Ahad, 19 Disember 2021

Day 2 : Bersedia untuk ke Tanah Suci

 Bersedia untuk ke Tanah Suci

WY 0675 OMAN AIR

 Flight kali ni kecik sikit dari tadi. Sebaris cuma 6 seat je berbanding flight sebelum ni 8 seat. Kali ni saya dok sebaris dengan mr.soulmate juga dan seorang makcik kecil molek je susuk badan dia. Makcik ni datang dengan anak lelaki bujang. Katanya nak doa anak lelakinya dapat jodoh. Seat walaupun agak sempit sikit dari tadi tapi Alhamdulillah selesa saja. Saya layan movie dan tido je dan terjaga balik bila dijamu air, kemudian datang bagi jajan dan makanan berat dan roti dan jamu air lagi. Memang Oman Air ni mewah dengan makanan je sampai saya terpaksa tolak taknak makan dah sebab kenyang sangat dah. Serius makanan semua sedap belaka.

 

Pemandangan dari atas. Warna perang padang pasir yang banyak.

 Penerbangan dari Muscat ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 3 jam. Waktu di Arab Saudi adalah GMT+3, beza sejam lewat dari di Oman dan 5 jam lewat dari di Malaysia. Flight WY 0675 Oman Air telah mendarat dengan selamatnya di King Abdul Aziz International Airport. Kami bersiap untuk keluar dari flight. Sama seperti di Muscat, kami kena naik shutle bus untuk masuk ke dalam terminal. Saya ada terbaca tentang urusan para jemaah ketika di sini. Ada yang ambil masa yang agak lama untuk melepasi imigresen, ditambah dengan keadaan yang agak crowded. Tapi itu mungkin semasa musim haji kot sebab time tu semua jemaah dari seluruh dunia datang ke sini. Harap takdelah kami tersangkut lama kat sini. Moga dipermudahkan urusan kami.

Bila dah berada di dalam terminal, tak nampak pulak orang ramai. Suasana amat lengang. Yang ada cuma penumpang dari flight kami. Nampaknya dapatlah kami berurusan dengan cepat di kaunter imigresen dan kastam di sini. Kaunter ada banyak tapi hanya dua je yang buka. Bila melihatkan kumpulan kami sampai, mereka buka lagi beberapa kaunter. Kami beratur dan menunggu giliran. Semua mesti jalan bersama-sama mahram bila sampai di kaunter. Sampai je giliran kami, pegawai imi sambut mesra kedatangan kami. Dia tanya kami pandai speking arab tak? Kami jawab tak pandai cuma ayat-ayat biasa jela, takla pandai sampai boleh nak communicate.

 

Alhamdulillah, semua urusan jemaah di kaunter imigresen berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Seterusnya kami menuju ke baggage claim area untuk mengambil beg kami yang berpisah sejak dari di KLIA lagi. Sampai je kat tempat bag, mr.soulmate terus bawa turun semua bag-bag Jemaah yang lain untuk dikumpulkan. Nampaknya mr.soulmate dulu yang buat #buatbaikchallenge. Kami ni buat challenge untuk berbuat baik dan tolong orang sepanjang di sini. Sambil mr.soulmate kumpulkan bag-bag semua, saya kira macam tak cukup 1. Kami semua tercari-cari mana lagi satu bag ni.

 

Dari kejauhan nampak bag biru tua dekat group Pakistan. Salah sorang ahli group pi ambil bag tu, memang satu bag terlepas masuk group tu. Alhamdulillah sempat terperasan dan group Pakistan tu pun tak gerak lagi. Azan subuh pun kedengaran menandakan solat subuh dah masuk. Mak kepada Tour Leader period, dia volunteer untuk jaga semua bag sementara kami semua pi solat dulu. Kami solat berjemaah di tempat yang disediakan, walaupun kecil je tapi penuh sampai terkeluar ke kaki lima orang solat Jemaah.

 






Kami keluar dari terminal dan jumpa mutawwif bernama Ustaz Murtadho yang memang menetap di Mekah selama 12 tahun. Kami ikut dia menuju ke tempat bas. Kami terus naik ke dalam bas dan tak dapat pula barisan paling hadapan sebab bas dah penuh orang. Ingatnya nak duduk di barisan depan sekali supaya dapat view untuk bergambar. Saya harap setiap kali naik bas dapatlah saya duduk depan. Nampaknya kenalah masuk dulu setiap kali naik bas. Takkan la nak bagitau kat jemaah lain seat depan sekali saya punya.

 

 

Dari Jeddah kami memulakan perjalanan ke Madinah. Dalam bas semua Jemaah sambung tidur lagi sampaila kami berhenti di satu perhentian rnr di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Kami akan makan breakfast iaitu nasi ayam penyet siap ada sambal penyet dan tempeh lagi. Memang sedap dan nikmat sekali. Masa turun bas, suhu sejuk dah mencengkam tulang hitam. Saya memang suka cuaca macam ni memang enjoy dengan cuaca dingin macam ni. Ada Jemaah yang kesejukan terpaksa berkelumbung dengan sweater dan pakai sarung tangan. Mr.soulmate lagila kulit keras, pakai t-shirt lengan pendek ja. Pastu sorang-sorang mai tegur, “tak sejuk ka?”. Kami memang enjoy kat tempat sejuk dan sebab tu takleh nak travel masa musim panas, nanti mood pun jadi moody panas-panas ni.

 

Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan ke arah Madinah. Bila tiba di masjid Bir Ali, kami dikejutkan oleh Mutawif dan Mutawif menceritakan serba sedikit maklumat dan sirah mengenai Masjid ni sampailah kami tiba di Hotel iaitu Hotel Mawaddah Al Waha. Kami diminta tunggu dahulu di atas bas sementara tunggu pekerja hotel memunggahkan bag kami masuk ke lobi hotel dan ustaz dapatkan kunci bilik kami. Kunci bilik diserahkan semasa kami di atas bas. Sesapa dah dapat kunci boleh turun bas dan ambil bag di lobi dan boleh terus ke bilik masing-masing.

 

 Masa sampai sini, saya pun wahhh cekap sungguh pihak Andalusia sangat sistematik dan teratur, kerja jadi lancar takla kelam kabut kan. Mungkin disebabkan Andalusia dah banyak pengalaman mengendalikan Jemaah-jemaah umrah dan haji dan mereka cekap dengan kerja mereka. Jemaah memang tak perlu pening nak fikir apa dah, dapat kunci, ambil bag dan siap pula untuk solat.

 




Makanan tengahari pun dah siap untuk kami di Dewan makan tingkat M tapi disebabkan kami masih kenyang makan nasi ayam penyet tadi kat rnr, kami terus ke masjid jela. Hati terkinja-kinja melompat-lompat tak sabar sangat nak jumpa Rasulullah saw di Masjid Nabawi.

 

 Kak Long bawak 'adik-adik' masuk masjid hehehe....

 


 Saya dapat bilik berempat dengan 2 orang makcik adik beradik datang dengan anak lelaki dan suami manakala sorang makcik lagi datang dengan anak bujang dan kebetulan mahram kami semua pun roommate juga. Bilik kami pun bersebelahan dengan mahram, senang la kan nak terpekik terlolong nak panggil ka apa hehehe….Saya asyik tergelakkan makcik 2 beradik ni asyik bergaduh je dan comel je tengok depa semua sebab semua sama tinggi kecik molek, saya pula macam kak long depa semua.

 

Jam menunjukkan lagi 30 minit nak masuk zohur, kami pun kelam kabut siap-siap nak ke Masjid Rasulullah saw. Jarak hotel ke masjid Nabawi dalam 100 meter lebih kurang la.

 

Masa nak keluar ke masjid, kami terserempak keluarga Tour Guide, depa suruh kami makan tengahari dulu. Kami pun….eh diorang tak nak solat kat masjid ke? Dah sampai ni kan takkan nak makan tak solat jemaah di masjid, balik karang la kan makan. Kejutan budaya pertama kali dengan orang Malaysia di sini. Sejujurnya, saya mula tak selesa dengan vibe family tour guide ni. Depa mai sini serupa nak berholiday instant of beribadah. Dah tu nak hasut orang lain sama untuk chill2 dengan depa lak. Katanya baru sampai rehat-rehat dulu, nanti-nanti la solat di masjid dan akhirnya solat je di Hotel walaupun dah sampai di Madinah mahupun di Mekah. Rugi kan.. memang rugi sangat-sangat bagi saya. Katanya mereka setiap tahun buat umrah, tahun depan datang lagi jadi tak perlu nak tergesa-gesa ligan pahala gitu. Orang kaya agaknya, saya ni orang miskin, nak datang ni kumpul duit bertahun juga. Bila dah sampai memang pulun sepulunnya la nak buat amal ibadat sebanyak-banyaknya sebab pahala kat sini seribu kali ganda lebih banyak dari amalan di Malaysia. Saya pun tak pasti masih ada kesempatan dan kemampuan lagi ka nak datang lagi ke sini nanti, waalahhualam.

 

Selepas zohor, kami balik semula ke hotel untuk mengemas bag pakaian. Tadi kan tak sempat nak kemas apa yang patut sebab berkejar nak solat Jemaah di Masjid Nabawi. Semua roommate dah pilih katil masing-masing, saya ambil katil yang kosong je. Saya tak kisah asalkan ada katil untuk tidur cukup.

 

Saya terasa macam mewah pula datang ni memang berbaloi dengan setiap sen yang dibelanjakan sebab yala sebelum ni kami ni travel backpackers tido kat hostel yang serba kekurangan, makan pun tak tentu dan semua kena fikir sendiri route dan planning harian macam mana. Ha kali ni tak pening nak fikir apa, semua orang buatkan untuk kita. Kita cuma focus untuk beribadat saja.

 

Sejam sebelum asar kami jalan kaki semula ke Masjid. Tak puas lagi nak solat nak mengaji nak berzikir nak berselawat dan macam-macam lagi la. Saya pun tak faham juga dengan diri sendiri kenapa tah air mata ni macam tak dak harga kat sini. Baca quran nangis, solat sunat je pun nangis lagi, nak doa nangis lagi…dah kenapa dengan aku ni tak tau la. Baca quran saja kalau tak baca sekali terjemahan takdak nak nangis tapi kalau bab baca sekali dengan terjemahan tu air mata macam empangan pecah takleh nak tahan-tahan dah. Saya selalu beringat yang saya bawa dosa yang sangat banyak dan rasa kerdil sangat datang ke bumi Haramain dengan dosa yang bertimbun. Malu saya pada Allah dan Rasulullah, adakah saya ni layak datang ke sini (hais…air mata keluaq lagi, habuk banyak lak kat sini ya). Saya bukan orang yang kuat beramal tapi Allah sentiasa bagi pelbagai nikmat yang tak disangka-sangka kepada saya, saya rasa saya tak layak pun nak dapat apa yang saya dah dapat ni. Di sana mahupun di sini pun saya selalu ucap syukur…syukur….syukur sangat-sangat. Nikmat Allah apakah yang kamu dustakan.

 





 Kami stay saja di masjid sampai isya baru balik semula ke hotel. Selepas isya, balik hotel makan malam dan kemudian saya usulkan cadangan kepada makcik roommate dan mr. soulmate nak pi Raudah la malam ni sebab perempuan cuma boleh masuk Raudah selepas subuh dan selepas isya saja. Mr.soulmate dah masuk raudah lepas zohur tadi, jadi macam tak aci pula kami yang perempuan tak dapat masuk lagi ni. Mr. Soulmate izinkan saya pi tapi dengan syarat dia tunggu saya di masjid sampai saya keluar dari Raudah. Makcik pun setuju juga nak ikut saya malam tu. Makcik lagi 2 orang tak ikut, depa stay di hotel saja.

 


Selepas makan malam dan tukar dari telekung pakai tudung balik dan tinggalkan semua barang-barang kat dalam bilik (nak masuk raudah bersesak berhimpit-himpit), kami pun jalan lenggang kangkung tak bawa apa pun masuk semula ke Masjid An-Nabawi pintu 25. Mr.soulmate dan anak makcik tunggu kami kat luar pintu 25 saja. Pintu 25 ni memang pintu untuk muslimat khas ke Raudah. Akhirnya dalam perasaan eksited campur nerves semua ada kami pun menonong je masuk. Nampak macam kumpulan-kumpulan berkumpul, ke arah mana patut kami tuju ni.

 


Sambil tercanggak-cangak tu, kami tanya sorang perempuan muda Arab, nak masuk Raudah nak tunggu kat mana?dia kata dia pun tak tau, dia pun nak masuk Raudah juga. Akhirnya kami jalan ke depan lagi dan duduk dalam kumpulan Turki, Pakistan dan Arab. Tak lama kemudian pintu belakang ditutup, maka kami ni macam dalam kandang la, semua pintu tutup keliling kami ni. Kat depan baru nampak signboard nak masuk Raudah pukul 10.30 pm, sekarang baru pukul 8.30 pm. Sementara dok tunggu tu kami baca quran dan berzikir dan berselawat. Ada juga group yang berborak sesama sendiri. Makcik kat sebelah saya ni pun pendiam, kami memang tak suka berborak dalam masjid. Masing-masing kami sibuk dengan hal-hal ibadat sendiri, makcik dok berzikir, saya pula baca quran. Bila baca quran tang susah nak sebut, saya cuit orang Arab kat sebelah tanya dia macam mana nak sebutkan, dia pula tolong ajarkan.

 

Tengah masing-masing sibuk baca quran ada 2 orang perempuan arab yang tua muka agak bengis sikit, dia tendang sorang Pakistan ni dok baca Quran. Dia nak lalu dan suruh Pakistan ni ketepi dia nak lalu tapi Pakistan ni buat bodo baca je Quran. Dia tak puas hati dia marah-marah Pakistan ni sebab tak bagi laluan. Padahal ada lagi jalan dia boleh lalu tapi tak tau pasaipa dia nak cari pasal dengan Pakistan ni. Pakistan ni khusyuk je baca Quran tak pedulikan dia, Mak Arab ni lagi berangin lagi nak mengamuk. MasyaAllah….tak pernah saya tengok kejadian macam ni depan mata. Apalah ego sangat Mak Arab ni tah la. Lepas tu dia tonyoh kepala Pakistan tu dan langkah Pakistan dan Quran yang tengah dibaca tu sekali…

 

 

ya Allah terkejut saya, tapi saya pun pura-pura sibuk baca Quran, tengok sipi-sipi mata saja tak berani nak tengok sangat, satgi kalau dia nampak dok tengok dia satgi dia speking arab kata “hang tengok2 apa? Satgi aku putaq kepala hang baru tau”, uihhh gerun wooo badan depa pun besaq, kita ni spesis hobiton je ni. Last dia duduk belakang Pakistan tu ja sambil dok berlunjur kaki ke arah Pakistan tu dan kaki dia macam dok tolok badan Pakistan tu. Yang Pakistan tu pun redha ja buat tak tau dok khusyuk baca Quran. Sabar sungguh Pakistan ni.

 

Baru saya faham rupanya dia nak Pakistan tu bangun bagi tempat duduk kat dia la kot, bukan nak lalu pun. Lepas tu 2 orang tu dok borak kuat gila bising sampai semua pakat dok tengok depa. Dah dia duduk terjulur kaki macam tu susah la orang nak lalu kan. Ada family Turki ni nak lalu, minta dia ketepi sikit kaki. Dia marahnya family Turki tu dan last family Turki tu langkah je kaki dia. Dalam hati saya, mungkin perempuan ni keturunan Abu Jahal la kot hehehe….Kat sini yang baik-baik mungkin keturunan Rasulullah saw dan yang jahat gila tu mesti keturunan Abu Jahal tu.

 

Tak lama kemudian, orang yang duduk kat bahagian depan dah mula buat rusuhan, depa ketuk-ketuk pintu kat depan untuk dibuka. Ada yang menjerit macam histeria bila orang tolak dan terjatuh. Kami yang duk kat tengah ni beristighfar je la tengok kelaku depa tu. Kan kat signboard kata nak buka pukul 10.30pm, sekarang dah 10.32pm, lagi depa dok buat rusuhan macam nak pecah pintu kandang tu. Masa ni baru rasa takut sebab baru perasan, mana ada muka Malaysia atau Indon dalam group ni. Agaknya group Asia takleh campur dengan group ni sebab saiz badan depa yang besar dan sikap kasar depa ni tak sesuai dengan orang Asia. Kami silap masuk group agaknya ni.

 

Kemudian pintu belakang dibuka, polis dan penjaga lelaki yang buka pintu belakang. Apa lagi yang depan-depan tu berlari rempuh je pegawai lelaki. Nak tergelak juga masa ni sebab masih ternyiang-nyiang di telinga pegawai-pegawai lelaki tu kata “Hajah…Hajah…istighfar….istighfar”. Semua pakat berlari menuju ke Raudah kecuali kami dua.

 

Saya risau sebenarnya takut makcik yang kecik molek ni dirempuh orang, saya pimpin je tangan dia tak lepaskan. Saya cakap “takpa makcik, kita tak yah berlari, kita jalan pelan-pelan je sambil berselawat. Kalau Allah izinkan kita masuk Raudah, dapatlah kita masuk. Kalau Allah tak izinkan pun takpa kita redha ja”. Saya pun tak faham kenapa mesti nak berlari nak berebut-rebut, nak tolak-tolak orang dah kenapa.

 

Akhirnya sampaila kami kat kawasan Raudah yang penuh sesak dengan manusia yang saling bertolakan. Saya tengok makcik, makcik tengok saya, kami pun ermmm takpala macam takdak peluang je nak masuk ke kawasan tiang paling hadapan di antara makam Rasulullah s.a.w dan mimbarNya. Kemudian disebabkan asakan dan tolakan orang ramai, kami sekali dok kena tolak. Tolak punya tolak akhirnya kami dua sampai di depan sekali. Macam tak percaya kami sekarang berada pada tiang paling hadapan ni. Saya pun “jom makcik kita solat dan doa”. Kami solat berkali2, solat taubat, solat hajat, doa sambil nangis lagi. Masa sujud tu risau juga kepada orang pijak ka apa sebab orang terlalu padat dan masa kami solat takdak sapa yang jaga kepung kami tengah solat tu. Alhamdulillah kami solat dengan sempurna, takdak sapa nak pijak kepala kami masa sujud tu. Bila nampak orang berasak-asak lagi, saya ajak makcik jomla keluar bagi orang lain pula peluang nak doa kat sini. Seronok sangat sebab urusan kami sangat mudah. Yang tadi mustahil kami boleh nak masuk sebab geng2 Arab, Turki, Pakistan ni yang ganas dan kasar ni suka rempuh orang dan kami pula dok belakang sekali tapi akhirnya Allah permudahkan kami boleh masuk terus sampai ke hadapan sekali.

 

Keluar dari Raudah menangis lagi terharu….ish….tu yang kata air mata takdak harga kat sini, asyik nangis je. Masa keluar tu, saya terpaksa peluk makcik yang kecik ni dok dalam pelukan saya sebab orang dok tolak-tolak sampai rasa lebam lengan pun apa. Dasyatla orang2 bersaiz besar ni, depa tak kira dah kita yang kemetot ni.

 

Kesian juga kita yang hobit ni selalu dibuli depa tapi syukur Allah sentiasa mudahkan urusan kita selagi kita bersabar dan bersyukur….wallahualam.

Keluar je Raudah, nampak muka laki sendiri nak teriak lagi….”abang…tadi kan kami kena buli dengan mak-mak arab, depa ganas sangat dok tolak kami” mengadu macam budak kecik baru kena buli tu hahahaha……

Akhirnya hari pertama kami di bumi Madinah al-Munawwarah. Bersambung pula hari kedua esok.

 

......bersambung........

 

P/s: disclaimer - Kami dah sampai Malaysia. Sepanjang di sana kami off semua sosial media. Lani dah kat rumah kat Malaysia dah, baru update semua story pasal kat sana. Kat sana kami fokus dgn ibadat saja, xbuka langsung fon. Minta maaf atas semua kiriman2 doa


Selasa, 14 Disember 2021

Day 1 Umrah

 

Part 3
 


Masa dapat tau naik Oman Air, saya check harga tiket flight kalau beli sendiri. Saya dapat lebih kurang RM3,500/return seorang untuk ke Jeddah. Mahalnya. Mungkin Andalusia dapat lebih murah dari tu kot sebab beli banyak. Huhu.. Masuk dalam flight kami cari seat mengikut tiket flight masing-masing dulu dan tunggu sampai semua jemaah masuk.
 
Alhamdulillah kami dapat duduk seat couple dan saya dan mr.soulmate tak berpisah. Sebenarnya saya pun dah ready kalau kami terpisah sekali pun sebab memang nak tido je, tak kisahlah sapa pun dok sebelah. Selalu kalau backpackers ni, dalam flight kami akan dok seat jauh-jauh, tapi rasanya sebab ni pakej umrah, pihak Andalusia bagi dok sekali untuk mahram. Seat selesa dan ruang kaki pun agak luas. Walaupun kelas ekonomi kami dapat bantal tidur, selimut, eye mask, towel kecil, berus gigi n ubat gigi dan ear phone untuk tengok movie atau dengar lagu kat skrin setiap seat ni. Yang tu amat selesa….layan movie sat pastu hayut selama 7 jam untuk sampai ke Muscat. Selalu naik Air Asia seat ekonomi saja, apa sangatla nak diharapkan kalau harga pun mur mur je.
 
Kami diberikan roti dan air mineral je. Mungkin untuk alas perut dulu. Flight 7 jam, mesti ada makanan berat punya. Saya sambung tidur semula dan sedar sejam kemudiannya bila makanan berat dihidangkan. Ada dua pilihan makanan dan saya dan mr.soulmate pilih makanan berbeza supaya boleh rasa sorang sikit. Alhamdulillah, sedap juga makanan dalam flight Oman Air ni. Lepas makan ada lagi troli jamu air, saya minum air mango pekat dan sedap gila. Kemudian mai lagi troli minum air epal pula. Rasa macam dok dalam akurium ikan, orang dok mai jamu makan saja. Alhamdulillah semua sedap dalam Oman Air ni.
 
Waktu di Oman adalah GMT+4, bermakna lewat 4 jam dari waktu di Malaysia. Cuaca di sepanjang perjalanan sentiasa gelap sebab melawan arus masa. Jam kat tangan dah kena set siap-siap waktu Oman. Takut terlepas flight untuk ke Jeddah pulak sebab waktu transit cuma 2 jam je di Muscat. Nak keluar tengok keadaan di luar airport Muscat pun tak sempat. Tolak dengan waktu nak keluar dari flight dan berurusan di kaunter transit, tinggal sejam je lagi. Harap urusan transit di Muscat International Airport berjalan dengan lancar, insyaAllah..
 
Flight captain announce flight WY 0822 akan mendarat di Muscat International Airport sebentar lagi. Cuaca semasa di Muscat lebih kurang sama macam di Malaysia. 
 

Tiada pemandangan lain di sekitar airport melainkan hanya bukit padang pasir, teruja sebentar tengok view padang pasir. Seronok bila berada pada view mata burung ni, boleh nampak dari atas suasana dan view di bawah sana. Flight berhenti sepenuhnya dan kami mula beratur untuk keluar dan masuk ke dalam terminal. Rupanya terminal masih jauh lagi. Turun je dari flight, kami kena naik shuttle bus pulak untuk ke terminal. Negara kaya, dah tentu airport pun besar. Sampai di dalam terminal, kami berurusan di kaunter transit. Tak perlu nak keluar dan masuk semula dalam terminal. Beg troli besar pun tak perlu amik sebab terus transfer ke flight lain. Harap jangan masuk salah flight sudah la. Tinggal lagi sejam setengah untuk naik flight berikutnya. Tour leader beri kami tiket flight baru. Masa ni saya nampak ahli group kami terkejar-kejar nak menunaikan solat maghrib dan isya sebab mereka belum solat. Kami yang dah ready ni ambil masa tidur lagi di airport. Kebanyakan penumpang ke Jeddah semuanya bersiap pakai ihram tapi disebabkan kami akan turun ke Madinah dulu, kami tak perlu pakai ihram.

 Flight kami ke Jeddah menaiki Oman Air Flight WY 0675. Kami dikehendaki berkumpul di Gate 3. Tengok orang ramai yang menunggu flight rasa macam bukan rakyat Oman je. Nampak muka macam orang dari India dan Bangladesh yang ramai kat sini. Moga dipermudahkan semuanya. Wallahualam..

 

End Day 1

Selasa, 24 November 2020

KLIA – MUSCAT, - MADINAH 26.01.2020 (Ahad)

 

Part 2
 
Day 1
 
Masa ni dah masuk maghrib dan taklimat pun selesai setengah jam kemudian makna kata lagi 30 minit nak boarding hehehe…..kalau Air Asia mesti dah tutup gate tak bagi masuk dah ni. Kat KLIA ni tak tau la macam mana prosedurnya. 
 
 
Habis je taklimat, kami terus berpisah dengan group dan menuju ke surau untuk solat jamak maghrib dan isya siap-siap sebab kami tau lepas ni samada nak solat dalam flight atau solat di Oman la jawabnya nanti. Tour leader kami suruh semua terus ke gate boarder dan nampaknya semua ahli group masih belum solat maghrib sebab depa terus nak naik flight. Lepas solat ja, kami terus berlari ke security dan imigresen dan sekali lagi buat amazing race berlari ke pintu pelepasan. Masa kami sampai di pintu pelepasan, kami terus masuk barisan beratur masuk ke dalam pesawat. Masa tu kami tak nampak lagi ahli group kami. Kami ingatkan depa dah masuk dalam pesawat la kot tapi rupanya depa mai lagi lewat dari kami dan beratur di barisan yang agak belakang sikit. Kami agak mungkin depa pun sama macam kami solat dulu kot dan disebabkan kami ni dok cergas berlari-lari mungkin kami sampai dulu tapi rupanya depa masih belum solat lagi. Geng Mak Jemah bersalam peluk cium dengan ahli keluarga dan jalan lengang kangkong lagi sedangkan masa dah time. Beza kalau travel group, ahli kumpulan lebih santai walaupun masa suntuk pesawat nak gerak dah. 
 
 
 
Kami akan naik flight Oman Air. Penerbangan selama 7 jam untuk sampai di Muscat. Transit di Muscat selama 2 jam dan terus sambung penerbangan ke Jeddah. Mutawwif yang akan guide group kami ialah Ustaz Murthado yang tunggu ketibaan kami di Jeddah. Sementara ni Tour Leader kami Shazwan akan guide kami dalam perjalanan dari Malaysia ke Jeddah dan dari Jeddah ke Malaysia saja.
 
 
Gate C1 dibuka. Kami beratur untuk masuk ke dalam flight WY 0822 Oman Air. First time merasa pengalaman naik flight Oman Air. Tak mintak lain, hanya mengharapkan seat selesa sepanjang perjalanan. Negara Oman kaya dan currency ketiga tertinggi dunia, takkan la buat kapal terbang level low-cost carrier macam Air Asia kot. Hehe.. Masa dapat tau naik Oman Air, saya check harga tiket flight kalau beli sendiri. 
 
.....bersambung....

KLIA – MUSCAT, - MADINAH 26.01.2020 (Ahad)

 Part 1

DAY 1 (Hari Perjalanan) 🇲🇾➡️🇴🇲➡️🇸🇦
 
KLIA – MUSCAT, - MADINAH
26.01.2020 (Ahad)
 

 
Kami bertolak dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur seawal pagi pukul 4.00 pagi dah gerak bagi mengelak kesesakan di atas highway di musim perayaan Tahun Baru Cina. Adik yang hantar ke KLIA kebetulan dia pun nak ke Melaka dan singgah hantar kami dulu di sana. Tak seperti kebiasaan kami kalau travel selalu ke KLIA2 tapi kali ni kami menuju ke KLIA. 
 
 
 
Pukul 3.00 petang, kami pun sampai di KLIA. Kami pun cari group Andalusia yang lain tapi takda sorang pun yang sampai, mungkin kami orang yang pertama tiba. Di KLIA memang ramai sangat group Jemaah dari pelbagai syarikat termasuk Tabung Haji, Simply Umrah dan Reyhar.
Kemudian baru nampak beberapa Jemaah berbag biru gelap Andalusia tiba. Kami bergerak ke Row M dimana pihak Andalusia menunggu jemaah group kami berkumpul di situ. Group kami tak ramai, hanya 23 orang jemaah je. Kami terus berjumpa dengan pegawai Andalusia untuk lapor diri. Kami diberi tag dan beg kami disusun bersama beg jemaah yang lain. Nasib baik kami dah buat siap-siap tagging kat beg kami sebab semuanya guna beg yang sama. Takde masalah pun kalau tak tag, tapi letih la nak mencari masa amik beg bila sampai kat airport nanti. Janji dari jauh dah boleh kenal beg kami. Yang penting jangan la beg kami hilang. 
 
 
 
Dah selesai urusan kat kaunter check-in, kami dibenarkan bersurai dan setengah jam lagi kami akan berkumpul semula untuk taklimat. Masa tu saya tengok jam lagi 2 jam nak boarding ni, biar betul Andalusia ni masih berlenggah-lenggah tak masuk lepas security lagi. Kami yang selalu travel diy ni memang selalunya 3 jam sebelum berlepas, kami ready dah lepas imi dan security semua sebab nak mengelakkan kesesakan atau masalah apa-apa yang memakan masa. Sejam kemudian baru pegawai Andalusia datang dan bagi taklimat serba sedikit. Kami ni, orang kedah kata ketaq perut dahla lagi sejam tak masuk security lagi. Yala kami ni tak biasa travel bergroup dan agak gabra bila orang lewat-lewat tambahan lagi tak lepas imi dan security lagi. Mungkin juga KLIA ni tak sibuk macam KLIA2 kot, kami tenangkan hati sendiri.
 
.........bersambung...... @ Muscat, Oman