Khamis, 5 Jun 2025

Trip Summer Eropah (tounch n go 6 negara), Episod 2: BERLIN, GERMANY

 Episod 2 : BERLIN, GERMANY

Flight kami delay lebih kurang sejam dari masa yang dijadualkan dari Singapore. Akan tetapi flight kami tiba lebih awal pula seperti dijadualkan di airport Tegel, Berlin. Memandangkan kami akan tiba pukul 8 pagi di Berlin, kami kena solat subuh dalam pesawat. Seperti kebiasaan, kami akan lihat dulu warna pada langit, kalau langit berwarna biru maknanya dah masuk waktu subuh. Kami akan mengambil wuduk sekali sapuan saja dan pastikan tiada titisan air yang jatuh ke lantai (wuduk dalam pesawat tak sama macam berwuduk kat rumah), kalau ada pun kena lap dengan tisu bagi kering. Seterusnya solat sambil duduk saja di tempat masing-masing, tiada arah kiblat yang ditetapkan sebab pesawat tengah bergerak ke kanan dan ke kiri, Islam tu kan mudah.


Tibanya kami di airport Tegel Berlin, kami terus menuju ke toilet untuk bersihkan diri dan tukar pakaian setelah 13 jam dalam flight. Dalam flight selalunya saya akan pakai pakaian tidur ja seperti seluar track dan t-shirt cotton dan tudung pun jenis cotton juga agar sentiasa selesa. Bila dah sampai airport barula nak tukar pakaian yang lebih fashionable sikit dan letak sikit bedak dan foundation buang sekaki dua hehehee…..



Selesai bersihkan diri, kemudian kami beli tiket group 1 day pass di kaunter information. Group 1 day pass ni boleh guna hingga 5 orang dalam 1 tiket tapi memandangkan kalau beli 1 day tiket sorang jatuh lebih mahal walaupun kami guna untuk 3 orang dan group pass lebih murah. Kami menaiki bas airport dan turun di Zoologist dan kemudian mengambil subway ke Stramstarse.





Tujuan kami ke Turmstraße untuk breakfast kebab dan currywust halal. Hari kami sampai di Berlin tu adalah Hari Raya Haji di mana ramai umat Islam menyambut hari raya haji di masjid Turki kerana ada jamuan hari raya di sana. Aktiviti seterusnya kami ke Brandenburg Gate, The Reichstag , The French Cathedral, Berlin’s Museum Island, Tiergarten, Berlin Cathedral, dan Berliner Dom.

Brandenburg Gate
(Brandenburger Tor), simbol sebuah negara yang dibahagikan dan kini merupakan simbol perpaduan dan kedamaian. Pintu Neoklasik ini telah ditugaskan oleh Raja Frederick Wilhelm II pada 1788, dan reka bentuknya diilhamkan oleh Propylaea di Acropolis Athens. Monumen batu pasir itu tingginya 26 meter, berdiri di daerah Mitte Pariser Platz, hanya satu blok dari Reichstag bangunan.



Berlin 🇩🇪
Di saat kami menjejakkan kaki di bumi Berlin, kota ni seakan2 kota di London. Bangunan2 lama dengan seni bina yang unik dan halus memikat hati kami. Jalan menyusuri kota ni bagaikan bersama2 menyingkap kembali detik2 sejarah di sini. Nasib baik kami tak byk masa, kalau tak mesti kami masuk melawat muzium2 di sini. Kalau orang yang tak suka sejarah mungkin takdak perasaan yang mendalam macam kami. Mungkin juga masa buat research pasal trip ni secara tak langsung baca sejarah mengenai kota ini. Meh nak share sikit sejarah kota ni...

The Reichstag Rebuilt
Reichstag pada asalnya diselesaikan pada tahun 1894 di mana istana Neo-Renaissance berkhidmat sebagai rumah Imperial Diet Imperial Jerman sehingga dibakar pada tahun 1933. Ia tidak digunakan lagi sehingga selepas penyatuan semula Jerman, di mana ia menjalani sepuluh tahun pembinaan semula dan akhirnya menjadi rumah Parlimen Jerman pada tahun 1999.


Gereja Katedral Berlin
Terletak di Muzium Pulau di sebelah Lustgarten, Katedral Berlin (Berliner Dom) merupakan salah satu bangunan paling kompleks dengan kubah 75 meter tinggi. Dibina dalam gaya Baroque Baru, bangunan itu adalah gereja terbesar di Berlin dan dibahagikan kepada tiga bahagian utama: Gereja Memorial, Gereja Baptis dan Nuptial, dan Gereja Paroki. Selepas beberapa dekad kerja keras untuk membaiki kerosakan perang, gereja itu telah dikembalikan ke bekas kemuliaannya, dan sorotan lawatan termasuk Tangga Imperial, dihiasi dengan hiasan gangsa dan 13 lukisan tempera oleh pelukis landskap Berlin Albert Hertel pada tahun 1905, dan Imperial Galeri dengan pemandangan Berlin yang indah. Satu lagi ciri popular ialah Hohenzollern Crypt, yang mengandungi hampir 100 sarcophagi, keranda, dan monumen dari abad ke-16 hingga ke-20.

Selesai explore Berlin, kami ke stesen train Alexanderplatz untuk bergerak ke Airport Schonefeld.
Makcik tshirt putih tu dia letak kaki dia atas riba laki sebelah tu dok picit2 kaki dia, kalau laki bini sweet sangat. Depa dua nampak macam warga emas la.


Kami akan menaiki Ryanair ke Banja Luka, Bosnia & Herzegovina pada pukul 6.40 petang. Sampai je di Airport Schonefeld, kami terus solat jamak kat boarding hall. Masa solat tu ada ja, penumpang lain yang ambik gambar tengah solat biarla mana tau kot2 nanti dapat hidayah dari Allah.



Day 2 Ground Cost:
Group 1 day pass = RM20.00
Ryanair ( Berlin-Banja Luka)= RM103.00
Hari Terakhir di Berlin:
Wallyard hostel = RM150
Teksi + tix = 11.40 euro / RM54
Total = RM327.00

#azamfirdaussummereurope @ Berlin, Germany

Trip Summer Eropah (tounch n go 6 negara), Episod 1: SINGAPORE

 Episod 1, SINGAPORE

Perjalanan kami bermula dengan menaiki train ke Butterworth dan menaiki pesawat di Penang ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur kami menaiki Scoot di KLIA2 ke Singapore di mana kami transit selama 12 jam di situ.

Ok juga transit lama di Singapore sebab kami boleh explore Singapore dan kebetulannya kat Changi Airport memang disediakan perkhidmatan tour secara percuma untuk penumpang yang transit lama lebih 8 jam rasanya kalau tak salah. Boleh semak semula kat laman web Changi Airport untuk maklumat terkini.




Harini adalah hari Arafah iaitu 9 Zulhijah dan kami bertiga pun puasa sunat untuk harini. Sekaligus kami dah jimat bab makan, tak kalut nak cari tempat nak makan makanan halal di Singapore pula.

Niat di hati nak mandi dulu kat Changi Airport sebelum nak berlepas ke Berlin. Memang disediakan tempat mandi yang bersih dan selesa tapi sekali mandi kena bayar sebanyak RM50, tu pun terhad berapa minit je boleh mandi. Jangan tanya kenapa harga ayaq mahai di Singapore, depa tak ada sumber ayaq dan ayaq pun beli dari Malaysia.

Changi airport ni memang lawa, banyak sangat taman tapi semuanya taman buatan. Suasana real taman yang tenang dan damai tu tak ada sebab vibe tiruan saja. Orang kampung macam kami ni memang sesak dada tak boleh hidup dengan vibe macam ni. Nak kata moden sangat pun takla sangat tapi tak boleh terima vibe yang sumber aslinya tiada.

Perjalanan kami selama seminggu ni percaya atau tidak, kami tak ada bag luggage. Bila sampai kat security, kami akan keluarkan toiletries ja dan isinya memang seminimum yang boleh dan letak dalam bag lutsinar supaya tak ada la berterabur kat dalam bekas x-ray nanti. Baju pula kami bawa siap2 sabun serbuk supaya nanti boleh cuci ja atau hantar dobi.

Memang sengaja kami travel lite saja sebab kami banyak guna pengangkutan kapal terbang saja dengan tambang murah. Biasalah kalau kita naik kapal terbang kos rendah ni yang nak jadi mahalnya nanti kat luggage.

Tidak check in luggage dan hand carry cuma seberat 3.8kg menjadi tanda tanya staf Scoot di kaunter KLIA2 sebab perjalanan kami selama seminggu ke German. Kami cuba untuk travel light dan cuba untuk kurangkan beban semaksimum yang boleh bagi membolehkan kami sentiasa selesa apabila bergerak. (Zaman backpack galas anak gajah dan anak tapir dah berlalu)



Tibanya kami di Singapore, kami join free tour untuk penumpang transit saja. Kami memilih tour heritage kerana bermula pukul 4 pm dan tamat pada pukul 7pm. Manakala tour modern bermula pukul 6pm dan tamat pada pukul 8pm. Memandangkan kami bertiga berpuasa pada hari tu, kami kena ambil kira tempat nak berbuka puasa juga dan sebab tu pilih Heritage tour sebab habis awal.

Tour guide kami tak bagi kami masuk masjid untuk bukan Islam la sebab dia kata orang melayu kat sini nanti akan marah kalau depa masuk masjid buat bising dan sibuk nak bergambar. Kami pun tak masuk juga.





Seterusnya kami jalan-jalan dan bergambar je la tanda hadir di sini hahahaha....


Dalam tour tu, banyak cerita sejarah yang telah diolah dan percaya atau tidak, kami diceritakan bahawa semua penduduk Singapore adalah pedagang dan orang luar, tiada orang native ya di Singapore. Malays di Singapore adalah datang dari orang laut. Keliru kejap dengan sejarah yang banyak sekali diubah oleh rakyat Singapore untuk diceritakan kepada pelancong Singapore. Pastu mata minat cina yang cerita sejarah Singapore tu dok pandang kami je nak tengok reasi kami la kot. Kami buat bodo jela, dengar boleh percaya jangan. Dah join free tour malas nak bertekak.






Selesai ja tour, kami kemudian turun di Jewel. Nasib baik kami ke Singapore cuma transit je sebab takdak apa yang menarik untuk diceritakan di Singapore. Airport yang dikatakan salah satu terbaik dunia pun, shower nak mandi kena bayar rm50. Memandangkan kami akan berada dalam pesawat sehingga 13 jam, kami kena juga mandi berbayar. Tiada shower percuma di Changi airport. Nak print border pass ryanair kena bayar sekeping rm3.30, jadi kena bayar rm10. Semuanya berbayar dan tiada yang percuma di Changi.

Kami berbuka puasa di Kantin Staf di ground floor. Harga makanan dan minuman pun berbeza dengan staf, di mana orang luar makan kena caj lebih 20 sen untuk setiap makanan dan minuman. Makanan halal diasingkan dengan makanan non halal di mana pinggan dan tempat tray pun diasingkan. Pinggan hijau cuma untuk makanan halal saja.
Sepatutnya pukul 12 tengah malam Scoot take off tapi delay sejam lebih dan pukul 1 pagi lebih baru kami berlepas.



Begitulah serba sedikit boleh saya sharekan untuk trip touch n go 6 negara eropah di musim panas.

Nota kaki: Weii lantakla orang nak travel cara tng ke, duit n masa ciput ja tapi nak juga jejak kaki ke negara orang. Next time kita mai lagi bawa anak pula ya