Klik sini

Isnin, 31 Mac 2014

Dessert Asia VS Dessert Western

Best Blogger Tips
Lama sungguh biarkan blog ni bersawang. Rehat jap dari buat assignment nak cerita sikit dessert yang paling saya suka asia vs western.

Dua kedai makan ni memang favorite saya kat Sungai Petani, Kedah ni. Kalau ada guest yang datang ke sini mesti saya bawa ke tempat ni aka tempat lepak jugak la kot. 

Kedai makan yang pertama adalah kedai makan Thai dan dessert dia ala-ala savoury iaitu salad sotong dan salad pelam. Kalau orang kedah panggil salad tu kerabu la, benda yg sama ja.

 Kerabu sotong

 Kerabu pelam

Nama kedai ni adalah Asama Thai Restoren yang berada di Center Square Sg. Petani. Kalau makan kedai ni boleh bayar guna duit baht pun ok sebab saya pernah buat dah. 

Kedai lepak seterusnya adalah Blackwood Coffee di Amanjaya, Sg Petani. 
 Kami ni dah jadi customer tetap kedai ni dari awal pembukaan kedai lagi sampaikan pekerja baru dan lama pun kami dah kenal. Pi kat kaunter baru nak order, pekerja tu dah tanya air macam biasa ka?

Apa yang buat saya suka kedai ni adalah rasa kopi dia. Saya memang penggemar kopi. Sebelum ni saya minum kopi kat secret recipe ja pastu tukar minum kopi kat starburck. Sekarang ni jumpa kopi lagi sedap dari starbuck iaitu kat Blackwood. Satu lagi yang saya perasan kan rasa kopi kat sini seakan-akan rasa kopi kat Korea, so memang sedap la kan. Sesapa kalau nak rasa kopi kat Korea macam mana boleh la mai rasa kat Blackwood.
Selain tempat yang very cozy to chill out, sangat sesuai untuk kami berdua dating di sini. 


Kebanyakan menu kat sini memang pernah try dan ok la rasanya setanding rasa macam saya masak kat rumah hehehehe....

Baked cheese rise pun sedap kalau nak cuba tapi hati2 makan ni sebab cheese yg melt dlm nasi ni sangat panas dan lidah saya dah banyak kali melecur.

1 ulasan:

Rizziela berkata...

sedapnya kerabu sotong