Klik sini

Khamis, 31 Januari 2013

Durian Cheesecake

Best Blogger Tips

Inilah hasil percobaan pertama saya akibat longgokan durian yang melampau-lampau sangat sepanjang musim durian ni. Sebelum saya cuba resepi ni saya tanya dulu mr.soulmate dia suka makan durian cheesecake ke durian crepe yang sangat popular sekarang ni. Ternyata mr.soulmate sangat addicted durian cheesecake secret recipe dan minta saya buatkan kek ni.


Antara bahan-bahan dan cara membuatnya seperti di bawah.

BAHAN DASAR KEK KEJU :-)
50 gram biskut mudah hadam (mat guna biskut marie)
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan

BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung



CARA MEMBUATNYA :-

UNTUK DASAR KEK :- 
  1. Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. 
  2. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. 
  3. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.

 UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- 
  1. Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. 
  2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. 
  3. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. 
  4. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. 
  5. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin.
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak).
  2. Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil.

Saya memang suka makan durian tapi asalkan makan durian biarpun seulas kepala saya akan berdeyut-deyut pening sampai boleh demam tapi bila makan durian cheesecake ni ok la plak, tak sakit kepala langsung. Rasa kek ni tak dapat nak gambarkan, yum.....


Ini pula hasil air tangan mr.soulmate untuk lebihan buah durian iaitu serawa durian. Memandangkan saya tak boleh makan durian direct dari buah maka mr.soulmate buatkan serawa durian ni untuk saya pula. Masa ni serawa ni tak masak lagi tapi saja snap masa dia tengah campurkan semua bahan dalam periuk. Serawa durian makan dengan roti bangali wallahhh....yum.
Selamat mencuba.

Tiada ulasan: