Rabu, 22 Disember 2021

Day 6 Umrah

 Day 6,

 

Sebenarnya hati ni ada magnet dah dengan kaabah sebab tu, hati riang ria nak solat fardhu pertama di sini. Alhamdulillah kami sampai awal, masih boleh solat kat bahagian dalam. Sebelum azan subuh, kami buat solat-solat sunat yang lain antaranya buat solat taubat dulu dan kemudian solat tahajut dan solat hajat. Kalau ada masa lagi buat solat-solat qada mula buat solat qada subuh, zohor, asar dan seterusnya dan kalau tak larat nak buat solat qada buat solat taubat sekali lagi, begitula rutinnya.


Mula-mula saya memang takdak idea nak solat apa. Nak solat sunat apa? tanya ustazah, google, cari kat youtube. So kali ni saya nak share juga kat kawan-kawan yang tak dak idea nak buat solat apa kat Masjidil haram, moga-moga bermanfaat. Setiap solat apa pun ada ganjarannya jadi jangan rasa putus asa dan pulunla solat sebanyak yang mungkin.

 

Disebabkan harini memang tak ada aktiviti apa, semua Jemaah buat aktiviti sendiri-sendiri la samada nak buat umrah lagi ka ikutla. Bagi kami yang cuma tidur cuma sejam je semalam dah tentu nak qada tidur balik kan. Banyak lagi hari kat sini jadi kalau boleh, kami nak rehat yang secukupnya dan mengelak dari jatuh sakit pula.

 

Keluar je dari masjidil haram, seronoknya tengok Jemaah sebanyak 2 juta yang solat kat sini. Sekali keluar masjid, penuh lautan manusia. Kalau terpisah memang susahla nak cari balik melainkan jumpa balik kat hotel la alamatnya. Keluar je dari dataran saya nampak kedai aiskrim tapi tengok orang beratur bukan main panjang. Pelik juga takkan orang nak makan aiskrim seramai ni nak kena beratur pagi-pagi pula tu.

 

Maklumla hari pertama kan mana tau apa-apa lagi. Kami dok tercangak-cangak depan kedai ni, mai seorang mamat ni kat kami bagi name kad kedai. Dia tanya kami nak sedekah makanan kat fakir miskin ka? Kami tanya sedekah apa. Dia kata ada kebab, nasi dan ais krim, ikut kita nak sedekah apa-apa la. Kami ni dok tercangak-cangak tak tau apa-apa lagi dok blur macam tu. Pastu tanya yang beratur ni nak beli makanan ka? dia kata yang beratur ni la fakir miskin nak terima bantuan makanan nanti. Ooooooooo kami pun….panjang sungguh ooo tu. Baru faham.

 Ok sekarang kami taknak sedekah lagi. Kami cuma nak beli aiskrim je, kat mana nak beli. Dia kata boleh terus pi kat depan kaunter beli aiskrim. Ok kami terus pi depan sekali beli aiskrim.

Tapi….tapi kan….huhuhu….dah kita dok pegang aiskrim, orang yang dok beratur tu dok tengok je aiskrim kat tangan kita ni. Gamak ka kita? Hati terus cayaq rasa bersalah beli aiskrim depan depa lak. Pastu….ok tengok duit ada berapa, bagi je la duit berapa yang ada kat tuan kedai untuk sedekah makanan kat depa yang beratur ni. Kita kena beringat yang ahli syurga nanti ramai dengan golongan fakir miskin. Share la kegembiraan makan aiskrim dengan orang lain sama, jangan sorang-sorang ja happy makan aiskrim, orang lain nak happy juga makan aiskrim tau.

 

Jalan balik ke hotel sambil makan aiskrim yang sedap gila ni, tersangatla happy. Susu aiskrim ni memang rasa lain, sedap sangat patutla aiskrim kat Mekah ni viral sangat.

 Sambil jalan dok usha kedai-kedai jualan sepanjang jalan nak ke hotel ni, macam-macam ada, meriah dari semalam sampai ke pagi ni memang 24jam meriah kedai-kedai ni.

Sampai di hotel kami terus ke tingkat M, dewan makan. Kami tak nampak sapa-sapa Jemaah group kami lagi kat sini. Kami masih setia 4 orang ni bergerak kemana-mana saja. Lepas makan, masuk bilik terus nak meng-koma-kan diri sampai la 2 jam lagi sebelum zohor baru nak bangun semula. Nak qada tidur punya pasal kan. Makcik pun sama koma sama-sama dengan saya. Makcik 2 beradik tak tau pi mana sebab takdak dalam bilik pun.

 

2 jam lagi sebelum masuk waktu zohor, alarm fon bunyi. Bangun bersiap-siap pula nak ke masjid. Saya tanya makcik jom kita buat tawaf sunat sebelum masuk waktu zohor. Dia pun setuju dan kemudian kami bagitau kat mahram masing-masing, depa pun setuju juga. Maka kami berempat buat tawaf sunat dan ada bahagian wanita solat kat depan kaabah, kami masuk bahagian tu dan solat sunat tawaf. 

Lepas tu kedengaran azan zohor dan kawasan kami solat dikepung dan ditutup, makna kata kami tak boleh keluar dan orang luar pun tak boleh masuk. Makna kata kami akan solat zohor betul-betul depan kaabah la ni. MasyaAllah... laju lagi air mata mengalir sebab masa subuh tadi baru dok bincang dengan makcik. Kami dok kata masa subuh tadi “solat tak nampak kaabah tak best la no, nanti kita cari spot baguih punya view kaabah la baru syok sikit”, masa subuh dok plan, Allah dah bayar cash masa zohor ni, Alhamdulillah…syukur.

 

Habis zohor kami masih di kawasan yang sama, taknak bergerak sebab magnet kaabah sangat kuat tarikannya. Bila dok depan kaabah ni rasa tak mau buat apa-apa sebab cuma nak tengok kaabah ja. Tengok kaabah pun dapat pahala kan. Nak tengok puas-puas sebab time je nak tengok, balik nanti tak leh nak tengok dah.

Solat Asar masih di depan Kaabah tapi habis Asar, habis semua kaum hawa kat situ kena halau dengan pengawal. Kat depan kaabah ni masa maghrib dan isya, perempuan kena solat kat belakang tak boleh solat kat depan. Saya masih bersama-sama makcik ke ruangan belakang.

 

 Selepas solat maghrib, saya tanya makcik “jom kita ronda kawasan masjid ni sampai ke tingkat atas sekali?”. Saya ni sejenis manusia yang suka explore dan tak boleh dok diam-diam. Sangat bertentangan pula dengan mr.soulmate. Makcik taktau nak kata dia ikhlas setuju ka dak tapi masa tanya tu dia setuju je hehehehe……sebenarnya dalam hati saya berkira-kira kalau makcik tak larat nak ikut, saya boleh je ronda sorang-sorang. Teringin nak explore kawasan-kawasan dalam Masjidil Haram ni.

 

Kami kemudian mula jalan ke arah Bukit Safa dan jumpa kawasan jambatan yang melintasi orang tengah Saei kat bawah tu. Bila dok kat atas ni baru rasa nak ambil video. Masa tengah buat Saei, mana boleh nak pegang fon, tumpuan kita cuma pada perbuatan Saei saja. Kami kemudian keluar melalui pengawal. Masa ni dok fikir kalau keluar adakah boleh masuk semula???sebab kami tengok ada orang dok merayu kat pengawal nak masuk sedangkan kami ni nak keluar pula.

 


Adakah kami ni buat keputusan yang betul ke nak keluar hehehe…..konflik dalam kepala dan akhirnya perasaan membuak-buak nak explore tu membuatkan kami keluar juga.

Kami pun tak tau nak tuju ke arah mana, kaki ni main jalan je. Kat depan pengawal tu dah ada escalator naik ke tingkat atas tapi takdak sapa pun naik. Kami pun naik jela. Kat tingkat 1, kami jumpa orang Saei lagi tapi kami naik ke 1 tingkat lagi sampai ke rooftop. Teruja pula bila berada di rooftop ni maknanya dari atas ni akan nampak bumbung kaabah dari atas. Pelbagai sudut dan pandangan saya cari untuk tengok kaabah, kali ni dari pandangan atas pula.

Kat atas ni suasana dia lain, lebih santai dan banyak family dan group-group kecil berkumpul. Ada juga orang buat tawaf dari atas ni.

 

Saya dan makcik lepak-lepak dulu kat sini sambil minum air zam-zam hehehe….kat mana lagi nak picnic minum air zam-zam kan, kat sini je. Dalam 30 minit lagi nak masuk waktu isya. Kami pun meninggalkan kawasan rooftop ni nak turun ke bawah untuk solat. Masa kami turun, semua pintu dah tutup sampai la kat bawah sekali pun pintu tutup. Alamak…kami nak ke mana ni, gelabah sekejap sebab waktu isya nak masuk dah ni dan kami masih berlegar-legar kat luar ni, kami kena cari tempat untuk solat Jemaah segera.

 

Akhirnya dah semua pintu tutup, kami naik balik ke rooftop dan nampak saf-saf untuk solat dah penuh. Baru sekejap je kami turun bila naik balik dah penuh manusia penuhkan saf. Kami pun huhuhu…kat mana ni nak solat. Kat sebelah tong sampah masih ada ruang dan kami pun mencelah-celah menggunakan kelebihan kekerdilan orang Asia, akhirnya kami pun dapat tempat dalam saf.

 Lepas isya baru kami pulang ke hotel semula. Perut mula lapar minta diisi, tadi dalam masjid tak lapar pun. Keluar je dari masjid baru terasa lapar. Selesai makan, kami semua balik ke bilik memang terus lena. Kat bilik baru terasa penat. Esok kami ada ziarah Mekah dan Umrah ke-2 Ja'ranah dengan mutawwif lagi. Tak sabar

 

End Day 6

Tiada ulasan: