Selasa, 18 April 2017

London, United Kingdom Day 2 #azamfirdauswinterwonderland

Kisah semalam di sini.

Semalam masa touch down dah petang dan memandangkan sekarang ni winter, so dalam pukul 4pm matahari dah terbenam. So walaupun malam, kami tetap explore kota London. 

Kami menginap di Smart Hyde Park Inn, Bayswater dengan harga 113.94p sorang untuk 2 malam. Booked from http://www.hostelbookers.com
Macam biasalah kami ni dari asia yang memang kena mandi setiap hari tak kira winter ke summer ke tetap kena mandi sebab dah diajar dari kecik2 lagi macam tu. Jadinya, saya ni memang berhasrat ke toilet untuk membersihkan diri la tapi saya dapat pengalaman yang sukar nak lupakan pula. Jamban saiz 2x2 kaki persegi manakala shower pula saiz 3x3 kaki persegi. Dah nak berak sangat2 memang kena kempiskan sikit perut nak masuk dalam toilet pun. Shower pula buka air, dapat air panas tahap nak lecurkan kulit. Dengan takdak tingkap atau lubang utk air ventilation pun takdak, sekali buka air berwap macam sauna dalam shower tak nampak dah sabun letak mana. Nak nanges pun ada tapi dah kami bayar dengan harga macam tu so, selayaknya la dapat apa yang dibayar. 

Semalam masa kami balik bilik, roomate kami dah takdak dia keluar berhora dengan kawan2nya di bilik sebelah dan balik bilik lewat juga. Agaknya dia pi clubbing la kot dah balik lewat nak subuh dah. Pagi ni kami semua bangun mandi solat semua, dia masih tidur lena. Memandangkan dalam bilik ni dia sorang ja orang asing, kami masih cakap berbisik sesama kami sebab takut ganggu dia tidur. Kami keluar tak sempat juga nak berkenalan dengan dia. Masa kami balik pula, dia dah keluar dan masa dia balik, kami pula dah lena, begitula keadaannya.

Breakfast ni dah bermula seawal pukul 7.30am. Jangan memandai nak makan pukul 7.28am sekali pun. Dah kena marah dah sebab ambik breakfast sebelum pukul 7.30am lagi. Bad review betul la hostel ni tapi sebab murah, hadam jela semua kepahitan. Breakfast pagi ada cereal dan roti saja. Saya makan semuanya, roti bakar sapu nutela dan cornflake ni dengan air kopi. 


So review saya mungkin hostel YHA lebih selesa dan mesra penghuni berbanding dengan hostel ni. Hostel ni sebab murah memang penuhlah penghuni kat sini. Kat dapur baru jumpa pelbagai manusia dari segenap negara.


Pagi ni muka saya bengkak taktau kenapa, makan roti banyak sangat kot.  Kami bergambar di depan pintu masuk hostel ni. Kami dah survive malam pertama di sini dan ada lagi 1 malam lagi nak tidur kat sini.

Destinasi pertama kami taktau dan redah jela. So tempat pertama kami redah sampai ialah St Pancras. London memang banyak bangunan lama2 yang cantik2. Kami sebenarnya kebetulan je lalu kat sini sebab kami keluar kat tube st Kings Cross nak ke British Library.


Sebelah St. Pancras lintas jalan jumpa British Library. Kenapa kami ke sini?bukan ke berlambak library di mana-mana ke?hehehe soalannya ada pada mr.soulmate saya. Maklumla librarian dan cikgu library mesti nak jejak kaki ke library di serata dunia supaya ada modal nak ceritakan pada anak murid. Kepelbagaian library di serata ceruk dunia dia nak pi.


Inilah mr.soulmate dan library dah jadi sebati dalam diri dia. Dia pun buat kad library kat sini. Saya tak buatla sebab saya tak minat library dan takdak perasaan pun dok kat sini berbanding mr.soulmate. Tapi apa pun yang dia minat, saya tetap bagi sokongan walaupun saya sendiri tak minat. 


Masa nak masuk library ni akan dikenakan pemeriksaan security dan setiap bag, poket, baju, jaket semuanya akan diperiksa juga takut kita bawa alatan merbahaya dan tajam. Selain menjaga keselamatan manusia, depa kat sini juga kena jaga keselamatan buku2 dan dokumen2 kat sini.


Muka saya macam "library apa ja yang ada melainkan buku-buku jela" tapi bagi peminat library, jiwanya lain ok.


Dari Library, kami nak pi British museum pula. Ok museum memang saya suka dan mr.soulmate pun suka juga. Tak sabar saya nak ke British museum sebab hampir semua khazanah dunia dipamerkan di situ.


Ke British museum, kami menaiki bus merah je sebab tak suka masuk tube rasa macam sesak nafas tak nampak pemandangan. Harga bas ni lebih murah dari tube tau cuma masanya agak lambat la dari naik tube.


Saya dah tak ingat kami menaiki bas apa tapi ada papan tanda kat sini nak tengok bas ke British museum naik bas apa. Kami memilih duduk di tingkat atas bas sebab nak ambik gambar view kota London dengan lebih jelas lagi.



Rupanya semua orang fikir macam kami juga sebab kat atas penuh tempat duduk walhal kat bawah tu kosong je.


Saya kagum juga dengan keindahan bangunan ciptaan manusia di sini. Bangunan lama cantik2 ala2 zaman Victoria gitu. Saya mula teringatkan Dunedin, New Zealand sebab bangunan di Dunedin pun lebih kurang macam kat London.

Sebenarnya masa kami naik bas tadi, kami dah pesan kat driver bas kami nak turun kat British museum dan kalau sampai situ bagitaula kami sebab kami ni baru 1st time mai London ni. Pastu apa lagi, masa sampai tu, dia dah memekik bagitau dah sampai British Museum dan boleh turun kat sini. Kami dari tingkat atas pun bergegas turun ke bawahlah.


Ingatkan museum ni kat hentian bas saja, rupa-rupanya kita kena jalan kaki sejauh 200m untuk sampai ke destinasi.


Sejujurnya sepanjang saya jalan kaki kat London, saya jumpa sampah merata-rata. Puntung rokok ni bersepah sepanjang jalan. Ni pondok telefon pula, ingat nak masuk bergambar kat dalam tu tapi rupa-rupanya dalam tu jadi tempat sampah, kotor betul. Sedih dan sayang sekali, british ni tak jaga tempat dia terutamanya tempat2 tumpuan pelancong macam ni. 


Nampak tak ada kilauan emas kat patung kat bumbung museum tu? itu emas betul tu dan ada 4 kamera dihalakan kat situ saja.
Nak masuk museum ni pun ada pemeriksaan ketat juga. Berkali2 guard tu cek bag saya dan tanya lagi "are you sure you don't bring any sharp object" pastu saya pun jawab "yes" sambil jegil biji mata sebab meluat sangat paranoid apatah orang british ni dengan orang Islam, Islamophobia betul.



Punyalah ramai umah manusia dalam ni. Ramai dan sesak sangat. Memasing tak sabar nak tengok apa la yang british curi dari negara memasing kot. Saya pun tak sabar gak nak ke bahagian Malaysia nak tengok apa je yang diorang pamer kat sini.


Memandangkan punya ramai manusia kat sini, kami kena jalan seiringan, tak leh berpisah. Macam biasa saya kalau masuk museum akan berada dalam dunia sendirian sebab setiap benda nak belek dan telitikan dan suka nak tau sejarah di sebalik barang2 ni semua. 


Walaupun dalam hati kagum tapi ada juga perasaan sedih di mana khazanah ni dirampas oleh British dan anak cucu asal tempat tu takleh tengok peninggalan moyang depa melainkan depa kena mai kat British museum ni nak tengok.












Kat bahagian mumia ni, kami pun tak lepas nak tengok patung jenglot yang bergerak sendiri dalam almari kaca yang dirakam oleh cctv kat sini. Tengok pun macam seram je, patung tu kecik ja dan kami pun lupa nak ambik gambar dia.



Malaysia, Indonesia dan Thailand diletakkan kat bahagian yang sama berdekatan dengan polynesia juga. Tetiba bila masuk kat bahagian Malaysia, rasa macam nak ceritakan serba sikit adat, budaya dan sejarah Malaysia kat pengunjung di situ...ha boleh gitu.

Ada juga sejarah yang diceritakan di sini yang saya rasa direka sendiri oleh orang British. British ni memang suka nak ubah sejarah dunia agaknya sebab sumbernya cuma bergantung yang depa nak tau saja bukan sumber2 sahih yang lain contohnya cerita mengenai 'The Jericho Skull'. Dan yang pasti, sumber nak bagi depa nampak hebat di mata dunia dan depalah bangsa yang mula2 bertamadun di dunia.

Seterusnya kami menaiki semula bas merah dan turun di Trafalgar Square.







Dari Trafagal Square pula kami jalan kaki sampai ke St Jame's Park atau lebih dikenali sebagai The Royal Park sebab park ni betul2 berada di depan istana.



Kat sini banyak sangat tupai dan kami dok rehat kat sini sambil lunch dan main dengan tupai kat sini.



Kemudian kami gerak ke Buckingham Palace pula.






Air tasik ni ada bahagian yang dah beku. Burung kat atas tu tengah jalan atas ais dan terpelecok sebab licin ais, tergelak kami tengok dia terpelecok.





Kami jalan kaki balik ke Big Ben sebab nak naik tube kat situ pula.







Destinasi kami seterusnya ialah Tower Bridge. Tapi kami tersilap turun tube kat London Bridge, maka kami keluar kat The Shard ni.



Dari The Shard, kami kena menapak ke London Bridge dan ke Tower Bridge.


Kat belakang kami ni kat tengah2 tu dah nampak Tower Bridge. Semalam kami naik atas bridge tu dan hari ni kami nak tengok view dari sungai Thame pula.








Dari Tower Bridge kami jalan kaki ke st tube berdekatan dan ke Poundland. Kedai Poundland ni semua barang2 kat dalam kedai ni harga 1p. Kami borong coklat je sebab murah gila walau selepas convert, lagi murah dari Langkawi.


Dari Poundland, kami singgah lagi ke Taza Kebab untuk dinner.

..............to be continued