Jumaat, 12 April 2013

Kek Chocolate tangkap leleh


Kek ni adalah tempahan salah sorang staf library yang nak buat surprise sempena birthday hubby dia. Dia call buat tempahan ni pukul 11malam dan dia cakap nak malam tu juga. Apa lagi kan demi kejutan buat si suami maka saya pun gagahi buat juga sebiji kek tengah-tengah malam buta dengan bising mixer dan siapla kek ni pada tepat pukul 4 pagi. Lama kan bukan apa sebab kek ni saya buat 4layer dan sebelum nak potong kek saya sejukkan kek dalam peti ais dulu. Satu lagi masa nak sapu frosting ni saya dinginkan kek ni sekali lagi dalam peti sejuk supaya senang nak buat corak atas kek ni. Corak ni tak dak idea sangat dah sebab mengantok sangat tapi bila tengok balik takla huduh sangat. 

Kek ni saya ambik resepi kek coklat di sini tapi banyak juga oter sana sini sebab resepi asal ni adalah brownies. Whipping cream ni saya guna jenama golden peak macam di sini punya. Corak coklat leleh tu pulak adalah serbuk koko+gula aising+lebihan whipping cream. Bahan-bahan tu saya masukkan dalam microwave dalam 1minit je dan kacau bagi sebati semua dan saya paipkan coklat ni sementara masih panas atas frosting ni. Corak ni jela mampu nak fikirkan sebab dah mengantuk sangat dok mengadun kek sampai pukul 4pagi.

Siap je kek sms dia kata boleh ambik kek tapi dia balas takpa ambik esok pagi je.  
Okey good night mengantok sangat dan mata pun dah layu....
Selamat membaking

1 ulasan:

Suzana Ibrahim berkata...

As-Salam Noor,salam perkenalan...i follow!jom jadi kawan kat dapur kecil kita pula!..