Klik sini

Selasa, 28 Februari 2017

Winter Wonderland 2017 RECAP #azamfirdauswinterwonderland

Best Blogger Tips
Assalamualaikum

Ini sekadar entry recap sebelum bermulanya entry yang lebih terperinci. 

Perjalanan dan penggembaraan saya kali ni stail backpackers dan lebih mencabar berbanding trip-trip saya yang lain sebelum ni. Bagi saya backpackers ni tak sesuai untuk semua orang terutamanya yang bawa anak kecil. Sebab apa yang saya nampak, anak kecik masih tak value lagi trip tersebut sebab masih kecil dan menyusahkan. Budak kalau tak selesa mulanya buat perangai meragam sedangkan parent tetap nak ikut stail backpakers. Ini namanya mak bapak yang pentingkan diri sendiri tak fikir keselesaan anak-anak kecil dan orang sekeliling. Kalau nak travel sangat, baik tinggalkan anak kat Malaysia atau travel dengan selesa stay kat hotel bukan kat hostel. Yela dok hostel ni macam dorm ni sekali dengar budak nangis semua nak marahkan mak bapak yang bawa anak kecil ke hostel ni. Sebab tu ada sesetengah hostel yang ada had umur iaitu kanak2 tak boleh stay kat hostel. 

Apa pun trip saya kali ni yang paling tak selesa la tapi banyak yang saya belajar daripada trip ni. Kadang-kadang bila kita keluar di luar zon selesa baru kita mengasahkan minda, cara berfikir pun lain dari kebiasaan, belajar berdikari dan lebih tumpuan terutamanya kalau banyak transit, belajar bersyukur dan memberi dengan ikhlas dan banyak lagi kalau nak senaraikan. 

Kalau saya memilih travel dengan selesa, saya akan memilih berada di dalam zon yang selesa saja. Sesekali bila mencabar diri, baru tau kita mampu menghadapi cabaran rupanya, ingatkan tak mampu sebab nampak macam susah sangat. Okla senang cakap bila kita mempunyai masa yang singkat, duit yang sikit tapi angan2 setinggi gunung everest maka bersediala mengharungi cabarannya. Kalau banyak masa maksudnya tak kisah habiskan cuti tahunan dalam satu trip saja atau duit berkepok2 tak luak2, okla kan. Tapi sebenarnya ada juga saya jumpa manusia yang kaya gila, masa pun banyak sebab tak terikat dengan kerja dan membajet cuti tahunan tapi masih nak travel bersusah payah ala-ala backpackers. Bila borak-borak, rupanya katanya itula kebebasan mengembara dan cara backpackers tu dah sebati dalam diri dah pun. Ini mengingatkan diri saya sendiri, walau apa pun cara orang travel jangan judge. Biarla travel footprint ke tourist ke traveller ke explorer ke shopper ke sebab sapalah diri ni nak judge orang travel macam mana sekali pun, biarla macam mana pun asalkan bahagia. Bahagia tu memang tak boleh dinilai dengan apa pun. Kita ja tau macam mana nak cipta kebahagiaan itu, bukan orang lain.

Memandangkan entry ni sekadar recap saja, saya harap mempunyai kekuatan untuk mengedit gambar2 sekali dengan watermark, mengarang ayat2, mengira budget, membuat reseach google map dll. Yala kalau nak share ilmu tu kenala tepat bukan anggaran saja. 
Sabar ya tuan-tuan puan-puan sebab tuntutan kerja, nak reno dan design rumah sendiri, masa dengan family sangat mencemburui masa saya untuk berblog. Dah tentu saya kena utamakan perkara yang lebih mustahak. Kalau nak metaphorkan life kita ni macam botol kaca la, isikan botol tu dengan bola golf dulu kemudian baru isikan dengan pasir untuk memenuhi ruang dalam botol kaca tersebut. Bola golf tu ibarat benda2 utama dalam kehidupan dan pasir tu dah tentu blog ni. 

Maka bermula trip 8 penerbangan, 2 benua, 4 negara, 3 backpackers, 1 matlamat.
Pengembaraan selama 11 hari belanja hangus RM2,814.38 sorang.

Day 1: Bertolak dari Sik - Kuala Lumpur (drive 470km)
Day 2: Kuala Lumpur - Tehran (Air Asia RM603 return)
Day 3: Tehran - Azerbaijan (Azal Airline RM422.18 return)
Day 4: Azerbaijan - Istanbul (transit 5 jam Azerbaijan)
Day 5: Istanbul
Day 6: Istanbul - London (Atlas Global RM446.93 return)
Day 7: London
Day 8: London - Istanbul
Day 9: Istanbul
Day 10: Istanbul - Azerbaijan - Tehran (transit 5 jam)
Day 11: Tehran
Day 12: Tehran - Kuala Lumpur
Day 13: Kuala Lumpur - Sik (drive 470km)

Bag galas di atas ni, masa sampai dari Sik ke Kuala Lumpur, saya terus pi one utama Damansara sebab nak beli bag ni. Masa sampai KL tu dah malam dan mall pun nak tutup. Saya berlari macam amazing race ok terus sambar je bag ni ke kaunter, tak sempat nak cek mana koyak mana carik janji beli dulu sebab nak fly esoknya. Kononnya kalau rosak, balik trip ni baru nak tukar hehehe.....tapi alhamdulillah ok je elok. Ini pembelian paling pantas saya buat. Backpack yang saya beli kat Padang Besar sebelum ni dah koyak pun. Bolehla kalau nak jahit balik tapi tak sempat2 lagi nak jahitkan. So kali ni terpaksa laburkan duit 5 kali ganda harga lebih mahal daripada Padang Besar. 

Perjalanan kami bermula di KLIA2 dengan menaiki Air Asia la, mana flight lain yang murah lagi selain Air Asia. Dengan AA je baru nak merasa keluar negara jauh sikit. Time ni berdebar-debar rasanya sebab saya sendiri tak yakin trip ni boleh berjalan lancar ke tak. Masa nila mula rasa menyesal dok rancang trip yang tak munasabah ni.


Full flight ya malam ni. Banyak penumpang transit dari China nak ke Tehran. Tiket kami ni dapat dengan harga RM600 return dan dihidangkan free meal. Ni first time AA bagi free meal iaitu nasi kebab+air mineral dan kali kedua roti pita ayam+air mineral. Nak telan pun lekat kat tekak sebab takdak perasa. Bersyukurla nak sekurang2nya perutmu diisi.

Dalam trip ni banyak kali kena solat dalam flight sebab 8 penerbangan kan, banyak masa atas flight jela. Bila travel juga mengajar saya untuk bersederhana contohnya ambik wuduk cukup sekali sapuan saja tak macam berwuduk kat rumah, lencun macam mandi. Islam tu mudah.

Selalunya time kat airport jela boleh update social media sebab ada free wifi. 

AZERBAIJAN

Airport Azerbaijan ni lebih moden dan cantik. Orang-orangnya pun cantik-cantik belaka rupa mix arab dan rusia. Makcik cuci toilet pun lawa gila standard miss universe.

Lepas security check, gosok gigi, solat dan cari port nak lelap. Transit hall ni besar sangat dan banyak port tidur dan takdak sapa ganggu pun kita lena janji kena sentiasa alert untuk announcement. Manala nak tau tetiba orang panggil naik flight tapi dok sedap lena lagi.

Bangun tidur lapaq pula. Jangan risau sebab banyak mesin air kopi dan teh kat sini dan murah je harganya. Kalau nak minum air pun, ambik kat air paip je sebab selamat untuk minum tapi megi ni saya minta air panas kat cafe yang jual kapucino. Orang Malaysia ni biasala tak biasa nak tadah minum dari air paip walaupun selamat diminum.

Transit hall Azerbaijan berada di tingkat paling tinggi dan takleh nak keluar ke bawah sebab kami xdak visa. Kalau nak keluar kena buat visa bayar USD50.

Disebabkan kami ni bosan sangat dok kat transit hall, bolehla kalau nak main aci sembunyi ke aci ligan ke dalam airport ni. Kat atas ni kami nak main aci sembunyi ni, kalut mr.soulmate lari nak sembunyi tang mana tu. Selain tu, kami main game teka cari barang, contohnya teka cari orang galas bag merah, cari perkataan, kira berapa ramai rambut merah, kira berapa ramai orang local dan berapa ramai tourist dan macam-macam lagi. Sungguh menyeronokkan main game macam ni sebab hilang sikit rasa penat dan letih dan selalu bergelak ketawa je sepanjang masa. Kadang-kadang orang-orang yang dok dekat-dekat dengan kami pun macam nak join main sekali hehehe boleh lagu tu.

Masa transit pun tamat dan kami meneruskan ke destinasi seterusnya. Takpa nanti sambung main lagi atas flight.


BAKU, AZERBAIJAN 🇦🇿
Transit 10 jam
Tukar 50lira dapat 24manat
Makan + minum kat airport je sebab kalau nak kuar airport kena buat visa Azerbaijan iaitu 50usd
Orang-orang kat Baku ni mix arab+rusia. Muka kakak sapu sampah or cuci toilet pun lawa gila standard miss universe. Orang Baku ni suka berfesyen mewah dan pakai barangan semua yang berjenama. Airport pun super moden dan mewah.


ISTANBUL, TURKEY


ISTANBUL, TURKI 🇹🇷

• Tiket Penerbangan
Azerbaijan Airlines : Tehran – Baku – Istanbul – Baku - Tehran = RM422.18
Free Meal : 4 Meal and free flow drink no limit
Booked from http://www.skyscanner.net

• Penginapan
- Hotel Sultan Corner Suites, Istanbul = RM142.66 (2nights)
Free Breakfast
Booked from Air Asia Go Holiday
- Hotel Esra Sultan Petrol, Istanbul = RM92 (2 nights)
Free Breakfast
Booked from booking.com

• Wang Tunai
Matawang Turkey Lira (1Lira =RM1.40)

• Tentatif
-Sultan Ahmed Camii @ Blue Mosque
-Hagia Sofia
-Arkeologi Museum
-Basilica Cistern = 20 lira (tak termasuk dalam museum kad)
-Topkapi Palace
-Blue Mosque
- Nuruosmaniye Camii (solat jamak)
-Galata Tower
-Grand Bazar / Spice Bazar
-Taksim
-Bosborus Cruise = 12 lira

• Makanan
-Kumpir
-Pistachio ice cream
-Balik Ekmek
-Kebab
-Turkish food
-dll = 101 lira

• Lain-lain
- Dobi = 20.67 lira
- Souvenir = 36.67 lira
- Museum kad = 85 lira
- Istanbul kart = 35lira
*baju sedekah=6tshirt+sweater, 2seluar, 2 tudung (kurangkan bebanan bag)
TOTAL = RM1,028.60 (5D4N)


LONDON, UK


LONDON, UK 🇬🇧

• Tiket Penerbangan
Atlas Global : Istanbul – Londra – Istanbul = RM446.93
Free Meal : 2 Meal and free flow drink no limit
Booked from http://www.skyscanner.net

• Penginapan
Smart Hyde Park Inn, Bayswater = 113.94GBP
Free Breakfast
Review:
- Staf agak rude, breakfast 5 minit lagi nak start pun tak bagi orang ambil makanan. Breakfast start pukul 7.30am tapi kita ni pukul 7.25am dah ambik pinggan nak ambik roti, mai staf siap jegil bijik mata ok cakap breakfast start pukul 7.30am WTF kan hostel ni.
- Pukul 4 pagi staf terjah masuk bilik buka curtain katil, terus soal orang “why you are here?” padahal orang dah bayar cuma system diorang yang bengong. Nasib baik ada bukti dah print siap2. Senang je cakap sorry lepas buat kurang ajar dengan customer and customer pun segar mata susah dah nak tido lepas tu.
- Bilik mandi and jamban kena kongsi laki pompuan. Air nak mandi panas gila melecur kulit. Saiz jamban 2x2kaki manakala bilik mandi size 3x3kaki. Kalau rasa badan tu oversize kirim salam kena tahan nafas kecikkan perut ya setiap kali nak membuang.
Booked from http://www.hostelbookers.com

• Wang Tunai
Matawang GBP British Pound (1GBP=RM5.60)

• Tentatif
-Poundland
-Tower Bridge
-London Bridge
-Big Ben
-Buckingham Palace
-James’s Park
-Trafalgar Square
-British Museum
-British Library
-Malaysia Hall / Kantin

• Makanan
= 7.50 GBP

• Lain-lain
- Souvenir = 24.50 GBP
- Easybus = 12.56 GBP
- Oyster Card = 10.60 GBP
*Baju sedekah=3 tshirt 2leging (kurangkan beban bag)
TOTAL = RM1,301.36 (3D2N)


TEHRAN, IRAN





TEHRAN, IRAN 🇮🇷

• Tiket Penerbangan
Air Asia : KL - Tehran – KL = RM608.32
Free Meal : 4 Meal(2 nasi kebab + 2 piza sandwich ayam) and 4 air mineral
Booked from website AA

• Penginapan
- Hostel Persian (2nights) = 30usd
Free Breakfast
2 minit walk from metro station

• Wang Tunai
Matawang Lira tapi bila urusan jual beli sebut toman (10,000lira =1,000 toman = RM1.40)

• Tentatif
-Gunung Tochal + cable car sampai stesen 7
-Grand Bazar
-Bazar Tajrish
-Milad Tower
-Golestan Palace

• Makanan
-Nasi kebab
-Burger Iran
-dll

• Lain-lain
- Airport pickup = 35usd
- Souvenir (kekacang dan safron)
- Bas /van
- Metro
*baju sedekah=1winter coat, 1 sweater, 1tshirt, 2leging(kurangkan beban bag)
TOTAL = RM484.42 (3D2N)

*maafkan saya kalau ada yang tersalah info, mohon betulkan

*bag masa balik lebih ringan sebab setiap tempat tinggalkan pakaian. Sebab tu kalau travel, bawa baju bundle timbang kilo sebab boleh tinggalkan tanpa rasa bersalah. Baju mahal2 pakai travel dalam Malaysia saja. Baju murahan baru bawa pi obersea.

Kalau ada umur yang panjang, kita akan datang lagi. Tenkiu AA sebab jual tiket murah. Cerita tiket murah, semalam saya baru rembat tiket return ke Perth RM689 bulan Oktober ni. Kira Perth ni repeat sekali lagi la nampak gayanya.

#azamfirdauswinterwonderland

Tiada ulasan: