Rabu, 3 Januari 2024

Day 9: UMRAH

 

Assalamualaikum....cantik kan cahaya di langit pagi ni.

Pagi ni kami ada lawatan luar lagi hehehe hari-hari ada lawatan di Mekah ni. Tapi harini kami ada lawatan ke Taif, makna kata kami akan bermusafir kerana Taif ni jaraknya lebih 2 merhalah dari Kota Mekah. Kami juga diwajibkan buat tawaf wadak atau tawaf selamat tinggal kerana kami akan keluar bermusafir di Taif. Pagi ni kami roommate semua keluar asing-asing mengikut mahram masing-masing, tak keluar sama-sama ke masjid macam semalam dah.

Kami keluar lebih awal daripada biasa. Kalau kebiasaan kami akan keluar awal sejam sebelum masuk subuh tapi kali ni kami kena keluar 2 jam lebih awal. Ini kerana kami akan buat tawaf selamat tinggal 6 pusingan dan solat subuh Jemaah dan lepas subuh habiskan 1 lagi pusingan terakhir, baru lengkap tawaf wadak. Kita tak boleh buat direct 7 kali pusingan sebelum subuh sebab kalau kita dah sempurna 7 pusingan, kita dah tak boleh buat solat fardhu kat masjidil Haram. Jadi kalau nak solat subuh Jemaah kena buat macam tu la 6 kali dulu kemudian lepas subuh baru selesaikan 1 pusingan atau…boleh juga kalau selepas subuh baru nak mula buat tawaf tapi yang ni risiko sikit, takut mengambil masa terlalu lama nak siapkan 7 pusingan sedangkan bas dah nak gerak pagi ni. Ini apa yg ustaz bgtau waallahualam.... Kami terus jalan menuju ke dataran tawaf. Buat 6 kali pusingan tawaf kemudian kami keluar balik ke ruangan solat sementara menunggu subuh. Kebetulan masa subuh ni ada ruang solat untuk wanita kat depan kaabah dibuka, Alhamdulillah boleh lagi solat depan kaabah pagi ni. Selesai subuh, mr.soulmate terus datang kat ruangan solat saya dan kami sama-sama selesaikan pusingan tawaf yang terakhir. Selesai tawaf, sekali lagi saya masuk kawasan yang saya solat subuh tadi untuk solat sunat tawaf pula.


Sementara saya tunggu mr. soulmate siap solat sunat tawaf, saya keluarkan fon dan ambil gambar kaabah dengan latar belakang langit yang berwarna pink purple sunrise. Tah kenapa warna langit cantik sangat atas kaabah tu dan selepas ambil gambar kaabah tu baru saya perasan yang saya dah selesai buat tawaf wadak tapi ambil gambar pula. Adakah menjadi kesalahan ambil gambar selepas tawaf wadak. 


Saya mula gelabah pula dan saya rujuk dengan ustaz tapi katanya takpa sebab saya tengah menunggu orang dan saya ambil gambar tu tak menyebabkan kumpulan kami terlewat keluar dari Mekah. Susah hati pula sebab ingatkan nak kena bayar dam ka.

Merujuk Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, “Jika seseorang itu mengambil gambar ketika menunggu-nunggu ketibaan kenderaan yang membawanya keluar daripada Kota Makkah dan sedang menanti jemaah-jemaah lain masuk ke dalam bas untuk bertolak keluar daripada Kota Makkah atau ketika berada di dalam bas yang sedang bergerak keluar meninggalkan kota Makkah, maka dalam hal-hal yang tersebut, dia tidak perlu mengulang semula tawaf wada‘nya kerana perbuatan sedemikian tidak dianggap melengahkan masa keluar daripada Kota Makkah.” Ustaz pun cakap benda yang sama asalkan perbuatan kita ambil gambar tu tak melenggahkan masa kita nak keluar dari Mekah tak mengapa.

Sebab tu kalau nak datang mengerjakan umrah dan haji kena juga ada ilmu, Sebab tak semua mutawwif nak ceritakan satu persatu kat kita. Sebenarnya harini juga hampir separuh Jemaah kumpulan kami kena bayar dam seekor kambing seorang kerana kurangnya ilmu. Sebab apa kena bayar dam tu nanti saya ceritakan. Maaf saya bukan nak buka aib cerita ni tapi sekadar peringatan diri sendiri juga. Yang kena bayar dam seekor kambing tu jemaah yang cakap pom pang kat sini, Depa dah mai banyak kali dah, dah tau selok belok setiap inci kawasan ni. Dan sebenarnya kami ni rasa annoying sangat dengan depa tapi dok sabarla….faham kan bila orang cakap tak mau kalah ni macam mana. Yang kesiannya ahli keluarga depa yang lain-lain pun sama kena bayar dam sebab mengikut depa.

Biasanya balik dari Taif, jemaah akan singgah kat masjid miqat iaitu Qarnul Manazil. Di situ kebanyakan Jemaah yang bakal mengerjakan umrah lagi, kena niat di situ. Tak kisahlah samada nak mengerjakan umrah pada hari ni juga atau keesokkan harinya tapi kalau esoknya nak buat umrah kena jagala pantang larang dalam ihram. Masalahnya di sini, apabila Jemaah yang melalui Qarnul manazil yang TIDAK berniat umrah di situ dan pulang ke Mekah

Biasanya balik dari Taif, jemaah akan singgah kat masjid miqat iaitu Qarnul Manazil. Di situ kebanyakan Jemaah yang bakal mengerjakan umrah lagi, kena niat di situ. Tak kisahlah samada nak mengerjakan umrah pada hari ni juga atau keesokkan harinya tapi kalau esoknya nak buat umrah kena jagala pantang larang dalam ihram.

Masalahnya di sini, apabila Jemaah yang melalui Qarnul manazil yang TIDAK berniat umrah di situ dan pulang ke Mekah dan keesokkan atau hari seterusnya mereka nak mengerjakan umrah pula, mereka keluar berniat di Masjid Aishah di Tan'im (miqat terdekat dengan Mekah), mereka akan dikenakan dam seekor kambing kerana melanggar tempat miqat pertama masuk ke Mekah iaitu tempat miqat masuk ke Mekah Qarnul Manazil.

Miqat di Tan’im ialah tempat miqat bagi penduduk Mekah sedangkan Jemaah ni dah keluar dari Mekah ke Taif bermusafir dah bukan penduduk Mekah lagi, apabila keluar melebihi 2 merhalah dari kota Mekah, apabila nak masuk semula ke Mekah mereka kena niat di tempat miqat masing-masing contohnya kalau keluar ke Madinah dan nak pulang ke Mekah kena miqat di Bir Ali dan sama juga kalau ke Taif kena miqat di Qarnul Manazil, wallahualam…..boleh rujuk https://www.instagram.com/tv/B9eTrJCFUny/...
umrahandalusiadotcom Muzakarah Haji 1441H


Dalam bas sebelum nak gerak, ustaz tanya sekali lagi adakah kami semua dah buat tawaf wadak? maka semua Jemaah pun dah buat, bas pun bergerak. Taif ni akan mengambil masa 2 jam nak sampai tapi tak terasa 2 jam pun, rasa sekejap ja sebab view pergunungan sepanjang perjalanan ni sangat mengasyikan. Kalau perjalanan dalam bas ni memang saya tak pernah tidur sebab akan sibuk dengan camera nak ambil gambar dan video. Tambahan lagi pagi ni kami sekali lagi duduk di kerusi paling hadapan sampaikan ada orang perli kami dah, “kerusi depan sekali ni, depa laki bini, orang lain jangan kacau” hehehe….samaada depa yang lambat atau kami yang selalu jadi orang terawal naik bas, jadi sebab tu kami sentiasa ada pilihan nak pilih duduk di mana saja. Kalau kami lambat mesti susah nak duduk kerusi yang sama ja setiap kali kan hehehe. Itula beza bila kami yang selalu travel diy, kami sangat disiplin bab masa sebab kita akan ligan naik public transport dan sentiasa akan punctual. 

Bayangkan kalau kami travel diy tak punctual, agak2 public transport nak tunggu kami ka? dan dah tentu semua plan kami jadi lintang pukang sebab kami terlepas public transport. Sebab tu bila kami travel dengan group, kami tak mau disebabkan kami lambat, plan group lari atau orang tertunggu-tunggu kami lak atau menyusahkan orang lain. Kami nampak orang yang travel secara group ni, depa jenis tak kisah pun orang tunggu depa...rilex ja dan tak rasa bersalah pun kalau lambat.


Ustaz pun macam biasa memulakan cerita. Seronok sangat dok depan sekali ni sebab dengar cerita ustaz yang dok sebelah kami ni, memang semua cerita dia terkesan di hati terus. Ustaz ceritakan tentang dakwah Nabi yang sedih sekali kemudian, Syeikh Ahmad Al-Patani dan masjid kuk. Tu pun dia berulang kali meminta maaf sebab katanya ilmu dia mengenai sirah Taif tak seberapa dan tak banyak mengenai Taif yang dia boleh ceritakan.



Perjalanan dari kota Makkah ke Taif mengambil masa kira-kira dua jam. Ketika menghampiri Taif, jalannya berliku dan perlu melalui pergunungan al-Sharawat. Bandar tanah tinggi itu cukup terkenal dengan buah-buahan hawa sederhana, minyak wangi, Istana Shubra dan Masjid Abdullah Ibnu Umar. Taif juga dicatatkan dalam sirah Rasulullah SAW di mana baginda pergi berdakwah selepas pemergian isterinya, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib. Malangnya, kehadiran Rasulullah SAW tidak mendapat sambutan malah dilontar pula dengan batu.


Apa yang menarik di Taif? Pohon buah subur di kawasan Taif kerana kata Ustaz, Nabi Ibrahim pernah berdoa kepada Allah supaya tanah Taif ni disuburkan dengan pohon-pohon buah-buahan. Taif begitu popular kerana menghasilkan buah-buahan segar terutama anggur, delima buah zaitun, bunga mawar dan madu. Cuaca panas kering di Makkah selalunya menarik perhatian ramai untuk berkunjung ke kota Taif ketika musim cuti dan panas.


Lazimnya, agensi pengendali umrah akan maklumkan kepada jemaah mengenai kunjungan ke Taif. Caj dikenakan adalah SR150 seorang, yang merangkumi lawatan ke beberapa tempat bersejarah dan makan minum kerana perjalanan ke Taif selalunya sehari suntuk. Tetapi Andalusia tak mengenakan sebarang caj tambahan kepada kami. Mungkin bayaran ke Taif ni cover balik bayaran insuran berkelompok dan insuran kesihatan Arab Saudi. Destinasi lawatan termasuk, Masjid Abdullah bin Abbas, kebun Addas, Masjid Kuk atau dikenali sebagai masjid siku, Muzium As-Shariff, kilang minyak wangi, pasar buah dan Masjid Qarnul Manazil. 


Selain buah-buahan dan udaranya yang segar, jemaah teruja ke sana kerana ingin menjejak perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W. Dakwah Rasulullah di Taif bermula setelah mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy. Ketika itu juga, Rasulullah dirundung duka setelah bapa saudaranya, Abu Talib dan isteri tercinta, Khadijah r.a. kembali ke rahmatullah. Ditemani Zaid Haritsah, Rasulullah menuju ke Taif yang berjarak tidak sampai 100 km dari kota Makkah. Baginda Rasul menyangka penduduk Taif dapat menerima kehadiran beliau tetapi tanpa disangka mereka menolak serta mencemuh baginda Rasul. Akhirnya, Rasulullah kembali ke Makkah dan seterusnya berhijrah ke Madinah.

Menurut ustaz, antara sebab Baginda SAW memilih Taif kerana berhampiran kota itu ada perkampungan Bani Sa’ad iaitu tempat Nabi SAW menyusu dengan Halimatus Saadiah. Apabila tiba di Taif, Nabi SAW bertemu pemimpin-pemimpin utama Taif dalam kalangan Bani Thaqif. Dari situ terserlah kebijaksanaan baginda yang memulakan usaha dakwah kepada pemimpin atasan kota itu terlebih dahulu dan tidak terus berdakwah kepada penduduknya. Bagaimanapun, pelawaan Baginda SAW ditolak dengan cara sangat hina serta dihambur dengan kata-kata kesat.

Baginda berada di Taif selama 10 hari ditemani sahabatnya, Zaid bin Harithah. Sejak hari pertama lagi, Baginda SAW diejek dan dihina sama seperti penduduk Makkah lakukan yang tidak mahu menerima dakwah baginda. Sehinggalah pada hari ke-10, penduduk Taif berhimpun dan semuanya membaling batu dan kayu ke arah Nabi SAW dan Zaid sehingga darah mengalir di kedua-dua belah kaki mereka.
Baginda berehat di Masjid Kuk atau dikenali masjid siku kerana ketika Baginda berhenti berehat di situ meletakkan siku atas batu dan dengan mukjizat, batu tu menjadi lembut seperti bantal. Tapi sebenarnya ia hanya berupa bangunan kecil berbatu bata sangat sederhana. Di dalamnya ada ruangan kecil yang digunakan untuk solat beberapa orang saja.

Dipercayai tempat itu yang terletak di kawasan al-Maznah menjadi lokasi Rasulullah berehat dan melarikan diri daripada golongan musyrikin yang akhirnya melontarkan batu-batu besar di kawasan itu kepada Rasulullah. 

Namun, difahamkan malaikat menahan batu itu daripada terkena baginda Rasul. Kami cuma melalui masjid kuk dari atas bas sahaja, tak berhenti di situ. Masjid ini berada betul-betul di pinggir jalan utama.

Biarpun dalam peristiwa itu, Allah SWT menghantar dua malaikat menjaga bukit dan gunung untuk melenyapkan seluruh penduduk Taif, Baginda SAW tetap bersabar dan tidak perlu berbuat demikian. Bahkan, baginda berdoa kepada Allah SWT supaya generasi seterusnya yang lahir di bumi itu menjadi orang beriman dan tidak mensyirikkan Allah SWT. Begitulah hebatnya keperibadian Rasulullah SAW apabila kejahatan dibalas dengan kebaikan

Apabila ‘Utbah dan Syaibah melihatkan Rasulullah, mereka berasa kasihan. Lalu mereka menghantar seorang hamba Nasrani bernama ‘Addas membawa sebekas anggur kepada Rasulullah saw. “Pergilah engkau membawa anggur anggur ini kepada mereka berdua di sana itu.” Perintah ‘Utbah kepada hamba Nasrani itu yang bernama ‘Addas.

Baginda saw amat gembira kerana ada juga penduduk Taif yang mengasihani mereka. Baginda saw. mengucapkan terima kasih kepada ‘Addas. Ketika Baginda mahu memakan anggur itu, Baginda mengucapkan “Bismaillahir Rahmaanir Rahim” lalu Baginda menyuapkan anggur itu ke mulut Baginda.

Apabila ‘Addas mendengarkan ucapan baginda itu, ‘Addas berasa hairan lalu berkata: “Kalimah yang kau ucapkan itu tidak dituturkan oleh penduduk negeri ini”. Lalu Rasullullah bertanya kepadanya: “Kamu datang dari negeri mana dan apa agama anutan kamu?”. Kalau sekarang ni orang makan tanpa baca bismillah mesti kita berasa hairan pula sebab kebiasaannya akan baca bismillah ketika makan.

Lalu ‘Addas menjawab: “Aku penganut agama Nasrani dan aku berasal dari negeri Ninawa (sebuah negeri di Iraq).” Baginda bertanya lagi: “Kau dari negeri seorang soleh bernama Yunus bin Mataa”. Lalu ‘Addas bertanya: “Apa yang kau tahu tentang Yunus bin Mataa?”

Rasulullah menjawab: “Dia itu saudaraku. Dia ialah seorang nabi dan aku juga seorang nabi!”. Lalu Rasulullah membaca ayat al-Quran surah Yunus yang menceritakan perihal Nabi Yunus. Mendengarkan itu, ‘Addas berasa begitu takjub lalu mengucup kepala, tangan dan kaki Rasulullah. Lalu ‘Addas memeluk Islam

Lalu ‘Addas memeluk Islam di situ juga. Kemudian Addas kembali mendapatkan tuannya Utbah dan Syaibah lalu Addas dimarahi kerana memuliakan Rasulullah saw.

Mereka berkata, “Celaka kau wahai Addas, kenapa kau mengucup kepala, tangan dan kaki lelaki itu?” Lalu ‘Addas menjawab, “Wahai tuanku, tiada apa di dunia ini yang terlebih baik daripada apa yang aku lakukan tadi kerana sesungguhnya lelaki itu telah mengkhabarkan kepadaku perkara yang tidak diketahui manusia biasa kecuali oleh seorang Nabi!” Demikianlah kesusahan yang ditanggung Rasulullah saw. dalam melaksanakan perintah Allah swt. Baginda saw. sangat ingin menyelamatkan umatnya. Hebatnya jiwa seorang Nabi!! Dengar kisah nabi yang ustaz ceritakan ni pun boleh buat kami semua sebak, sedih sekali tapi Alhamdulillah berkat kesabaran Baginda saw, sekarang ni semua penduduk Taif ni 100% adalah penganut Islam.

Setelah melalui masjid Kuk, kami kemudian berhenti di Kilang minyak wangi ros. Wanginya…saya memang suka bau bunga ros dan rasa boleh je nak dok lama-lama kat sini. Kesuburan tanahnya menjadikan Taif begitu sesuai bagi tanaman sayuran dan buah-buahan selain turut memiliki ladang mawar yang menghasilkan minyak wangi menjadi antara lokasi persinggahan umat Islam setiap kali menunaikan umrah.
Pelbagai produk yang dijual terhasil daripada bunga ros antaranya teh rose, body mist, lotion, perfume, sabun dan lain-lain. Turun je dari bas kami dijamu teh rose. Sebiji rasa macam teh cap sultan. Kemudian kami tengok peralatan macam mana diorang ambik pati minya dari bunga ros tu, bukan senang prosesnya demi setittik minyak ros. Saya cuma beli body mist yang berharga 15 riyal dan sabun rose 15 riyal.
Di luar kilang ni terdapat orang Pattani menjual kacang-kacang dan buah-buah kering. Tertarik saya dengan penduduk Pattani di sini kerana mereka semua dilahirkan di Mekah. Bagaimana depa berhijrah di sini. Ustaz pun mula cerita bagaimana kedatangan orang Pattani ke sini.
Syeikh Daud Alfathoni yang berasal dari Pattani juga merupakan ulamak hebat di mekah ini. Ulama yang dikenali sebagai penulis kitab yang cergas ini berasal dari Patani, di selatan Thailand. 

Jumlah kitab dan risalah tulisannya dikatakan melebihi karya yang dihasilkan oleh mana-mana ulama di rantau dunia Melayu.

Ustaz cerita dulu sewaktu orang Arab nak pindahkan kubur, mereka terkejut mayat beliau masih utuh tidak reput sedangkan beliau telah meninggal ratusan tahun yang lalu. Setelah dipindahkan dua kali, atas perintah Raja Makkah ketika itu beliau disemadikan berhampiran dengan kubur para sahabat Nabi s.a.w.. Sekarang ini, jenazah beliau bersemadi di dalam Masjid Ibnu Abbas. Jenazah beliau dimakamkan bersebelahan dengan kubur Abdullah bin Abbas (r.a) iaitu sepupu Baginda S.A.W.

Selain Syeikh Daud, ramai lagi tokoh ulama dari Pattani dan salah sorangnya ialah Syeikh Ahmad Al-Patani. Tokoh ulama dari Pattani juga Syeikh Ahmad Al-Patani dianggap ulama bertaraf antarabangsa. Di Makkah, beliau belajar menghafal al-Quran dan pelbagai jenis ilmu. Diceritakan bahawa Syeikh Ahmad adalah pakar dalam 47 bidang ilmu. Ketokohan beliau membolehkan beliau dibenarkan mengajar di Masjidilharam.

Orang Pattani ni suka merantau, melayu di Malaysia pun kebanyakannya berketurunan Pattani termasuklah saya dan mr.soulmate pun ada darah Pattani. Penduduk Pattani di Taif ni walaupun dilahirkan di Mekah pun sampai sekarang mereka masih fasih cakap bahasa melayu. Kata mereka Patani dah takdak negara. Patani terus dijajah oleh Siam. Orang Patani datang ke Mekah kerana nak jaga agama Islam dalam diri. Orang Patani memang dapat warganegara Saudi tapi di hati mereka, tanahair mereka, tetap pada patani.


Tidak lengkap ke Taif jika tidak ke pasar buah. Ramai jemaah yang memborong buah zaitun, anggur, delima dan limau. Termasuklah saya pun sama memborong. Cadangnya saya nak beli buah delima tapi akhirnya tak jadi beli buah tapi beli air delima yang siap diperah sampai 1 jug 10 riyal, puas minum kan. Memang kalau ke Middle East macam kat Turki, Oman, Azerbaijan dan Iran mesti nak minum air delima yang fresh diperah tu. Kemudian nampak lagi lori ais krim. Tak tau la saya, ke pi ziarah di mana saja mesti akan jumpa lori ais krim ni. Memang lori ais krim ni akan berada kat kawasan tumpuan pelancong agaknya. Muka hepi gila dapat aiskrim











Kat sini memang macam kat Cameron Highland sebab penuh gerai-gerai jualan buah-buahan yang segar produk di Taif sendiri. Antara banyak-banyak buah kat situ tertarik pula dengan buah kaktus tapi hati-hati tak boleh pegang sebarangan sebab duri kaktus sangat tajam dan halus. Makcik roommate saya terpegang buah kaktus dan akibatnya jari dia bengkak macam ada selumbar dalam isi tu.
Diseberang jalan pula nampak unta-unta yang dihias cantik siap ada tempat duduk dok beratur sepanjang jalan, tapi disebabkan kami takut lambat, tak naikla unta tu walaupun dalam hati teringin juga nak naik unta hehehe….oh ya ada kucing kat sini dikejar bapak kucing lagi. Pantang sungguh jumpa kucing bapak kucing ni pun.










Bas kami kemudian berhenti di Masjid Abdullah Ibnu Abbas. Abdullah Ibnu Abbas adalah seorang daripada sahabat Nabi SAW yang banyak meriwayatkan hadis selain Abdullah bin Umar, Abu Hurairah, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah, Said Al Khudri dan Siti Aisyah. Kami ke Muzium As-Shariff. Di sini saya beli minyak zaitun botol besar berharga 10 riyal dan buah tin dan buah apricot. Tengok winyak attar bau kasturi, tanya penjual tu boleh tak dia jual sebotol ja sebab dia jual sekotak terus. Sekotak tu ada dalam 12 botol. Dia cakap tak jual sebotol, kalau nak sebotol ambilla dia bagi percuma. Saya pula tak sedap hati nak ambil percuma saja, saya bertegas nak bayar juga. Akhirnya dia kata ambilla 2 botol dengan harga 5 riyal. Ok la kan. 






Selepas tu kami berhenti makan tengahari ala-ala dalam khemah arab. Tak pasti pula nama tempat tu. Kami tak perlu nak bayar apa-apa pun sebab pakej ke Taif ni memang disediakan oleh pihak Andalusia termasuk makan tengahari ni. Alhamdulillah nasi yang dihidangkan memang saiz orang asia sebab portion kecil ja tak seperti makan di kedai arab di sekitar Masjidil Haram. Habis licin kami menikmati hidangan tengah hari share sekali dengan kucing. Kat restoren ni memang banyak gila kucing. Sambil makan sambil jamu kucing-kucing ni makan ayam.

Sebelum berangkat pulang semula ke Makkah, jemaah dibawa ke Masjid Qarnul Manazil dan di situ menjadi tempat miqat bagi jemaah yang mahu menunaikan umrah. Disebabkan semalam kami dah ketinggalan nak mengerjakan umrah kerana lupa nak bawa kain ihram dan sebagainya, jadi kali ni kami tak nak ketinggalan lagi la tapi kali ni mutawwif tak temankan kami buat umrah. Walaupun dalam pakej Andalusia kata buat umrah 3 kali bersama mutawwif tapi kali ke-3 ni mungkin ustaz letih jadi dia minta kami buat sendiri-sendiri saja.

Maka sampaila kami di Masjid Qarnul Manazil. Turun je dari bas walaupun cuaca agak terik tapi angin kuat tiup. Saya yang dari tadi dok tahan nak ke toilet, apa lagi bila bas parking ja, saya tak hirau sapa dah terus berlari-lari anak menuju ke toilet. Kakak yang jaga toilet bila nampak saya terus dia tunjuk arah toilet di mana hehehe memang nampaknya saya memang tak tahan sangat dah kot hehehe….toilet ni besar dan bersih. Selepas ke toilet, saya pun pergi ke kawasan berwuduk. Time ni memang saya sorang-sorang ja takdak kawan-kawan sebab tadi saya sorang-sorang berlari ke toilet kan.

Habis berwuduk ada group Malaysia juga tanya kat mana toilet, saya pula jadi orang tunjuk arah toilet. Lepas tu mai group Indonesia tanya toilet lagi kat saya hehehe….
Kemudian saya terus mengerjakan solat jamak takdim zohor dan asar dan seterusnya solat-solat sunat yang lain dan solat sunat ihram. Habis solat saya jumpa Mak Pakistan yang anak dia bawa lari saya punya name tag dan sejadah tu kat sini. Saya belum nampak lagi kelibat ahli wanita group kami. Masa saya keluar dah nampak mr.soulmate dok tunggu saya kat luar.

Masa saya keluar dah nampak mr.soulmate dok tunggu saya kat luar. Rupanya ahli group kami yang lain-lain tak nak buat umrah. Nampaknya saya, mr.soulmate, anak makcik dan 1 family Baling yang akan buat umrah untuk kali ni. Makcik pun tak buat umrah sebab dia tak larat.

Betul buat umrah ni memang memerlukan kekuatan fizikal la. Sebab tu bagi saya kalau dari Malaysia baik datang ke Mekah dulu pulun buat ibadah dan baru ke Madinah untuk relax sebab suasana di Madinah lebih santai, lebih tenang dan damai berbanding di Mekah. Kedudukan hotel pun semua dekat je dengan Masjid Nabawi.

Rupanya ahli group kami yang lain-lain tak nak buat umrah. Nampaknya saya, mr.soulmate, anak makcik dan 1 family Baling yang akan buat umrah untuk kali ni.

Selepas ke toilet, saya pun pergi ke kawasan berwuduk. Time ni memang saya sorang-sorang ja takdak kawan-kawan sebab tadi saya sorang-sorang berlari ke toilet kan. Habis berwuduk ada group Malaysia juga tanya kat mana toilet, saya pula jadi orang tunjuk arah toilet. Lepas tu mai group Indonesia tanya toilet lagi kat saya hehehe….jadi penunjuk arah toilet pula.



Kemudian saya terus mengerjakan solat jamak takdim zohor dan asar dan seterusnya solat-solat sunat yang lain dan solat sunat ihram. Habis solat saya jumpa Mak Pakistan yang anak dia bawa lari saya punya name tag dan sejadah tu kat sini. Nak tergur dia tapi dia tak sudah solat lagi, saya keluar dulu la. Masa nak keluar masjid baru nampak ahli wanita group kami ramai-ramai nak masuk ke masjid, semua pakat tanya saya dah solat belum sebab nampak saya nak keluar masjid berseorangan. Masa saya keluar dah nampak mr.soulmate dok tunggu saya kat luar. Rupanya ahli group kami yang lain-lain tak nak buat umrah. Nampaknya saya, mr.soulmate, anak makcik dan 1 family Baling yang akan buat umrah untuk kali ni. Makcik pun tak buat umrah sebab dia tak larat.

Betul buat umrah ni memang memerlukan kekuatan fizikal la. Sebab tu bagi saya kalau dari Malaysia baik datang ke Mekah dulu pulun buat ibadah dan baru ke Madinah untuk relax sebab suasana di Madinah lebih santai, lebih tenang dan damai berbanding di Mekah. Kedudukan hotel pun semua dekat je dengan Masjid Nabawi.


Saya, makcik dan mr.soulmate tunggu di luar masjid sambil berborak-borak dan layan angin yang kuat kat luar ni. Dari kejauhan saya nampak seorang lelaki tua India dok pakai kain Ihram. Mata saya pun dok tumpu tengok aksi dia sambil dalam hati “Pakcik ni awatla tak pakai kain ihram kat dalam masjid kan senang sebab kat luar ni angin kuat, kang kain ihram terbang dek angin kan naya”. Habis je ayat tu dalam hati saya, maka kain ihram pakcik tu pun terbang dek angin dan kelihatan 2 ketul bontot depan mata saya. Pakcik tu terkial-kial tangkap kain ihram yang terbang dalam kebogelannya itu dan cepat-cepat balut badan dia balik. 

Alamak…..tergamam saya, awat la mulut capoi sangat dok fikiq bukan2. Kata-kata dalam hati pun seolah-olah macam doa ka? Saya pandang makcik dengan muka terkejut sebab kami semua ni tengah mengadap pakcik tu pun. Makcik terus tergelak, saya pun tergelak sama “makcik…kita tengok wayang free ka?”. Mr.soulmate tak nampak sebab dia dok rancak dok menyembang dengan orang lain. Pakcik India tu lepas dia pakai kain ihram, dia tengok sekeliling ada orang nampak dia ka dak. Kami pun cepat-cepat pusing ke belakang tak mau kata nampak dia satgi mesti dia malu. Dia pun terus masuk masjid, fuh binau sat biji mata tengok. Kali kedua tengok vogelan di public, yang ni takpa la tak sengaja tapi 1st time tengok vogelan kat public tu kat Korea. Kami tersilap ambil air bnb dalam sauna, sekali memangla nak masuk dan keluar dari bilik kena lalu kat bahagian sauna orang vogel-vogel rasa macam nak samak mata dengan ayaq zam-zam ja.

Sementara yang lain-lain dok berborak, depa kata harini depa taknak buat umrah. Dengan bangga dan confident nya ayah tour leader ni kata hari ni letih sebab dah mai Taif jauh, depa nak balik rehat ja tak nak buat umrah. Kami ni okla kami buat ja sebab kami ni memang kalau ada kesempatan nak buat umrah kami takkan lepaskan peluang dan semalam pun rasa rugi sangat sebab tak sempat buat umrah sedangkan dah pi kat kawasan miqat. Depa nak buat umrah esok dan family depa semua pun setuju nak buat umrah esok. Disebabkan depa buat umrah esoknya dan tak berniat umrah kat masjid ni, depa semua dikenakan dam seekor kambing. 



Kesilapan kerana kurangnya ilmu dan mutawwif pun tak peka dengan perkara ni juga mungkin, wallahualam…..

Saya ulang sekali lagi ya, biasanya balik dari Taif, jemaah akan singgah kat masjid miqat iaitu Qarnul Manazil. Di situ kebanyakan Jemaah yang bakal mengerjakan umrah lagi, kena niat di situ. Tak kisahlah samada nak mengerjakan umrah pada hari ni juga atau keesokkan harinya tapi kalau esoknya nak buat umrah kena jagala pantang larang dalam ihram.

Masalahnya di sini, apabila Jemaah yang melalui Qarnul manazil yang TIDAK berniat umrah di situ dan pulang ke Mekah dan keesokkan mereka nak mengerjakan umrah pula, mereka keluar berniat di Masjid Aishah di Tan'im (miqat terdekat dengan Mekah), mereka akan dikenakan dam seekor kambing kerana melanggar tempat miqat pertama masuk ke Mekah iaitu tempat miqat masuk ke Mekah Qarnul Manazil. Miqat di Tan’im ialah tempat miqat bagi penduduk Mekah sedangkan Jemaah ni dah keluar dari Mekah ke Taif bermusafir dah bukan penduduk Mekah lagi, apabila keluar melebihi 2 merhalah dari kota Mekah, apabila nak masuk semula ke Mekah mereka kena niat di tempat miqat masing-masing contohnya kalau keluar ke Madinah dan nak pulang ke Mekah kena miqat di Bir Ali dan sama juga kalau ke Taif kena miqat di Qarnul Manazil, wallahualam…..Ustaz Daud Che Ngah pun dah keluarkan kenyataan rasmi berkaitan masalah ni kerana katanya ramai mutawwif tak ambil berat hal ni dan tak maklumkan kepada Jemaah. Memang ramai yang kena bayar dam hampir separuh dari rombongan kami yang kena dam tu, waallahualam….

Kami sampai ke hotel dah masuk waktu Asar dah. Sebelum ke Masjidil Haram, saya ambil wuduk sekali lagi kat hotel dan kami 4 orang sama-sama ke masjidil Haram. Makcik sorang yang tak buat umrah dan kami 3 orang terus ke dataran tawaf untuk buat tawaf dan sudah je tawaf dah bang maghrib. Kami berhenti solat maghrib dulu dan selepas tu sambung buat Saie pula. Kali ni kami sengaja pilih tempat saie di tingkat atas tempat orang naik scooter tu. So kami dah merasa semua tingkat buat saie la kan. Tapi kat sini tak rasa mendaki bukit macam buat saie kat bawah. Masa tengah buat saie orang bang isya, tak habis saie lagi.

Kami berhenti sekejap solat isya dan kemudian sambung lagi 2 pusingan dan selesaila buat saie. Tah kenapa memang kali ni buat umrah letih sangat, agaknya sebab gelakkan pakcik kain ihram tadi pa. Macam biasa masa tahalul, mr.soulmate akan potong rambut saya tapi kali kena pesan siap-siap potong pendek sudah sebab masa umrah ke-2 dia potong panjang kot, senget sebelah dah rambut. Habis tahalul, kami berpecah, anak makcik pi cari makcik kat bawah dan kami dua jalan balik ke hotel sebab letih gila harini kira nak balik rehat ja.

bersambung.....


Day 8: UMRAH DI MEKAH

 Assalamualaikum.....

Pagi ni macam biasa saya, makcik, mr.soulmate dan anak makcik jalan ramai-ramai ke masjid untuk menunaikan solat subuh. Time subuh ni Alhamdulillah kami sentiasa ada tempat solat kat dalam sebab kami selalu datang awal sejam. Kali ni kami cuba nak solat kat bahagian dalam sikit kat depan kaabah tapi susah kaum wanita ni nak solat nampak kaabah sebab ruang solat tingkat 1 tu kawasan tawaf, dan bila last minit depa tutup semua pintu dan nak solat dah, baru dia bagi kita solat kat depan. Melainkan kita buat tawaf sunat dulu sebelum masuk waktu, baru kita dapat peluang untuk solat nampak kaabah. Tips kalau nak solat nampak kaabah ni.

Tapi time subuh ni saya lebih ambil peluang untuk solat-solat sunat seperti solat tahajut, solat taubat dan solat hajat. Buat solat-solat sunat tu dulu sebelum masuk waktu subuh. Tawaf sunat pula saya lebih prefer buat time lepas subuh dan waktu-waktu fardhu yang lain. Jadi masa subuh memang saya tak berpeluang la nak dapatkan tempat solat yang nampak kaabah.

Masa kat ruangan solat ada seorang makcik tua yang bertongkat masuk duduk kat sebelah saya. Saya selalunya tak endahkan mana-mana manusia pun mai dok dekat saya sebab dah tentu kita nak khusyuk solat. Habis solat bagi salam, nak sambung buat solat seterusnya, makcik ni terus tanya “adik ni orang Malaysia ka?”. Saya pun tunda dulu nak buat solat, saya jawab pertanyaan dia. Bila tau dari Malaysia, tanya dari negeri mana, bila bagitau negeri mana, tanya daerah mana sampaila rumah tang mana. Ha…sudah….kira saya terbantut nak solat ni kalau asyik nak jawab soalan tapi kalau tak jawab rasa kurang sopan pula. 

Memang orang melayu ni tanya rumah kat mana tu adalah soalan untuk merapatkan ukhwah atau mengenali lebih dekat dengan kita. Biasakan kalau tanya, "hang dok mana dah lani?" (soalan kira rapat la kan). Kalau orang bukan melayu agak sensitif soalan ni sebab depa tak suka kita melangkaui batas pergaulan atau hak privasi, seolah-olah nak tau rumah tang mana tu macam nak aim orang tu lak. Sebab penah nampak dalam youtube orang Jepun iching, depa macam takleh brain pasaipa depa jumpa orang kat pasar malam, tanya rumah depa tang mana. So depa tak selesa nak bagitau rumah depa tang mana sebab tak kenai tah sapa-sapa tanya dok kat mana kan. Entah orang baik atau orang jahat tetiba nak tau rumah kat mana. Tapi soalan ni memang biasa bagi orang melayu, kita takla rasa pelik dengan soalan ni. Ok sambung balik....

Dalam hati dok fikir macam mana nak atur ayat manis dari jawab pertanyaan dia ni. Saya bukan apa, selagi subuh tak masuk ni macam-macam solat sunat nak buat sebab lepas subuh tak buat solat sunat dah, melainkan solat dhuha tu pun lambat lagi. 

Sebab kita ni kan...bukan senang nak mai Masjidil Haram, nak kumpul duit...cari masa yang sesuai....dan doa banyak nak sampai. Bila dah sampai tu rasa nak mengejar buat ibadat je dan kalau boleh tak mau dok borak sembang kampung halaman pula kat situ. Masa tu berharga sangat kan.

Tapi dalam masa yang sama tak maula jadi kurang ajar, masih menyatuni orang sekeliling kita lagi la. Saya pun melayan la perbualan makcik tu.
Tetiba makcik ni meluahkan perasaan dia kat saya pula. Dia cerita dia mai dengan ramai anak, menantu dan kawan-kawan anak menantu. Depa ni mai sendiri diy la sebab anak dia pilot, menantu keja tourism so semua senang la depa uruskan sendiri tanpa pakej dan mai pun dengan visa pelancong bukan visa umrah.
Ok...saya masih mendengar....

Saya pun katala kat dia, memang sekarang ni kita guna visa pelancong dah sebab boleh tahan setahun tak macam visa umrah cuma tahan sekali mai saja. Dia sambung lagi kata dia dok hotel apa nama tak tau yang dari bilik dah nampak view kaabah. Bilik orang kaya2 ni saya berkata-kata dalam hati. Dalam bilik depa siap ada mesin basuh, ruang dapur macam rumah la. Dalam hati saya kata mesti hotel mewah taraf raja-raja ni, rakyat marhein macam saya ni cuma boleh dengar jela, tak mampu pun nak dok hotel sebegitu mewah.

Tapi kata dia cuma tula…bilik depa dah ada view kaabah, selak tirai je dah nampak orang bertawaf kat bawah ni tapi semua tak mai solat kat masjidil haram. Setiap waktu cuma dia seorang ja bertatih jalan sorang-sorang bertongkat ni datang solat di masjidil haram. Dia kata lutut dia tak kuat dah sebab tu dia kena jalan pelan bertongkat. Saya tanya dia lak takkan depa tak mai ikut makcik solat kat sini?

Maksud saya tanya bukan apa sebab tengok keadaan fizikal dia sorang diri kat sini agak bahaya juga kalau takdak sapa mai tolong. Dia kata depa solat dalam bilik ja. Saya tengok dia macam nak panjangkan lagi penceritaan tu, saya terus cut….”maaf makcik, saya nak buat solat sunat sat sementara depa tak bang subuh lagi ni”. Makcik ni orang kampong saya juga dari Alor Setar, dia dulu dok Jalan Day, jadi kami memang speaking kedah la jadinya. Tu yang sembang semakin rancak, teruja makcik ni tau saya asal Alor Setar juga. Satgi saya takut saya pula dok qalit sembang panjang lagi sampai terlepas nak buat solat-solat sunat. Kena cepat-cepat cut nak minta diri la dulu. 

Habis solat subuh baru saya sambung bersembang dengan dia sambil tuntun dia jalan keluar. Walaupun dia kata takyah susah pegang dia tapi sebenarnya tangan dia kuat cengkam lengan saya sb dia nak jalan pun sukar. Allah...sampai hati anak2 dia biar dia solat sorang diri di sini. Kami akhirnya berpisah sebab keluar pintu yg xsama.

Pagi ni ustaz cakap kami semua aktiviti bebas saja. Tapi lepas zohor kami kena berkumpul semula pukul 2.30 petang untuk ziarah luar ke Masjid Hudaibiyah dan Museum Haramain. Sejak kami ke sini, kami tak berpeluang lagi nak jalan-jalan di sekitar kawasan hotel yang penuh gerai-gerai jualan hehehe…..ayat penyedap hati konon nak jalan-jalan padahal nak shopping la perabih duit riyal yang ada.

Mall-mall yang kat sekeliling Masjidil Haram pun kami tak pernah jejak kaki lagi. Hati tak terasa nak masuk pun sebab tarikan kaabah lagi hebat agaknya. Jadi pada hari ke-8 di bumi Haramain, kami berpakat harini kami nak buat lawatan tapak explore kedai-kedai yang meriah sangat kiri kanan depan belakang kawasan hotel kami ni. Maklumla manusia biasa juga, ada juga keinginan nak window shopping.

Habis subuh, kami macam biasa breakfast di tingkat M. Lepas breakfast semua pakat siap-siap nak survey kedai-kedai kat sekitar kawasan hotel dan Mall. Kami berpecah dan jalan mengikut mahram masing-masing utnuk aktiviti ronda pagi ni. Makcik kata dia nak beli jubbah untuk anak-anak dia dan sedikit kurma. Kami pula mungkin cuci mata dan survey harga dulu.

Dah jadi kebiasaan bila ke luar negara shopping di hari terakhir. Kenalan saya yang pernah ke sini bagitau barang-barang yang dijual boleh ditawar dan lain kedai lain harga yang diberi untuk barang yang sama. Sebab tu kena survey dulu. Banyak juga penipuan dibuat oleh peniaga kat sini. Kat Tanah Haram pun nak tipu. Huhu.. Jangan ingat kat tempat suci semua peniaga jujur. Ada peniaga yang amik kesempatan. Tambah pulak jemaah kat sini datang dari seluruh dunia. Inilah peluang untuk dapat keuntungan. Maka berhati-hatilah bila membeli dan menawar di sini.











Baru hari ni dapat merasa tengok kedai-kedai yang ada di sini. Selain dari kedai menjual jubah dan pakaian, kedai sejadah, kedai gunting rambut pun banyak juga. Ada juga kedai menjual kurma, kedai kacang dan coklat timbang, kedai buah-buahan, kedai runcit dan kedai yang paling teringin nak masuk iaitu kedai 2 dan 3 Riyal.

Boleh la beli buat souvenir dari Mekah untuk keluarga dan kawan-kawan. Saya tertarik dengan kedai jual sejadah dari Syria. Penjual kedai ni orang Afganistan dan apa yang tertariknya pakcik ni, walaupun dah tua berkedut-kedut muka dia tapi nampak bersih dan tenang ja dan dia selalu senyum ja dan lemah lembut pula tu cakap pun slow ja, rasa macam nak buat ayah angkat ja hehehe….. sejadah dia paling murah jual kat sini, sejadah saiz besar ni harga 5 riyal. Sejadah dari Turki pula harga 10 riyal. Saya beli dua-dua sejadah dari Syria dan Turki dan dok fikir-fikir nak beli lagi esok-esok untuk souvenir kat saudara dan kawan-kawan ofis (sebab depa tolong cover keja 15 hari kat sini).

Saya tengok kedai kacang dan coklat timbang lebih murah harganya kat belakang hotel berbanding kedai yang depan masjidil haram. Tu untungnya kita survey harga dulu sebab kita boleh bandingkan harga dulu sebelum beli. Saya beli lagi air tebu dan aiskrim yang sedap gila. Air tebu kat sini rasa lain dari Malaysia, ada rasa masin sedikit mungkin letak garam mungkin tapi rasa dia memang naik la.



Kemudian singgah kedai makanan segera Al-baik pula padahal dah breakfast tadi, sajala nak rasa Al-Baik yang viral sangat ni. Saya beli udang goreng celup tepung saja sebab dok nampak tu ja portion yang sikit pun, yang lain-lain macam banyak sangat takut tak habis pula makan.
Habis ronda-ronda kedai kat sekeliling hotel ni, kami balik semula. Lepas makan udang Al-Baik ni, saya nak keluar awal sebelum masuk waktu zohor sebab nak buat tawaf sunat. Kalau bernasib baik dapatlah solat depan kaabah nanti.



Selesai zohor, kami kena cepat balik ke hotel sebab kami akan menaiki bas untuk ziarah ke Masjid Hudaibiyah dan Museum Haramain join dengan group Andalusia yang lain. Maknanya mutawwif kami tak ikut sekali kali ni. Kami ikut mutawwif dari group lain. Sesapa nak buat umrah pun boleh bawa kain ihram siap-siap sebab Masjid Hudaibiyah ni salah satu tempat miqat.

Seronoknya kalau kita ikut pakej ni sebab kalau nak kemana-mana takyah fikir dah, orang bawakan kita je. Bayangkan kalau diy mesti susah juga nak cari teksi, uber, bas dan sebagainya. Sebab tula kalau pertama kali datang ke sini lebih baik datang dengan pakej sebab semuanya orang uruskan untuk kita. Kita cuma perlu hadirkan diri setiap masa yang ditetapkan je. Nak kemana-mana pun pihak company yang bawakan kita. Memang kalau next time datang sini tak mungkin kita nak ulang ziarah tempat yang sama lagi sebab kita dah pernah datang kan. Untuk kali kedua nak datang lagi ke sini lebih baik tumpu beribadah je kat masjid.

Selepas makan, kami naik dulu bersiap-siap untuk zirah Kota Mekah. Kami akan berkumpul semula di lobi dan bas akan gerak pada jam 2.20 petang. Setelah semua jemaah dah ada, kami bergerak ke jalan besar untuk naik bas. Mutawwif kami memperkenalkan ustaz baru yang bawa kami petang ni, kami panggil ustaz p.ramlee hehehe sebab dia boleh hafal dialog filem P.Ramlee. Tak ingat nama penuh dia, Ustaz P.Ramlee terus minta kami naik bas yang dah ada depan hotel. Dalam bas tu dah ada penumpang dari group ustaz ni juga. Rupanya depa semua tunggu kami naik bas jela hehehe….





Sepanjang perjalanan saya sekali lagi teruja dengan view padang pasir dan lebih teruja bila nampak banyak unta-unta liar kat kawasan lapang. Saya tak bersedia nak ambil gambar dan gambar pun blur je sebab cepat-cepat nak snap gambar dalam bas yang bergerak pula tu. Selain tu, saya nampak kandang unta di tepi jalan tapi tak sempat nak snap gambar. Tak dapat nak melawat ladang unta, dapat tengok unta tepi jalan pun jadi lah. Yang penting tengok unta live depan mata, bukan video kat dalam internet. Hehe..

Destinasi pertama kami ialah di masjid Hudaibiyah. Kami diberi penerangan lengkap mengenai sejarah di sini.





Rupa-rupanya tempat ni salah satu sejarah penting Islam. Sebenarnya kami tak banyak masa di sini sebab waktu Asar dah dekat dan pula Museum Haramain pula akan tutup pukul 6.00 petang. Kelihatan banyak bas parking di kawasan tepi masjid dan ramai jemaah berpakaian ihram. Group kami juga ada 1 keluarga yang akan mengerjakan umrah persendirian. Saya terlupa yang kat sini tempat miqat, mr.soulmate pula lupa bawa kain ihram. Kalau tak bolehlah kami sekali lagi mengerjakan umrah. Mungkin tak dak rezeki agaknya. Bila selesai penerangan, ustaz minta kami solat Asar di masjid ni dulu dan kemudian kena keluar segera sebab kami mengejar masa ke Museum pula.


MASJID HUDAIBIYAH

Masjid Hudaibiyah merupakan salah satu tempat miqat yang ada di sekitaran Mekah. Letaknya yang berada 22 kilometer di antara Kota Mekah menuju Jeddah, menjadi salah satu tempat jemaah mulai berniat ihram. Tempatnya memang tidak begitu besar. Tidak seperti tiga tempat miqat lainnya, Bir Ali, Taniem dan Ji'ranah, yang memiliki masjid yang bagus, parkir yang luas dan banyak toilet dan tempat persalinan pakaian ihram.

Namun demikian, jemaah yang mengambil miqat di Masjid Hudaibiyah tak sekadar berniat ihram, tapi juga sekaligus mengambil ikhtibar perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya ketika hendak melaksanakan umrah ke Mekah pada tahun keenam hijrah.

Hudaibiyah adalah sebuah daerah padang pasir yang luas dan nama Hudaibiyah adalah datangnya dari seorang lelaki yang menggali telaga di situ. Kesan masjid yang asal masih ada lagi di belakang masjid baru. Yang tinggal hanya beberapa dinding masjid yang dibina dari susunan batu-batu gunung. Di sinilah berlakunya satu peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu Perjanjian Hudaibiyah di antara kaum muslimin Madinah dan musyrikin Mekah. Perjanjian ini berlaku di bawah pohon Hadba'.

Pohon ini telah ditebang semasa pemerintahan Umar bin Khattab kerana umat Islam menyalahgunakannya dengan menyembah pohon ini untuk mengambil berkat. Perjanjian ini terjadi sewaktu 1,000 orang rombongan Rasulullah SAW ingin mengerjakan ibadah umrah dan dihalang oleh golongan kaum musyrikin Mekah.

Salah satu daripada 5 isi perjanjian adalah genjatan senjata selama 10 tahun antara Mekah dan Madinah, namun hanya bertahan selama 2 tahun sahaja. Walaupun secara keseluruhannya perjanjian ini lebih memihak kepada kaum Quraisy tetapi jangka masa panjang ia menguntungkan orang Islam.

Selesai melihat tapak asal masjid, saya masuk ke dalam masjid baru untuk mengerjakan solat Asar berjemaah. Keadaan agak sesak di luar masjid kerana ramai jemaah beratur untuk ambil wudhuk. Air di sini rasa masin seperti air laut, katanya air paip kat sini guna air bawah tanah. Saya kumur sekali terus tak boleh kumur dah sebab rasa macam kumur dengan air garam. Habis berwuduk, saya pun masuk ke ruangan solat. Kasut sukan saya saja tinggalkan di luar .

Jemaah lain semua bawa masuk kasut ke dalam ruangan solat sampai selipar pun bawa masuk juga. Saya pun pelik, awat tak tinggalkan je kat luar kan lebih mudah dan selesa, takut hilang ka?sebab pintu keluar masuk melalui pintu yang sama saja. Saya yang tinggalkan kasut di luar tu tawakal jela, kalau hilang orang ambil pun anggap sedekah tapi masalah nanti kena kaki ayam la balik hehehe…..tapi Alhamdulillah kasut saya selamat tak hilang pun. Kasut cap ayam ja.

Masuk dalam masjid, saya dan makcik solat bersama-sama tapi sebelum solat makcik tanya saya, “kita nak solat sunat apa ya kat sini?” hehehe…sampai takdak idea nak solat apa dah. Memang kadang-kadang boleh blur sat. Kemudian kami solat sunat Tahiyatul Masjid dan diikuti dengan solat taubat dan solat hajat. Kemudian kami solat sunat Qabliyah Asar dan solat Asar berjemaah. Asar dan Subuh takdak solat sunat Ba’diyah.

Habis solat, sebelum naik bas saya berjalan melihat kawasan di sekitar masjid. Terdapat bangunan kedai runcit di sebelah masjid dan gerai menjual kurma. Saya beli cincin couple dengan mr.soulmate cincin batu hitam harga 5 riyal satu. Besar betul cincin saya ala-ala cincin Dato’ Vida. Bersyukur kerana berpeluang untuk menziarah Hudaibiyah, tempat berlakunya salah satu peristiwa penting yang bersejarah bagi umat Islam. Alhamdulillah..















Destinasi seterusnya ialah ke muzium Exhibition of Two Holy Mosques. Dalam perjalanan Ustaz P.Ramlee memberikan penerangan tentang muzium yang bakal kami lawat kejap lagi dan juga beberapa makluman tentang aktiviti lain. Selain itu, ustaz juga menerangkan aktiviti kami ke Taif esok dan bagaimana kami akan melakukan tawaf wadak sebelum ke Taif.

Ustaz cakap kalau nak jimat masa dan selamat dari kena bayar dam, boleh tawaf 6 kali sebelum subuh dan habis subuh sambung 1 kali lagi dan terus bergerak ke hotel untuk siap-siap ke Taif sebab Taif ni lebih 2 marhalah dari kota Mekah. Selepas tawaf wadak, kita dah tak boleh buat apa-apa solat fardhu di masjidil haram. Tawaf ni kita boleh berhenti-henti dan sambung semula bukanlah perbuatan yang berterusan nak kena habiskan 7 pusingan lengkap juga.

Rombongan kami pun sampai di muzium. Museum ni sebenarnya tak lama lagi akan tutup dah dan bas kami saja Jemaah yang datang di sini pada waktu tu. Di luar muzium ada disediakan bekas air zamzam, boleh minum air zam-zam lagi di sini. Kami masuk ke dalam muzium. Kami tidak dibenarkan membawa apa-apa bag masuk ke dalam ni. Ini terjadi kerana salah satu Jemaah pernah mencuri barang dari museum ni. Sejak tu bag dah tak dibenarkan bawa masuk dalam museum ni.

Ustaz P.Ramlee pun mula rancak bercerita dengan penuh semangat tentang muzium ni. Antara yang dipamerkan adalah gambar keadaan Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi pada zaman dulu dan juga cadangan rupabentuk masjid pada zaman akan datang. Barang-barang perhiasan lama dan bersejarah juga disimpan di sini. Antara yang menarik perhatian adalah pameran frame Hajarul Aswad, Quran pertama tulisan tangan, perigi zamzam dan juga kunci pintu Kaabah pada zaman dulu. Nak cerita satu-persatu takkan habis rasanya. Jadi kami amik gambar mana yang sempat sebagai kenangan.

Lewat juga kami meninggalkan Masjid Hudaibiyah menuju ke Tanah Haram. Driver bas dah bunyikan hon kepada kami untuk segera naik bas sebab waktu maghrib dah semakin hampir dan takut kami semua tak sempat solat dalam masjidil haram pula. Sebelum naik bas, sempat dulu basahkan tekak dengan minum air zam-zam yang disediakan.

Bas ni berhenti di dalam terowong. Ni kali pertama kami masuk dalam terowong di masjidil Haram ni. Rupa-rupanya ini tempat bas berhenti kalau sampai di masjidil Haram. Dari bawah terowong baru kami akan naik ke atas terus masuk ke dataran masjidil Haram. Kami pun tergesa-gesa menuju ke toilet bawah tanah untuk berwuduk dan kedengaran azan pun dah berkumandang. Ni maksudnya memang kami tak sempat dah nak masuk solat di dalam.
Sekali lagi kami akan menunaikan solat maghrib berjemaah di ruangan dataran luar masjidil Haram. Walaupun kat dataran tapi tempat pun penuh, Alhamdulillah ada juga tempat. Setelah sekian lamanya, kali ni kami solat sekali bersama-sama roommate dengan makcik 2 beradik sekali.

Habis solat maghrib, kami berempat terus masuk ke dalam kawasan masjid untuk cari tempat solat di bahagian dalam untuk isya sekali. Kami terus ke bahagian kaabah sebab makcik 2 beradik nak solat di hadapan kaabah tapi kawasan tu dah tutup untuk muslimah. Maghrib dan isya memang semua kawasan depan kaabah untuk orang lelaki saja. Kami redha je solat kat bahagian dalam terlindung kaabah.
Kami berempat terus buka quran semua mengaji ja. Kalau dok depan kaabah, tak mau buka quran mengaji sebab mata nak tengok kaabah ja. So, ada hikmah juga bila tak nampak kaabah. Habis isya, kami berempat bersama-sama pulang ke hotel. Makan dinner sama-sama dan tidur sama-sama. Kami 4 orang sebilik, alahai rindu pula dekat depa semua.

Terfikir juga saya bila solat di Masjidil Haram menghadap kiblat, di manakah letaknya kedudukan imam ketika solat? Makmum perlu berada di belakang imam sedangkan di sini semua makmum mengelilingi dan menghadap kiblat. Jawapan yang saya dapat ialah kedudukan imam di Masjidil Haram berubah-ubah, tidak seperti di masjid lain yang dah tetap kedudukannya. Di Masjidil Haram, imam berada pada kedudukan paling dekat dengan Kaabah, dan makmum masih berada di belakangnya mengikut pusingan pada tawaf. Jika keadaan tak ramai, imam akan berada di kawasan tawaf. Bagi kedudukan muadzin yang melaungkan azan pula terletak di tingkat 2 dalam bilik berkaca menghadap kiblat. Wallahualam. 

……..bersambung……………