Selasa, 5 Julai 2016

Day 10 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip (Christchurch - Auckland CBD)

Hari ni 30 Ramadhan, esok raya. Tapi tah kenapa hati saya sedih pula Ramadhan bakal tinggalkan kita untuk tahun ini. Walaupun esok Raya Aidilfitri tapi hari ni saya masih setia di ofis. Kebiasaan bagi traveller yang menghabiskan cuti tahunan untuk travel, walaupun keseorangan di pejabat takpala asalkan boleh jimat cuti tahunan untuk next trip pula. 

Raya tahun ni pula bagi saya dan mr.soulmate taklah meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ni, bagi pihak keluarga saya, semua adik beradik beraya rumah mertua masing-masing. Bagi pihak keluarga mr.soulmate pula, ini raya pertama tanpa ibunya. Ibu mertua saya meninggal dunia tahun lalu pada 7 syawal. Ibu mertua saya seperti ibu saya sendiri. Saya lebih rapat dan mengenali ibu mertua saya lebih dari ibu kandung saya sendiri sebab ibu kandung saya meninggal dunia masa saya berumur 14 tahun.  Sudah tentu tahun ini beraya tanpa ibu mertua saya sangat terasa. Tak dapat saya merasa ketupat dan rendang yang sedap hasil air tangan arwah tahun ni. 

Okla sudah lap air mata....meh sambung road trip pula.

Assalamualaikum.......

Bismillah....pembuka bicara.

Pagi ni kami kena pulangkan kereta tapi sebelum pulangkan keta kena isi minyak bagi penuh dan kena cuci keta luar dalam bagi bersih. Kalau tak kena caj berapa tah tak ingat kat kad kredit nanti.

Kebanyakan stesen minyak di Auckland sediakan tempat cuci kereta, jadi senangla kan. Kita cuma bayar kat kaunter dan dapatkan no pin. Dekat box depan tu nanti kita akan masukkan no pin 


Selepas cuci kereta, ada mesin vacum dan pewangi sekali kalau nak vacum dalam kereta. 


Hari ni adalah cuti umum Anzac Day, maka memang sunyi sepi pula Auckland.



Ok sampaila kita kat tempat nak pulangkan semula kereta sewa yang banyak berjasa kat kami sepanjang road trip di pulau selatan ni. Sedih dan emosional pula tau sebab rasa kat hati taknak balik lagi. Terasa kat sini macam 'home' hehehe...

Nanti kunci kereta masukkan dalam box hitam kat pagar tu. 


Perasaan sedih lak nak tinggal kereta ni. 

Dari sini kita kena jalan kaki lebih kurang 400 meter di hadapan untuk ke airport. Bak kata mr.cameron tuan punya kereta, tak terasa jauh langsung sebab boleh enjoy view dengan cuaca yang nyaman. Mr.Cameron ni memang banyak orang Malaysia yang sewa kereta dia setiap tahun. Dia kena juga belajar bahasa melayu ni walaupun dia cuma pandai sebut 'Terima Kasih'.

Bila dah sampai airport. Perkara pertama kena pi kat area Air New Zealand dan self check-in kat kaunter. Airport ni cuma ada 2 jenis airline saja iaitu Jetstar dan Air New Zealand. Flight domestic kami pukul 1.20pm. Kali ni kami naik Air New Zealand pula saja nak merasa selain Jetstar.




Lepas tu kami merayap kat bahagian luar je. Dalam airport memang selesa sentiasa panas tapi ramai orang. Walaupun sejuk kat luar ni, kami tak kisahla sebab lusa nak sampai Malaysia tak merasa cuaca sejuk macam ni dah. 

Mengintai jap mr.soulmate tulis apa kat poskad saya hehehe....
Tadi sebelum kami keluar, saya buat sandwich siap-siap untuk breakfast dan lunch. So kat sinilah kami breakfast sesambil menulis poskad kat travel partner dan kengkawan di Malaysia.

Oh ya taktau la betul ke tidak tapi lebih baik jangan tunjuk Boarding Pass Barcode kat social media termasuk blog sendiri sebab orang boleh hack barcode tu dan dapatkan maklumat peribadi dan akaun bank kita melaluinya.

Kalau kita naik flight di sini, depa cuma nak tau nama bapak kita je. Diorang tak nak tanya pun kita nama apa. So janganlah gelabah bila nama kita tak dak dalam boarding pass ni. Sebenarnya bapa saya nama Ahmad tapi memandangkan dalam passport ada 'binti', so 'binti Ahmad' adalah nama family kita. Kalau ditanya "what is your family name" kena jawab "Binti Ahmad" dan bukan "Ahmad". Saya pernah kena kat Korea bila diorang macam tak puas hati tengok nama kat passport dan boarding pass disebabkan 'BINTI'. Kalau ikutkan saya pun tak suka bila 'BINTI' ni jadi sebahagian dari nama saya tapi kalau dah dalam ic dan passport ada, nak buat macam mana.

Ok poskad akan terbang dulu ke kita yang akan terbang dulu ni. Bye poskad kita jumpa lagi di Sik next week.

Penantian yang memboringkan bila flight kena tunda pula.








Bagi saya Jetstar ni ala-ala macam Air Asia tapi Air New Zealand pula ala-ala Mas.


Bersabarlah dengan service kat airport baik di Christchurch atau di Auckland. Nak ambil bag pun kena bertapa mau sejam juga. Bak kata pelancong dari US yang borang dengan kami. New Zealand ni kan tempat pelancongan so service pun rilex ala-ala macam melancong juga.


Dari airport kami naik bas oren no.380 harga nzd2.50 sorang dan turun di Airport Skyway Lodge. Kami dah booked bilik yang sama sebelum ni. Baju dan makanan pun kami ada tinggalkan kat sini. 



Inilah Skyway Lodge yang sangat dekat dengan Auckland airport dan mudah sebab banyak bas yang lalu dari airport atau ke city. Saya rekemen tempat ni juga kalau sesapa berhajat nak datang ke sini.

Lepas letak bag dan solat. Kami kemudian keluar semula naik bas dari sini ke city.


 Kami naik bas dengan harga nzd6.50 sorang samada bas no.334,327 dan 328 dan turun di Queen Street. Lama juga dalam 40minit juga bas ni sebab bas henti2 kan.




Kebetulan hari ni public holiday ANZAC Day, semua kedai tutup awal dan mall pun tutup awal juga. Kami sempat singgah kat dalam mall ni cari kebab halal kat food court dia. Pekerja kedai tu student Jepun dan muka macam melayu. Dia kata ramai customer yang mai kat dia tanya dia ni asal dari Malaysia ke. Dia kata dia pun tak pernah sampai Malaysia lagi. Biasala muka melayu Malaysia ni mix dari pelbagai kaum. Muka orang Mouri pun macam melayu cuma melayu ni versi hobit la.



Disebabkan semua kedai dan mall pakat tutup awal, kami pun ronda-ronda jalan di sekitar bandak Auckland ni. Dari pemerhatian saya, Auckland ni macam kat Dunedin tapi versi moden sikit sebab ramai student kat sini.









Saya sempat tukar duit australia lagi sebab nak beli sedikit souvenir bagi diri sendiri. 
Jumpa kedai pizza yang murah dan sedap.



Masa kami tengok jadual bas kat hari weekdays tetiba mai sorang Mouri cakap kami salah tengok jadual sepatutnya tengok public holiday sebab harini dikira public holiday. Nasib baik kan. Muka orang Mouri ni memang sebiji muka orang melayu. Kalau diorang mai Malaysia pun, kita mesti cakap melayu dengan depa. Beza sikit orang melayu ni versi hobit la. Saiz badan depa memang besar dan tinggi.

Kami naik bas Onehunga dan bagitau kat driver bas nak turun kat Kiwi Hotel. Kiwi Hotel ni sebelah je dengan skyway lodge. 

Di pertengahan jalan naik orang Mouri laki dan pompuan. Bau ya Allah busuk sangat. Bau hancing dan arak bergabung dan si lelaki dok belakang kami dan pompuan pula dok kat depan. Tetiba kami macam pelik je dengan depa ni, semacam sangat. Pastu bas tetiba berhenti dan buka pintu tapi xdak sapa nak dan turun. Driver bas pun kata "kiwi hotel", apa lagi kelam kabut kami turun dan kami cakap kuat2 kat driver bas "thank you".

Malam ni kat dapur ada sorang pelajar dari India baru sampai 1st day. Dia cerita, dia selalu mai Malaysia dan sembahyang kat Batu Cave.
Esoknya kami minta anak sedara kakak korea ni hantar kami kat airport tapi dia caj harga lebih mahal dari sebelum ni. 


Expenses
Air New Zealand = nzd195.40/2pax
Petrol = nzd20
Cuci Keta = nzd11
Airport Skyway Lodge = nzd86
Bas ke city = nzd6.50X2
Kebab = nzd10
TOTAL = NZD335.40

.......to be continued

 kiwi road trip


One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.

Tiada ulasan: