Klik sini

Rabu, 17 April 2013

Annyeonghaseyo

Best Blogger Tips

Wah wah dalam busy buat kerja skolah sempat lagi selit update blog kan. Sebenarnya esok saya nak berangkat meninggalkan bumi Merbok ni untuk terbang bersama mr.soulmate ke bumi yang sangat meriah dengan cherry blossom sebab sekarang ni kan musim bunga. Tapi masalahnya saya ni terlalu banyak kerja dan kena siapkan sebanyak mungkin dan secepat mungkin kerja-kerja sekolah saya ni sebelum bercuti, nanti balik takla kalut batman nak submit segala benda-benda ni semua. Bag pun tak kemas satu apa pun lagi. Duit won pun tak tukar lagi. Ok petang ni ada presentation lagi, sebab tula mood nak bercuti tak rasa lagi. 

Media sekarang ni pula kecoh dengan hal bom-bom kat korea selatan ni kan. So, semalam mr.soulmate dah call embassy Korea dan diorang cakap korea selatan selamat dan tak ada apa-apa dan dia nasihatkan kitorang jangan risau. Masalahnya my older sisters semua macam risau kami nak pi sana. Anyway walaupun saya macam cool je tapi saya pun sibuk gak cari berita-berita terkini di Korea selatan dan terjumpala blog kak zarina ni, alhamdulillah syukur sangat.

Ok la saya ada ton of work nak sambung buat lagi ni. Doakan kami dua selamat dan dipermudahkan segala urusan di Korea selatan ye. Habis presentation petang ni baru nak siapkan barang-barang semua. Kepada kawan-kawan semua selamat bercuti.

Antara tempat-tempat yang plan nak pi:
Friday : Itaewon
Saturday: Nami Island
                Jeju Island
Sunday : Jeju Island
Monday : Jeju Island
Tuesday : Jeju Island
                                Samsung Everland
         Seoul
Wednesday : Seoul
Thursday : Incheon 

1 ulasan:

Lily Riani berkata...

wow!!! cant wait for your entry heheheheh go go fighting