab orang ramai sangat tak dak tempat duduk. Pastu sempat borak2 dengan dia dan depa bagi poskad magnet kat kami. Bertuah juga kami sebab mr.soulmate ni memang peramah, jumpa sapa saja dia akan borak tak henti. Omputih ni pula memang suka borak dan senang buat kawan.


Kat airport ni ada 2 prayer room. Satu kat tepi kaki lima dan satu lagi kena share dengan kristian dan budha.

Bagusnya prayer room ni walaupun share dengan agama lain, dia sediakan juga arah kiblat, sejadah dan quran. Bila cek arah kiblat dalam fon dan tanda arah kiblat kat sini memang samala.

Akhirnya kami berlepas ke Gold Coast pula. Pemeriksaan di Gold Coast sekali lagi menyakitkan hati. Semua air mineral dalam flight pun kena rampas walaupun tak buka lagi. Dahla beli air atas flight tapi dok ralit tak minum lagi hish geram geram. Kat Gold Coast sekali lagi ramai Aussie naik memenuhi setiap seat. 

Setelah beberapa mimpi, akhirnya sampaila kami di bumi kelahiran.


"Kepada rakyat Malaysia, kami ucapkan selamat kembali ke tanah air"
Cuti 18 hari kot. Ok lepas ni kena hibernet diam2 dalam rumah tengok drama korea sebab duit banyak habis dah.


Kami sampai di KLIA2 pada pukul 4pagi tapi mata kami cerah sebab kat new zealand tengahari kan. pukul 5 pagi kami hentam makan nasi paprik dan tomyam kat foodcourt, biasalah time ni kat nz lunch tapi orang lain tengok kami pelik ja macam bersahur makan tomyam dan paprik.

Kami naik erl turun di Putrajaya sebab kereta kami tinggal kat sana. Cik adik manis pun kalut nak pi kerja masa kami sampai rumah dia. Tinggalla kami buat rumah sendiri. Tido sekejap dan kami meneruskan road trip ke utara Malaysia pula.

Welcome back tapi hati merintih hiba sebab rindukan New Zealand lagi huhuhu....

5 jam kemudian sampaila kami di Sungai Petani. Bezanya pekerja di Malaysia dan di New Zealand. Pekerja pasang billboard tak dak safety dengan ketinggian lebih 10 meter tu. Saya jumpa pekerja buat jambatan di Arthur's Pass walaupun jambatan tu ketinggian 3 meter dari tanah pun pakai abah-abah.

Makanan pertama dicari adalah LAKSA KEDAH!!!!

KETEOW SIAM!!!!!!

Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata, tersalah info, terkasar bahasa sepanjang penulisan blog mengenai road trip New Zealand ini. Sekali lagi penulisan blog saya adalah untuk membantu sesapa yang berhajat untuk road trip juga ke New Zealand terutamanya yang budget terhad. Sebab tu saya nyatakan sekali maklumat expenses setiap hari yang saya belanjakan supaya mudah untuk membuat rujukan. Walaupun maklumat expenses kita tidak akan sama tapi bolehla nak plus minus macam tu.
Yang baiknya datang dari Allah swt dan yang kurangnya itu dari diri saya sendiri. 
  
Expenses
Shuttle van = nzd14
Auckland - KL = nzd651.30/2pax
Shopping sovenir at airport = nzd100
TOTAL = NZD765.30

The End.

 kiwi road trip

One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.

3 ulasan:

Nurafiqah Nazeha berkata...

Assalamualaikum, kia ora!! Terima kasih atas perkongsian road trip di NZ. Saya rasa seronok membaca setiap entry2 NZ RoadTrip. Banyak tempat-tempat menarik dan tips yang diberikan. InsyaAllah ada rezeki saya pun nak buat roadtrip sebegini. Terima Kasih & Selamat Hari Raya!

Hafirdaus berkata...

Waalaikumusalam....kia ora!!!
Alhamdulillah semoga perkongsian cerita dlm blog ni boleh jadi rujukan. Ambil yang baik2 jela hehehe

Ana berkata...

wahhhh habis dah saya bace dari hingga akhir..tq for sharing :-)