Kembali lagi sambung cerita kat Seoul. Lepas makan2 kat Eomoni restaurant tu, kami pun panjangkan kaki ke Namdaemun. Kiranya dok menapak lagila sebab kata si staf hotel yang cantik manis tu cakap semua area tumpuan pelancong ni nak senang jalan kaki je. Yelakan jalan kaki tapi berasap la juga tapak kaki nak sampai ke satu2 destinasi, nasib tak keluar api je dari tapak kasut.
Tapi sebenarnya elok jugala jalan kaki kan, boleh jenguk2 kawasan sekitar dan kebetulan terjumpa pos office yang besar dabaknya kat sini. Apa lagi kami pun ambik peluang kirim poskad ke Malaysia.
Oh ya lupa pula masa kat myeong-dong subway, kami jumpa staf information center beramah mesra dengan diorang dan diorang dengan sukarela dan baik hati hadiahkan sekotak poskad. Banyak jugala poskad dalam kotak tu, tak kira plak berapa keping. Pastu dia suruh isi form jawab soalan2 biasa untuk pelancong la contohnya mai dari mana?macam mana tau pasai korea ni?suka travel jenis mcm mana kat korea ni?dan lain2 tak ingat tapi semua soalan jenis general jela. Hari tu day 2 kena soal dengan budak sekolah rendah kat insadong dan kali ni kena soal dengan staf sini plak. Sebenarnya orang2 Korea ni peramah cuma membataskan komunikasi adalah bahasa. Bila kita tak malu nak cakap dengan diorang walaupun bahasa ayam dan itik, diorang pun tak segan borak dengan kita walaupun tak ketahuan punca sembang pasai apa (teringat kes kat Jeju). So bila jadi ramah tak pasal2 dapat souvenir dari diorang.
Sebenarnya tak jauh pun dari pos office ke Namdaemun ni.
Sampai je kat sini ramai sungguhla manusia dan banyak bendera2 negara asing tergantung kat sini termasukla bendera Malaysia pun ada tergantung skali kat sini, bangga sat. Macam-mana ada jual kat sini tapi tujuan nak mai sini nak beli brooch kan so cari kedai brooch jela.
Jumpala kedai brooch kat sini dia tanya kami ni orang australia ka sebab dia nampak saya pakai baju australia. "Yes, we are australian aborigine" mak ai ingatkan dia tau kami buat lawak ja tapi sungguh dia percaya kami ni orang asli aussie. Dia kata dulu dia pernah study kat Melbourne dan sebab tu la dia percaya bila kami kata kami ni aborigine australia sebab muka org melayu lebih kurang macam aborigine australian ja ceh boleh plak lagu tu.
Pastu bila cakap dari Malaysia, dan2 tula juga dia cakap semalam dia ada meeting dengan usahawan Malaysia nak ambil borong brooch dia sebab orang Malaysia suka pakai brooch. Oh yaka, kami beli pun nak buat souvenir bagi kat sedara mara je kot.
Saya ambil jenis brooch macam ni jela sebab yang macam jual kat Zinni tu dah fesyen lama dah. Brooch kat atas ni nampak sikit ala2 korean punya. Harga seketoi brooch ni 5ribu won saja. Nak minta kurang harga tak dapat tapi kalau minta free gift dapat la.
Lepas borong brooch terjebak masuk kedai ni pulak. Gila sungguh murah baju2 hiking kat dalam ni tapi tak beli pun. Saya beli seluar legging kaler hitam dan grey 3helai 5ribu woon. Murah sangat2 kan lebih kurang selai seluar harga RM5. Saya kata murah sebab kualiti kain memang tebal dan tahan lasak la. Baru2 ni jumpa legging saya beli ni ada jual dalam groupon rm45 selai tapi taktaula jenis kualiti sama ke tak.
Pastu saya borong seaweed plak. Perisa biasa dan perisa garlic.
Pastu jalan2 lagi dan ternampakla sudah menara gilang gemilang atas bukit sana nun. Itula menara Namsan, yeay kami nak pi tuju kat situ pula. Itula best kalau jalan kaki ni main menonong je, mana nampak tempat best singgah kejap pastu pi tempat lain pulak. Tak pasai2 dok angkut bawak seaweed sampai ke Namsan Tower ni, redah jela.
continue....
2 ulasan:
memang best jalan kaki di Seoul..macam-macam boleh jumpa..
tula tapi kena kuatkan kaki la nak menapak
Catat Ulasan