Khamis, 19 Julai 2018

Day 3, Pahalgam Kashmir #azamfirdaussummerkashmir

Entry sebelum ni 

Namastee.......

Berkurun juga nak siapkan blog pasal Kashmir ni, bukan makan bulan-bulan tapi dah makan tahun dah ni. Takpa hari ni saya nak gigihkan diri untuk siapkan entry Pahalgam pula.

Hari ni sebenarnya ada perayaan di mana penganut agama Hindu akan berarak jalan kaki ke kuil di Pahalgam ni, maka semalam tour guide dah suruh kami keluar awal pagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas nanti. Maka kami semiua ni dah seawal 4 pagi dah tercongok kat luar houseboat tunggu kami punya driver. Malangnya semalam kan hujan lebat, driver kami over sleep pula. Maka tunggulah kami kat luar dalam kesejukan pagi tu menanti driver kami, dalam 2 jam juga menunggu tu.

Perjalanan kami diteruskan tapi van kami ditahan pula oleh polis atau tentera tak pasti pula sebab katanya jalan yang kami nak lalu tu akan ditutup dan tak boleh lepas. Berejam juga kami semua tersadai kat tepi jalan tunggu perbincangan driver kami dan pihak berkuasa tersebut. Akhirnya, driver kami tak ikut jalan yang sepatutnya kami lalu tu, tapi bawa ke jalan lain dan lebih mencabar sebab jalan tu off road, jalan berlopak-lopak macam naik unta. Jauh pula tu dalam 3 jam kot kami lalu jalan tu.



Setelah melalui perjalanan yang mencabar tu, van kami berhenti kat satu station minyak dan ada toilet kat situ. Dia suruh kami ke toilet sapa-sapa nak membuang apa-apa. Apa yang saya kagum kat sini, toilet kat Kashmir ni bersih tak seperti yang kita tengok dalam video viral tandas di India tu. Sebelah toilet ada pokok buah pir pula tu. Kagum sekejap sebab tak pernah tengok pokok buah pir. Lebat pula buahnya tapi semua warna hijau lagi tak masak lagi buah.

Maka sampailah kami kat satu rumah rehat di Pahalgam ni, kami berhenti breakfast kat sini. Penjaga rumah rehat ni punya paksa kami untuk bayar dia nak bawa kami round-round kawasan ni. Kami berkeras kami taknak bayar dan kami nak jalan-jalan sendiri saja tapi dia suruh juga anak dia ikut kami. Kami kata, kami dah bayar pun si mamat baju merah tu guide kami, Issey Noh tapi kami pula dimarahnya sebab dia kata orang kat sini akan marah kalau tau dia pun tour guide. Tak fahamnya, kami dah ada 2 tour guide dan seorang driver, kejadahnya nak tambah tour guide lagi kan. Ingat kami kaya sangat ke nak buang duit macam tu je. Kesudahnya yang si anak penjaga rumah rehat tu ikut kami juga sampai dan akhirnya dia minta bayaran kat kami. Tak pasal-pasal kami dengan malas nak gaduh keluarkan duit bayar juga kat dia.

Masa kami sampai ni, hujan renyai-renyai pula tapi tak kisahlah kami redah juga.

Saya ambil gambar Mr. soulmate masa dia tengah ambil gambar view yang cantik ni.

View ni saya print letak dalam frame kat living room rumah saya. Rasa tenang je setiap kali tengok gambar ni.


Inilah kami bertujuh, plan nak melancong bersama-sama lagi nanti. Next travel kami nak buat road trip ke Bangkok september ni.














Jumpa pula restaurant Bajrangi Bhaijaan, movie nilah punca utama kami sampai ke sini.









mr. soulmate cuba nak dapatkan shoot menarik gambar saya di sini.

Saya suka sangat gambar ni, betapa tenangnya jiwa saya tengok gambar ni. Sangat tenang jalan kat kampung ni dengan cuaca yang dingin.

Kadang-kadang demi mendapatkan gambar menarik, kami sama-sama berbincang sudut mana yang terbaik. Maklumlah nak boh dalam frame dalam rumah nanti.



Kalau nak orang ambil gambar pun kena bagitau siap-siap angle macam mana.
























Inilah anak rumah rehat yang dok ikut kami ke mana saja dan akhirnya minta duit kat kami. Ayat paling tak tahan bila dia cakap duit yang kami akan bagi kat dia ni takdak nilai pun di mata kami, tapi sangat bernilai di mata dia. Wah...wah....ingat bila kita ni travel sampai di sini, kami semua ni banyak duit la sampai duit pun tak bernilai. Sebenarnya kami ni pun orang miskin juga. Kat Malaysia pun mampu pakai kereta cap Kancil saja, bukan cap "H" seperti kawan-kawan kami yang lain.






Pahalgam berasal dari bahasa Urdu yang bermaksud "The Village of Shepherds" kerana di sana kebanyakannya mengembala kambing biri-biri. Ianya ialah sebuah perkampungan terletak kira-kira 95km dari Srinagar dan mempunyai ketinggian pada altitud 2130m dari aras laut.

Pahalgam juga merupakan sebuah resort pergunungan yang paling famous di Lembah Kashmir dan di tengah bandar Pahalgam mengalir sebuah sungai yang indah iaitu sungai Lidder. Ini kerana Pahalgam terletak dipertembungan antara sungai Aru dan sungai Sheshnag dan dikelilingi oleh pergunungan yang puncaknya dilitupi oleh sajli. Tapi memandangkan kami datang time summer, salji dah cair dan sungai sebelah tu glacier dengan arus deras sekali.

Pahalgam berada dilembah banjaran Himalaya. Kiri dan kanan di apit oleh gunung ganang yang berhutankan pokok fir dan pine menjadikan lanskapnya seperti di Switzerland.
Ia sebuah perkampungan, dengan sebuah pekan kecil dengan kuda masih digunakan sebagai pengangkutan barang-barang.
Ia berdebu, kecil dan najis kuda di mana-mana. Namun, keasliannya itulah yang memikat hati.

Mereka bersikap terbuka kepada pelancong, tidak memaksa kita membeli dan seringkali ada penjaja shawl yang menggendong barang jualan menghampiri pelancong. Mereka ini tinggal di belakang gunung sana, dan menenun benang dari bulu haiwan dll untuk menyara hidup.

Di sini juga ada penduduk Gipsi dibalik gunung, berkulit lebih gelap namun tetap menawan.

#azamfirdaussummerkashmir #pahalgham #kashmir#india

Kesimpulannya, penduduk di sini miskin dan survival hidup depa tinggi. Depa akan berusaha mcm mn sekali pun untuk meneruskan hidup dan pelancong pula easy target utk dapatkan wang. So terpulangla pada diri kita kalau tengok kehidupan depa macam ni nak bagi zakat ka nak bagi sedekah ka terpulang pada diri masing2 la. 

























Seterusnya perjalanan kami ke tempat video klip di mana Salman Khan bawa Shahida ke masjid sementara ibu Shahida pun berada di masjid yang sama sambil dikejar polis Pakistan.








  
 

  






























Masa dalam perjalanan pulang, van kami tetiba berhenti kat tengah-tengah jalan dalam kesesakan lalu-lintas, terkejut kami semua. Rupa-rupanya driver kami nak selamatkan burung yang lemah dok tengah-tengah jalan, dia bawa burung tu bagi minum air lagi dan bagi kat polis yang jaga tepi jalan. Alahai sangat penyayang tapi nyawa kami pula dipertaruhkan sebab dok tengah-tengah jalan ni.






Kami berhenti makan, sedap gila bbq kambing ni










Tak balik lagi kami, kami singgah ke kedai kain pula.





Saya beli shawl ni ja dengan harga RM7, murah kan. Besar dan tebal kainnya, corak pun cantik.


Sampai je kat rumah, lepas mandi manda, kami ronda kampung pula pi cari kain lagi. Kali ni kami pi rumah orang yang dia buka kedai kain dalam rumah sendiri.


Ok end day 3, good night.

...............to be continued