Isnin, 30 Disember 2013

Good Bye 2013....Welcome 2014

Saya teringat one fine day my sister was called and then dia tanya "adik dah tengok cerita 'Julie & Julia'? kak tengok cerita tu asyik ingat kat adik ja sebab kisah Julia ada similarities dengan adik ja". What?apa yang samanya?. So baru2 ni kat Fox Movies ada tayang cerita 'Julie & Julia'. Saya pun tengokla cerita ni and apa yang samanya. Ok sesapa yang pernah tengok cerita ni mesti tau kan jalan ceritanya. Meh saya ceritakan sedikit persamaan cerita ni dengan hidup saya.

Pada umur di akhir2 20an, saya dan mr.soulmate berpindah dari Alor Setar ke Shah Alam kerana tuntutan kerjaya masing2. Saya bekerja dengan kerajaan di Shah Alam dan mula bela kucing bernama "Oggie", my black persian girl. Semenjak saya menetap di Shah Alam, saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk melarikan diri dari fikir pasal kerja. Saya pun mula start memasak. Sesungguhnya masa tu saya tak pandai buat even sebiji kek pun. Saya memang tak pandai masak sebab tak pernah try masak pun. So masa saya kat Shah Alam, saya pula cari resepi2 di google dan try buat sendiri di rumah. Bila saya baca blog2 memasak ni saya kagum sebenarnya dengan kretiviti dan keikhlasan diorang share ilmu dalam blog tanpa sebarang bayaran pun seperti Wendy table for two, Che Mat gebu titifan biru, Kak Ita masam manis dan ramai lagi la. 
Kemudian kawan saya Zilan cadangkan saya untuk buat blog memasak sendiri. Saya pun fikir macam Julia juga kadang2, sapa sangatla nak baca blog kita kan dahla cerita merapu ja. Saya pun start buat blog "my food at home" dan saya masukkan cerita2 masakan saya dalam ni. Satu lagi kan saya seronok sangat bila dapat komen2 yang kata diorang thanks to me sebab ambik resepi dalam ni dan boleh buat jual lagi. Saya berharap agar perkongsian ilmu masak2 dalam blog ni dapat dimanfaatkan oleh orang lain pula. Syukur alhamdulillah kebanyakan resepi yang saya google dan try buat 1st time nya menjadi. Sampai sekarang rasa tak percaya saya dah boleh buat kek sendiri sebab 2 tahun yang lepas saya rasa mustahil bagi saya untuk buat kek sendiri. Bagi saya sesapa yang pandai buat kek tu memang hebatla hehehe tapi apa pun kalau kita belajar dan praktis lelama leh jadi perfect juga.

So sekarang bukan saja hobi memasak dan cerita masakan dalam blog ni malah ada hobi tambahan pula iaitu hobi travel dan cerita travel pun ada dalam blog ni. Yela blog saya kan so apa2 yang saya buat mesti saya nak masukkan dalam sini sebab sampai sekarang bila saya baca entry yang lama2 saya terkenangkan kenangan pada masa tu. Kekadang tu boleh gelak sorang2 depan laptop bila baca entry sendiri.

Bagi saya paling penting samada di dunia realiti or dunia maya yang penting kita jujur dengan diri sendiri, jangan berpura2 jadi orang lain. Saya suka dengan petikan dari Maher Zain "Before speak....listen, before write....think, before complaint....say alhamdulillah". 

Welcome 2014......
Tahun 2013 ditinggalkan dengan pelbagai kenangan manis dan pahit. Segala yang terjadi pada tahun 2013 moga2 dijadikan pengajaran agar tahun 2014 menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Cerita pasal 2013 kebanyakannya cerita first time saya buat itu, first time buat ini.

Gambar di atas adalah makanan yang saya masak sepanjang tahun 2013. Sebenarnya banyak lagi masakan tapi saya pilih beberapa saja yang saya rasa saya puas hati dengan hasilnya.

Chocolate cheesecake tu saya buat sempena birthday kakak saya. Kek tu saya sangat puas hati dan bila sekali suap takleh nak stop, akan makan lagi makan lagi sampai naik berat badan okeh. Selain birthday kakak saya, saya buatkan juga kek birthday untuk anak buah Syaza Aulia dan Syafira. Untuk Syaza saya buat kek ice cream mocha dan untuk syafira saya buat kek coklat strawberi. Cupcakes tu saya tebuk dan isikan strawberi jam yang saya buat sendiri gak, sangat special tau. Saya ada gak sponsor buat kek red velvet untuk adik mr.soulmate sempena pertunangannya. First time buat kek paling besar iaitu gabungan 2 biji kek sekali. 

Buat pertama kalinya juga saya telah berjaya buat Durian Cheesecake ala2 macam kat secret recipe punya. Saya usahakan buat sebab saya sangat ketagih makan kek tu kat secret recipe dan akhirnya saya buat sendiri dan sangat puas hati dengan tekstur dan rasanya lebih dari SR.

Kemudian saya cuba mencabar diri saya untuk buat cheesecake bakar dengan kaedah waterbath.  Kek yang dimaksudkan ialah Cheesecake Roselle. Kek ni tersangatla yum sebab gabungan rasa rich krim cheese dan masam bunga roselle sangatla sesuai. Pastu yang bestnya kek ni naik elok dengan gebunya. Sekali rasa serupa kek cheese yang saya beli kat tesco tu.


 Cuti semester 2 yang lepas saya dan mr.soulmate telah terbang di bumi Sumatera. Pengalaman ke Indonesia sumpah sungguh mencabar dan rasanya cukupla kali ni kami ke sana hehehehe....

Ini adalah first time saya bawa kawan2 kelas saya travel sekali tapi dalam negara jela iaitu kat Langkawi. Saya cuba jadikan percutian ni paling budget dan termurah sekalila tapi masih enjoy dan tak menyusahkan. Percutian 3hari 2malam sangat berbaloi sebab seorang cuma belanja di bawah RM150 je. Walaupun murah tapi kami masih boleh sewa kereta dan pusing setiap pantai di Langkawi, sewa resort di pantai Chenang, buat island hoping, naik cable car dan shopping coklat lagi.
 
 Pada bulan April yang lepas, saya dan mr.soulmate cuba travel secara backpacker ke South Korea sehingga ke Pulau Jeju. Travel kali ni sungguh mencabar juga tapi sangat best. Seperti biasa kami tak ambil mana2 agen dan main redah sendiri je dengan public transport. Sebenarnya percutian ni pertama kali juga paling banyak naik turun kapal terbang iaitu 6 penerbangan memandangkan nak ke sesuatu tempat jauh kan. Hari pertama pun dah mencabar bila kami menginap di sauna dan biasala sauna di Korea kan semuanya vogel-vogelan. Sampai kat Pulau Jeju kami buat hitch-hikers pula, bukan sekali okeh tapi dua kali....omg....

 Dalam pada tu saya ada berita sedih gak iaitu teman study dan teman manja saya pergi meninggalkan saya selamanya. Adoi sedih sungguh la sampaikan air mata saya tak leh nak stop macam paip air yang dah haus getahnya. Lola ni anak manja dalam family kami sebab dia anak kepada Bunga dan Puppy. Bunga tu kucing saya manakala Puppy pula kucing mr.soulmate. So memangla sedih sangat2 kami berdua dengan pemergiannya kan. 

First time seterusnya ialah penggambaraan saya dan mr.soulmate buat road trip ke Thailand. Apa yang first time tu?first time nya ialah kami memandu sendiri kereta saya merentasi negara. Rupanya kalau nak cari pantai cantik takyah la nak pergi jauh2 ke redang padahal boleh je drive ke Trang, Thailand. 
Saya ke Trang jumpa x-roomate saya masa study UiTM Arau 10 tahun yang lalu iaitu Bunga Kraitong. Percutian 3 hari 2 malam ni rupanya belanja tak sampai RM150 pun. 

Hobi memasak dan hobi travel ni datang serentak. Hobi travel ni mai sebab promosi tiket2 murah penerbangan ke luar negara. Kalau harga mahal saya tak sampaila ke negara2 tu semua. Sebenarnya bila travel ni, saya bukan saja ingin mengenali adat budaya negara tersebut tapi ambil kesempatan untuk mencuba makanan tempatan supaya saya dapat idea untuk masak di rumah pula. Saya pula memang suka bereksperimen dengan masakan.

Syukur alhamdulillah Allah masih panjangkan umur saya sehingga ke hari ni. Semoga tahun 2014 ni saya menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Masih banyak lagi impian yang belum saya kecapi dan saya berharap sebagian impian saya dapat dicapai pada tahun 2014 pula, amin.

Tiada ulasan: