Episod 1, SINGAPORE
Perjalanan kami bermula dengan menaiki train ke Butterworth dan menaiki pesawat di Penang ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur kami menaiki Scoot di KLIA2 ke Singapore di mana kami transit selama 12 jam di situ.
Ok juga transit lama di Singapore sebab kami boleh explore Singapore dan kebetulannya kat Changi Airport memang disediakan perkhidmatan tour secara percuma untuk penumpang yang transit lama lebih 8 jam rasanya kalau tak salah. Boleh semak semula kat laman web Changi Airport untuk maklumat terkini.
Harini adalah hari Arafah iaitu 9 Zulhijah dan kami bertiga pun puasa sunat untuk harini. Sekaligus kami dah jimat bab makan, tak kalut nak cari tempat nak makan makanan halal di Singapore pula.
Niat di hati nak mandi dulu kat Changi Airport sebelum nak berlepas ke Berlin. Memang disediakan tempat mandi yang bersih dan selesa tapi sekali mandi kena bayar sebanyak RM50, tu pun terhad berapa minit je boleh mandi. Jangan tanya kenapa harga ayaq mahai di Singapore, depa tak ada sumber ayaq dan ayaq pun beli dari Malaysia.
Changi airport ni memang lawa, banyak sangat taman tapi semuanya taman buatan. Suasana real taman yang tenang dan damai tu tak ada sebab vibe tiruan saja. Orang kampung macam kami ni memang sesak dada tak boleh hidup dengan vibe macam ni. Nak kata moden sangat pun takla sangat tapi tak boleh terima vibe yang sumber aslinya tiada.

Perjalanan kami selama seminggu ni percaya atau tidak, kami tak ada bag luggage. Bila sampai kat security, kami akan keluarkan toiletries ja dan isinya memang seminimum yang boleh dan letak dalam bag lutsinar supaya tak ada la berterabur kat dalam bekas x-ray nanti. Baju pula kami bawa siap2 sabun serbuk supaya nanti boleh cuci ja atau hantar dobi.
Memang sengaja kami travel lite saja sebab kami banyak guna pengangkutan kapal terbang saja dengan tambang murah. Biasalah kalau kita naik kapal terbang kos rendah ni yang nak jadi mahalnya nanti kat luggage.
Tidak check in luggage dan hand carry cuma seberat 3.8kg menjadi tanda tanya staf Scoot di kaunter KLIA2 sebab perjalanan kami selama seminggu ke German. Kami cuba untuk travel light dan cuba untuk kurangkan beban semaksimum yang boleh bagi membolehkan kami sentiasa selesa apabila bergerak. (Zaman backpack galas anak gajah dan anak tapir dah berlalu)
Tibanya kami di Singapore, kami join free tour untuk penumpang transit saja. Kami memilih tour heritage kerana bermula pukul 4 pm dan tamat pada pukul 7pm. Manakala tour modern bermula pukul 6pm dan tamat pada pukul 8pm. Memandangkan kami bertiga berpuasa pada hari tu, kami kena ambil kira tempat nak berbuka puasa juga dan sebab tu pilih Heritage tour sebab habis awal.
Dalam tour tu, banyak cerita sejarah yang telah diolah dan percaya atau tidak, kami diceritakan bahawa semua penduduk Singapore adalah pedagang dan orang luar, tiada orang native ya di Singapore. Malays di Singapore adalah datang dari orang laut. Keliru kejap dengan sejarah yang banyak sekali diubah oleh rakyat Singapore untuk diceritakan kepada pelancong Singapore. Pastu mata minah cina yang cerita sejarah Singapore tu, dok pandang kami je nak tengok reasi kami la kot. Kami buat bodo jela, dengar boleh percaya jangan. Dah join free tour malas nak bertekak.
Selesai ja tour, kami kemudian turun di Jewel. Nasib baik kami ke Singapore cuma transit je sebab takdak apa yang menarik untuk diceritakan di Singapore. Airport yang dikatakan salah satu terbaik dunia pun, shower nak mandi kena bayar rm50. Memandangkan kami akan berada dalam pesawat sehingga 13 jam, kami kena juga mandi berbayar. Tiada shower percuma di Changi airport. Nak print border pass ryanair kena bayar sekeping rm3.30, jadi kena bayar rm10. Semuanya berbayar dan tiada yang percuma di Changi.
Kami berbuka puasa di Kantin Staf di ground floor. Harga makanan dan minuman pun berbeza dengan staf, di mana orang luar makan kena caj lebih 20 sen untuk setiap makanan dan minuman. Makanan halal diasingkan dengan makanan non halal di mana pinggan dan tempat tray pun diasingkan. Pinggan hijau cuma untuk makanan halal saja.
Sepatutnya pukul 12 tengah malam Scoot take off tapi delay sejam lebih dan pukul 1 pagi lebih baru kami berlepas.
Nota kaki: Weii lantakla orang nak travel cara tng ke, duit n masa ciput ja tapi nak juga jejak kaki ke negara orang. Next time kita mai lagi bawa anak pula ya
1 ulasan:
baru nak tanya , anak mana ;) well janji sampai kat situ kannn
Catat Ulasan