Isnin, 21 April 2014

BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE

Ok masih pening2 lalat lagi ni tah apa tah padahal bukanla jauh mana pun travel. Saya ni jetlag tak habis lagi kot sebab semalam baru balik dari Japan, mungkin badan penat sangat sebab tu biol semacam je. Memandangkan nanti saya nak masukkan entry Japan, baik saya cepat2 ceritakan kek yang dah lama terperuk dalam blog ni tak post2 lagi.
Ok petang ni ada listening test untuk bahasa mandarin tapi tak study apa pun. Layanla kek ni dulu.


Kek ni memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi tapi bila dah siap sangatla best sebab 1st rasanya, 2nd sebab keunikan dan lastly sebab tak sangka berjaya buat kek yang sungguh complicated ni heheheehe....

Masa saya dan mr.soulmate ronda2 tengok rumah baru kami terserempak pula dengan kedai bakery melayu punya. Sungguh tak sangka pula wujud kedai bakery melayu kat area ni sebab mana2 kedai bakery mesti owner cina. Ingkatkan kedai bakery org melayu ni takla semeriah kedai bakery cina punya tapi macam2 ada dan harga pun lebih kurang sama saja. Apa lagi memang borong tak ingatkan dunia sebentar la. Mata dah bling2....kedai bakery ni macam playground bagi saya sebab macam2 ada. Taktau la bagi orang lain tapi bila saya berada dalam kedai bakery saya sangat bahagia hehehee....

Dah masuk kedai bakery ni tak pasal2 dah borong 4 whipping cream kan. Bukan tu saja, cheese, italian herb, pepperoni, puff dan macam2 lagila borong. Nasib baik datang dengan mr.soulmate, kalau mai sorang alamatnya nak beli share kedai bakery ni jugakla sebab nak borong satu kedai sekali...ha boleh macam tu.

Berbalik kepada kek ni pula, saya memang selalu tengok kek dari blog kak Ita ni dan dia ambik tempahan kek black n white russian disaluti fondant untuk dijual kepada pelanggan. Saya memang sangat kagum dengan setiap hasil tangan kak Ita, kalau tak caya leh google gambar2 kek kak Ita. Saya memang ikut segala resepi, tips yang kak ita bagi dalam blog dia untuk hasilkan kek yang yg sedap ni.

Resepi, ilham dan tips, segalanya saya rujuk kat blog kak Ita di sini

Kek Coklat Lembab

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.

Bahan D
250 ml air panas



Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak


Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing


Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan 


Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais 



Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos 
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek



Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais 

Sirap Nescafe

1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata 



Kaedah Penyediaan

Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan 
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. 
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek


Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras

Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata
Biarkan sebentar

Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula

Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.
Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.




Selamat mencuba dan menjamu selera.