Salam jumaat semua...seronoknya cuti hari ni tapi keadaan tak berapa nak sihat sejak balik dari KL ni, ini kes pencemaran udara kat sana la tu.
Kali ni nak tayang buat cupcakes pula. Buatnya dah lama tapi baru nak mengepos dalam blog ni.
Petang ni baru balik kelas dapat panggilan dari kakak nak buat besday party kat Syaza Aulia, ala lewat sangat bagitau. Kalau bagitau awal leh carikan hadiah ke apa. Takkan nak pi tangan kosong plak, so saya decide nak buat cupcakes kat Syaza la kebetulan baru beli piping frosting.
Memandangkan saya ada kelas pulak, saya cepat-cepat buat adunan dan masukkan dalam oven. Sementara cupcakes dalam oven, saya ke kelas economi. Balik dari kelas, saya buat frosting berperisa strawberry pula. Mula-mula tak reti nak paipkan frosting lagi, habis comot kek. Lepas masukkan dalam kotak semua, saya dan mr.soulmate pun gerak ke Alor Setar.
Inila hasil segera nak cepat. Okla la kot hopefully Syaza suka cupcakes yang maksu buat ni.
Bahan-bahan :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel.
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel.
6. Bakar selama 15min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan Fosting:
250g Butter
2cup gula aising
2 tbsp Strawberry emulco
Teruja sungguh dua beradik ni bukan main dapat cupcakes dari maksu. Malangnya hujan turun dengan lebatnya, maka kawan-kawan tak dapat datang.
Budak kecik ni yang paling pulun makan cupcakes sampai comot. Tak henti-henti kata cupcakes ni sedap. Maftuh cakap frosting ni rasa macam aiskrim hehehe sebab ada perisa strawberry kot.
Happy Birthday Syaza Aulia yang ke-5
Selamat mencuba dan menjamu selera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan