Jumaat, 27 Disember 2013

Amazing Thailand, Day 2


Pagi2 bangun solat subuh pukul 5.30am, awai sungguh hehehe padahal pukul 6.30am waktu Malaysia. Kami dah siap2 bag semua sebab nak gerak ke Krabi ni. GPS pun dah set semua so kira nak teruskan road trip la ni. Masa breakfast pagi punyala banyak makanan Bunga sediakan kat kami dua. Masa breakfast Paksu Bunga datang, dia pandai cakap melayu. Pastu dia dok ceritakan pantai2 dan pulau2 sekitar Trang. Katannya laut dan pantai di Trang lebih cantik dan bersih berbanding di Krabi. Memandang kawasan Trang ni majoritinya muslim, orang2 kampung kat sini akan lastik dengan batu kat pelancong2 asing yang memvogelkan diri berjemur. Kalau ada omputih berbikini sekali pun kat sini mesti kecoh siap masuk berita lagi sebab ketua kampung dan org2 kampung tak benarkan pelancong dedah2 or tankan kulit di sini. So disebabkan orang2 kampung nak jaga kesucian pantai2 di sini, maka Trang takla se-famous dan se-glemer macam Krabi mahupun Phuket. Kalau nak tengok kecantikan kawasan ni nantikan entry day 3 sebab kami buat island hoping dan snorkelling.

Setelah ditimbang tara dan berbincang dengan mr.soulmate maka kami ambil keputusan simpan balik bag dalam bilik dan kami tak jadila pi Krabi. Sementara nak tunggu Bunga siapkan bisnes jual pulut ayamnya, kami naik moto ronda2 kampung. Best sungguh ronda kampung dengan angin yang dingin. 



Hari ni kawan Bunga Tri tak dapat join skali sebab dia keja. Kawan lain pula datang iaitu Rain, dia datang dengan ford fiestanya yang cumil secomel orangnya hehehe. Kami sama2 pergi ke rumah Suack pula nak ambil dia. Saya perasankan family dan rakan2 Thai ni semuanya ramah nak tegur saya tapi masalah bahasa membataskan komunikasi.


Singgah jap beli sebab suack lapar tak breakfast lagi. Ada 3 sos kat sini pilih nak rasa yang mana satu.


Destinasi pertama kami ialah Le Khaokob Cave. Muka ceria je kan sebab taktau apakah yang bakal nak menimpa sat lagi. Masa last keluar bot serius lutut saya tergetar2 dan jantung pun degup kencang. Apakah ia??

Inilah sampan yang kami naiki, mula2 naik seram pun ada sebab macam nak tenggelam je, kami semua berat2 belaka. Gambar sampan ambil dari google.

Mula-mula ingatkan naik sampan menyusuri sungai je kan. Kesian kat pakcik ni bersungguh2 dia kayuh sebab kami semua berat2. Air sungai sikit je lagi nak melimpah masuk dalam sampan.

Ini pemandangan di luar gua.

Kemudian bila masuk gua kami dikehendaki berbaring sebab siling gua yang rendah. Time ni pun saya dah seram tapi takla rendah sangat siling masih boleh bernafas lagila walaupun takut.

Kemudian kami pun masuk dalam gua tapi semua kena jalan itik sebab pintu gua yang sempit dan rendah. 

Pastu ada kawasan dalam gua ni ada 3 pintu nak masuk iaitu pintu orang dah kahwin, pintu orang single dan pintu org yg kawin lebih dari satu. Masuk je lepas pintu tu bulu roma saya terus meremang dan bukan saya je mr.soulmate pun rasa yang sama. Saya tau ada sesuatu kat situ tapi abaikan je sebab dalam gua ni memang banyak tempat pemujaan pun. Balik rumah baru start cerita ye jangan gatal mulut nak bercerita dalam gua ni pula.
Cantik kan stalactite dan stalagmite dalam gua ni. Kami dinasihatkan jangan sentuh batu2 ni sebab sentuhan tangan kita leh buat batu2 ni mati contohnya batu atas kepala saya tula dah mati.

Kemudian kami naik sampan untuk keluar tapi sebelum bertolak dia suruh kami berbaring lagi tapi kali ni dia cek betul2 supaya kami baring sebawah yang mungkinla. Handbag saya pun disuruh letak kat kasut dan kamera pun takleh nak pegang. Hairan gak kenapa macam tu. 


 Rupanya ingat dah habisla kan tapi kali ni jalan nak keluar lagi mencabar. Bayangkan laluan keluar cuma muat2 sampan ja dan dinding gua rapat gila dengan muka dalam 1cm je. Kesiannya mr.soulmate muka dia terkena dinding gua. Gambar tu ambil dari google tapi kira tak sempit lagi tu. Saya dah jadi nervous sangat dan rasa sesak nafas ja. Mr.soulmate suruh saya pejam je mata jangan buka sampai dia kata buka baru leh buka. Tapi kekadang terbuka sikit mata kan pastu lagi takut sebab asal buka mata je batu kat depan muka, memang takleh nak gerak kepala langsung dah. Sepanjang perjalanan, tour guide yang dayung sampan cakap berkali2 "don't worry..i will take you out safely. I am professional, trust me". Pastu saya ulang balik ayat dia dalam hati "ok trust him, he professional" padahal seluruh badan dah menggeletar dah.

 Gambar ni dari google. Inila laluan kami keluar  dari gua tu. Pastu bila nampak cahaya terang baru mr.soulmate suruh saya buka mata. Alhamdulillah syukur sangat boleh bernafas di dunia luar. Terasa macam dalam cerita "the cave" yang diorang terperangkap dalam gua dalam laut tu.

Suack, Rain, Bunga n me.
Dari gua kami nak ke pantai tapi singgah jap posing2 kat waterfall ni. Kata Bunga waterfall ni selalu korbankan orang sebab ada pusaran bawah air ni dan kolam dia bukan jenis landai tapi jenis tebing terus. Seterusnya lunch time....

Rupa macam semalam kan biasa saja tapi rasa dia sedap gila. Seterusnya kami ke Aquaria Trang dan menyaksikan show sea lion. Saya masih confius macam mana kat Trang boleh ada sea lion sedangkan bukankah binatang ni hidup kat kawasan sejuk. Kat Melbourne time winter je sea lion datang ke pantai, ini kan pula Thailand yang panas terik ni.

Anak sea lion yang suka berposing time orang ambil gambar, pandai sungguh dia.


Dari aquaria singgah jap kat monkey island
Seterusnya gerak ke pantai tapi singgah kejap kat pasar malam, beli makanan nak picnic.
Suack dan saya di tengah2 market
Cabai melaka kering, ada bran ke nak makan ni
Baby sweet potato yang sungguh lazat tak terkata
Kami pun bermandi manda dan berpicnic kat tepi pantai.

Dari pantai kami gerak ke Kan Tang balik untuk dinner padahal perut kenyang gila. Bunga pesan roti dan dim sum. 

End day 2. Esok kami nak snorkelling dan island hopping pula. 

Tiada ulasan: