Khamis, 29 Oktober 2015

Rollie Egg Master @ Stick Egg Roll @ Egg Boiler @ Egg Grill

 Saya ada gadget baru kat ofis dan paling mudah nak buat breakfast, xyah nak keluar dan lebih jimat duit makan kat pantry je.

Benda hijau ni saya beli online kat Groupon. Ini adalah egg master. 

 Cara nak masak kena turn on, dia naik kaler merah. Spray minyak kat dalam corong tu sementara nak tunggu kaler hijau. Bila lampu dah bertukar yakni corong tu dah panas, baru saya masukkan telur ke dalam tu. Saya suka makan omelette masa breakfast. 

Saya guna 2 biji telur+sebiji tomato+sebelah bawang kecil+cerbisan keju chedar. Kacau sehingga sebati sebelum tuang dalam corong tu. Lepas tuang telur dalam tu baru letak lidi sate kat tengah2. Lidi tu berfungsi supaya nanti dia keluar cantik sebatang macam tu.
 
Tara...inilah breakfast saya pagi2 di ofis. Cepat dan mudah dan paling penting menyihatkan. Kat luar ofis ada jual nasi lemak dan roti canai, jenuh juga nak makan roti canai hari2 kan, so kenala buat sesuatu untuk breakfast. Sebenarnya ni bukan saja cukup untuk breakfast tapi kadang2 merangkap sampai ke lunch.

Selamat mencuba!!!!