Klik sini

Selasa, 7 Jun 2016

Day 5 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip (Oamaru - Dunedin - Kaka Point)

Best Blogger Tips Day 0
Day 1
Day 2
Day 3
Day 4

Kia Ora....pagi ni kami masih di Oamaru. Kami tido kat kabin ja tapi saya rasa lebih selesa kalau tido kat hostel YHA sebab semua fasiliti dalam satu bangunan. Hostel YHA yang kami menginap selalunya ambik private room. Tak pernah lagi la ambik bilik yang berkongsi dengan orang asing. Harga private room jauh lebih murah berbanding hotel. Sebenarnya terpulang masing-masing tapi saya ni selalu nak cari yang termurah dan selesa. Hostel with private room adalah pilihan yang paling sesuai setakat ni. Kat holiday parks pula jenis untuk orang yang bawa caravan. Memang selesa gak tido dalam kabin tapi toilet dan kitchen pula kat luar. Kalau nak pi toilet kena keluar jalan kaki dalam kesejukan. Suhu kat pulau selatan ni memang tahap beku ni. Bak kata orang local "winter is coming", tetiba macam dialog Game of Throne.



Pagi ni sesudah subuh kami dah berkemas barang. Peralatan memasak dan bahan-bahan masakan pun kami bawa masuk ke dapur untuk breakfast. 
Kalau kami travel, biasanya breakfast ni merangkap lunch sekali la. Memang masa breakfast makan heavy terus, satgi lunch kami makan buah atau coklat je yang senang makan kemana-mana saja. 

Bila kami memasak dengan dapur yang berkongsi dengan orang lain di sini, saya rasa sabun taharah ni penting untuk samak pinggan mangkuk, periuk belanga, papan pemotong, sudu garfu dan pisau. Saya memang yakin depa masak babi guna peralatan di sini. Semalam pun masa kami tengah masak dinner ada orang buat pork chop. 
Kalau nak tau lebih lanjut pasal sabun taharah ni boleh baca mengenai sabun taharah dengan lebih lanjut kerana Sabun Taharah ini juga disahkan dan disokong oleh
  1. Majlis Fatwa Kedah
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia 
  3. Pejabat Mufti Negeri Sembilan 
  4. Pejabat Mufti Terengganu 
  5. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Saya ada baca juga blog2 yang diorang tak samak pun. Bagi saya terpulangla masing-masing tapi bagi saya, saya nak masak dan makan dengan lebih yakin tanpa was-was. Haram bagi saya makan makanan yang saya sediakan dalam keadaan was-was kan. Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam. Kalau tak was-was terpulangla pada diri masing-masing.


Inilah jarak perjalanan kami pada hari ni. Kami punya plan asal semalam nak bermalam di Dunedin tapi tak jadi sebab bila sampai Oamaru pun dah gelap dan kami pun penat, tu yang terus cari penginapan je kat Oamaru. Kami ubah plan untuk jalan-jalan lama sikit kat Dunedin dan kalau sempat terus ke Kaka Point. Tapi apa-apa pun bergantung pada keadaan juga.

Kami pun meneruskan perjalanan. 

Jumpa burung ni kat stesen minyak. Lepas isi minyak, kami set gps ke Moeraki Boulder  iaitu salah satu pantai unik di dunia.

Mana-mana view lawa, kami berhenti sekejap.

"In order to be irreplaceable one must always be different"


Ok nak cerita pasal gps ni pula. Lepas kami singgah isi minyak, kami pilih nak ikut laluan kampung instead of nak ikut jalan raya. 

Kami tak tau apa maksud 'FORD' ni tapi kami lalu la juga. Curiosity selalu menguasai diri walaupun taktau apa risiko nak hadapi satgi.

Kami melalui ladang2 orang kiri kanan, melalui jalan berbatu tanpa tar. Kami pun ikut jela kata2 gps ni kan, sekali dia bawak kami menuruni jalan curam berbatu dan kat depan tu sungai ok. Gps ni suruh kami redah sungai pula. Jenuhla kami nak reverse mendaki sebab takdak tempat boleh pusing kereta balik sebab jalan yang sempit dan curam. Ok saya agak cuak juga time ni sebab kami jauh dari tamadun manusia dan berada dalam hutan. Nasib baik ada driver yang cekap drive ada kat sebelah, puji sikit noooo hehehe....kesimpulannya jangan percaya sangat kat gps sebab baru-baru ni ada accident sorang perempuan ni bawa kereta dan terjun dalam tasik sebab dok ikut gps sangat. Kami pula hampir-hampir nak terjun sungai sebab gps punya pasal.

Akhirnya kami keluar cari jalan kebenaran balik. Tak mau lalu jalan menyimpang dah. Tobat sat tapi nanti ulang buat balik.

Akhirnya kami berjaya jumpa pantai tapi belum sampai lagi ke batu-batu Moeraki Boulders. Saja mengusik seagull jap sebab seagull ni curious sangat dengan manusia.

Dalam 5minit dari pantai seagull tadi, kami pun sampai ke Pantai Moeraki Boulders. Sebelum tu kami singgah minum cappucino dulu kat cafe Moeraki Boulders. Setiap pagi kena pekena kafein buang secawan. Kalau tak mesti macam lemau takdak mood.

Akhirnya sampaila kami kat pantai Moeraki Boulder ni. Saya teruja dengan batu2 ni sebab ada artifak dalam batu2 ni semua.

Pantai Moeraki Boulders adalah batu yang luar biasa besar dan bulat terletak sepanjang hamparan Pantai Koekohe di pesisir Otago. Batu-batu itu tersebar sebagai kelompok batu dalam hamparan pantai.
Kalau cerita lagend Mouri pula, moeraki boulders terjadi sebab kapal god depa dilanda taufan dan barang2 dalam kapal tu bertaburan ke pantai2 ni. Pantai ni dikenali sebagai salah satu keajaiban semulajadi yang wajib kunjung.

Lepas jalan-jalan kat pantai ni, kami meneruskan perjalanan ke Dunedin pula.

Tapi perjalanan kami ni henti-henti. Jumpa spot menarik ja wajibla berhenti dulu.

Sejam kemudian akhirnya kami dah jumpa tamadun manusia. Kawasan perumahan yang padat dengan bangunan dan rumah.

Kami pun sampai di pekan Dunedin. Inila pekan Dunedin yang ala-ala victorian sangat. 
Kami parking kereta kat depan i-site untuk dapatkan map di pekan ni sebab melalui research saya, kat Dunedin ni banyak tempat2 menarik. Setelah dapatkan map, kami cadangkan nak jalan kaki dulu di sekitar pekan Dundine. Pekan ni memang pekan student bagi saya sebab kebanyakan penduduk di sini muda2 belia dan ramai yang lepak2 baring2 atas rumput sambil baca buku.Dunedin juga adalah bandaraya paling tua di New Zealand serta mempunyai jumlah pelajar/penuntut paling ramai di sana.

Seagull ni dimana-mana saja mesti ada. Dari pantai sampaikan dalam pekan pun ada dia. Dahla jenis tak takut dengan manusia je.

Ada juga restoran Malaysia di sini namanya 'KL Aroma' tapi saya ragu2 sikit sebab takdak tanda halal pun di pintu restoren ni dan pengusahanya nama madam woo. Malaysia tak semestinya pengusahanya muslim dan tak semestinya makanannya halal.

Kami jalan lagi dan masuk shopping mall beli coklat, roti,salmon, sayur dan buah. Roti ni jenuh juga nak baca ingredient takdak bahan 472e sebab saya baca di sini, bahan tu ada dna babi. Bukti sahih takdak tapi takpa elakkan, lagipun banyak lagi makanan yang boleh dimakan.

Sebelah mall ni kilang cadbury dan boleh buat lawatan lagi kat dalam ni tapi kami malas nak masuk sebab kami pun dok was-was juga kat cadbury.

Kemudian kami ambik kereta balik dan drive ke pantai tunnel.

Tunnel Beach ni salah satu pantai lawa yang bercliff terletak di selatan Dunedin. Namanya tunnel sebab kalau nak ke pantai dia kena masuk terowong sempit berbatu.
Muka ceria lagila sebab tak tau hazab nak menanggung satgi ni.

Angin kuat gila kat sini memang rasa nak melayang2. Kalau nak ke sini, pastikan anda ada stamina dan sihat tubuh badan sebab nak kena mendaki curam gila sejauh 2km balik. Masa nak turun pi kena dok tahan lutut turun curam sejauh 2km takut tergolek2 ke bawah dek curam sangat.

Kami yang selalu hiking bukit sik pun kena berhenti rehat 2, 3 kali dulu sebab gila punya penat mendaki. Cuaca sejuk dan kering terasa kurang oksigen bila mendaki. Bukan kami saja yang tercunggap2, bahkan omputih yang badan sasa pun tercunggap2 mendaki kat sini.
Cuaca yang mendung awan berarak lalu, berangin kuat dan rumput koko sebab lani musim autumn, mungkin tak lawa bila tengok melalui camera. Tapi sebenarnya lawa gila bila tengok melalui mata sendiri. Kecantikan semulajadi di sini buat kami nak bertapa berjam-jam kat sini.



Inila tunnel sempena nama tunnel beach di sini. Borak dengan local kat sini, depa kata tunnel ni tempat king nak melarikan diri naik kapal. Ini memang tunnel semulajadi tapi dikorek sikit bagi cantikla

Dalam tunnel ni agak curam dan sempit. Bagi klaustrofobia macam saya, melalui tunnel ni sangat menyeksakan. Saya asyik berhenti sekejap-kejap sebab macam penat kurang oksigen dan terasa dinding macam nak himpit saya je.

Walaupun terseksa dalam tunnel tadi tapi bila nampak view cantik terus teruja dan terpegun sekejap. Terasa macam dok dalam lukisan atau poskad je.

Agak rugi sebenarnya kalau ke kiwi ambik gambar selfie atau wefie sebab separuh gambar dah lindung view ohsem kat belakang tu. Tapi nak buat macam mana xdak sapa nak tolong ambik gambar.

Sekali lagi nak masuk tunnel. Bismillah...

Mr.soulmate kat belakang asyik dok kata "keep breathing" 

Kami meneruskan perjalanan ke Kaka Point melalui jalan Southern Scenic Route. Jalan ni lebih sunyi dan tak banyak kereta lalu lalang.

Sesak nafas tadi dalam tunnel dan cuaca yang sejuk, saya mula terasa macam nak demam. Hidung pun dah berair. Air laut pun macam air tasik juga ikut color langit. Kalau langit clear blue sky, air laut akan color biru terang juga.

Kami singgah ke stesen minyak tepi jalan sebab nak ke toilet. Bila tanya pekerja di situ, dia kata toilet stesen ni untuk customer saja. Pastu dia kata ada toilet kat taman depan ni.

Memang betulla kat depan ni ada taman dan tasik yang cantik sekali. Tasik ni namanya Lake Waihola.



Kami singgah ke Lake Waihola untuk menunaikan solat. Kami ambik wuduk dalam public toilet dia, air sejuk macam air ais. Kemudian kami parking keta kat tepi tasik dan hampar sejadah dan solat tepi tasik yang damai. 

Masa kami solat tu ada beberapa keluarga yang berhenti tengok kami solat. Bila habis solat, depa pun blah. Kat tasik ni banyak itik dan seagull juga. Kami berehat sambil makan kuih siput, depa sibuk nak juga.

Sepanjang perjalanan ke Kaka Point hujan turun lagi dengan lebatnya. Kami melalui jalan di tepi pantai dan lalu di perlabuhan kecil nelayan, indah pula pekan kecik di sini.

Akhirnya kami sampai di Kaka Point dan gelap sepenuhnya dengan hujan pun renyai-renyai. Kami pun mula meliar mata cari penginapan. Tempat pertama berhenti harga semalam nzd150 dan kami bincang, kami nak cari yang lain yang lebih murah lagi. Kami ronda2 dan akhirnya mr.soulmate masuk dalam bar tanya pekerja dalam bar tu kat mana penginapan yang murah di sini. 

Kemudian kami dapatlah satu bnb menginap dengan owner. Penginapan tu kat belakang bar ni saja tapi kena naik bukit sikit kat atas.

Dalam hujan yang lebat juga, mr.soulmate keluar jumpa owner bnb. Semalam harganya nzd120 tapi mr,soulmate kata dia nak bayar dengan cc sebab cash cuma ada nzd110 ja dan akhirnya owner bagi diskaun kat kami nzd10 dan kami bayar cash nzd110 je semalam. Dia kata kami ni macam nice person je. 

Nama penginapan kami ialah Mike and Jenny's Kaka point. Kalau nak tau review pasai Jenny boleh klik di tripadvisor ni. Semua puji melambung termasuklah kami pun puji melambung2 juga sebab Jenny baik sangat. Kami tak sempat jumpa Mike. Kalau nak booking bilik kat Jenny, boleh klik di sini.

Bilik kami memang lawa macam tak caya je dengan harga nzd110 dapat bilik sebegini lengkap. Saya cakap kat mr.soulmate, kalau extend sehari lagi pun ok kalau dok bilik macam ni. Bilik kami kat kawasan tinggi berbukit dan terus mengadap pantai dan nampak clear la ombak dan bot2 di laut.

Cuaca pun sejuk gila dengan hujan lagi. Kami pun penat gila kira nak berehat je. Jenny tanya mr.soulmate, kami nak masak dinner tak malam ni. Mr.soulmate kata memang nak masak makan. 

Dia pun pi kat kebun sayur dia dalam hujan2, dia kutip kale, carrot, spring onion, sugar bit, grape dan lain2 tanaman kat garden dia. Hasil sayuran jadi santapan dinner. Terharu sangat dapat host yang baik macam ni. Beruntung juga sebab mr.soulmate pun peramah dok bodek puji lawa garden dia sama.

Macam biasala mr.soulmate jadi tukang masak. Saya tukang cuci dan kemas.

Dalam kepenatan, kesejukan dan kelaparan dengan meredah hujan bagai. Akhirnya kami boleh berehat makan. Wap nasi panas menerpa muka dalam kesejukan melampau di sini....apa nak kata...heaven.....

Kami makan salmon dan telur yang beli kat Dunedin tadi dan sayur-sayuran dari kebun Jenny. Buah grape yang comei tu pun dari kebun Jenny.

Dinner malam ni kami masak masakan 'hentam sajalah labu asaikan kenyang makan'.
Ok good nite. Esok awal2 pagi nak keluar awal tengok sunrise kat Nugget point iaitu rumah api di Kaka Point yang tersangatla famous tu.


Expenses

Minyak = nzd36
Kopi dan lain2 = nzd20
Mike and Jerry's Kaka Point = nzd110

TOTAL = nzd166

.......to be continued

 kiwi road trip
One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.

2 ulasan:

DrCat berkata...

best baca all ur trips..baru baca yang perth & nz ni..salam kenal ye

Noor Hafirdaus berkata...

terima kasih sudi singgah ke blog saya. Selamat membaca