Ahad, 27 Oktober 2013

Kuih Cekmek Molek @ Beautiful Lady

Seindah namanya rasanya pun sangat sedap yang paling penting kuih yang paling senang nak buat.

Meh nak tunjuk step by step nya hehehe...selamat belajar....


Mula-mula ubi keledek mestila direbus atau dikukus suka hatila asalkan empuk. Kemudian lecekla or lenyekla or mashed la sweet potato ni. Oh ya jangan lupa perasakan sedikit garam dalam mashed potato ni ya dan juga tepung gandum. 


Bila siap di mashed kan potato ni, ambil seketul macam dalam gambar di atas dan bulatkan macam tu.


Kemudian buat lubang macam tu, sebabnya nak letak gula. 


Kandungan gula adalah bergantung kepada tahap kemanisan individu. Ada orang suka manis letakla banyak sikit gula. Ada orang yang nak jaga badan dan jaga duit sebab subsidi gula ditarik, letakla sikit ja. So terpulangla ye sebab nak makannya kita je lainla kalau nak buat niaga.


Shape la ubi tu macam dalam gambar di atas. Senang je kan. Kalau nak buat macam bola pingpong pun ok jugak. 




Kemudian goreng la beautiful lady ni dengan menggunakan kekdah deep fried.




Ok siap dimakan.

Resepinya seperti di bawah.

  • 500 gm keledek kukus dilecek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar air
  • sedikit garam
  • sedikit air
  • inti: gula halus
caranya:
  • Campurkan keledek yang telah dilecek dengan semua bahan bahan di atas. Uli hingga sebati tidak melekat ditangan.
  • Bulatkan dan lenyek sedikit untuk diintikan dengan gula halus.
  • Tutup inti dan bentukkan membujur.Kemaskan.
  • Ulang sehingga habis.
  • Goreng dengan minyak yang banyak. Dan hidangkan.
Selamat Mencuba.....

Sabtu, 19 Oktober 2013

Cheesecake Roselle

Thanks to nasi lemak lover for incredible recipe. I love it. I took her recipe at here. Yes mestila suka bila 1st time buat menjadi lak kek ni.

Alkisahnya kat sini ada program anak angkat kat kampung Jerlun, Kedah. So kawan2 saya join la program ni dan diorang ambik bunga roselle punyala banyak kat rumah keluarga angkat memasing. Diorang bagi kat saya gak bunga roselle ni sebab banyak. So, ni 1st time la saya nak buat eksperimen masak2 guna bunga roselle ni. Mula2 saya try masak dengan air gula so jadi kodial bunga roselle. Lepas tu saya masak dengan tepung jagung lak jadi pula jem bunga roselle. Last sekali saya try nak buat cheesecake plak. So inilah hasilnya lepas saya buat cheesecake ni.

Entah kenapa tekak craving cheesecake je kebelakangan ni. Buat sendiri mesti lagi best lagipun semua bahan2 nak buat cheesecake ni memang sentiasa ada ja.

So malas nak cerita panjang, layan jela gambar2 kat bawah ni. Let's picture tell the story pulak la.


 Separuh bater yang tuang dalam loyang, saya letak jem bunga roselle then tuang baki bater atas jem ni. Kemudian ambik lidi lorek2kan jadi corak macam kat bawah ni.






 Ini resepi baked cheesecake:

400g cream cheese, room temperature
40g caster sugar
4 egg yolks
50g cake flour
200g whipping cream, cold from fridge

4 egg whites
90g caster sugar

Method
1. Remove whipping cream from fridge, immediate beat till soft peak, set aside.
2. Beat cream cheese with sugar till smooth (I use stand mixer)
3. Add in egg yolks and mix well. Add in flour and combine well.
4. Mix in whipped cream, mix till well combine.
5. Beat egg white till foamy (I use hand mixer), gradually add in sugar and continue to beat till soft peaks.
6. Use a hand whisk, mix in 1/3 meringue with cream cheese batter till combine.
7. Use a spatula, fold in the balance meringue, fold gently till combine.
8. Pour batter into cake tin (line paper on the bottom), and make marble effect with roselle filling.
9. Bake at a pre-heated oven at 140C for 75mins at lower rack using steaming bake method (place a roasting tin underneath and add in hot water before putting in the cake tin).
10. Cool on a wire rack, remove the cake and chill the cheesecake before consume.


Selamat mencuba.......

Eggless and Milkless Chocolate Cupcakes



Selamat hari raya haji.....
Pagi raya saya di Kedah kemudian gerak ke Kelantan. Best juga raya kat Kelantan dan suasana mestilah lebih meriah. Saya beraya dengan kakak saya di Kelantan tapi mr. soulmate tak dapat ikut sebab bz marking paper student maklumla baru selesai final exam kan.

Memandangkan ramai kanak2 berkumpul maka saya buat cupcakes coklat tapi adunan ni tanpa susu dan telur. Anak buah saya sorang ni alah pada susu lembu. Resepi ni sesuai la untuk sesapa yang alah pada telur or telur. 

Sebenarnya masa buat cupcakes ni saya agak mesti rasa dia kurang sedap or tak lengkap la macam kek biasa makan. Tapi ternyata sangkaan saya salah sama sekali sebab adunan tanpa telur dan susu sebenarnya lebih lembut dan sedap gila kot. Kalau tak caya ambik resepi kat bawah ni dan try la sendiri.

Bahan:

1 1/2 cups all purpose flour
1/2 cup unsweetened cocoa powder
1 cup granulated sugar
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 cup brewed coffee (or 1 cup of warm water mixed with 1 1/2 teaspoons of espresso powder or instant coffee granules)
1 Tbsp white vinegar
2 teaspoons vanilla extract
6 Tbsp (1/4 cup plus 2 Tbsp) olive oil


Frosting:

4 Tbsp butter
1/3 cup unsweetened cocoa powder
1 1/2 cup powdered sugar
3 tablespoons milk
1 tablespoon vanilla extract

Cara-caranya:

1 Preheat oven to 180°C with a rack in the middle position. Prepare a muffin tin with cupcake liners.

2 In a large bowl, vigorously whisk together the flour, cocoa powder, sugar, baking soda, and salt until there are no visible clumps (cocoa tends to clump up).

3 In a separate bowl, mix together the coffee (or water plus coffee granules), vinegar, vanilla extract, and olive oil.

4 Pour the wet ingredients into the dry ingredients and stir only until they just come together. The mixture should be thin and rather lumpy.

5 Ladle the batter into the cupcake liners, filling them about two-thirds of the way full. Place in oven and bake for 18 to 20 minutes, until a bamboo skewer inserted in the center comes out clean.

6 Remove from oven and let cool in the pan for 5 minutes, then remove from pan and let cool on a rack. Once cool, you can eat plain, sprinkle with powdered sugar, or drizzle or coat with frosting.


Senangkan bahan-bahan dan nak buatnya. Tak perlu nak cari bahan lengkap pun buat kek sebenarnya cukupla sekadar minyak masak biasa pun ok. 

Lepas ni kalau nak buat kek kalau takdak telur, susu, butter, bukan alasan untuk takleh nak buat kek sendiri kat rumah okeh. 

Selamat mencuba. 

Isnin, 14 Oktober 2013

Expenses Korea

Yeay...cuti mid term kembali...penat tau study tua2 bangka ni tapi best pa dahla dapat gaji bulan2 dah tu takyah masuk opis buat keja bagai, cuma mai kelas study dan study sampai gemilang, cemerlang terbilang hahahaha....


Memandangkan cerita bab Korea dah habis, kali ni nak cerita pasal expenses pula. Selain tu saya nak selitkan juga dengan beberapa orang korea yang sempat buat kawan sepanjang journey ni. Sebab setiap orang yang jumpa tu ada kisah tersendiri yang tak mungkin saya dapat lupakan.


Sebenarnya saya dah lama tukar duit won ni. Saya tukar kat Center Square Sungai Petani dengan rate 1,000 won = RM2.90. Okla rate ni sebab kat utara ni tak glamer nak tukar2 duit macam kat KL. Kalau kat KL mesti lagi rendah lagi dan kalau sesekali pi KL tu saya suka tukar duit kat One Utama sebab boleh bargain harga lagi murah. Baru2 ni saya jual semua duit USD sebab nilai USD naik gila2 dan duit RM jatuh teruk kot, untungla beberapa ratus ringgit. Itu duit lebihan balik dari korea la sebab selalunya kalau saya ke luar negara saya tukar dengan duit USD dulu baru convert duit ke negara yang nak pi tu.

Ok harga2 di bawah ni untuk 2 orang ye, so kalau nak tau sorang berapa bahagi 2 jela. 

Day 1, entry di sini
  • AA ticket AS-KL including luggage = RM105
  • Bas LCCT - KL Sentral,8x2 = RM16
  • Hotel Sentral = RM112
TOTAL =RM233

Day 2, entry di sini
  • AA return ticket KL-Seoul including luggage+meals = RM1769
  • Aero Bus KL Sentral - LCCT, 8x2 = RM16
  • T-money,30x2 = KW60,000 (masih ada balance KW20,000) 
  • Airport bus to Itaewon,15x2 = KW30,000
  • Accommodation SPA b&b = RM45 (melalui airbnb)
  • Dinner mr. kebab,9x2 = KW18,000
  • Salam Bakery = KW9,000 
TOTAL = RM1,830 + KW117,000 = RM2,169.30

Day 3, entry di sini part 1, part 2
  • Subway =T-money
  • daiso+miscellaneous = KW10,000 
  • Entry fee Gyeongbokgung Palace = KW20,000 
  • souvenir at Insadong = KW50,000
  • T'way Seoul-Jeju,41x2 = KW82,000 including tax+surcharge
  • Feliz Hotel = RM98 (melalui agoda)
  • Bus airport Jeju-Seongwipo,5x2 = KW10,000
TOTAL = RM98 + KW172,00 = RM596.80
uncle 'cakaman' yang baik hati di kedai Insadong
adik2 sekolah rendah buat keja sekolah, interview saya as tourist

Day 4, entry di sini part 1, part 2, part 3, part 4
  • Coffee = KW11,000
  • Bus Seongwipo- Seongsan Ilchulbong Peak = T-money
  • Ferry to Udo return = KW11,000
  • Taxi Udo = KW16,000
  • Entry fee UNESCO = KW4,000
  • Taxi to Seongeup  = KW10,000
  • Entry fee to Museum Trick Art = KW16,000
  • Dinner = KW33,000
  • Poskad Jeju = KW8,000
  • Fruits = KW10,000
  • Feliz Hotel = RM98 (melalui agoda)
TOTAL =RM98 + KW119 = RM443.10
    
uncle yang teruja dengan tourist kat atas
 feri balik dari Udo Island
ajuma dan ajushi yang baik tolong hantar
kami ke Trick Art Museum dan pak polisi yang baik hantar
kami balik ke hotel sejauh 30km
Jumpa si kecik yang peramah di canola festival dan family dia
yang sangat baik dan peramah walaupun tak pandai
berbahasa english  
 

Day 5, entry di sini part 1, part 2, part 3, part 4, part 5, part 6
  • Taxi seongwipo = KW7,000
  • Entry fee waterfall = KW8,000
  • Bus, seongwipo - jeju city = T-money
  • Taxi, terminal bus to EJ Hotel = KW7,000
  • Taxi, EJ hotel - mysterious road = KW5,000
  • Taxi, mysterious road - dragon rock = KW9,400
  • Taxi, dragon rock - museum = KW3,000
  • Fee museum = KW2,200
  • Taxi, museum - EJ hotel = KW5,300
  • EJ Hotel = RM150
TOTAL = RM150 + KW46,900 = RM286.00

Day 6, entry di sini part 1, part 2
  • Taxi, EJ hotel - airport = KW3,000
  • Easter Jet, Jeju-Seoul including tax+luggage = KW72,000
  • Subway Gimpo airport - Gangnam = t-money
  • Bus, Gangnam - Everland = t-money
  • Entry Fee Everland = KW70,000
  • Bluehill Hotel = RM148 (melalui agoda)
TOTAL = RM148 + KW145 = RM568.50

Day 7, entry di sini part 1, part 2, part 3, part 4, part 5, part 6
  • Bus, Everland - Gangnam = t-money
  • Subway, gangnam - myeongdong = t-money
  • Lunch at Omani Restaurant = KW18,000
  • Souvenir at Nandaemun = KW70,000
  • Entry fee Namsangol Hanok Village = free
  • Cable car N Seoul Tower = KW9,600
  • Bus from N Seoul Tower = t-money
  • stamp poskad = KW740
  • Subway to myeongdong = t-money
  • Dinner at Omani restaurant = KW28,000
  • Nana Resident = RM170 (melalui agoda)

TOTAL = RM170 + KW126,340 = RM536.40

Day 8, entry di sini
  • Subway, myeongdong = t-money
  • Subway express to airport Incheon = KW16,000
  • Tune Hotel LCCT = RM190
TOTAL = RM190 + KW16,000 = RM236.40

Day 9, 
  • Bus LCCT-airport = RM2
  • AA ticket KL-AS including luggage = RM105
TOTAL = RM107


SUM TOTAL = RM5,176.50 so total ni untuk 2 orang termasuk 6 penerbangan iaitu Alor Setar - KL - Seoul - Jeju - Seoul - KL - Alor Setar which Air Asia, T'way dan Easter Jet. Budget seorang untuk 9 hari ialah RM2,588.25

Entry ni bukanla bertujuan menunjuk2 atau riak ke apa. Nak menunjuk pun tak dak maknanya, orang lain lagi hebat kalau melancong. Saya ni budget ciput je, so untuk sesapa nak cari expenses ciput bolehla ambik sedikit info di sini. Lagi satu budget ni membantu untuk next travel pulak sebab senang nak cari info bila simpan dalam internet ni daripada menulis kat buku and hilang tah ke mana. Sebagai contoh buku pink yang saya tulis expenses ni dah lama hilang sebab tu lambat sikit nak keluar entry expenses. Jenuh dok mencari sebab nak tulis entry expenses, tup2 jumpa dalam handbag je pun, masa bila simpan dalam tu xtau la. 

Sekali lagi saya memohon ampun dan maaf seandainya ada tersalah tersilap tutur kata sepanjang saya dok karang karangan Korea ni. Yang baiknya datang dari Allah dan yang buruknya dari diri saya sendiri. 

Happy Travel....

Isnin, 7 Oktober 2013

Barefoot Travel Korea Day 7, last day at Korea



Good Morning Seoul......
jengguk keluar tingkap serupa macam malam tadi juga cuma bezanya ada orang dok hantar barang2 atau stok kat kedai2 bawah ni. Pagi ni pukul 4.30pagi kena bangun siap2 dah sebab nak ambik subway paling awal sebab flight ke KL berlepas pukul 9.20pagi. Sempat ke tidak taktau la.

Masa kat Metro Seoul ingat nak ambik subway biasa saja tapi terlengcong nampak keretapi express tanpa henti terus ke Incheon Airport. Dah beli tiket semua apasal train ni tak gerak lagi dan staf dia cakap gerak pukul 6.30pagi. Alamak perut rasa tak sedap hati dah sebab tak check-in lagi sebab website airasia memang problem kadang2 tapi herannya problem tang orang tengah kalut plak tu. Bukan baru sehari dua try nak masuk check-in tapi sejak jejak kaki kat Korea dah try berkali2 takleh nak check-in so memang tawakal jela kot2 sempat nak check-in kat kaunter airport satgi.



Masa dalam train ni saya diam je sebab dok berdoa dalam hati moga2 kami tak terlepas flight balik KL.

Sampai je kat airport punyala panjang berjela kaunter airasia cuma buka satu kaunter saja. Dah tu selesai semua check-in nak beratur masuk imigresen plak lagi panjang sepanjangnya barisan. Kebetulan pagi ni flight ke China banyak so tak pasal2 berebut dengan diorang sama tapi bila tengok kat tiket diorang, semua flight lagi lewat dari kami. Adoi lagi semak perut sebab pukul 9.15minit masih dalam barisan panjang lagi.

Pastu tak tahan sangat dah, terpaksa cakap kat orang2 depan tunjuk tiket flight nak terbang dah minta diorang consider bagi laluan kat kami dulu. Pastu bila lepas kat imigresen semua kena naik train lagi pi terminal satu lagi. Ok tang sini muka dah pucat gila memang hope nak beli tiket balik KL esok jela sebab rasa flight dah terbang. Jadila episod kejar mengejar ala2 amazing race dalam terminal airport ni. Lantakla orang nak tengok ke apa janji leh buat aksi lari-larian yang cukupla sekali seumur hidup.

Nampaknya bukan kami je, ada  group muda-mudi cina pun berlari juga. Dalam berlari sempat lagi tanya "KL?" "yes" ok ada geng lari2. Confirm orang2 kat sini ingat kami join game ala2 amazing race hehehehe.

Dari jauh nampak stewardess nak tarik pintu flight dah, oh no...."wait for us!!!!!!!!" hehehe muka dah pucat, kalau toreh muka pun takdak darah ok. Geng2 cina tadi dah awai selamat duduk, saya je terhegeh2 lagi sebab takdak stamina berlari macam diorang.

Alhamdulillah sempat tahan pintu flight you all, ada berani ke nak buat macam tu lagi? terus pi kat diorang mintak nak beli air sebab tadi kan air takleh nak bawa masuk, dahaga gila ok dok berlari kejar-kejaran.

Gambar ni pemandangan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar
Mr.soulmate cakap next time kalau kita pi oversea lagi kalau flight pagi, kita buat macam pi Australia hari tu, tido kat terminal airport jela. "Ok dear, janji pengalaman macam ni tak berulang lagi".

Tak sempat flight nak terbang kami berdua hilang di alam mimpi masing2 pastu tersedar jap makan pastu sambung lena tup2 dah landing sampai ke Malaysia sudah. Apa terjadi sepanjang penerbangan dari Seoul ke Kuala Lumpur pun taktau sebab letih sangat, koma tak sedarkan diri.

Lepas tu kami menginap di Tune Hotel kat LCCT sebab esok flight awai pagi jugak dari KL ke Alor Setar. Penat naik turun flight ye kali ni, kira2 balik 6 kali naik flight sepanjang percutian kali ni. Beza sungguh fasiliti dan harga kat Tune Hotel dengan kat Korea. Tune Hotel ni dahla mahal, bilik sempit takdak wifi, tv segala sampaikan sabun pun xdak padahal caj semalam saja RM190. Hotel Felix kat Jeju tu dahla harga RM98 semalam siap lengkap bukan sekadar sabun, shampoo ja sampaikan lotion badan dan gel rambut pun ada, tak kira lagi segala peti ais, tv,hair dryer, heater, jus buah, air mineral, kopi teh ha nak list banyak lagila lengkap. 

  

    
Kat atas ni gambar2 souvenir yang sempat saya rakamkan. Souvenir yang lain2 tak sempat nak ambil gambar sebab dah bagi kat orang dah. Yang ambil gambar ni pun pakai fon je sebab nak suruh diorang pilih nak t-shirt dan brooch. 
Next entry saya ceritakan berapakah budget keseluruhan kami di Korea.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Barefoot Travel Korea Day 6, part 6 @ Night at Seoul


Macam saya cerita di sini, saya makan sekali lagi kat Eomini Restaurant sebab bimbimbap dia sangat sedap. 

Jalan-jalan jumpa stall orang jual lemonade. Dari jauh nampak kenapa banyak sangat kulit lemon berlonggok macam bukit tu tapi rupanya lemonade ni dia tak letak air kosong langsung ok. Dia jual air perahan lemonade campur dengan air gula dan air soda, itu je. Masam gila tapi okla air soda tu cover rasa masam. Walaupun masam tapi sedap sangat. 

Kami sebenarnya dah penat sangat2 macam nak pengsan je rasa tapi sebab malam ni malam last kat Seoul maka gagahkan kaki lagi nak meninjau kawasan sekitar.

Seperti siang tadi kawasan Myeong-dong sentiasa happening. Memandangkan duit won pun macam tak luak sangat sebab tak shopping sakat sangat pun sebelum ni, saya shopping bag galas, t-shirt, cover handfon, sock, alatan kulinari dan lain2 souvenir la kat sini. 


Sebelum datang korea saya memang teringin sangat nak makan octopus pastu kebetulan nampak stall kecik ni. Dia jual squid dan octopus tapi saya pilih nak makan octopus panggang. 


Memangla tekstur dia macam makan getah sampai lengguh tulang pipi nak kunyah tapi rasa dia manis dan sedap sangat, yum.



Tadi jalan-jalan terserempak dengan pakcik melayu ni dengan kawan2 korea. Mr.soulmate bagi salam n dia jawab salam. Borak2 kejap dengan dia. Masa nak balik hotel, kat sebelah hotel ni beer factory skali dengan bar nampak dia lepak  dengan kawan2 dia.


Tengah2 malam dengar orang mabuk dok gaduh plak sebab bila malam hotel pasang heater lagi kuat dari siang. Kalau nak sejuk sikit bukak tingkap bilikla tapi dengarla bising dari luar.

Ok good night. Esok nak balik KL dah, rasa macam taknak balik lagi boleh tak.
continue....

Jumaat, 4 Oktober 2013

Barefoot Travel Korea Day 6, part 5 @ Namsangol Hanok Village



Dari Namsan Seoul Tower naik bas dan ikut rombongan tour free maka sampaila kami jejakkan kaki di Namsangol Hanok Village ni. Dekat je tak sampai 5minit pun dalam bas dah sampai.


Dari sini boleh nampak Namsan Seoul Tower tu. Memandangkan kat Jeju saya terlepas nak tengok Hanok Village kat Seongup, Jeju. Jadi, hari terakhir ni memang wajibla untuk jelajah tempat ni. 
Layan jela gambar2 kat bawah ni, biar gambar menceritakan keadaan di sini.








Saya tak guna camera mahal pun. Camera ambik gambar masakan juga setia saya bawa ke mana-mana selagi saya puas hati dengan hasilnya.



Ok bubai Hanok Village, nak balik beristirehat dulu kemudian malam ni kita sambung keluar menikmati pemandangan malam Seoul pula.
continue.....