Klik sini

Sabtu, 28 Disember 2013

Amazing Thailand, Day 3

Best Blogger Tips
Entry ni rasanya entry terakhir untuk travel pada tahun ni. Pejam celik pejam celik cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam nak stop jam dan nak buat macam2 lagi benda yang tak sempat nak habiskan. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.


Hari ni hari terakhir saya di Thailand heheh macam la Thailand ni jauh bebenor kan. Padahal nak masuk Thailand saya boleh guna border pass je without passport pun. Insyallah next year saya akan drive lagi ke sini memandangkan dah ada ramai kawan2 kat sini.


Pagi ni lepas siap2 semua nak breakfast nampak Suack dah ada pun kat ruang tamu dok borak dengan bapak Bunga. Macam semalam gak makanan tak mau2 banyaknya jamu kami dua makan padahal breakfast je. Terharu betul datang rumah orang ni, nak dok hotel kena marah dek Bunga.

Kali ni kami keluar naik D-Max sebab nak bawa banyak barang sekali dengan diesel untuk bot, makanan, peralatan snorkeling dan lain2 la. Kiranya kami sendiri2 je ni memandangkan kawan2 Bunga memang selalu bawa bot dan arif dengan pulau2 sekitar ni. Sementara nak tunggu Bunga bersiap uruskan bisnes dia, kami pun terus siap2kan barang letak barang semua dalam kereta sebab lepas balik island hopping ni nak pecut balik Malaysia. Memandangkan pintu border Wang Kelian tutup awal maka kami kena cepatla. Pukul 9pagi, kami keluar dan ambil Rain kat Tesco sebab Rain parking kereta dia kat Tesco Lotus.

Dalam perjalanan nak ke pantai kami konvoi dengan sebiji lagi kereta iaitu kawan2 Bunga juga. Kami singgah dulu kat rumah kawan Bunga iaitu tuan punya bot. Pastu diorang busy betul siapkan peralatan dan makanan untuk kami semua. Saya dan mr.soulmate tak tau nak buat apa tengok jela. Saya masuk rumah kawan dia diorang buat majlis cukur jambul baby tapi takleh nak cakap sebab memasing tak pandai cakap cuma senyum2 jela. Sebelum bertolak sempat saya salam2 dengan diorang, diorang ingat saya pandai cakap Thai asyik speaking Thai dengan saya ja hehehe
  

Kami dok lepak2 dulu sebab air surut lagi, bot takleh nak gerak. Masa nila sesi berkenalan kami semua dengan kawan-kawan baru sampai tu. Bunga cakap awal2 kat saya, kawan2 baru dia ni non-muslim so kena hati2 makanan yang diorang bawa takleh makan macam tu ja. Pastu dia ambil bungkusan makanan diorang selamba je kelaskan "this one you can eat....this one you cannot eat". 

Dalam setengah jam macam tu, kami dah boleh naik bot. Kawan dia bawa bot perlahan ja dan ikut arus laut, saya tak pening langsung. Kemudian dari jauh nampak pulau dan bila dekat rupanya ada resort. Cantik betul kawasan sini dan harga semalam pulau ni kata Bunga lebih kurang RM1,200 semalam. Saya cakap saya nak menginap kat sini la semalam pastu dia kata saya datang Trang takleh tido mana2 kena tido rumah dia huhuhu.....


Perhentian pertama kami di pulau ni nak lunch. Tempat ni adalah Ko Muk. Bunga dan kawan2 dia bawa bekalan makanan dan minuman dan berpicnic la kami ramai2 sambil tengok minah2 dan mat saleh berjemur. Kat sini bolehla diorang vogel2 kot sebab orang kampung dah jauh kat mainland sana.


Jernih sungguh air dia dan boleh nampak perbezaan ketara kawasan air color hijau, biru muda, biru tua.


Baru perasan mr.soulmate dan Suack tak dak dalam gambar2 ni.


Dari Ko Muk kami kemudian gerak ke Tham Morakot – The Emerald Cave pula.

Masa sampai kat Tham Morakot, ombak dah kuat. Bot pun terhuyung hayang dah rasa macam nak terbalik pula. Bunga terus mabuk laut. Saya ok ja enjoy rasa macam naik roller coster pula terhuyung hayang macam ni.
Memandangkan mr.soulmate satgi nak drive balik so dia tak larat nak swim masuk gua dan saya bila mr.soulmate tak turun saya pun tak turunla. Bunga dah lembik akibat mabuk laut dah. Kawan2 Bunga semuanya turun berenang masuk gua dan jumpla emarald pool tu.

Inila rupanya emarald pool dari google.
Memang cantik la kan tapi next time la datang lagi. Dalam sejam macam tu baru nampak diorang berenang mai ke bot balik. Kemudian kami pun terus gerak balik.

Balik tu naik D-Max lagi ramai2 tapi sebab semua basah semua pakat2 dok kat belakang, betul2 terasa macam orang siam dah saya dan mr.soulmate 1st experience.

Kat rumah kawan Bunga tuan punya bot ni, kami mandi manda, salin baju dan saya solat jamak siap2. Pastu kami terus gerak ke rumah Bunga dan lepas peluk cium sekali lagi kami pun berangkat pulang. Pukul 5.30petang kami bertolak balik dari rumah Bunga. Kata mr.soulmate kalau pintu border tutup ni kita cari hotel kat Satun la malam ni. Kami kena gerak cepat sebab mr.soulmate ada meeting awal pagi esoknya. Apa lagi kan mr.soulmate pun pecut semahu2nya sepanjang jalan memandangkan rural road yang elok, lebar dan tak banyak kenderaan ni. Sampai je kat pekan Satun, kami isi minyak 400baht naik sikit je kira budget nak lepas sempadan je ni.

Dalam pukul 6.30petang sampaila kami di pintu sempadan Wang Kelian tapi hati tak tenang lagi selagi tak sampai ke border Malaysia sebab kata uncle yang beratur cop passport ni, dia kata pernah sekali dia lewat ke kaunter Malaysia 2 minit je dan diorang dah tutup semua komputer dan suruh datang esoknya untuk cop passport. Syukur alhamdulillah sempat gak sampai ke kaunter Malaysia sebelum pukul 7mlm. Yang geram tu orang2 Malaysia yang shopping kat sini sibuk la ramai2 kat border Malaysia ni padahal diorang tak cop passport pun.

Dari Wang Kelian, perut pun berkeroncng minta diisi. Kami pi Kuala Perlis makan tapi hampa rasa kat sini tak sesedap rasa makanan dalam Thailand. Kami makan kat gerai no.7 Mona. Saya pesan siput apa nama tah tapi tak bersih sebab masih ada janggut dan kerang kecil kat dalam tu. Ketam pun tak bukak shell dia memang tak basuhla kan belakang ketam tu. Minta ketam masak sambal telur asin tapi dimasaknya ketam masak kunyit. Makan berdua je RM70. Tak sangka pula sekarang ni makanan kat Kuala perlis tak sesedap macam dulu, sekarang ni peniaga kira nak untung je, tak masak sedap2 dan bersihkan betul2. Kalau rating Tanjung Dawai 8/10 kat sini pula 4/10.

Balik rumah kira balik berapa duit baht yang belanja rupanya kami dua belanja 1,200baht je yakni RM125 selama 3 hari 2 malam di Thailand. Ini kos yang termurah sekali la pernah saya buat keluar negara.

Happy Travel dan selamat menyambut tahun 2014. Semoga impian dan azam tahun yang lepas belum terlaksanakan lagi tu dilaksanakan pada tahun 2014. Saya memohon ampun dan maaf seandaikan entry2 yang saya tulis selama ni ada terguris hati dan perasaan sesapa. Info yang salah mahupun kurang tepat mohon diampuni, sebab saya pun tak perasan kalau saya ada bagi info yang salah.

Tiada ulasan: