Khamis, 31 Januari 2013

Durian Cheesecake



Inilah hasil percobaan pertama saya akibat longgokan durian yang melampau-lampau sangat sepanjang musim durian ni. Sebelum saya cuba resepi ni saya tanya dulu mr.soulmate dia suka makan durian cheesecake ke durian crepe yang sangat popular sekarang ni. Ternyata mr.soulmate sangat addicted durian cheesecake secret recipe dan minta saya buatkan kek ni.


Antara bahan-bahan dan cara membuatnya seperti di bawah.

BAHAN DASAR KEK KEJU :-)
50 gram biskut mudah hadam (mat guna biskut marie)
20 gram kepingan badam, bakar hingga perang, sejukkan
35 gram mentega, cair dan sejukkan

BAHAN UNTUK KEK KEJU DURIAN :-)
250 gram cream cheese
40 gram gula kastor
130 gram isi durian, lecek halus
2 biji telur gred B
50 ml susu segar
1 camca besar rata tepung jagung



CARA MEMBUATNYA :-

UNTUK DASAR KEK :- 
  1. Kisar biskut marie, tak perlu halus sangat atau masukkan ke dalam food processor dan kisar, ramas cincangan badam dan gaul bersama biskut tadi. 
  2. Tuang mentega cair dan gaul rata hingga boleh dikepal dan tidak berderai. 
  3. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan tekan hingga rata dan padat. Ketepikan.

 UNTUK CLASSIC DURIAN CHEESECAKE :- 
  1. Putar keju krim dan gula halus hingga sebati dan licin. 
  2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. 
  3. Tambah isi durian dan susu segar, putar hingga licin. 
  4. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan putar lagi hingga rata. 
  5. Kacau adunan tadi dengan spatula dan tuang ke dalam tin.
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, letak tin berisi adunan keju tadi ke dalam loyang dan tuang air panas sehingga tin tenggelam 1/3 bahagian. Bakar selama 50 minit hingga masak (bila kek tidak bergerak dan membeku, tu tandanya kek telah masak).
  2. Bila kek masak, keluarkan dari loyang berisi air dan letak kembali dalam oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar kek sejuk dalam oven. Kemudian simpan kek tadi dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam. Keluarkan kek secara berhati2 dengan menarik perlahan2 aluminium foil.

Saya memang suka makan durian tapi asalkan makan durian biarpun seulas kepala saya akan berdeyut-deyut pening sampai boleh demam tapi bila makan durian cheesecake ni ok la plak, tak sakit kepala langsung. Rasa kek ni tak dapat nak gambarkan, yum.....


Ini pula hasil air tangan mr.soulmate untuk lebihan buah durian iaitu serawa durian. Memandangkan saya tak boleh makan durian direct dari buah maka mr.soulmate buatkan serawa durian ni untuk saya pula. Masa ni serawa ni tak masak lagi tapi saja snap masa dia tengah campurkan semua bahan dalam periuk. Serawa durian makan dengan roti bangali wallahhh....yum.
Selamat mencuba.

Selasa, 29 Januari 2013

Stew Daging Roti Pita


Assalamualaikum pembuka bicara. Semoga kita berada dalam sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah masih ada kesempatan bagi saya untuk post entry pertama tahun 2013 ni.
  Dah makan belum? Kalau belum makan apa kata cuba makan makanan macam dalam gambar kat atas tu, tempting tak?
Ini antara resepi yang saya main campak2 ja ikut apa je bahan yang ada kat dapur dan dalam peti ais. Resepi tak penting janji teknik masakan kena gaya pada menu ni.


 Mula-mula sekali saya sediakan stew daging. Saya beli daging seketul dabak tu kat tesco dan perasakan dengan garam dan black pepper. Saya panaskan pan non stick dengan minyak zaitun yang sikit saja dan saya letak seketul daging tu dengan api kuat. Saya cuma nak dapatkan kegaringan isi luar daging je sebenarnya kemudian dalam pan tu juga saya isikan dengan ginger, garlic, carot, potato, bay leaf, onion dan sedikit air dan saya masukkan dalam oven dengan suhu 200C selama 1jam.
 
 Tara inila hasilnya daging ni. Keras di luar tapi empuk di dalam dan yang penting sedap.
 
 Potato pun empuk juga

 ok daging dah siap tak lengkap pula kalau tak ada sayur kan. Jadi saya sediakan salad.
 
 Dressing untuk salad ni adalah olive oil+garam+gula+black pepper+perahan lemon
 
 Dressing tu kemudian tuangkan atas salad dan gaul semuanya.

Saya sertakan sekali roti pita, yum. Selamat mencuba.

Rabu, 2 Januari 2013

Bye 2012...Hi 2013!

picture from google
Kalau dikenang semula sepanjang tahun 2012 banyak juga saya buat drama ni. Pertama sekali bila mr.soulmate dan saya sekali lagi terpisah kerana tuntutan pekerjaan. Penempatan mr.soulmate yang tidak diduga last minit. Jadinya sorang di KL dan sorang di utara. Setiap minggu mr.soulmate tak pernah miss untuk datang jumpa saya di ibu kota. Perkahwinan jarak jauh ni memang sangat menguji mental dan fizikal. Bila sorang-sorang kat rumah lagila banyak saya masak memasak sebab nak buat-buat busy la kan hehehe
Kemudian saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di samping berada di sisi mr.soulmate tercenta. Proses permohonan cuti belajar sangat menguji kesabaran maklumla kerenah birokrasi dan red tape nya hanya tuhan tempat bergantung.

Gambar-gambar di atas adalah hasil tangan saya sepanjang tahun 2012. Resepi yang popular saya adalah kek oren sebab pembuatannya senang sangat sebab saya guna blender je. Resepi ice cream coklat tu 1st time buat dan menjadi, siap saya bawa ke opis lagi hahaha.
Gambar di atas lak resepi kek yang saya dah buat berulang kali. Kek yogurt coklat yang ada stoberi tu kek besday mr.soulmate. Kek checkerboard pula kek sempena hari raya haji. Kek stoberi in jar tu tetiba popular pula. Saya sengaja simpan dlm jar sebab senang nak mengadap makan, malas nak potong-potong kek. Brownies pula saya buat untuk ajar kawan-kawan sekelas saya memasak.

Gambar pizza tu saya belum bakar lagi, gambar yang dah bakar tak tau simpan letak kat mana. Piza tu untuk jamu kawan-kawan buat group assignment. Bun cranberi tu saya buat kelas memasak bersama rakan-rakan sekelas yang minta ajar. Kek cheese blueberi pula saya buat atas permintaan tempahan kawan mr.soulmate. Puding roti pula saya buat time tengah study dan serabut kepala nak siapkan tugasan dan tetiba turun dapur terus buat puding roti, menjadi jugala walaupun 1st time buat.

Kek tantin tu saya buat sebab buah plum murah kat pasar malam, banyak gila borong pastu buatla kek tu ikut resepi ina gartin. Cupcakes tu pula masa saya buat party kelas part1, seronok betul kawan-kawan saya dapat rakan sekelas yang suka masak-memasak dan buat party ni. Lemon tart tu saya buat sebaik balik dari Australia. Lemon tu di petik dari pokok belakang rumah kak umi yang tinggal kat Perth. Brownies tu saya buat untuk party perpisahan bersama kawan-kawan lepaking di KL sebab saya nak pindah ke utara.
Ini saya dan mr.soulmate buat plan gila pi lunch kat Thailand je. Kami ke Hatyai dengan menaiki keretapi tanah melayu dari Gurun ke Hatyai. Perjalanan pergi menyaksikan sunrise atas train dan perjalanan pulang pula menyaksikan sunset atas train. Penat sangat tapi best. Bertambah best bila komunikasi bahasa ayam dan itik dengan penduduk tempatan hatyai.

Ini pula antara makanan jalan-jalan cari makan saya di bumi kangaro. Memang sepanjang masa kekenyangan bila berada di Australia ni sebab makanan halal terdapat merata-rata.

Ini satu lagi plan gila dan tak dirancang langsung. Saya "TERBELI" sebenarnya tiket penerbangan ke Australia hehehe boleh ke terbeli saja?Dalam masa tak sampai sebulan saya buat persiapan dan saya dan mr.soulmate membuat road trip seluruh western australia melalui pekan-pekan kecil. Bermula hari pertama dari Perth kami melalui Albany Highway. Hari Kedua kami melalui pekan Albany-Denmark-Pemberton-Augusta. Hari ketiga pula kami dari Augusta melalui pekan Margeret River-Busselton-Bunbury. Hari keempat dari pekan Bunbury kami melaui pekan mandurah-rockingham-flamentle-perth. Hari kelima dan keenam kami menaiki semua public transport terutamanya bus kucing secara percuma di seluruh kota Perth. Serius memang selamat dan mudah buat road trip di Australia sebab sepanjang jalan banyak rnr, information centre, kabin dan motel. Pertama kali jejak kaki di Australi dan buat road trip memang tak pernah terduga sama sekali. Insyallah tahun depan saya akan buat road trip di negara lain pula. Sapa nak join sekali?