Sedih sangat ni tetiba virus telah menyerang semua gambar-gambar Busan. Hilang semua!!!! Pening dah dok cari recovery sana sini. Gambar yang ada cuma dalam album fb jela huhuhu.....berentila dulu cerita Busan kalau macam tu sementara nak dapatkan semula gambar2 yang hilang.
Video di bawah adalah sepanjang kelas dijalankan.
Nak sambung kelas masakan. Cerita ni mengenai kelas masakan bersama anak-anak yatim Rumah Gemilang Sik seramai 50 orang. Kelas saya ajar adalah kelas SPAGHETTI BOLOGNESE. Kelas diadakan selama 2 hari, jumaat dan sabtu.
Sejujurnya saya sangat happy meluangkan masa walau sebentar dengan mereka semua. Moment macam ni mengingatkan saya akan kisah saya sendiri. Saya telah kehilangan ibu dan ayah dalam kemalangan yang meragut nyawa mereka di tempat kejadian pada umur 14 tahun. Selepas kehilangan mereka, saya telah hilang tempat bergantung. Saya cuma bergantung harap pada kakak-kakak saja. Setelah kakak-kakak saya melansungkan perkahwinan, saya tidak berminat untuk tinggal bersama mereka dan saya memilih tinggal di asrama sekolah saja dan cuti sekali sekala saja saya pergi ke rumah mereka. Masa tu, saya tidak tahu kewujudan rumah-rumah anak yatim atau apa saja bantuan kewangan untuk anak yatim piatu seperti saya. Tiada sapa yang boleh saya harapkan sebab saya tidak tahu. Saya membesar dengan suasana yang sangat susah sebenarnya. Saya tiada tempat bergantung dan saya cuma doakan agar saya sentiasa dilindungi Allah s.w.t.
Okla stop cerita sedih. Tetiba banyak lak habuk berkumpul dalam mata. Cerita sedih, duka dan sangat mencabar telah mencorakkan diri saya pada hari ini. Saya hari ini adalah apa yang saya usahakan dan lalui pada masa lepas dengan izin-Nya.
Berbalik pada kelas masakan......
Selalunya sejam sebelum kelas bermula saya dah siapkan semua peralatan dan bahan-bahan yang akan diperlukan dalam kelas.
Resepi pun saya tulis kat white board selain saya edarkan dalam kertas pada setiap orang.
Sesi mengedarkan resepi kepada semua pelajar. Saya minta depa semua pahamkan bahan-bahan yang bakal nak guna sebentar lagi. Saya suka juga cerita dari segi teori kenapa perlu letak bahan ini dan apa tujuannya dan apa khasiatnya dan sebagainya.
Pada hari pertama saya minta bantuan mr.soulmate untuk jadi juru gambar saya. Hari kedua saya tiada bantuan sebab mr.soulmate ada program dengan anak murid dia pula.
Selepas sesi kenalkan diri, saya bahagikan mereka kepada 5 kumpulan. Masing-masing ambil tempat dan setiap kumpulan campur kakak sekolah menengah dan adik sekolah rendah.
Cikgu pun mulakan tugas. Seronok ajar diorang ni macam-macam soalan dan curiosity.
Nak kopek bawang pun mesti ada cara tau kalau nak cepat dan mudah.
Sebelum nak sediakan bahan-bahan untuk sos bolognese, kena didihkan air bersama minyak dan garam untuk masak pasta.
Seriau juga tengok depa main pisau. Berkali-kali gak pesan jaga-jaga jari-jari comel tu kang terpotong sekali kurangla duit hantaran nanti hehehe...
Air yang dah didih boleh terus masukkan spaghetti.
Nak masukkan spaghetti dalam air panas pun kena ada cara gak supaya pasta masak sekata dan tak melekat antara satu sama lain.
Sementara nak tunggu spaghetti masak, kita sambung dengan sos bolognese lagi.
Air rebusan pasta jangan dibuang, simpan untuk sos bolognese. Kalau kuah pekat, tambahkan sikit air bagi cair.
Yey sos bolognese dah siap.
Jemput makan.
Bahan-bahan
250 gram spaghetti (sepeket)
200 gram daging lembu/ayam cincang
1 labu bawang besar kuning – potong dadu
2 labu bawang putih – dicincang halus
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
3-4 tomato segar ranum - didadu
1/2 batang carrot – parut kasar
1 sudu teh herba Oregano kering, parsley, basil atau
Italian Mixed Herbs
1 sudu the lada hitam – kisar
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar butter
1 keping keju chedar
Parutan keju parmesan – untuk menghidang
Cara-cara
1.
Rebus 2 liter air dalam periuk
besar, masukkan sedikit garam dan minyak. Bila air mendidih baru masukkan
spaghetti. Kacau sekali-sekala agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut
angkat dan toskan. Ketepikan.
Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam.
1.
Panaskan minyak masak,masukkan
butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang
putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
2.
Masukkan daging cincang.
Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga
daging keperangan.
3.
Masukkan semua sayuran, goreng
lagi hingga sayur-sayur lembut.
4.
Masukkan semua bahan yang lain.
Kuatkan api hingga mendidih, kacau selalu. Kacau sos sambil di tekan-tekan
tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
5.
Masukkan herba, garam, lada
hitam dan gula secukup rasa. Mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan
masin sos.
6.
Biar mendidih lebih kurang 10
minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa
tertutup hingga sos pekat. Tutup api nak masukkan keju cheddar dan kacau
sehingga keju sebati dalam sos.
7.
Boleh hidang dengan parutan
keju parmesan dan daun parsley.
Terima kasih daun keladi. Kalau nak belajar masak, kita buat lagi masak-masak lain pula.
Kenyang perut suka hati...bye bye.....