Rabu, 22 Jun 2016

Day 7 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip (Te Anau-Wakatipu Lake-Queenstown-Arrowtown-Cardrona Valley-Cromwell)

Percaya atau tidak saya berjaya beli tiket flight return dari KL-Tehran-Baku-Istanbul-London RM1400. Rezeki travel time winter wonderland, banyak tiket murah sekitar europe. Kalau saya ada masa sebulan, memang saya akan buat round trip sekitar Europe la. Ini pun tiket asal beli KL-Tehran tapi tetiba nak panjang kaki ke Istanbul, pastu bila dengar berita bom-bom kat Turki, saya pendekkan masa di Turki dan beli tiket ke London pula. Tak sabar pula winter wonderland trip kali ni merentas 2 benua 4 negara untuk satu trip.

Assalamualaikum.......

Bismillah....pembuka bicara.

Pagi ni kami terus berkemas sebab lepas breakfast terus nak membawa diri meneruskan roadtrip.


Pagi ni nampaknya saya kebah sikit demam. Kami mengambil keputusan untuk tidak ke Milford Sound. Mungkin lain kali di musim bunga siapa yang tahu.

Pagi ni kami sibuk di dapur untuk sediakan breakfast merangkap lunch sekali. Baki dinner semalam masih ada dan kami panaskan dan makan dengan capati. Bayangkan capati makan dengan abalone. Fusion apakah ini, takpala janji perut kenyang dan yang lebih penting supaya lebih sihat pada hari ni.

Pagi ni ramai juga orang kat dapur sebab kebanyakannya yang membawa bekal makanan ke Milford Sound. Milford Sound ni kena pi awal2 sebab dari Te Anau nak ke sana mengambil masa lebih kurang 3 jam plus bergambar2 sepanjang jalan, bak kata kakak kat i-site semalam.

Wajibla tinggalkan jejak di YHA Te Anau ni. 



Lepas makan, kami pun siap2 barang dan mandi manda semua dan kembali meneruskan perjalanan. Bye Bye YHA.....

Kereta selama 9 hari kami di sini. Patutla dalam kontrak salah satu syarat pulangkan keta, keta kena cuci bersih luar dalam. 
Jom ke Queenstown kita pagi ni



Inila laluan kami untuk hari ni. Gagah dan gigih tak drive dari Te Anau sampai ke Cromwell. Dalam map kata 4jam saja tapi sebenarnya kami ambik masa lebih 12jam nak sampai ke Cromwell sebab kami menyinggah ke Queenstown, Tasik Wakatipu, Layan Autumn Festivel di Arrowtown, menyaksikan keindahan di Cardrona Valley dan barula cari penginapan di Cromwell.

 Memandangkan semalam kami tak ronda2 di kawasan Te Anau sebab saya demam teruk sangat. Pagi ni walaupun sejuk dan angin kuat, kami lepak2 snap sekeping dua gambar tepi tasik dulu. Pagi2 memang tak ramai orang lepak kat tasik, petang semalam ramai juga orang dok lepak. Mungkin pagi ni sejuk sangat kot.

Selalunya pagi di Te Anau ni lenggang sebab ramai pengunjung bertolak ke Milford Sound dan sebab tula belah petang ramai gila orang kat sini sebab diorang dah balik dari Milford Sound pula. Kami bercadang tak jadi la ke Milford Sound pagi ni sebab kami plan akan jejak kaki lagi ke sini pada musim bunga pula lain tahun. Bukan tahun depan la sebab tahun depan plan nak ke Istanbul London bagai.

Kami sengaja pilih jalan kampung dan mengelak dari laluan utama sebabnya kami nak lari dari heavy traffic dan nak berhenti suka hati sepanjang jalan.

Perjalanan diteruskan tapi ternampak kepulan asap di sana. Apa kata berhenti melawat tapak apakah kejadian di sana.

Kawasan ni untuk wilderness scientific reserve. Ada kebakaran kecil di sana akibatnya tak tau sebab apa. Mungkin juga musim luruh sekarang ni, daun-daun kering dan mudah berlaku kebakaran. Sebelum ni kan kami berkenalan dengan bomba yang naik kuda putih ronda kawasan hutan sebab nak cek ada kebakaran ke tak tu di Arthur's Pass. 

Kalau perasan la kan. Cuaca sepanjang di New Zealand ni kalau hari ni cerah langit membiru, esoknya cuaca akan mendung dan langit pun berawan berarak lalu gitu. Lusa pula cerah balik. selang seli gitu cuacanya. Semalam saya dapat gambar lawa dengan langit membiru, padang menghijau, kambing memutih tompok-tompok je tapi hari ni gambar saya mendung ala-ala jela. 

Hi lembu muka putih. Kenapa dia pakai topeng hehehe...sedapnya kalau buat daging salai masak lemak cili padi ni.

Di padang rumput sana tompok-tompok putih tu adalah kambing biri-biri la. Khusyuk betul orang sebelah ni drive.

Tapi pantang nampak view menarik, wajibla parking tepi.

Dah dapat view menarik, teruskan lagi perjalanan.

Oh ya...kalau menginap di hostel YHA, semua makanan yang kita simpan dalam peti sejuk kena labelkan. Ni air kopi yang saya simpan di YHA semalam. Pagi ni selamat lagila takdak sapa minum.

Berhati-hatila ketika memandu di New Zealand dan selalula allert dengan papan tanda.

Jalan biasa selalunya halaju 100km/j tak leh kurang tak leh lebih. Kurang dari 100km/j pun nanti polis mai saman. So bila nampak papan tanda 80km/j tu bersedialah kita bakal nak drop lagi kelajuan ke 50km/j sebab nak melalui kawasan perumahan orang kiri kanan jalan. 

Kan best kalau peraturan macam ni digunapakai di Malaysia juga. Maksud saya ni, contoh jalan Sik ni papan tanda 90km/j tapi kita dok ikut belakang pakcik yang bawak 50km/j untuk jalan berhalaju 90km/j!!!!
Paham tak perasaan saya macam mana?kat Malaysia selagi tak lebih 90km/j tu still tak salah tapi bagi saya bahaya tu sebab terlalu slow dan boleh buat kita hilang sabar drive dan nak memotong tapi jalan sik ni satu lane saja, tak dak laluan untuk memotong. Sebab tula kadar kemalangan sangat tinggi di Malaysia berbanding di Australia dan New Zealand. Okla layan kan le gambar-gambar di bawah.




Maka tibalah kami di Tasik Wakatipu aka Wa ke tipu?


Disebabkan cuaca mendung maka air tasik tak bertukar color biru crayon. Cuba kalau langit membiru maka tasik ni pun biru terang colornya. Saya kutip batu-batu kat sini bawak balik sebab batu dia cantik ops...




Ni perhentian yang ke berapa ratus kalinya di sepanjang jalan. Asyik parking tepi je. Kat sini jalan rayanya melalui sepanjang tepi tasik Wakatipu. View poskad ni macam ni, mana boleh nak tahan diri tak berhenti kan.





Haruslah verangan sebentar, posing ala-ala profile picture muka buku.

Laluan ni memang lawa tak terkata. Kami melalui jalan di sepanjang tasik Wakatipu.
Disebabkan view yang tak tertahan lawa, kami berhenti nak lunch ala-ala picnic di sini. Sukarnya nak gambarkan perasaan di sini sebab terlalu indah kalau nak diucapkan dengan kata-kata. Inila syurga dunia.





Buah yang saya pegang tu buah Feijoa, bentuknya sebiji macam jambu muda tapi rasanya macam nenas+jambu. Sedap sangat. Saya terpaksa beli buah ni sebab jakun dengan bentuk dan rasanya. First time rasa ice cream feijoa sedap gila, terus cari buah ni kat pasaraya. Satu lagi buah fig. Sukanya saya jumpa buah fig aka buah tin.

Inilah lunch kami. Sebenarnya kami buat sandwich juga tapi tak sempat nak snap, perut snap dulu dah.

Bila nak dekat dengan Queenstown, kawasan dah berubah. Banyak kenderaan dan construction sana sini. Tak tenteram pula bila masuk Queenstown ni. Layan jela gambar di Queenstown di bawah.





Isi minyak di sini dapat diskaun, setiap satu liter diskaun 33sen. Okla kan dari takdak langsung.





Kami sempat singgah kejap je kat Queenstown dan tak selesa sangat sebab crowded dengan manusia dan kenderaan. Kami kan inginkan ketenangan so Queenstown yang sepatutnya kami menginap 2 malam, kami teruskan perjalanan ke Arrowtown sajala. Niat di hati nak menginap 2 malam di Queenstown sebab banyak tempat2 menarik di sekitar Queenstown yang kami nak explore.
Sampai je kat sini, kami terkaku seketika sebab pekan ni terlalu ramai manusia. Ke mana saja bersesak tambah2 dengan pelancong mainland China ni. Rimas.
Kami tukar duit australia di pekan ni juga. ad100 = nzd104. 


Kami pi i-site, pekerja kat sini macam menyombong je macam nak taknak layan kami je. Kami ronda juga ke skyline tapi terlalu ramai gak manusia. Langit pun tak cerah, mendung je so kalau naik kat atas pun ambik gambar tak lawa sangat sebab langit tak biru hari ni.
Kami  pun bincang buat plan B. Sebab plan A kata nak menginap di sini 2 malam cancel. Kami teruskan perjalanan ke arrowtown sebab ada festival Autumn di sana. 


Dari Queenstown kami bergerak ke Arrowtown sebab ada autumn festival. Town ni ala2 pekan cowboy dan dipenuhi pokok2 color kuning, oren, merah dan purple.

Memang cantik view di sini.

Tetiba on the way ke Arrowtown jumpa pokok yang penuh color kuning, harusla singgah....








Tak jauh dari sini kami pun sampaila di pekan Arrowtown yang meriah dengan festival autumn. Sepanjang jalan ke Arrowtown, banyak budak2 dok jual kacang walnut kat tepi-tepi jalan. Harga depa juai mahai, tak mampu nak beli. Lagi satu nak buka kulit walnut pun satu hal lagi kan.

Kalau nak datang ke Arrowtown, cek la dulu website dia tengok apa festival lagi yang diorang buat kot-kot boleh join sekali di sini.














Nampak pula kedai Gelato. Pastikan takdak gelato bakon ya sebab kalau ada gelato bakon maksudnya semua ice cream ni tak leh makan sebab guna mesin yang sama. Setelah diperiksa nampaknya cuma gelato yang halal semuanya.

Masa nak berangkat meninggalkan pekan ni, terjumpa pula bukit yang warna warni ni. Teruja jakun kami dua.







Perjalanan diteruskan ke Cardrona Valley pula. Jalan kat sini agak sempit dan berbelok-belok, hati-hatila drive di sini ya.





Walaupun jalan ala-ala macam nak naik wang kelian tapi bila sampai di puncaknya terasa kagum sampaikan rahang jatuh ke tanah dan pasang balik gitu. 

 Kami berhenti di puncak ja dan patah balik turun. Kat puncak ni kami jumpa seorang biker berhenti makan sekut meri. Macam biasa mr.soulmate ni peramah tanya dia dari mana, kayuh berapa lama dah. Borak-borak kejap pastu ada keluarga Cina bergambar dekat dengan kami gak. Pastu si ayah cina ni tegur kami. "Dari Malaysia ka?" kami pun ha...ada orang cakap melayu...terus berborak dengan dengan cina Malaysia ni pula. 
Dia dari Wanaka. Dari cerita cina ni, depa ni orang kaya la kot sebab depa naik heli ronda2 nz dan akan menginap 3 malam di pekan Arrowtown. Naik flight dari malaysia ke NZ pula naik Qatar, tak macma kami beli tiket promo AAX. Dia terkejut cara kami travel main redah ja. Dia pula macam risau bila kami kata kami tak cari penginapan lagi untuk malam ni. Biasanya yang family travel memang terkejut dan risau cara kami travel ala backpackers ni.

Memang kalau kami jumpa family samada di sini atau di Australia, depa pula yang risau bila kami kata kami tak cari penginapan untuk malam ni lagi. Sebab depa ni dah booked bilik dari kat Malaysia sebelum sampai lagi. Yala cara kita tak sama. Kami tak suka plan sangat sebab kami tak tentu berapa lama dan bila nak sampai ke satu2 town. Contohnya macam kat Queenstown ni, saya plan dari dok Malaysia nak cari bilik untuk 2 malam tapi bila sampai sana, tak jadi nak bermalam di Queentown pula. So kalau dah booked awal kita tak tau ada nak jadi bila dah sampai. Itu pendapat sayala mungkin orang lain ada pendapat yang berbeza.

Lepas bye bye kat mamat belakang tu, kami pun blah. Dia pun habis makan biskut meri, dia sambung kayuh basikal balik.





Dari tepi jalan saya nampak tempat bungy jumping ni. Kami berhenti dulu nak tengok orang terjun 'bunuh diri.'












Kami pun meneruskan perjalanan ke pekan cromwell. Cromwell ni pun pekan kecil dan penuh dengan ladang anggur, epal dan walnut. Niat di hati nak singgah i-site tapi dah tutup. NZ ni memang pukul 4.30pm semua kedai dah tutup. Kami solat kat tapak parking depan i-site je.



Percarian lojing pun bermula. Mulala meronda tengok mana2 motel ke holiday park ke nak tanya lojing utk mlm ni.


Mula2 singgah top 10 holiday park tapi penuh. Kemudian singgah cromwell motel, penuh gak. Kemudian singgah lagi motel yang lain pun penuh. Kemudian singgah chalet holiday park, syukur masih vacancy. Holiday park ni diuruskan oleh warga emas dan kalau nak google pun tak jumpa kot. Baik dan peramah depa ni.
Apa lagi perut pun berkonsert minta diisi. Kami pun nak masak simple2 je sebab dah letih gila.


Taraaa....nasi+sambal bilis+telur goreng

Lepas masak dinner, kami keluar jap cari sabun basuh baju tapi beli hand wash untuk basuh baju. So malam ni kena mendobi baju sat. Asyik dok recycle baju yang sama ja kan. Basuh baju sekali kering nzd4 kalau convert duit malaysia masih murah separuh harga lagi.


Masa kami masak tu ada sorang lelaki masak juga, dia dari german dan cuti semester lani dia mai dok kat nz. Saya pelik kenapa la ramai sangat orang German mai nz. Jauh kot. Lagipun nz ni lebih kurang je cuaca macam kat sana.

Masa mendobi baju ada 2 lelaki dan sorang pompuan kat dobi ni. Depa dok borak2 ja. Bila kami tegur, rupanya depa ni travel sambil bekerja di ladang. Perempuan tu dari Belgium, sorang laki ni dari German dan sorang lagi dari France. Depa kata tamat visa ni, depa nak pi keja kat australia pula dan kemudian baru balik sambung keja kat nz sekali lagi. Macam best je travel sambil keja. Kerja ladang ni gaji dibayar hari2 dan majikan yg sediakan holiday park ni utk pekerja depa dok. Ada pula syaratnya kalau dok kat sini takleh minum arak. Kalau nak minum sangat kena keluar pi kat bar. Kat nz ni memang strict sikit ada ada area yang ban alchohol. 


Expenses
Petrol Te Anau = nzd30
Petrol Queenstown = nzd26 diskaun 33sen seliter
Holiday Park = nzd70
Dobi baju = nzd4
Sabun = nzd5
TOTAL = NZD135


.......to be continued

 kiwi road trip

One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.

Tiada ulasan: