Ahad, 8 Mei 2011

Cajun Fries ala Popeye



Selalu kalau makan kat Popeyes mesti wajib ambik Cajun Fries, sedap. Kalau makan sedap tu mulalah mencari resepi macam mana nk bikinnya sendiri. Kebanyakan resepi cajun fries yang jumpa kat tenet ni, diorang bakar kentang dalam oven tapi popeye punya fries dia goreng.
Mula-mula masa cari kentang ni kat Tesco nampak yang biasa punya bulat2 tapi cari punya cari jumpa gak kentang jenis US potato. US potato ni jenis panjang or bujur. Memandangkan nak buat fries ala US, kulit kentang ni janganla kupas dan potongla memanjang, pastu rendam dalam air garam, simpan dalam peti ais kejap.

 Kentang ni saya gaulkan dengan serbuk paprika, cajun spice dan lada hitam. Pastu bakar dalam oven selama 20 minit dengan suhu 230C
.
Siap sudah cajun fries bakar tapi kenapa tah rasa mcm lembut sangat tak macam ala2 Popeyes.
Tak puas hati ni, kita cuba lagi buat bergoreng pulak.

 Ok sediakan minyak panas secukupnya

Bandingkan yang mana bakar yang mana bergoreng?mana yang rupanya lebih menarik?dan rasanya lebih sedap?hehehehe rupanya bergoreng gak yang lebih sedap dan rasa seakan cajun fries Popeye's

Apple Pie

Semangat nak maraton masak memasak dah membuak-buak dalam hati, weekend je la ada masa bagi wanita yang bekerja setiap hari 9jam ni.  Nasib baikla ada member nak teman sepanjang dua hari ni, lehla try n error masakan yang 1st time nak cuba ni. Alhamdulilah, baru 1st time buat dah menjadi apple pie ni....yum yum...meh jamu mata dulu


Jangan tak tau, tart pan (jangan sebut terbalik sudah) ni beru beli kat Daiso $5, tak kisahla janji leh pakai berulang kali.

 Mula-mula kupas kulit epal, ikut suka nak pakai berapa biji pun buat apple pie ni

Lepas tu, sebiji epal ni potong kepada 18bahagian dan rendam dalam air dengan beberapa titik lemon. Tujuan letak lemon dalam air ni tak nak kasi color epal berubah ke color coklat. Oh lupa lak....jangan lupa guna apple jenis granny smith saja untuk buat apple pie ni

1 cup brown sugar+2 sudu tepung+1 sudu jus lemon+1/2 sudu serbuk kayu manis+1 tsp nutmeg powder. Semua bahan tadi mix dengan apple ni dah biarkan selama sejam dalam peti ais.
Lepas tu, keluarkan epal tadi dari peti ais dan tapis epal ni untuk dapatkan jusnya. Nanti bila jus dah keluar, jus ni campur dengan 2 sudu mentega dan cairkan. Kita akan dapat jus yang pekat, jus pekat tu nanti mix lagi dengan epal dan terus masukkan dalam pastry yang kita dah lekat dalam tart pan.

Pastu ambikla mentega potong kecik2 tabur atas epal macam dalam gambar kat atas. Potong pastry berjalur dan buat anyaman atas epal ni, saya letak huruf 'N' dan 'Z' untuk nama saya dan teman.
 Bakar dengan suhu 220C selama 40-45 minit

Done....ready to eat....lagi sedap kalau makan apple pie ni dengan ais krim vanila, YUM

Rabu, 4 Mei 2011

Healthy Brownies Without Sugar




Memandangkan mood memasak membuak-buak, banyak makan, banyak ambik kalori. Kurang bersenam dah tentu sebab tu rasa segan nak pi timbang berat minggu ni, dah tau mesti berat bertambah.
Sempena banyak sangat makan manis-manis dah, kali ni nak try buat brownies tanpa sugar. Boleh ke?tak pahit ke?sedap ke? apa pun persoalan, saya tetap nak mencuba idea gila ni demi menjaga kesihatan sambil ada mood memasak. Bukan apa, nak masak ni kena ada mood jugak barula menjadi nak masak apa pun kan....hehehe alasan semata-mata. Bulan lepas baru beli ganti tong gas setelah selama setahun gas memasak tak luak. Kira ok la memandangkan memasing sibuk bekerja dan banyak menghabiskan masa makan kat luar dari memasak di rumah. Azam tahun ni nak banyak masak kat rumah pula. Eh melalut entah ke mana-mana ni....ok, resepinya sangat mudah. Resepi asal saya ambik dari majalah Racheal Ray "EVERYDAY"

The best basic brownies:
Preheat the oven to 180 C, Grease a 9-by-9 inch baking pan. In a large bowl, combine 2 cup sugar, 1 1/2 sticks melted unsalted butter and 1/2 teaspoon salt. Whisk in 3 eggs, 1 at a time. Stir in 1 cup unsweetened cocoa powder and 1 cup flour. Transfer the batter to the baking pan and bake until just set, 25-30 minutes, let cool

Dalam resepi ni ada sugar kan, so saya buang sugar saya gantikan dengan pisang salai dan Kacang Cerdik (Pistachio). Rasanya agak pahit sikit tapi not bad la sebab pisang salai ni pun manis jugak. Saya derhaka sikit resepi ni dengan tambah 1/2 sudu teh soda bikarbonat dan low fat milk.



 1 1/2 stick = 165g melted butter 


 1 cup = 250ml cocoa powder

 1 cup = 250ml flour

 combine together except sugar la kan...dalam resepi asal suruh mix semua sekali

Ingredient tambahan iaitu pisang salai dan kacang cerdik. 

 Memandangkan bila dah campur pisang dengan pistachio tadi adunan menjadi keras macam nak buat cucur jagung pulak kan....so saya letak sikit soda bikarbonat dan susu low fat bagi cair sikit adunan ni

 Racheal Ray suruh kita grease-kan pan tapi saya lapik dengan paper ni, hentam je

Selepas 25 minit......kting bunyi oven. Masak sudah brownies ni

 Alahai susahnya nak snap gambar brownies ni, ingatkan kucingku si Oggie je dayang senandung...brownies pun jadi dayang senandung jugak

Agak-agak rasa pahit sikit tu, bolehla snow-kan gula aising atas brownies ni
Sedapnya la....masuk bakui angkat sendiri tapi seriously memang sedap. Rasa dia lembut dari brownies secret recipe dan terasa crunchy pistachio dan liat-liat pisang salai. Cubala baru tau macam mana rasanya

Chocolate Dipped Strawberry


Strawberry....oh strawberry...kenapa ko sungguh menggoda hatiku.....
Lepas buat smoothies ada lebih2 strawberry, ingat nak celup coklat pulak. Pastu campur dengan lebihan pistachio yang buat brownies ada lagi sikit. Kan elok kita pelbagaikan masakan dengan manghabiskan stok makanan yang ada, takla tersimpan sampaikan expired pun tak perasan lagi
Buah strawberry ni saya cucuk dengan lidi, senang nak pegang bila celup dalam coklat panas nanti

70-80g coklat masakan

1 sudu marjerin, 1 sudu gula aising, 2 sudu low fat milk

Dalam resepi mana-mana pun kalau nak cairkan coklat masakan, mesti double boiler. Tapi....memandangkan saya ni malas dan tak suka buat kerja rumit2, kita masuk je dalam microwave selama 1 minit....siap dah cair, senang tak?
Pistachio ni lepas kupas kulit yang keras tu, cincang-cincang kasar macam ni tapi jangan halus sangat tak best

Ambik buah strawberry yang cucuk dengan lidi tu, celup dalam coklat, celup dalam pistachio....biar kering pastu simpan dalam peti ais

Sila jamu mata anda....hahahaha

 Selamat Mencuba dengan jayanya hik hik hik....


Selasa, 3 Mei 2011

Keropok Losong Terengganu

Minggu ni cuti panjang sempena hari buruh jatuh pada hari ahad so, hari isnin pun cuti. Geng office buat rombongan 2 biji bas ke Terengganu dan dalam masa yang sama attend kenduri rumah Pengarah. Ingat nak makan malam hari ni cuma kukus keropok losong dari Terengganu, sedapnyaaaaa. Tadi colleague tegur saya semakin berisi, sebabnya minggu ni asyik buat maraton masak memasak je. So next week kena stop aktiviti memasak....kena maraton workout pulak, chaiyok2

Isnin, 2 Mei 2011

Strawberry Smoothies

Jalan-jalan kat One Utama semalam nampak strawberry merah-merah menyala dok memanggil orang beli. Mata pun tak berkelip tengok strawberry tu lalu dengan pantasnya tarik tangan mr. hubby...."jom kita masuk jap Cold Storage" hehehehe

Lagipun ramai blogger masak kata strawberry Korea ni manis tak macam strawberry Cameron, masam. Sekotak ni ada 13biji berharga RM10.99 @ RM11
Sungguh menyentap hati dan perasaan memandang kecantikan ciptaan tuhan yang bernama strawberry ni...sesekali nak memoyokan diri sendiri
Apa pun basuh dulu sambil berselawat atas nabi, semoga rezeki yang masuk dalam perut ni berkat
Pastu mulakan aktiviti mem-blender kan semua bahan-bahan
  • Strawberry
  • krim pekat
  • low fat milk
  • gula aising
  • ais ketul
Yum....sangat sesuai diminum ketika hari yang terang benderang macam hari ni (panas sangat sampai air-con pun tak off seharian ni)

Pulut Pelam @ Thai Mango Sticky Rice

Ini adalah makanan turun temurun keluarga saya kat Kedah. Dulu masa kecik2 dulu kampung kami penuh dengan pokok manga. Dulu rumah saya dikelilingi pokok manga, pokok manga ni macam pagar rumah la hehehe. Pokok manga yang tanam jugak macam2 jenis, manga telur, manga sala, bacang, manga harum manis, manga kuinin, manga water lily(xingat nama org kampung panggil apa). Biasanya manga telur ni kami buat jeruk simpan dalam peti ais, manga sala ni buat cicah garam belacan, bacang buat sambal bacang (eh meleleh dah air liur kot teringat makan sambal bacang dengan nasi panas), manga water lily, kuinin dan harum manis biasanya makan dengan pulut. Dulu time musim pelam, setiap rumah leh dikatakan akan buat kenduri pulut pelam. Kenduri arwah buat pulut pelam? sebab tu la pokok pelam sentiasa merimbun lebih buah dari daun. Sekarang tradisi buat kenduri pulut pelam dah tak dak...mungkin ada tapi jarangla jumpa kot.
Pernah ada satu ketika adalah sorang makcik ni baru je mai pindah kat kampung, dia tamak...nak makan sorang dan ahli keluarga katanya sebab dia rasa membazir bagi kat orang sedangkan buah tu berbuah kat laman rumah dia (padahal bukan dia yang tanam pokok tu pun). Next season pelam kat pokok dia tak berbuah langsung.....magical kan, tula kuasa tuhan nak tunjuk jangan tamak dengan rezeki yang tuhan beri. Sometime rezeki yang kita ada bukan semuanya hak kita. 
Cerita pasal pulut pelam ni, tak sangka la makanan tradisi kami sekeluarga dah terkenal kat Top Chef dan Iron Chef pun ada buat Mango sticky rice ni. Heran gak kenapa omputih suka sangat makan pulut....macam kita la pasai pa suka makan pizza, roti, kek, spaghetti dll.
Angan-angan nak makan pulut pelam memang dah lama idam dek hati yang dah lama tak balik Kedah ni. Nak cari pulut pelam area Kay El ni hampeh la, silap haribulan masuk restoran Thai nak minta pulut pelam, Indon atau Bangla yang masakkan. Orang siam dengan orang indon punya masakan totally tak ngam la.
Orang-orang kat sini pun tak tau pulut pelam ni, yang depa tau cuma pulut durian je. Orang Kedah makan pulut dengan cempedak, ikan kering, ubi kayu. Ada ka orang kata ni  hidangan Thai je, mana ada...ini hidangan orang melayu di Utara Malaysia ya....dari nenek moyang orang melayu belah utara dah makan pulut pelam ni. Tapi kampung kat Kedah nak ke border Thailand cuma 30 minit je. Kebetulan kami laki bini pun ada darah siam...belah mak ada darah siam...belah pak pun ada darah siam, no wonder how la kami suka masakan Thai.

 Bahan:
  1. 4-5 biji manga harum manis
  2. Santan/susu low fat
  3. beras pulut
  4. daun pandan
  5. gula
  6. garam

Cara:
  1. Rendam beras pulut semalaman
  2. Sediakan periuk kukus, sebelum masak beras pulut pastikan air dalam periuk kukus dah mendidih
  3. Dalam periuk lain, masakkan santan + low fat milk + daun pandan + gula + garam. Sentiasa kacau agar tak meruap. Tutup api  bila dah mendidih
  4. Ambil 1 senduk air santan yang dah masak tadi gaul dengan pulut, kalau nak lebih moist pulut tu saya tambah susu low fat lagi (pakai low fat milk sebab untuk kesihatan la hehehe)
  5. Pulut yang dah digaul tadi kukus lagi.
Ok siap sudah...daun pandan yang lebih tu, saya anyam lapik dalam pinggan. Letak pulut letak santan letak pelam letak santan lagi.....adoi apa nak kata?berebutla kami dua yang kempunan pulut pelam ni. Pulut dengan pelam banyak yang lebih, buat kenduri bagi kat jiran2 sama, kot2 ada yang dok bau sedap je tadi masak pulut hehehehe