Klik sini

Rabu, 11 November 2015

Part 1 - Gimhae Airport Busan : Dynamic Busan, Korea Day 1

Best Blogger Tips
Annyeong-haseyo....
Kalau nak tau trip Korea sebelum ni boleh kilk di sini. Link tu mengenai iti dan expenses kat Seoul, Jeju dan Udo.
Sebelum nak mulakan pengembaraan ke Busan, saya ingin mengucapkan trillion terima kasih kat adik cantek manis sorang ni Cik Atul sebab tumpangkan akak park keta kat rumah dia lebih seminggu dan hantar akak ke airport lagi. Penerbangan kali ni lebih rilex sikit sebab terbang tengah malam tak macam sebelum2 ni terbang di awal pagi.

Di pintu KLIA2 kami pun berpisah. Adik cantek manis ni ke laluan penerbangan domestik manakala akak dan abang ke laluan antarabangsa. Memandangkan penerbangan kami malam, kami bertiga pun ronda2 dan makan2 dulula sebelum naik belon.  

Ini merupakan trip ke-2 kami ke Korea selepas ke Seoul pada tahun 2013. Macam biasa saya beli tiket go holiday Air Asia, skali tiket return dan hotel.

Ke Korea takyah la nak berfesyen sangat kot, pakai baju tido je. 

Pukul 4 pagi, kami menunaikan solat subuh dalam keadaan duduk. Ni first time solat sambil duduk mcm kekok lak. Pukul 5 pagi cabin crew sibuk edarkan makanan kat penumpang, macam bersahur je. Makanan wajib setiap kali dok dalam Air Asia ni tak lain tak bukan NASI LEMAK PAK NASSER!!! takla sedap mana tapi kalau nak bandingkan dengan makanan lain ini je kot paling berbaloi. Pukul 5.30pagi sinar matahari memancar segenap ruang dalam kapal terbang. 


Target kami ke Busan ni takla pi mana2 pun sekadar ronda2 kawasan Busan seperti map di atas.

Lepas semua cerita imigresen dan kastam, kami pun menuju ke 7e nak top-up duit dalam t-money yang 2 tahun lepas punya dan bersarapan susu pisang.

Memang ramai suka sungguh minum susu pisang ni, saya rasa biasa saja takla.....WOW SEDAP GILA!!!!

Seperti biasa bila jejak kaki kat airport yang asing, kami akan cari orang yg jaga kat kaunter info. Nak tanya dia macam mana cara kami nak pi hotel. Sekali dia punya bahasa english pun xtau nak faham mcm mn pastu dia bagi arah yang salah. Pastu lepas pening dengar dia cakap, saya ambil keputusan redah sendiri je cari hotel. Lagipun sebelum datang ni, saya dah google map cara nak ke hotel tu cuma tak pasti sejauh mana or bagaimana halangan nak ke tempat tu jela.

Maka bermula episod meredah ke tempat yang asing dan kami pula alien di mata penduduk setempat. 
Nak cerita bab sesat ni, dah mangli dah sesat ni, terbuku di dada tagline "Sesat Itu Indah" hahaha.....jangan stress kalau sesat, enjoyla waktu2 sesat tu. Moment macam tu susah nak ulang dan mungkin menjadi pengalaman paling manis ketika travel.

Kami ambik je lrt dari airport ke pusat bandar dan bertukar lane ambik subway pula. Air Asia yang kami naik tadi nun tak balik Malaysia lagi.

Suasana dalam lrt di Busan lebih kurang je macam kat Seoul cuma kat Busan ni, pandangan mereka terhadap orang luar terutamanya yang bertudung seperti saya menjadi perhatian kepada mereka. Saya perasan gak mereka ni macam berwaspada je kat kami walaupun kami ni bukan makan orang or pembawa penyakit. Seoul pula kat mana2 bersepah je orang Malaysia sampaikan peniaga2 pun dah belajar cakap bahasa melayu.

Lepas naik turun subway, maka menapakla kami dari station subway ke hotel. Jaraknya dalam 500 meter tapi sebab masalah bahasa, kami macam rusa masuk ke bandar Busan la jugak. Sebenarnya tipula kalau saya kata kami tak stress sesat mencari hotel kan, memang stress sumpah tak tipu.

Walaupun kami dah sampai kat kawasan hotel, kami masih tercari2 perkataan hotel atau motel atau apa saja yang berbunyi tempat penginapan tapi malangnya semuanya dalam tulisan korea. Bila ditanya penduduk setempat lagila macam ayam dan itik. Akhirnya, bila saya tengok balik gambar hotel yang saya dah print samala rupanya bangunan yang kami tengah berdiri. Bila kami masuk nak check-in, pasangan suami isteri owner motel ni langsung haram tak paham bahasa lain selain Korea!!!!!!

Bayangkan dahla baru sampai terbang nun dari Malaysia ke Busan, meredah naik turun subway, sesat cari hotel, sekali tak boleh nak check-in sebab dia taktau kami ni customer yang beli motel skali tiket flight dari Air Asia. Tunjukla kertas segala butiran hotel pun dia tak faham apa sebab dia tak reti baca tulisan english. Pi dah masalah sungguh......sampaikan saya rasa kami nak cari je hotel lain sebab dia tak boleh faham kami dah beli penginapan di sini kan. Pastu si suami suruh kami ikut dia pi kat bilik, kami agak dia faham la kan. Sekali dia taknak bagi kunci bilik pula...apa hal???
Bila sebut 'internet' barula kepala hotak dia paham kami ni dah beli bilik motel ni kat internet. Pastu tak habis2 diorang bising cakap dalam bahasa korea dengan kami macam kami ni PAHAM sangat.

Saya kena buka wifi motel ni dan google translate semua cerita keadaan, baru dia serahkan kunci bilik kat kami. Susah kan berinteraksi dengan orang yang tak paham bahasa ni. 

Okla bersambung ke part 2 pula sebab penat sangat memikirkan keadaan kami masa nak check-in, boleh jadi gila dengan komunikasi break down ni.

1 ulasan:

Zara berkata...

Sesat itu indah? Hahaha. Betul la tagline tue. Talking about languange barrier, InshaAllah you will get through it. Kadang2, body languange tue helps a lot!

Zara AB
zaraab.wordpress.com