Ohayo Gozaimasu.....good morning!!!
Amacam pagi ni punya outfit?agak2 lepas tak nak daki gunung salji. Baju pun beli bundle selai rm1 je pun setakat nak pakai sekali ni je.
Kalau nak tau tiket ni tak boleh booking, kalau nak beli tiket ni kena pada hari ni terus, takleh beli untuk esok lusa or bulan depan ke apa. Ada gak cara untuk beli terus online melalui di sini.
So pagi yang ditunggu-tunggu pun akhirnya tiba. Seawal 4am, mr. soulmate dah terpacak beratur depan kaunter nak beli tiket. Memang disangka2 kan ramai orang nak beli tiket tambah2 yang jenis redah sendiri macam kami ni. Train yang paling awal dah sold out iaitu pada pukul 8.40am dan kami cuma dapat tiket pukul 9.20am. Tiket ni berharga 9,490yen seorang. Pengsan sangat dengan harganya, nak keluarkan yen ni pun tergetar2. Laluan perjalanan boleh tengok kat bawah ni.
Kalau kami ni mestila beli tiket dari arah Toyama dan terus ke Ogizawa dan kalau tengok Zizan Jejak Jepun tu, Zizan naik dari arah Ogizawa ke Toyama. Dari map kat atas ni dah clear dah kot perjalanan yang akan kami tempuh dan jenis2 kenderaan yang bakal kami naiki. Tiket ni boleh beli secara terus sekali gus or beli satu2, maksudnya boleh gak beli tiket dari Toyama ke Bijodaira ja dan dari Bijodaira kena beli tiket lain ke Midagahara lak. So daripada nak menyusahkan diri beratur kat setiap kaunter baikla beli sekali harung sampai ke perhentian terakhir. Yela mana nak tau ada orang dia nak naik sekerat jalan dan patah balik, ha macam tula lebih kurang.
Harga dia memang mahal sebab tengokla 6 jenis kenderaan dan 10 station dan jarak perjalanan dari hujung ke hujung ni mengambil masa selama 6 jam, so memang kena datang awal pagi dan akan spend satu hari kat atas gunung ni saja.
Harga dia memang mahal sebab tengokla 6 jenis kenderaan dan 10 station dan jarak perjalanan dari hujung ke hujung ni mengambil masa selama 6 jam, so memang kena datang awal pagi dan akan spend satu hari kat atas gunung ni saja.
Sementara nak tunggu keretapi nak berlepas, kami pun dok melepak kat sini. Sementara nak tunggu keretapi datang, ramaila manusia dan kebanyakannya pelancong dari Thailand. Sepatah dua dengar bolehla faham tapi kalau nak cakap siam balik, boleh gak sepatah dua jugak hehehehe
Time ni kami berebut dengan budak2 sekolah, so memang ramai dan sesak sangat. Budak sekolah pun naik train yang sama tapi diorang turun dekat2 sini jela tak macam kami yang akan turun ke perhentian paling terakhir. Yang lawaknya budak2 sekolah ni rilex ja pakai skirt tapi geng2 pelancong lak pakai tutup litup macam nak daki Everest including me hahahaha.....
Keretapi kat Jepun ni saya perasan sangat klasik macam zaman retro pula tengok. Dalam ramai2 orang nak naik train ni, nasib baikla ada juga seat kosong untuk kami dua. Yang tak dapat seat kena berdiri ja dan kebanyakan yang berdiri tu budak2 sekolah sebab diorang nak turun dekat2 ni ja.
Mr. soulmate dah bersedia nak buat taik mata sebab awal2 pagi dia keluar beratur nak beli tiket.
Layanla view sepanjang dalam train ni.
Keretapi ni berhenti-henti
dan melalui kawasan perumahan, sekolah, bendang. Yang bestnya sepanjang
perjalanan orang2 kampung dan budak2 sekolah akan berdiri depan rail
keretapi dan mengucapkan selamat datang dan siap buat banner lagi untuk
pelancong. Sebabnya hari ni kan hari pertama Tateyama Kurobe dibuka
kepada orang ramai pada tahun ini. Wah terharu sangat disambut mesra sebegini rupa.
Ni video yang sempat saya rakam orang2 kampung berdiri dan melambai pada pelancong dalam keretapi.
Dah terasa kami ni pelancong2 lebih dari retis lagi sebab wartawan interview sorang2.
Dari Toyama city dan Tateyama station (on the way to Shomyo-daki), keretapi yang kami naiki akan berhenti seketika untuk bagi pelancong enjoy view bridge dan sungai. Lawa gila rasa macam dok dalam poskad 3D je.
Dari station tateyama, kami akan menaiki cable car yang sebijik rupa macam kat Bukit Bendera, Penang. Sebenarnya lepas naik cable car kat sini baru saya try naik cable car kat Penang. Dari Tateyama station kami akan stop kat Bijodaira station lak untuk menaiki bas. Memandangkan kami dah beli tiket sekali harung sampai ke hujung, so takyah nak beratur beli tiket asing lak. Terus tunjuk satu tiket je la.
Dari cable car maka kami pun menaiki Highland bas pula. Kat sini dah boleh nampak salji kiri kanan. Kenderaan lain tak dibenarkan naik kat sini untuk keselamatan semua pihak. Jalan ni sempit dan bengkang bengkok dan memang patut pun bas highland ja yang lalu kat sini. Lebih kurang sejam dalam bas barula kami sampai pula di Murodo station. Murodo la tempat yang dinanti2kan oleh semua pelancong iaitu snow wall yang boleh mencecah sehingga 20 meter. Gambar di bawah ni adalah laluan yang kami naiki bas highland untuk sampai ke Murodo yang dicuri dari google image hehehe....
Kat bawah ni cerita serba sikit pasal Tateyama ni.
The Tateyama, Toyama Kurobe Alpine Route adalah jalan gunung sightseeing dunia yang terdiri daripada 90 kilometer panjang. Laluan ini pergi di seluruh 3,000-meter-tinggi pergunungan Alpine Utara, yang dipanggil "bumbung Jepun," dan menghubungkan Toyama dan Shinano Omachi. Anda boleh menikmati panorama, dengan mengambil kereta api, bas highland, bas troli, kereta kabel, dan Ropeway. Sejak garis dibuka pada bulan Jun 1971, kawasan gunung Tateyama, Toyama telah berubah dari tempat terpencil ke dalam salah satu kawasan berjalan-jalan terbaik di negara ini, di mana satu juta tetamu melawat setiap tahun.
Murodo-daira daripada Tateyama, Toyama mempunyai salah satu daripada salji yang paling tebal di dunia, dan salji sampai kira-kira tujuh meter secara purata. Khususnya, salji di Otani, lima minit dari Stesen Murodo, kadang-kadang mendapat lebih daripada 20 meter kerana snowdrifts. Yang terkenal "Snow Wall" terbentuk dengan salji tebal ini, dan kawasan 500 meter panjang dengan dinding salji itu terbuka kepada pelawat dari pertengahan April hingga penghujung bulan Mei.
Ok sambung part 2 la pula sebab malas nak karang cerita hehehe.....nak tunggu part 2 alamatnya next week la kot sebab kebizian melanda juga ni
Murodo-daira daripada Tateyama, Toyama mempunyai salah satu daripada salji yang paling tebal di dunia, dan salji sampai kira-kira tujuh meter secara purata. Khususnya, salji di Otani, lima minit dari Stesen Murodo, kadang-kadang mendapat lebih daripada 20 meter kerana snowdrifts. Yang terkenal "Snow Wall" terbentuk dengan salji tebal ini, dan kawasan 500 meter panjang dengan dinding salji itu terbuka kepada pelawat dari pertengahan April hingga penghujung bulan Mei.
Ok sambung part 2 la pula sebab malas nak karang cerita hehehe.....nak tunggu part 2 alamatnya next week la kot sebab kebizian melanda juga ni
...........to be continued
2 ulasan:
Bestnye jln oversea..bole tengok negara org kan!..hihi
best best...terima kasih sudi singgah ke sini
Catat Ulasan