Selasa, 5 Julai 2016

Expenses-Kia Ora!! New Zealand RoadTrip

 Kiwi Road Trip.....
One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.





Road Trip di Pulau Utara

Road Trip di Pulau selatan

Klik 'Day' untuk cerita penuh.

Auckland
TOTAL = RM1,536.20

Auckland
TOTAL = nzd250

Matamata Hobbiton 
TOTAL = nzd348.30 

Auckland - Christchurch - Arthur's Pass
TOTAL = nzd556.80

Arthur's Pass - Oamaru
TOTAL = nzd128

Oamaru - Dunedin - Kaka Point
TOTAL = nzd166

Kaka Point - Te Anau
TOTAL = nzd169

Te Anau-Wakatipu Lake-Queenstown-Arrowtown-Cardrona Valley-Cromwell
TOTAL = NZD135

Cromwell-Wanaka-Mt Cook-Pukaki Lake-Tekapo Lake
TOTAL = nzd291

Tekapo Lake-Mt John-Christchurch-Akaroa
TOTAL = NZD185

Auckland CBD
TOTAL = NZD335.40

Auckland
TOTAL = NZD765.30

TOTAL EXPENSES = RM1,536.20 + nzd3,329.80
currency nzd1=rm2.90
~ RM11,192.62/2 orang. 

Kos seorang = RM5,596.31

Sebenarnya saya pun terkejut bila buat calculation ni. Tapi bawa-bawa bertenang ya sebab kos ni termasuk kos pengangkutan dan penginapan dari Sik-Kuala Lumpur-Auckland-Christchurch. Kos ni untuk 3 hari di Kuala Lumpur dan 11 hari di New Zealand. Maka jumlah keseluruhan trip ini adalah 14 hari 13 malam dengan kos sebanyak RM5,596.31. Ini kos yang paling jimat dah kami buat. Mungkin orang lain boleh jimat lagi dari kami kot. 



Recap roadtrip di pulau utara dan pulau selatan New Zealand


😁 Roadtri
p yang paling lama kami buat dan paling banyak duit habis sebab walaupun currency dia lebih rendah dari Brunei, tapi barang2 memang mahai even air mineral sebotol pun harga nzd5. Lepas tu terus tadah air pili kalau nak minum air kosong sebab tak mampu nak beli. Fyi tap water memang selamat di minum di New Zealand


😨Memandangkan kami ni redah saja dan tak booked penginapan. Sebab tak ambik penginapan, kami ni memang xdak plan sgt nak singgah lama atau sekejap di satu2 tempat. Contohnya memang plan nak tido kat Queenstown 2 malam tapi bila sampai sana, pekan tu penuh dengan tourist. Nak jalan2 pun bersesak. So kami memang tak suka tempat tumpuan pelancong dan kami cuma singgah sejam ja dan terus drive ke pekan lain. Kami ada gak masalah nak dapatkan penginapan sebab dari satu pekan ke pekan seterusnya macam dari astaq ke sp. Maksudnya contoh kalau penginapan penuh di astaq dan kami kena drive cari penginapan di pekan sp. Saat2 mencabar bila siang yang singkat dan drive dalam kepekatan malam tanpa lampu jalan (jalan di kiwi memang xdk lampu jalan melainkan jalan dalam pekan saja). Minyak keta nak habis, suhu makin drop, gps bawa jalan terjun tasik dan jalan mati. Omg hanya tuhan saja tau betapa semak dan gelodaknya jiwa saat tu. Berdoa dan tawakal tido dalam keta ja time tu.


☺senang nak drive kat kiwi sebab macam msia dan guna lesen msia ja boleh drive sana dan xyah buat international lesen. Sila patuhi had laju kalau drive ke sana.Kalau drive kat highway 100kmj jgn lebih dan kurang juga. Kalau bawa slow dari tu pun akan kena saman sebab boleh jammed jalan. Signboard agak pelik dan kena study dulu apadia maksud sign2 tu.


😡kiwi agak kejam dengan internet. Memang susah nak dapatkan free wifi. Walaupun kami melanggan internet selama seminggu tapi susah sangat2 nak dapatkan internet. 😕kalau nak gerak antara pulau, boleh naik feri atau domestic flight. Kalau nak murah dan jimat masa boleh ambik flight. Boleh bandingkan harga dengan website webjet.


😉pernah satu malam suhu drop sampai -2℃ sampai minyak megi dan pencuci muka pun beku. Esoknya demam flu terus.
#azamfirdausroadtripnz

Day 11 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip (Auckland)

Assalamualaikum.......

Bismillah....pembuka bicara.

Pagi ni kami breakfast banyak juga sebab banyak lagi stok makanan kami. Memandangkan banyak lagi bekalan makanan kami, maka kami tinggalkan megi, buah pear, brahim sambal bilis dan tuna kat sini untuk penghuni yang lain. Semua makanan kami tu, siap tulis "halal", senang untuk pengunjung muslim yang nak datang sini.

Kat peta dunia sini, kami pun tinggalkan jejak dan tulis firdaus love azam hehehehe....jangan pula orang Malaysia yang datang baca kata kami gay ok. Nama saya Firdaus dan mr.soulmate Azam. 

Lepas breakfast kami keluar jalan kaki merayau sekitar area ni. Kami singgah ke market sayur dan saya beli strawberry ice cream lagi.





Saya dah tak ingat ini ice cream strawberry yang ke berapa di New Zealand ni sebab asal jumpa je beli, sedap kot.

Ok bye Skyway Lodge...moh kita ke airport pula.


Itu rumah tuan punya Skyway Lodge.
Tengahari tu, kami siap2 pergi ke airport dan bertapala kat airport sampai malam sebab flight malam kan.


Internet kat airport ni boleh masuk sejam je pastu kalau nak tenet kena bayar. Nak gila juga boring bila dah habis sejam free internet.

Masa nak solat, jumpa family dari Malaysia, dia datang ziarah sedara dia yang menetap di Wellington. Kat Wellington depa buka kedai kopi. 

Sempat juga beberapa fm, selipas, dan jersi tetiba kad kredit tak lepas pula rupanya dah sampai limit. Nak transfer duit kena beli internet pula.

Masa nak boarding, ada couple dari usa ni macam seriau kat kami tapi depa nak tumpang kerusi nak simpan barang, islamophobia la kot. Pastu kami pelawa dok dengan kami sebab orang ramai sangat tak dak tempat duduk. Pastu sempat borak2 dengan dia dan depa bagi poskad magnet kat kami. Bertuah juga kami sebab mr.soulmate ni memang peramah, jumpa sapa saja dia akan borak tak henti. Omputih ni pula memang suka borak dan senang buat kawan.


Kat airport ni ada 2 prayer room. Satu kat tepi kaki lima dan satu lagi kena share dengan kristian dan budha.

Bagusnya prayer room ni walaupun share dengan agama lain, dia sediakan juga arah kiblat, sejadah dan quran. Bila cek arah kiblat dalam fon dan tanda arah kiblat kat sini memang samala.

Akhirnya kami berlepas ke Gold Coast pula. Pemeriksaan di Gold Coast sekali lagi menyakitkan hati. Semua air mineral dalam flight pun kena rampas walaupun tak buka lagi. Dahla beli air atas flight tapi dok ralit tak minum lagi hish geram geram. Kat Gold Coast sekali lagi ramai Aussie naik memenuhi setiap seat. 

Setelah beberapa mimpi, akhirnya sampaila kami di bumi kelahiran.


"Kepada rakyat Malaysia, kami ucapkan selamat kembali ke tanah air"
Cuti 18 hari kot. Ok lepas ni kena hibernet diam2 dalam rumah tengok drama korea sebab duit banyak habis dah.


Kami sampai di KLIA2 pada pukul 4pagi tapi mata kami cerah sebab kat new zealand tengahari kan. pukul 5 pagi kami hentam makan nasi paprik dan tomyam kat foodcourt, biasalah time ni kat nz lunch tapi orang lain tengok kami pelik ja macam bersahur makan tomyam dan paprik.

Kami naik erl turun di Putrajaya sebab kereta kami tinggal kat sana. Cik adik manis pun kalut nak pi kerja masa kami sampai rumah dia. Tinggalla kami buat rumah sendiri. Tido sekejap dan kami meneruskan road trip ke utara Malaysia pula.

Welcome back tapi hati merintih hiba sebab rindukan New Zealand lagi huhuhu....

5 jam kemudian sampaila kami di Sungai Petani. Bezanya pekerja di Malaysia dan di New Zealand. Pekerja pasang billboard tak dak safety dengan ketinggian lebih 10 meter tu. Saya jumpa pekerja buat jambatan di Arthur's Pass walaupun jambatan tu ketinggian 3 meter dari tanah pun pakai abah-abah.

Makanan pertama dicari adalah LAKSA KEDAH!!!!

KETEOW SIAM!!!!!!

Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata, tersalah info, terkasar bahasa sepanjang penulisan blog mengenai road trip New Zealand ini. Sekali lagi penulisan blog saya adalah untuk membantu sesapa yang berhajat untuk road trip juga ke New Zealand terutamanya yang budget terhad. Sebab tu saya nyatakan sekali maklumat expenses setiap hari yang saya belanjakan supaya mudah untuk membuat rujukan. Walaupun maklumat expenses kita tidak akan sama tapi bolehla nak plus minus macam tu.
Yang baiknya datang dari Allah swt dan yang kurangnya itu dari diri saya sendiri. 
  
Expenses
Shuttle van = nzd14
Auckland - KL = nzd651.30/2pax
Shopping sovenir at airport = nzd100
TOTAL = NZD765.30

The End.

 kiwi road trip

One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.

Day 10 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip (Christchurch - Auckland CBD)

Hari ni 30 Ramadhan, esok raya. Tapi tah kenapa hati saya sedih pula Ramadhan bakal tinggalkan kita untuk tahun ini. Walaupun esok Raya Aidilfitri tapi hari ni saya masih setia di ofis. Kebiasaan bagi traveller yang menghabiskan cuti tahunan untuk travel, walaupun keseorangan di pejabat takpala asalkan boleh jimat cuti tahunan untuk next trip pula. 

Raya tahun ni pula bagi saya dan mr.soulmate taklah meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ni, bagi pihak keluarga saya, semua adik beradik beraya rumah mertua masing-masing. Bagi pihak keluarga mr.soulmate pula, ini raya pertama tanpa ibunya. Ibu mertua saya meninggal dunia tahun lalu pada 7 syawal. Ibu mertua saya seperti ibu saya sendiri. Saya lebih rapat dan mengenali ibu mertua saya lebih dari ibu kandung saya sendiri sebab ibu kandung saya meninggal dunia masa saya berumur 14 tahun.  Sudah tentu tahun ini beraya tanpa ibu mertua saya sangat terasa. Tak dapat saya merasa ketupat dan rendang yang sedap hasil air tangan arwah tahun ni. 

Okla sudah lap air mata....meh sambung road trip pula.

Assalamualaikum.......

Bismillah....pembuka bicara.

Pagi ni kami kena pulangkan kereta tapi sebelum pulangkan keta kena isi minyak bagi penuh dan kena cuci keta luar dalam bagi bersih. Kalau tak kena caj berapa tah tak ingat kat kad kredit nanti.

Kebanyakan stesen minyak di Auckland sediakan tempat cuci kereta, jadi senangla kan. Kita cuma bayar kat kaunter dan dapatkan no pin. Dekat box depan tu nanti kita akan masukkan no pin 


Selepas cuci kereta, ada mesin vacum dan pewangi sekali kalau nak vacum dalam kereta. 


Hari ni adalah cuti umum Anzac Day, maka memang sunyi sepi pula Auckland.



Ok sampaila kita kat tempat nak pulangkan semula kereta sewa yang banyak berjasa kat kami sepanjang road trip di pulau selatan ni. Sedih dan emosional pula tau sebab rasa kat hati taknak balik lagi. Terasa kat sini macam 'home' hehehe...

Nanti kunci kereta masukkan dalam box hitam kat pagar tu. 


Perasaan sedih lak nak tinggal kereta ni. 

Dari sini kita kena jalan kaki lebih kurang 400 meter di hadapan untuk ke airport. Bak kata mr.cameron tuan punya kereta, tak terasa jauh langsung sebab boleh enjoy view dengan cuaca yang nyaman. Mr.Cameron ni memang banyak orang Malaysia yang sewa kereta dia setiap tahun. Dia kena juga belajar bahasa melayu ni walaupun dia cuma pandai sebut 'Terima Kasih'.

Bila dah sampai airport. Perkara pertama kena pi kat area Air New Zealand dan self check-in kat kaunter. Airport ni cuma ada 2 jenis airline saja iaitu Jetstar dan Air New Zealand. Flight domestic kami pukul 1.20pm. Kali ni kami naik Air New Zealand pula saja nak merasa selain Jetstar.




Lepas tu kami merayap kat bahagian luar je. Dalam airport memang selesa sentiasa panas tapi ramai orang. Walaupun sejuk kat luar ni, kami tak kisahla sebab lusa nak sampai Malaysia tak merasa cuaca sejuk macam ni dah. 

Mengintai jap mr.soulmate tulis apa kat poskad saya hehehe....
Tadi sebelum kami keluar, saya buat sandwich siap-siap untuk breakfast dan lunch. So kat sinilah kami breakfast sesambil menulis poskad kat travel partner dan kengkawan di Malaysia.

Oh ya taktau la betul ke tidak tapi lebih baik jangan tunjuk Boarding Pass Barcode kat social media termasuk blog sendiri sebab orang boleh hack barcode tu dan dapatkan maklumat peribadi dan akaun bank kita melaluinya.

Kalau kita naik flight di sini, depa cuma nak tau nama bapak kita je. Diorang tak nak tanya pun kita nama apa. So janganlah gelabah bila nama kita tak dak dalam boarding pass ni. Sebenarnya bapa saya nama Ahmad tapi memandangkan dalam passport ada 'binti', so 'binti Ahmad' adalah nama family kita. Kalau ditanya "what is your family name" kena jawab "Binti Ahmad" dan bukan "Ahmad". Saya pernah kena kat Korea bila diorang macam tak puas hati tengok nama kat passport dan boarding pass disebabkan 'BINTI'. Kalau ikutkan saya pun tak suka bila 'BINTI' ni jadi sebahagian dari nama saya tapi kalau dah dalam ic dan passport ada, nak buat macam mana.

Ok poskad akan terbang dulu ke kita yang akan terbang dulu ni. Bye poskad kita jumpa lagi di Sik next week.

Penantian yang memboringkan bila flight kena tunda pula.








Bagi saya Jetstar ni ala-ala macam Air Asia tapi Air New Zealand pula ala-ala Mas.


Bersabarlah dengan service kat airport baik di Christchurch atau di Auckland. Nak ambil bag pun kena bertapa mau sejam juga. Bak kata pelancong dari US yang borang dengan kami. New Zealand ni kan tempat pelancongan so service pun rilex ala-ala macam melancong juga.


Dari airport kami naik bas oren no.380 harga nzd2.50 sorang dan turun di Airport Skyway Lodge. Kami dah booked bilik yang sama sebelum ni. Baju dan makanan pun kami ada tinggalkan kat sini. 



Inilah Skyway Lodge yang sangat dekat dengan Auckland airport dan mudah sebab banyak bas yang lalu dari airport atau ke city. Saya rekemen tempat ni juga kalau sesapa berhajat nak datang ke sini.

Lepas letak bag dan solat. Kami kemudian keluar semula naik bas dari sini ke city.


 Kami naik bas dengan harga nzd6.50 sorang samada bas no.334,327 dan 328 dan turun di Queen Street. Lama juga dalam 40minit juga bas ni sebab bas henti2 kan.




Kebetulan hari ni public holiday ANZAC Day, semua kedai tutup awal dan mall pun tutup awal juga. Kami sempat singgah kat dalam mall ni cari kebab halal kat food court dia. Pekerja kedai tu student Jepun dan muka macam melayu. Dia kata ramai customer yang mai kat dia tanya dia ni asal dari Malaysia ke. Dia kata dia pun tak pernah sampai Malaysia lagi. Biasala muka melayu Malaysia ni mix dari pelbagai kaum. Muka orang Mouri pun macam melayu cuma melayu ni versi hobit la.



Disebabkan semua kedai dan mall pakat tutup awal, kami pun ronda-ronda jalan di sekitar bandak Auckland ni. Dari pemerhatian saya, Auckland ni macam kat Dunedin tapi versi moden sikit sebab ramai student kat sini.









Saya sempat tukar duit australia lagi sebab nak beli sedikit souvenir bagi diri sendiri. 
Jumpa kedai pizza yang murah dan sedap.



Masa kami tengok jadual bas kat hari weekdays tetiba mai sorang Mouri cakap kami salah tengok jadual sepatutnya tengok public holiday sebab harini dikira public holiday. Nasib baik kan. Muka orang Mouri ni memang sebiji muka orang melayu. Kalau diorang mai Malaysia pun, kita mesti cakap melayu dengan depa. Beza sikit orang melayu ni versi hobit la. Saiz badan depa memang besar dan tinggi.

Kami naik bas Onehunga dan bagitau kat driver bas nak turun kat Kiwi Hotel. Kiwi Hotel ni sebelah je dengan skyway lodge. 

Di pertengahan jalan naik orang Mouri laki dan pompuan. Bau ya Allah busuk sangat. Bau hancing dan arak bergabung dan si lelaki dok belakang kami dan pompuan pula dok kat depan. Tetiba kami macam pelik je dengan depa ni, semacam sangat. Pastu bas tetiba berhenti dan buka pintu tapi xdak sapa nak dan turun. Driver bas pun kata "kiwi hotel", apa lagi kelam kabut kami turun dan kami cakap kuat2 kat driver bas "thank you".

Malam ni kat dapur ada sorang pelajar dari India baru sampai 1st day. Dia cerita, dia selalu mai Malaysia dan sembahyang kat Batu Cave.
Esoknya kami minta anak sedara kakak korea ni hantar kami kat airport tapi dia caj harga lebih mahal dari sebelum ni. 


Expenses
Air New Zealand = nzd195.40/2pax
Petrol = nzd20
Cuci Keta = nzd11
Airport Skyway Lodge = nzd86
Bas ke city = nzd6.50X2
Kebab = nzd10
TOTAL = NZD335.40

.......to be continued

 kiwi road trip


One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.