Klik sini

Khamis, 9 Jun 2016

Day 6 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip (Kaka Point - Te Anau)

Best Blogger Tips Day 0
Day 1
Day 2
Day 3
Day 4
Day 5
Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Bersambung lagi kita cerita roadtrip di bumi kiwi.
Seperti dijanjikan, sesudah subuh kami dah keluar nak kejar sunrise di Nugget Point Lighthouse. Malangnya kabus terlalu tebal pagi ni. Jalan menuju ke Nugget point agak mencabar sebab dengan cuaca berkabus dan jalan tanah merah yang lembik, risau juga kalau tayar terlekat nanti. Disebabkan terpengaruh dengan  google image sunrise dan sunset yang terlalu cantik di sini, kami pun taknak ketinggalan nak meyaksikan dengan mata kepala sendiri juga.

Kami taktau berapa suhu pagi ni tapi memang terlalu sejuk. Ada beberapa caravan yang menginap di sini dan orang lain semuanya berkelubung bertutup litup sebab sejuk sangat. Mr.soulmate lupa pula nak pakai snow cap dia, tahan jela kepala tu dalam kesejukan.

Kami melalui track untuk sampai ke lighthouse. Memang tak nampak apa2 sebab kabus terlalu tebal.
Kami jumpa beberapa jurugambar bersedia nak ambil gambar sunrise di light house tapi semua muka monyok je. Depa kata hari ni shit weather sebab kabus terlalu tebal sampai tak nampak apa. Dengar bunyi ombak je menghempas batu-batu di bawah ni tapi takleh nampak apa-apa pun. Kami pun kecewa gak mungkin ada hikmah kami tak dapat nak tengok keindahan di sini. 

Untuk mengubati rasa kecewa, saya pun buat video zumba di sini. Tengah rancak2 lompat tergedek2 tetiba salah sorang jurugambar datang kat kami dan saya terus oh nooo stop cut cut...MALU WEI....dia pun tergelakkan saya ok. Geramnya, awat yang hang gelak kat aku. Pastu buat2 cover kata "morning exercise". 

Dah alang-alang malu berzumba tadi kami pun tanya dia dari mana. Dia kata dia dari German dan dah 3 bulan kat sini. Kerja dia nak ambil gambar je kat new zealand. Dia pun cita banyak tempat lawa2 kat sini tak mcm kat europe. Dia kata New Zealand memang lebih lawa dan tak boleh lawan macam kat Europe. Lepas borak2, dia pun blah, kami pun blah juga la. Ok video zumba terhenti setakat ini saja dan layanla gambar-gambar di bawah ni hohoho....

Aksi yoga tak berapa nak jadi sebab kaki keras sangat.

Kemudian kami jumpa pokok-pokok di sini yang ditutupi sarang labah-labah penuh kemutih. Labah2 tak jumpa pula. Cuma ada sarang je kat atas-atas daun ni. Dengan suasana yang berkabus macam ni memang sesuai sangat kalau nak buat video klip hantu atau pembunuh upahan. Konon2 mr.soulmate penjahat dan nak bunuh saya dan saya pun lari-lari anak pastu terjatuh sebab lemah lutut kena kejar...cut "sudah-sudahla nak berangan, kang ternampak orang malu 2 kali lagi pagi ni", kata mr.soulmate. krik...krik...kembali kepada dunia nyata.

Nak kata kecewa sangat pun takla, kami still enjoy dengan pekan kecil di Kaka Point dan dapat host yang sangat baik dengan kami. Kami bersyukur di atas segalanya.

Ini salah satu bunga dari garden Jenny.

Kabus tak hilang lagi walaupun nampak matahari kian meninggi. View ni dari garden Jenny depan bilik kami.

Kemudian kami pun sediakan breakfast dulu, mandi manda, kemas barang, tinggalkan note kasih sayang kat Jenny dalam guest book dia dan siap untuk ke destinasi seterusnya. Saya tinggalkan jejak dalam buku guest dia, puji melambung2 dalam 2 bahasa iaitu english dan bahasa melayu translate kot2 Jenny nak belajar bahasa melayu.

Masa saya nak tinggalkan bilik buat kali terakhir, baru nampak laut membiru di sana. Kena datang lagi ke sini masa langit clear.

Selalunya guest akan tinggalkan kunci bilik dan terus blah tapi kami ni orang melayu penuh dengan adab sopan, ha..gitu. Nak tinggalkan rumah orang kena salam-salam peluk cium say good bye dulu la dengan tuan rumah. Bilik yang kami tinggalkan pun, saya kemas dan bersihkan seolah-olah macam kami tak pernah dok bilik ni sampaikan sehelai rambut pun saya kutip di lantai toilet. Kita pun kena tunjukkan yang orang melayu  tau adab sopan dan pembersih supaya next time orang melayu lain yang mai, dia akan layan dengan lebih baik dari kami, insyaallah.

 


Kata Jenny, dalam sejarah ni kabus tebal kat sini. Kedatangan kami membawa kabus tebal kat sini.

  Anjing Jenny si Ruby asyik dok menyalak kat saya je, rasa macam nak baling ketoi batu je. Si Jenny lak asyik bertempik "Ruby...shut up". Anjing ni jakun kot nampak orang bertudung.

Jenny cita dia ni dive dan dok kutip powell. Dia tanya kami suka makan powell tak?kami ni dok blur apa benda powell dia dok cita ni. Kami kata yala kami suka makanan shell ni semua. Pastu dia kata powell ni ada orang panggil abalone. Ha....abalone taula, nama powell kami tak besa dengar. Dia pun masuk dalam rumah, dia bagi kat kami abalone 2 ekor. Besar2 dan fresh sungguh ni. 

Kami tanya tak sejuk ka dive. Dia kata dive suit dia siap ada bulu kambing biri2 lagi untuk keep warm dalam sea. Best sungguh. Saya pun berlari pi kat keta buka bag ambik pek Brahim sambal bilis bagi kat Jenny gak. Seronok betul dia dapat sambal bilis Brahim. Dia cakap husband dia, Mike suka makanan spicy ni. 

Saya ni macam duta sambal bilis brahim pula sebab kat Busan pun, kami bagi sambal bilis brahim gak. Jenny kata abalone ni sedap makan goreng simple dengan onion saja atau makan mentah kena ketuk2 bagi hancur. Pastu dia masuk lagi ambik kain kasa untuk makan abalone mentah pula. Alahai sayu pula hati nak tinggalkan orang yang baik macam Jenny ni. Kami bersyukur sangat Allah temukan kami dengan manusia yang baik2.

Inila rupanya garden Jenny dari tepi jalan. Kalau mai Kaka Point singgahla tido semalam dua kat sini mesti best.

Kami meneruskan perjalanan kami ke Te Anau. Kami cancel untuk ke Invercargill sebab jauh, taknak sampai ke Te Anau lewat malam macam sebelum2 ni. Lagipun hari ni saya tak sihat, demam, batuk dan selsema. 

Perjalanan dari Kaka Point ke Te Anau saja akan mengambil masa selama 3 jam tanpa henti. kalau kami berhenti sepanjang jalan, tah berapa lama pula kan. 

Kami berhenti di i-site Gore, tumpang toilet dan tanya pendapat pekerja di situ samada berbaloi tak kami nak ke Invercargill sebab last stop kami hari ni di Te Anau. Dia pun citala apa yang ada kat Invercargill dan apa yang menarik di Te Anau. Te Anau ni macam laluan ke Milford Sound. Tapi keadaan saya macm tak mengizinkan pula rini sebab selsema teruk. Mungkin kalau saya sihat sikit, saya tak kisah kalau melencong ke Intercargill sebab teruja juga nak tengok bot-bot pemecah ice yang bertolak ke kutub selatan dari Intercargill.

Kami ambik laluan Southern Scenic Route dan mengelak dari ambil jalan besar sebab nak enjoy permandangan memang memukaukan ni.

Walaupun saya tak sihat, mr.soulmate selalu hiburkan hati saya sepanjang perjalanan ni. Nak layan sakit pun tak leh sebab perasaan teruja dan jakun akan mengatasi rasa sakit sebenarnya dan ditambah penghibur kat sebelah lagi.

Layan dulu gambar-gambar sepanjang road trip dari Kaka Point ke Te Anau ni.

Kelihatan seperti ada view yang sangat memukau pandangan di hadapan sana. Jom lompat masuk dalam lukisan ciptaan tuhan.

Dah nampak view sebeginin cantik, wajibla cari tempat untuk parking tepi sat. Sebenarnya jalan ni tanah orang tapi kami tumpang sat nak bergambar.

"LIFE IS A JOURNEY 
FROM ALLAH
TO ALLAH"

Best betul jadi model catwalk pi catwalk mai kat sini.

Laluan trafik nampaknya sesak dan kita kena parking tepi sekali lagi sebab trafik kat depan sangat comei belaka, rugi kalau tak snap gambar depa.
Gambar atas tu dari camera saya dan gambar bawah dia tu dari henpon. Beza sungguh color henpon ni, terang.

Disebabkan depa ni 'mekngot' sangat nak bergerak, polis trafik aka pengembala kambing pun kena mai hambat depa masuk kandang. 'mekngot' tu maksudnya terhegeh-hegeh dalam loghat kedah.

Kami pun pacakla kamera atas bumbung keta dan nak posing la ala-ala depan kambing-kambing ni semua, tah macam mana depa lari habis tak nampak sekor pun dah kat belakang. Huhuhu...takpa la joi mahai pula.

Kemudian kami jalan lagi dan jumpa ladang lembu pula. Lembu-lembu tak jakun sangat macam kambing. Kalau kita posing depan depa, depa pun mai berebut nak posing sama.


Dari perjalanan yang ohsem sangat tadi, maka tibala kami di pekan Te Anau.

Kami pun memulakan misi mencari tempat tinggal untuk malam ni. 
Misi pertama ke Top 10 Holiday Parks. Malam ni fully booked, harap maklum.

Kalau begitu, kami teruskan dengan misi ke-2 di sebelahnya iaitu YHA Hostel. Kami masuk tanya masih banyak lagi bilik kosong di YHA hostel. Pekerja YHA siap bagi kunci bilik-bilik di situ untuk kami ronda pilih nak dok bilik mana satu. Kami pun ronda-ronda dari satu bilik ke satu bilik dan akhirnya kami ambik bilik bertingkap double decker private room dan harga pun murah sangat.

 Silap tak jadi member yha sebab kalau jadi member murah 10% lagi. Yha hostel ni memang dipercayai sejak roadtrip di Australia lagi.



Lepas check-in, kami keluar ronda di pekan Te Anau dan singgah ke shopping mall nak beli salmon dan sayur untuk malam ni punya dinner. Sejak-sejak kami kat new zealand ni, Salmon fresh belaka dan memang inila makanan terbaik kami di sini. Salmon kat Kedah berbau dan tak fresh. So makanla puas-puas kat sini. Kat mall ni ada jual banyak megi indomi. Kalau muslim yang tak bawa makanan, boleh beli indomi kat sini sebab indomi banyak jual merata-rata di sini.

Memandangkan saya sakit, kami berehat dulu tido dalam bilik sementara nak masak dinner. Kesian tau kalau travel ni kita jatuh sakit, memang plan berubah sepenuhnya. Tapi alhamdulillah takla teruk sangat sakitnya.

Lepas tido kejap dan solat, terasa segar sikit. Kami pun turun ke dapur bersiap nak masak dinner pula.

 Tugas saya macam biasa kena samak dulu peralatan2 yang kami nak guna. Mr.soulmate plan nak masak abalone goreng dengan onion, salmon masak tomyam dan saya pula masak nasi. Dalam dapur ada sorang mamat dari German masak sekali dengan kami.

 Sekejap2 dia ronda tengok nasi saya dan dok menjeling2 tengok tomyam dan abalone kami, mesti dia terliur kot. Mr.soulmate tumis perencah tomyam memang semerbak baunya. Menyesal pula tak pelawa makanan kami sikit.

Bila habis masak, ramai pula berduyun2 orang masuk dapur nak masak. Yang sorang minah Jepun ni, dok tanya sorang2 sapa ambik makanan dia dalam peti ais. Sampaikan pekerja YHA ni pening nak layan dia. Dia kata dia ada tulis nama dia kat makanan dia tapi hilang gak. Kalau ada nama takdak sapa nak curi makanan tu melainkan dia dah makan habis, dok teringat ada lagi tu.

Dinner kami agak mewah iaitu Salmon Tomyam dan Abalone saute with big onion and radish. Kelasss sangat tau macam king dan queen nak bersantap hehehe....

Lepas makan dan solat. Demam saya makin panas dan hidung pun tersumbat teruk. Saya mengagahkan diri ajak mr.soulmate keluar jalan kaki sekitar pekan Te Anau sebab demam saya makin teruk, konon  nak bagi kebah sikit la demam ni.



Kat pekan ni ramai sungguhla pelancong China, merata2 bersepah. Kami mengaku, kami ni memang tak suka China mainland sebab depa suka cakap kuat gila dan bising, pengotor, berdengki setiap kali kami nak bergambar nak bertenggek sama kat tempat kami bergambar, suka berebut tak reti hormat orang dan macma2 lagila kalau nak senaraikan. Manusia yang paling takdak adab, sopan santun, jenis nila.

Kami jalan kaki pi visitor center dalam kesejukan angin malam nak tanya pasai milford sound sebab masih ragu2 perlu ke tidak pi sana esok pagi ni. Jarak dari sini ke sana drive 2jam30min, jauh tu sebab tak kira nak berhenti sepanjang jalan lagi mau 4jam. 

Kat tourist centre, kami ambik maklumat pasai ke Milford sound, kami pun masih berkira2 nak pi ke tidak sebab keadaan saya masih tak mengizinkan.



Sebelum balik, saya minta mr.soulmate belikan ice cream wild berry. Sempat pula mr.soulmate berborak2 dengan pekerja kedai tu. Dia nampak saya sakit dan dia kata dia ada something nak bagi kat saya. Dia ambik sesuatu dari handbag dia dan bagi kat saya ubat flu. Katanya sebelum tido kena bancuh dengan air panas minum. Baik sungguh...terharu lagi kami dengan orang selatan nz ni. 

Kami bersyukur sangat Allah ketemukan manusia yang baik dengan kami. Walaupun sakit hati dengan tourist cina mainland tapi jumpa orang kiwi yang baik hati pula.


Berbalik pasal Milford Sound ni tempat dia lokasi filem hobit, alien sighting dan banyak lagi. Game of throne pun katanya ada shoot kat sini gak. Tapi kami ni kan mai dari Sik Kedah. Memang tasik beris dan tasik muda pun apa kurang hebatnya cuma tak dak shooting filem lagi kat Sik. Sebab tu perasaan masih 50/50 ke sana. Apa pun tunggu esok pagi la macam mana keadaan kesihatan saya.



Expenses

Minyak = nzd40
Salmon dan sayur = nzd30
YHA Te Anau = nzd89
Ice Cream dan lain-lain = nzd10
TOTAL = nzd169

.......to be continued

 kiwi road trip
One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.

Tiada ulasan: