Episod 2 : BERLIN, GERMANY
Flight kami delay lebih kurang sejam dari masa yang dijadualkan dari Singapore. Akan tetapi flight kami tiba lebih awal pula seperti dijadualkan di airport Tegel, Berlin. Memandangkan kami akan tiba pukul 8 pagi di Berlin, kami kena solat subuh dalam pesawat. Seperti kebiasaan, kami akan lihat dulu warna pada langit, kalau langit berwarna biru maknanya dah masuk waktu subuh. Kami akan mengambil wuduk sekali sapuan saja dan pastikan tiada titisan air yang jatuh ke lantai (wuduk dalam pesawat tak sama macam berwuduk kat rumah), kalau ada pun kena lap dengan tisu bagi kering. Seterusnya solat sambil duduk saja di tempat masing-masing, tiada arah kiblat yang ditetapkan sebab pesawat tengah bergerak ke kanan dan ke kiri, Islam tu kan mudah.
Tibanya kami di airport Tegel Berlin, kami terus menuju ke toilet untuk bersihkan diri dan tukar pakaian setelah 13 jam dalam flight. Dalam flight selalunya saya akan pakai pakaian tidur ja seperti seluar track dan t-shirt cotton dan tudung pun jenis cotton juga agar sentiasa selesa. Bila dah sampai airport barula nak tukar pakaian yang lebih fashionable sikit dan letak sikit bedak dan foundation buang sekaki dua hehehee…..
Selesai bersihkan diri, kemudian kami beli tiket group 1 day pass di kaunter information. Group 1 day pass ni boleh guna hingga 5 orang dalam 1 tiket tapi memandangkan kalau beli 1 day tiket sorang jatuh lebih mahal walaupun kami guna untuk 3 orang dan group pass lebih murah. Kami menaiki bas airport dan turun di Zoologist dan kemudian mengambil subway ke Stramstarse.
Tujuan kami ke Turmstraße untuk breakfast kebab dan currywust halal. Hari kami sampai di Berlin tu adalah Hari Raya Haji di mana ramai umat Islam menyambut hari raya haji di masjid Turki kerana ada jamuan hari raya di sana. Aktiviti seterusnya kami ke Brandenburg Gate, The Reichstag , The French Cathedral, Berlin’s Museum Island, Tiergarten, Berlin Cathedral, dan Berliner Dom.
Brandenburg Gate
(Brandenburger Tor), simbol sebuah negara yang dibahagikan dan kini merupakan simbol perpaduan dan kedamaian. Pintu Neoklasik ini telah ditugaskan oleh Raja Frederick Wilhelm II pada 1788, dan reka bentuknya diilhamkan oleh Propylaea di Acropolis Athens. Monumen batu pasir itu tingginya 26 meter, berdiri di daerah Mitte Pariser Platz, hanya satu blok dari Reichstag bangunan.
Berlin

Di saat kami menjejakkan kaki di bumi Berlin, kota ni seakan2 kota di London. Bangunan2 lama dengan seni bina yang unik dan halus memikat hati kami. Jalan menyusuri kota ni bagaikan bersama2 menyingkap kembali detik2 sejarah di sini. Nasib baik kami tak byk masa, kalau tak mesti kami masuk melawat muzium2 di sini. Kalau orang yang tak suka sejarah mungkin takdak perasaan yang mendalam macam kami. Mungkin juga masa buat research pasal trip ni secara tak langsung baca sejarah mengenai kota ini. Meh nak share sikit sejarah kota ni...
The Reichstag Rebuilt
Reichstag pada asalnya diselesaikan pada tahun 1894 di mana istana Neo-Renaissance berkhidmat sebagai rumah Imperial Diet Imperial Jerman sehingga dibakar pada tahun 1933. Ia tidak digunakan lagi sehingga selepas penyatuan semula Jerman, di mana ia menjalani sepuluh tahun pembinaan semula dan akhirnya menjadi rumah Parlimen Jerman pada tahun 1999.
Gereja Katedral Berlin
Terletak di Muzium Pulau di sebelah Lustgarten, Katedral Berlin (Berliner Dom) merupakan salah satu bangunan paling kompleks dengan kubah 75 meter tinggi. Dibina dalam gaya Baroque Baru, bangunan itu adalah gereja terbesar di Berlin dan dibahagikan kepada tiga bahagian utama: Gereja Memorial, Gereja Baptis dan Nuptial, dan Gereja Paroki. Selepas beberapa dekad kerja keras untuk membaiki kerosakan perang, gereja itu telah dikembalikan ke bekas kemuliaannya, dan sorotan lawatan termasuk Tangga Imperial, dihiasi dengan hiasan gangsa dan 13 lukisan tempera oleh pelukis landskap Berlin Albert Hertel pada tahun 1905, dan Imperial Galeri dengan pemandangan Berlin yang indah. Satu lagi ciri popular ialah Hohenzollern Crypt, yang mengandungi hampir 100 sarcophagi, keranda, dan monumen dari abad ke-16 hingga ke-20.
Selesai explore Berlin, kami ke stesen train Alexanderplatz untuk bergerak ke Airport Schonefeld.
Makcik tshirt putih tu dia letak kaki dia atas riba laki sebelah tu dok picit2 kaki dia, kalau laki bini sweet sangat. Depa dua nampak macam warga emas la.
Day 2 Ground Cost:
Group 1 day pass = RM20.00
Ryanair ( Berlin-Banja Luka)= RM103.00
Hari Terakhir di Berlin:
Wallyard hostel = RM150
Teksi + tix = 11.40 euro / RM54