Day 5,
Selesai
solat Subuh, kami balik ke hotel untuk breakfast. Lepas breakfast kami terus
ada sesi tazkirah dan bacaan tahlil untuk arwah dan doa hajat semua la kat
tingkat M. Lepas tahlil ada kenduri makan nasi unta, kami pakat sedekah sorang
sikit untuk tahlil ni la. First time nak makan unta ni tak sabar nak tau macam
mana rasanya nanti.
Ustaz
Andalusia kat sini memang ramai dan Ustaz yang bagi tazkirah pagi ni bukan
ustaz Murtadho, ustaz ni lawak sikit, ustaz Murtadho lebih serius dan lembut.
Tang last baca doa ustaz ni baca doa, sedih sangat la, ayaq mata laju macam
ayaq terjun baru lepas hujan apa tu orang panggil kepala ayaq turun haaa macam
tu la ayaq mata punya laju, doa dia sangat sedih, pilu dan mendayu sekali. Lagi
terasa sedih kami sebenarnya petang ni dah nak berangkat tinggalkan bumi
berakah Kota Madinah dan kami bakal mengerjakan umrah pertama kami harini.
Dalam
hati dok berdoa semoga Allah panjangkan umur lagi, diberi kesempatan, diberi
kelapangan, diberi kesihatan baik dan diberi kesenangan untuk kami ulang mai
lagi kat sini. Semoga semua amalan yang kami buat selama lani diterima Allah
dan semua dosa diampunkan Allah…..amin….aminnnn ya rabbal alaminnn….
Hati ni
lebih berdebar-debar nak mengerjakan umrah pertama kami ni, nak kena jaga
pantang larang selepas miqat nanti. Ustaz maklum dalam group whatsapp kami
tentang waktu kumpul beg di lobi hotel. Ikut jadual, bag kena kumpul di lobi
pukul 2.00 petang dah. Lepas Asar kami akan naik bas bertolak ke Bir Ali untuk
miqat dan seterusnya ke Mekah.
Lepas zohor, kami tak balik ke hotel, terus tunggu sampai
Asar, nak ligan buat apa-apa yang patut dalam Masjid Nabawi sebab dah nak pi
ni….sedihnya…..Ya Allah jemputla kami datang lagi ke sini. Berat sangat hati
nak tinggalkan Kota Madinah.
Sebelum Asar kami solat sunat 2 rakaat solat sunat wida'
(selamat tinggal), selepas solat Asar dah tak boleh buat solat sunat. Sebaiknya
solat sunat wida' ditunaikan didalam Rawdhah. Jika tidak dapat, maka di dalam
kawasan masjid Nabi yang lama. Jika masih tidak dapat, maka boleh dilakukan
dimana-mana kawasan masjid. Niatnya ialah "Sahaja aku solat sunat wida'
kerana Allah Ta'ala".
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke
tempat mulia ini sebagai kali terakhir..
Janganlah jadikan pertemuan ini sebagai hari terakhir
kami dengan Rasulullah..untuk menziarahinya ataupun berada disisinya. Semoga
Allah mengurniakan kebajikan sihat wal'afiat dan selamat..
Selamat tinggal ya Rasulullah. Salam perpisahan wahai
Nabi Allah.. insyaAllah kami akan datang menziarahimu, wahai Habibullah.. (tang
ni ayaq mata laju lagi keluaq, dok tengah taip ni pun mata berabuk juga sebab
teringat feel masa tu tau).
“Ya Allah, jangan jadikan ini akhir kesempatan
pertemuanku dan masjid serta tanah haramnya (Nabi Muhammad SAW). Mudahkanlah
aku untuk berziarah kembali dan beribadah (kepada-Mu) di hadapannya dengan
mudah dan ringan. Anugerahkanlah aku ampunan dan afiat di dunia dan akhirat.
Dan kembalikanlah kami ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat dan meraih
banyak pahala,”
Lepas Asar, kami semua diam masing-masing melayan
perasaan menuju ke hotel. Perasaan meninggalkan Kota Mekah dan Kota Madinah ni
lain sangat. Perasaan di Madinah lain dan di Mekah lain, susah nak gambarkan,
maila sini sendiri baru tau macam mana. Tah kenapa saya lebih sedih nak
tinggalkan Madinah berbanding di Mekah. Saya rindukan ketenangan di Kota
Madinah.
Mungkin kat Madinah lebih rilex sikit berbanding di Mekah
selalu terkejar-kejar nak solat kat dataran la, terkejar nak buat tawaf sunat
sebelum masuk waktu solat fardhu, takut kena hati-hati dengan pantang larang
ihram dan lain-lain.
Kami semua berkumpul di lobi dan dengar sikit taklimat
untuk mengerjakan umrah dari mutawwif dan semua berangkat naik bas. Lelaki
semua dah siap pakai ihram sebelum naik bas. Boleh juga kalau nak tukar ihram
di Masjid Bir Ali tapi lebih baik bersiap di hotel la kot lebih selesa. Dalam
20 minit kami pun sampai di masjid Bir Ali untuk berniat ihram atau tempat
miqat bagi penduduk Kota Madinah yang nak buat umrah di Mekah.
Kami diminta untuk tunggu semula di pintu 5 selepas
menunaikan solat sunat ihram selepas 15 minit. Berdebar-debar pula perasaan
masa ni, pelbagai kisah mustika yang pelik-pelik mula berligar dalam kepala
otak. Ish….tak kan tak pernah dengar kisah majalah mastika? Pi Mekah tak nampak
kaabah la, pi sana sesat tak jumpa hotel la, masuk toilet habis semua barang kemas
jatuh masuk dalam lubang jamban, jumpa orang jual daging babi depan masjid la
dan pelbagai lagi kisah-kisah misteri dalam majalah tu. Daripada nak fikir
benda merapu lebih baik perbanyakkan zikir, biar bibir basah dengan amalan
zikir dan selawat je sepanjang masa terluang tu.
Bas kami kemudian bergerak meninggalkan Masjid Bir Ali
dan sebelum bertolak tu kami niat beramai-ramai dalam bas dan bagi kaum hawa
kami niat bersyarat. Contoh saya memang niat bersyarat sebab saya tak ambil
apa-apa pil untuk tahan period ka apa sebab tak nak ganggu circle period dan
cuma berdoa banyak-banyak supaya Allah tangguhkan tarikh period supaya dapat
banyak beribadat di Masjidil Haram. Sebab tu saya agak pulun dan terkejar-kejar
untuk ligan beribadat di sana selain nak pi Mekah ni kena kumpul duit yang
banyak (tak macam budget pusing Europe cuma separuh harga dari budget ke Mekah)
dan 1 lagi sebab takut period, tak dan nak buat sebanyak yang boleh sementara di
sana. Dan Alhamdulillah, sesudah solat fardhu kami terakhir di Masjidil haram,
baru saya period dan saya tak sempat nak buat tawaf wada.Perancangan dan percaturan Allah sangat cantik untuk saya, syukur alhamdulillah.
Bas melalui highway di tengah padang pasir yang luas di
kiri dan kanan jalan. Sekali sekala nampak sekumpulan unta tengah berehat di
bawah terik matahari. Unta dah biasa dengan cuaca panas. Takde masalah berjemur
di padang pasir yang bahang dan berdebu. Kalau kat Australia, pemandangannya
kalau lalu kat tanah lapang outback macam kat Perth, akan nampak sekawan
kanggaro melompat-lompat. Lagi banyak mengembara, kita akan lebih menghargai alam.
Setiap tempat ada keistimewaannya sendiri.
Ustaz juga maklumkan bahawa bas akan berhenti di kawasan
rehat untuk makan dan solat jamak sekali maghrib dan isya. Hampir dua jam
setengah perjalanan, akhirnya kami sampai di Wadi Qudaid Rest Area. Kawasan
rehat kat sini amat lapang dan berada di tengah padang pasir. Selain stesyen
minyak, kelihatan masjid, kedai, cafe dan restoran dimana kami akan makan di
situ. Kedai tayar pun ada. Rasanya mungkin banyak bas atau kenderaan lain yang
lalu kat highway ni tayar pecah sebab panas. Sebab tu la ada kedai tayar kat
rest area kot. Ketika kami sampai hanya ada satu bas lain di tempat parking.
Lepas tu ada lagi 2 bas sampai membawa jemaah umrah. Sebelum kami masuk ke
dalam restoran, kami ke masjid untuk mengerjakan solat Jamak Takdim.
Kebetulan masa kami sampai tu memang masuk maghrib. Semua
orang berpusu-pusa masuk ke dalam toilet nak berwuduk. Memang agak crowded
sangat. Bila dah habis wuduk nak ke tempat solat memang penuh padat dengan
orang dah. Saya pun tunggu je la sampai depa habis solat sebab depa solat
berjemaah. Geng Pakistan pula solat sampai ke luar kaki lima sujud atas kasut
orang kat luar tu, ish noo….gamak no sujud atas kasut orang yang baru keluar
toilet tu.Saya rasa kalau nak solat, kita kena pentingkan kebersihan juga sebab kita nak beribadah ni kot. Taktaulah wallahualam....
Kali ke-dua baru saya masuk untuk solat pula. Rupa round
ke-2 pun ada solat Jemaah juga, ok la berbaloi tunggu tu. Solat Jemaah jamak
takdim sebab semua orang kat sini musafir rasanya sebab tu imam buat isya 2
rakaat saja. Selesai solat kami menuju ke restoran. Ustaz Murtadho dah uruskan
set makanan untuk group kami. Menu makanan kami adalah nasi Arab bersama ikan
talapia dan ayam goreng yang diletakkan dalam talam dan beralaskan plastik.
Ikut style Arab, satu meja dalam 4-5 orang makan bersama dalam satu talam.
Talam kami pula, saya, mr.soulmate, makcik dan anak bujang dia (roommate
mr.soulmate, kamcing bukan main lagi depa dua).
MasyaAllah, teramatlah sedapnya nasi Arab kat restoran
ni. Ikan dia pun saya boleh makan sebab dia goreng garing, rangupla (saya bukan
pemakan ikan sebab selalu tak tahan dengan bau ikan). Rasa macam tak cukup satu
talam huhuhu…..Selalunya benda yang sedap memang tak banyak. Nafsu semata-mata.
Tapi memang betul sedap sampaikan rasa macam nak bungkus makan kat Mekah bila
sampai nanti. Jadi cukuplah makanan tadi untuk alas perut kami sampai ke
Madinah nanti, insyaAllah.. Selesai makan kami berehat di luar restoran dan
menunggu masa untuk naik bas semula.
Macam biasa kami 4 orang antara manusia paling awal
sampai kat bas. Bukan nak kata kami ni laju ka apa (sori bukan riak) tapi kami
ni kan biasa travel backpackers selalu tepati masa dan masa sangat penting.
Lain pula travel group ni, kami nampak orang yang travel group ni suka
melente-lente kot len dulu (maksud dia suka qalit, suka berlenggah2 walaupun
dah bagitau masa yang tepat untuk naik bas contohnya). Bab masa ni memang dok
perhati dari hari pertama nak naik flight lagi, boleh rujuk day 1, 30 minit
lagi flight nak terbang depa boleh dok lenggang mak minah tak beratur naik
flight lagi. Dan mungkin tu sebab tu juga kami ni tak boleh nak travel bergroup
sangat, masa sangat penting ketika bermusafir. Kadang-kadang kita terpaksa
tahan nafsu nak shopping disebabkan taknak orang tunggu kita tapi depa boleh
pula pi shopping dan tak rasa bersalah pula lambat orang dok tunggu depa,
begitula contohnya.
Sepanjang perjalanan ke Kota Mekah, kami mula bertarbiah.
Rasa mendayu-dayu dan dalam hati ni ada butterfly macam mana pun tak tau nak
habaq. Tak sabar nak tengok depan mata Kaabah, direction untuk semua umat
Islam. Hati bertambah sayu bila mengenangkan walau di mana serata dunia pun
kami pi tetap akan cari arah yang satu ni. Di kaki lima di tepi jalan, di bawah
pokok, di kawasan parking, di tengah kawasan orang ramai di airport (India, German, Australia), di kawasan
orang ramai nak tunggu subway (Taipei Taiwan), di kawasan riadah, di tepi laut, di tepi tasik (New Zealand),
di tepi sungai, di dalam tokong budha (Korea), di dalam gereja (New Zealand), depan tokong Budha dengan anjing berkeliaran kat tepi masa tengah solat (Chiang Mai Thailand), Kaki lima (Jepun), di masjid dan di hotel
tetap kami cari arah yang satu ni untuk solat.
Walaupun selalu jadi tontonan umum dan selalu orang dok
ambil gambar ketika kami solat, kami tetap tabahkan hati dan tebalkan muka
solat je buat tak tau. Masa kat India solat kat public tu tawakal je la kalau
ada orang tembak masa tengah solat pun, syahid jela sebab takut juga time tu
orang Hindhu benci kat orang Islam. Tapi lepas solat, ada orang lain mai nak
pinjam sejadah depa nak solat juga, Alhamdulillah…..solat kat public ni macam
dakwah pun ada sebab kadang-kadang orang malas nak solat rasa nak qada je sebab
time dok kalut nak take off bagai, tapi sebenarnya ada je masa kalau nak solat,
samada hang malu ka dak nak solat tengah-tengah orang ramai tu jela. Kami selalunya buang perasaan malu kat manusia sebab kami lagi malu kat Allah kalau tak solat.
Tapi bila nampak orang lain solat macam ok je, orang lain
pun, why not nak solat juga la. Lagipun orang Islam solat di public di OBERSEA
bukan benda yang awkward pada masa kini. Orang Islam solat kat public di
MALAYSIA memang benda yang luar biasa kan sebab kat mana-mana saja ada surau
dan masjid. Kita kena faham maksud qada solat. Bukan boleh dengan berfikiran
waras saja-saja nak qada solat…wallahualam.
Maka sampaila kami masuk dalam Mekah. Agak sesak
jalanraya banyak kenderaan dan bangunan mall pun banyak. Sedih juga sebab Mall
macam ni dah tentu akan mengganggu tumpuan Jemaah untuk beribadah di sini. Saya
tak setuju bila kat Mekah ni banyak sangat pembangunan perniagaan, tahla rasa
macam tak kena sebab kat sini lebih baik kita tumpu beribadah saja. Nak
shopping, kat Malaysia pun boleh shopping.
Sedih juga sebab Mall macam ni dah tentu akan mengganggu
tumpuan Jemaah untuk beribadah di sini. Saya tak setuju bila kat Mekah ni
banyak sangat pembangunan perniagaan, tahla rasa macam tak kena sebab kat sini
lebih baik kita tumpu beribadah saja. Nak shopping, kat Malaysia pun boleh
shopping. Nak beli bag branded terbang la ke London ke, Itali ke shopping la
kat situ saja, janganla nak shopping kat Mekah pula. Pendapat saya jela. Maaf
kalau ada yang tak setuju.
Dari kejauhan nampak lampu putih dan dataran masjidil
haram. Berdebar-debar rasa lain macam di dada. Orang lain ada tak rasa macam ni
masa first time nampak depan mata. Rasa kagum, rasa teruja, rasa kerdil dan
pelbagai lagi perasaan yang muncul. Masa ni terus baca doa nampak kaabah,
Maksudnya, Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Tidak ada
Tuhan melainkan Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Allah Yang Maha Agung,
Allah Yang Maha Agung, Allah Yang Maha Agung . Tidak ada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu
bagiNya, Tuhan yang memerintah segala sesuatu, bagiNya segala pujian dan Dialah
Tuhan yang berkuasa ke atas tiap-tiap suatu, ku mohon berlindung dengan Tuhan
yang empunya rumah ini (Kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur,
sempit fikiran, rahmat Allah dan sejahteranya mencucuri ke atas Saidina
Muhammads.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah tambahkanlah
Baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kebaikan, dan
tambahkanlah kurniaMu kepada sesiapa juga yang memuliakannya (Baitullah) dan
membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan,
kebesaran dan kebajikan.
Pukul 10.00 malam bas kami pun berhenti di hadapan hotel
kami iaitu Hotel Tharawat Al Andaloseya.
Jalan ni sesak dengan manusia dan meriah juga dengan
kedai-kedai jualan sepanjang jualan, bling-bling mata sat. Macam boleh plan dah
ni, nanti balik solat boleh singgah-singgah kat kedai-kedai sepanjang jalan nak
ke hotel ni. Jaga hati jaga niat, jangan sampai habis solat nak cepat-cepat
keluar sebab dok teringat nak beli barang kat jalanan ni. Dugaan dan ujian
dalam bentuk jualan di jalanan pula ….kata P.Ramlee…”Cobaan…..ish ish
cobaannnnn” mai tengok yang hampar kain lelong kat tengah jalan
pula….”ish….sih….cobaan”.
Kat sini pun macam kami sampai Madinah juga. Mutawwif
minta kami tunggu dulu atas bas sementara depa keluarkan bag-bag kami semua
letak depan bilik hotel masing-masing dulu dan kunci bilik pun diserahkan dalam
bas juga, taknak kalut-kalut kat lobi hotel. Bila dah dapat kunci bilik, kami
kemudian kena berkumpul dulu kat lobi untuk dengar taklimat dari Petugas
Andalusia yang dah menetap di Mekah.
Nama dia dah lupa tapi gaya dia macam Azwan Ali. Kami
yang kepenatan diberi taklimat yang agak annoying sebab dia bagi taklimat yang
melepaskan kemarahan kat kami disebabkan kelemahan dan kesalahan Jemaah yang
lepas-lepas sebelum kami ni. Mungkin dia stress untuk handle Jemaah tapi nak
buat macam mana kan kena bersabar je la, perangai orang ni memang macam-macam.
Saya dok perhati je muka-muka rakan-rakan Jemaah yang lain, semua muka dah lain
macam sebab dalam hati saya mesti orang lain pun ada rasa annoying juga ni.
Akhirnya, mutawwif maklumkan dalam whatsapp pukul berapa
kami kena berkumpul semula kat lobi setelah masuk bilik berwuduk semua sebab
kami akan terus buat tawaf, saie dan tahallul untuk sempurnakan umrah pertama
kami ni. Saya antara orang pertama yang sampai ke bilik dulu. Tanpa buang masa
terus saya siap-siap untuk nak ke Masjidil Haram. Kami beramai-ramai pun jalan
menuju ke Masjidil Haram. Masa ni dah nak pukul 12 malam. Walaupun time tidur
selalunya pukul 9.30 malam tapi tak rasa mengantuk pula, segar pula mata.
Perasaan eksited mengatasi segalanya.
Dari hotel ke Masjidil Haram jaraknya dalam 300 meter.
Tak jauh pun bagi saya. Takkan la dok travel selama lani
jalan kaki berpuluh km setiap hari, ni nak jalan setakat 300 meter je pun nak
mengeluh jauh pula. Sebelum saya nak ambil pakej Andalusia ni, ramai yang
menakut-nakutkan kami kata hotel jauh, nanti penat, letih dan sebagainya
sampaikan saya hampir-hampir nak cancel pakej ni.Tu kan hasutan syaiton nirojimm yang berupa bentuk manusia hahaha....
Rupanya kalau hotel jauh mana pun ok ja sebab kita tak
perlu nak ulang alik balik buang masa ke hotel setiap solat fardhu, stay saja
di masjid dan pelbagai aktiviti boleh buat kat dalam masjid terutamanya buat
tawaf sunat.
Mana ada tempat lain yang boleh buat tawaf selain kat
Masjidil Haram saja. Rugila asyik nak ligan dok dekat-dekat masjid dan akhirnya
dok buang masa ulang alik pi balik hotel je. Bila balik Malaysia, saya cakap
benda ni kat kawan-kawan, ada pula yang kata “hampa muda lagi kuat takpa la, ni
yang orang tua-tua ni susah la”. Begitu pula…..jadi bagi pendapat saya, kita
yang dah sampai sana janganlah bagi gambaran yang bukan-bukan dan susahkan
orang yang dah plan nak pi sana. Jangan dengan kata-kata kita ni melemahkan semangat orang dah bersedia nak beribadat di sana. Apa pun bagila galakan dan sokongan sebab mana tau, pertolongan Allah ada saja di mana-mana tanpa kita sedar. Niat yang betul, usaha dengan niat dan berharapkan redha Allah, nanti percayala macam-macam magik yang berlaku walaupun benda yang sukar digambarkan dengan kepala otak kita.
Bagi je galakan bagi semua orang sampai sana, janganlah
menakut-nakutkan sebab hati ni senang sangat nak berubah-ubah. Seberat mana
pun, sejauh mana pun, sesusah mana pun, kat sana, setiap orang tak sama. Kalau
Allah nak permudahkan urusan ni alahai senang je tak terasa apa pun.
Kalau dekat sampaikan turun hotel pun tak pakai kasut dah
terus sampai dataran tu pula, kalau Allah tak izinkan dia solat di masjidil
Haram pun sampai kesudahnya solat dalam bilik saja walaupun tingkap bilik dia
view kaabah. Saya bercakap ini melalui pengalaman yang terjadi. Inilah yang jadi bila saya jumpa sorang makcik Malaysia setiap
subuh dia seorang je yang ada, kebetulan kami asyik bertembung padahal Jemaah
masjid ada 2 juta. Dia mai dengan anak, menantu dan kawan-kawan menantu. Depa
stay kat hotel yang view kaabah ni la tapi cuma dia sorang je solat kat masjid. Saya pun hairan macam mana kami asyik bertembung sedangkan manusia kat masjidil Haram ni memang ramai gila. Dia dah tua dan jalan pun bertongkat sorang-sorang sedangkan family dia tak dak pun bersama-sama dia solat bersama-sama. Dia cakap, masa dia keluar dari bilik turun ke dataran ni, family dia masih lena diulit mimpi. Selalunya lepas solat, saya akan pimpin dia berjalan sampai keluar la sebab orang ramai sangat dan dia jalan bertongkat sorang-sorang macam bahaya pula kan sorang-sorang macam ni.
Sambungan kami nak buat umrah pertama kalinya. Kami jalan kaki dari hotel sambil bertarbiah menuju ke
Masjidil haram. Sebelum masuk ke dalam Masjidil Haram, Ustaz memberikan
penerangan tentang perjalanan umrah. Kami akan ikut pergerakannya dari
belakang. Berkemungkinan ada jemaah akan terputus dari kumpulan sebab agak
ramai jemaah yang melakukan tawaf. Masa ni jujur saya cakap, saya takut dan rasa berdebar-debar sangat sebab manusia ramai gila, nak jaga niat bertawaf, nak ikut group, bersesak dengan ramai manusia mencelah-celah sambil tak mau terpisah dengan group, dengan sibuk nak berdoa lagi.
Orang negara lain lagi besar saiznya dari orang Malaysia.
Huhu.. Andai berpecah, Ustaz berikan lokasi untuk berkumpul sebelum memulakan
Sa'i di Bukit Safa dan Marwah. Pihak Masjidil Haram ada sediakan plastik untuk menyimpan
kasut masing-masing. Ada jemaah yang tinggalkan je kasut di ruang luar Masjidil
Haram dan ada juga yang membawanya masuk kerana terdapat rak kasut yang
disediakan di dalam. Sebaik-baiknya bawa masuk kasut kerana lantai di Masjidil
Haram akan dibersihkan secara berkala dan berterusan. Jadi kalau ada kasut atau
selipar yang ditinggalkan di luar, mereka akan tolak sekali kasut yang ada kat
situ. Jenuh nak mencari nanti. Huhu..
Banyak pintu untuk masuk ke dalam masjid dan setiap pintu
mempunyai nama dan nombor. Untuk memudahkan pergerakan, ingat nombor atau nama
pintu yang kami masuk supaya senang mencari jalan untuk keluar nanti. Kami
melalui pintu nombor 88 melalui antara King Fahd Gate dan King Abdul Aziz Gate.
Kat pintu 88 tu ada sign ladies tapi semua laki pun masuk ja buat tak tau
termasuklah kami semua hehehe.... Ruang solat di dalam Masjidil Haram amatlah
besar. Di bahagian tengah masjid kelihatan Kaabah dan ramai jemaah sedang
melakukan tawaf.
Dan nampaklah depan mata sekarang kain hitam kaabah.
Perasaan lain macam time ni, rasa ketat dada macam mana tah. Air mata pun
kenapa takdak harga sekali, laju je.
Sukar untuk digambarkan perasaan apabila pertama kali
melihat Kaabah di depan mata. Sebelum ni hanya tengok kat dalam tv atau
internet je. Rasa macam mimpi pun ada juga. Alhamdulillah, bersyukur sangat
bila diberi peluang untuk melihat dan mengelilingi Rumah Allah. Inilah kiblat
bagi umat Islam seluruh dunia solat setiap hari.
Doa melihat Kaabah dibaca dan kami berjalan berkumpulan
masuk ke kawasan tawaf. Penanda tawaf bermula dari lampu berwarna hijau yang
tergantung di dinding masjid.
Boleh nampak dengan jelas dari kawasan tawaf sebab ada
beberapa lampu diletakkan di situ. Maka perjalanan umrah pertama kami pun
bermula.
Kami ikut je apa yang ustaz baca, kami ikut baca sekali
tapi bila keadaan ramai dan sebenarnya tak berapa nak dengar sangatla melainkan
dok betul-betul sebelah dia. Yang syoknya bila mai group lain yang dok sebelah
kita baca doa, kita pula ikut sekali baca doa dari group lain. Tapi sebenarnya
tak ada bacaan khusus pun ketika tawaf. Saya dengar dari khusus umrah, kalau
habis tak tau dah nak baca apa, zikir je dan kalau tak tau nak zikir sangat
minta doa ja masa dok keliling kaabah tu. Bayangkan kita berdoa masa di sebelah
kaabah tu.
Maka selesaila 7 kali tawaf kami, ustaz minta kaum hawa
solat sunat di kawasan wanita di dataran tu, dia bagi masa dalam 10 minit kat
kami nak doa ka nak nangis ka ikut la. Kaum adam ikut dia tak tau depa solat
kat mana. Bagi saya la kan Kaabah ni macam magnet. Bila dok depan kaabah ni,
mata kita cuma tumpu pada kaabah ja. Fokus kita pun cuma dengan tuhan. Saya tak
peduli kat jemaah lain, kat mr. soulmate atau orang di sekeliling saya, saya
menangis dan berdoa je time ni.
Time ni perasaan hiba dan sayu datang bertimpa-timpa dan
air mata serius macam ayaq terjun. Syukur sangat kenapa pendosa macam saya
boleh mai ke sini bawa dosa yang banyak sekali tapi dapat jadi tetamuNya di
sini. Nikmat Allah apakah yang kita nak dustakan lagi.
Dalam khusyuk dok doa tetiba dengar suara mr. soulmate.
Rupanya group kami dah nak berangkat buat saie pula. Sambil jalan menuju ke
bukit Safa, kami sempat juga nak bergambar buang sekeping dua dan minta orang
ambilkan gambar kami sekali berlatar belakangkan kaabah. Kemudian kami
sama-sama jalan kaki ke Bukit Safa ikut mutawwif.
Suara mutawwif kami pelan, tak berapa dengar tapi takpa
kat skrin kat atas tu ada doa menuju ke Bukit Safa, boleh baca kat skrin je.
Tak dak buku pun tak pa sebab kita boleh baca doa kat skrin yang disediakan.
Maka jalanla kami beramai-ramai dari Safa ke Marwah
sebanyak 7 kali dan sampaila kami nak tahalul pula. Ustaz kata kalau mai suami
isteri lebih baik suami yang gunting rambut isteri tapi sebelum tu, suami kena tahalul dulu la. Ustaz gunting
rambut dia dulu dan kemudian dia gunting rambut mr. soulmate dan kemudian kami
ke tempat sudut dari crowded dan barula mr.soulmate gunting rambut saya.
Kat sini kena hati-hati, kaum hawa jangan over pula nak
gunting rambut sampai angkat tudung nampak rambut kat orang ramai. Masa ni
makcik 2 beradik roommate saya, depa sampai nak tanggalkan tudung pula. Jenuh
saya dok bertempik “makcik…jaga aurat…makcik jaga rambut jangan bagi nampak”,
alahai depa ni angkat juga tudung sampai nampak rambut dekat orang semua. So,
depa kena bayar dam sebab buka aurat masa saie.
Saya tanya mr. soulmate, nampak tak makcik *** buka
tudung tu. Dia kata nampak rambut makcik *** tapi cepat-cepat toleh ke lain la.
Boleh je nak selamat gunting rambut kat hotel tapi disebabkan kita nak cepat
habiskan umrah, sebab tu nak tahalul kat tempat saie juga. Boleh ja masuk
gunting dalam tudung, ambik rambut sikit je dan guntingla rambut dalam tudung juga.
Gunting saya akhirnya di pass sampai habis group kami
sampai ke group orang lain dan sampai mana tak tau. Depa tanya nak balik ka
gunting, saya kata takpa wakaf la untuk orang tahalul kat sini jela. Kat sini
kena ligan buat baik dan ligan buat pahala.
Contoh jual 1 kuih di Malaysia dapat rm1.00, tapi jual 1 kuih di mekah
dapat rm100,000.00. Kalau nak kaya cepat, pulunla jual kuih banyak-banyak.
Bukan senang nak mai sini nak jual kuih ni hehehe faham ke tak hehehe…. Habis
je Tahalul, kami beramai-ramai pulang ke hotel.
Sampai masuk bilik baru terasa badan penat. Masa ni dah
pukul 3.00 pagi. Ada lagi sejam kalau nak tidur sebelum bangun semula untuk
subuh. Tah bila saya pun tak sedar nyenyak dibuai mimpi dah, dan bangun semula
pukul 4.00 pagi. Bangun mandi segarkan badan dan berwuduk, kemudian kami keluar
jalan kaki ke Masjidil Haram untuk solat subuh. Walaupun tidur cuma sejam tapi
mata segar kembali tak rasa mengantuk pun. Bersemangat nak tunaikan solat
fardhu yang pertama di sini. Semangat dia lain macam tau, nak solat fardhu kat masjidil Haram buat pertama kalinya...ahhhh best...seronok sangat.
.......bersambung......