Bersambung kita lagi dari day 2. Keluar je pintu belakang istana Gyeongbokgung ada tembok sekeliling istana dan paling menarik hati ialah ada pokok cherry blossom yang merimbun terjengul keluar tembok tu cantik kot, sekali lagi jadi jakun sebab geram dengan kemeriahan bunga pink tu .
Sejujurnya macam saya cakap sebelum ni masa kami keluar dari istan kami takdak hala tujuan, kaki main redah je ikut kat mana menarik perhatian sambil jalan-jalan tengok kawasan sekitar. Macam nila perasaan saya kalau berada kat tempat orang, tak rasa panik langsung walaupun tau diri dah sesat teruk, sebab dok enjoy dengan view je mood happy nak explore je. Lelaki yang paling jaket kuning tu pengawal istana dia dok pusing tempat yang sama ja sambil dok kira apa tah. Sebenarnya pengawal yang jaga memang ramai sangat dan sangat disiplin menjalankan tugas.
Alang-alang sesat kan baik sesat terus, nampak orang lintas jalan kita pun menonong lintas jalan balik. Orang kona kanan kita pun ikut je kona kanan. Baru saya teringat Insadong sebenarnya berada kat kawasan sekitar ni juga kalau tak salah kan. Pastu mula start tanya orang-orang tempatan arah nak pi Insadong. Mula-mula cakap "Can u speak english" semua geleng kepala pastu tak kisahla kan tanya juga lantakla sebab nampak sangat paham saya tanya dalam english tadi hehehe.
Memangla diorang tak reti nak balas jawab balik kan pastu bila tanya "is that Insadong at colorful balloon?" pastu dia angguk, kita betul la tu kot, hentam sajala labu.
Rupanya rombongan kelas bersama cikgu muda tu jumpa lagi kat sini. Cikgu diorang suruh mai kat saya tanya soalan. Antara soalannya "where u come from?how do u know insadong?from what sources u know about korea?what purpose u come here?" lebih kurang macam tu la ayatnya kalau tak salah pastu habis saya jawab soalan diorang, saya pula tanya soalan kat diorang dan sempat berposing lagi dengan adik-adik cumil ni. Kalau nak tau sepanjang saya berjalan kat korea ni memang saya pakai selipar saja je sebab kaki saya melecet masa kat KL. Kat sini souvenir lebih murah dan saya membeli belah serba sikit souvenir dan t-shirt. Saya borong satu kedai je iaitu kedai uncle 'cakaman'. Sebab saya panggil dia uncle cakaman sebab bila dia nak kira semua harga, saya sebut 'cakaman' sebab nak tambah lagi barang dan dia dok gelak je sebab saya cuma tau 'cakaman' tu maksudnya 'sekejap'.
Memandangkan segala purse+passport+botol air semua saya buh dalam plastik ja, saya sempat beli bag untuk simpan semua barang-barang saya ni. Bag yang jual semuanya harga 10ribu setiap satu bersamaan rm30. Saya berjaya rembat bag sandang, bag galas dan bag pegang. Manakala mr.soulmate ambik bag letak tablet.
Lepas pusing-pusing tinjau kedai-kedai kat sini, kami nampak satu bangunan macam mall tapi uniknya dia takdak tangga sebab dari ground floor sampai ke tingkat 5 mall ni kita pusing-pusing sampai ke atas.
Inila mall yang dimaksudkan. Sambil jalan sambil mendaki, tau-tau dah dok kat tingkat 5 pun. Yaey dah ada bag baru takla lengguh tangan dok bimbit bag plastik ke mana saja.
Kat atas ni ada tanda-tanda cinta yang bergantungan di sini. Lebih kurang macam si polan luv si polan 4ever la lagutu.
Dah selesai dok menghabiskan masa kat Insadong, maka kami pun cari subway terdekat sebab nak balik Itaewon balik. Sebelum balik ke spa b&b sempat tapau kebab kat mr.kebab dulu. Dalam pukul 2pm juga kami check-out spa b&b dan gerak menuju ke Gimpo Airport. Dalam subway masa nak tukar lane, kami sempat makan kebab dulu.
Dari itaewon ke Gimpo airport naik subway dalam 20minit ja. Kami tinggalkan bag tarik kat airport, bawa bag galas je. Kat gimpo airport ni selalu jadi lokasi shooting running man.
Masa sampai Gimpo airport ni taktau juga nak tuju kat mana, ikut signboard jela sampai ke kaunter t'way. T'way ni setengah jam sekali flight dari gimpo ke jeju. Memang busy sangat gimpo airport ni. Oh ya kami ke Pulau Jeju naik t'way sebab harga seorang 29,000W. Tak sabarnya nak ke Jeju sebab saya tak pernah berangan nak sampai ke sini pun. Masa perjalanan ambil masa lebih kurang sejam lebih. Dalam flight, dijamu air oren.
Maka nampakla sudah Pulau Jeju, angin kuat sangat. Yeayy here we come.
Itula pantai TaecYeon & Gui Gui main air dalam we got married.
Turun je dari flight, terus menuju ke information centre nak tau cara ke Seogwipo sebab kami punya penginapan malam ni kat Hotel Felix Goodstay, Seogwipo.
Dari airport kami menaiki bus ke Seogwipo. Dari Seogwipo cari cab nak ke hotel. Syukur bilik ni memang best walaupun harganya tak sampai seratus ringgit. Staf hotel semuanya friendly dan banyak tolong kami terutamanya tulis tempat-tempat kami nak tuju dalam map tulisan korea supaya mudah nak tanya kat orang tempatan.
Selesai sudah day 2, entry day 3 rasa macam lama lagi nak keluar sebab gambar-gambar tak pilih nak edit lagi. ok enjoy reading.....
subway = 5,000W
souvenir = 60,000W
mr. kebab = 18,000W
Flight Gimpo - Jeju by T'way = 29,000W x 2 = 58,000W (campur semua tax = RM600)
airport bus from jeju airport = 10,000W x 2 = 20,000W
Hotel Felix = 32,000W
TOTAL = 193,000W