Jumaat, 28 Februari 2014

Hokkaido chiffon cupcakes


Ini kali kedua saya buat Hokkaido kek ni. Saya tau rupa dia lain sikit dari biasa sebab ada frosting macam ni. Sebabnya dalam whipping cream saya campurkan dengan passion fruit dan biji dia yang besar tu telah block saya punya pipping bag so memang tak leh nak cucuk filling dalam kek ni. Takpala tak dak isi kat dalam try makan isi kat atas je la.

Ini pula kali pertama saya buat kat rumah kakak. Kek ni tak susah mana asalkan egg white kembang sampai peak memang menjadila kek ni. Saya guna whipping cream sebagai intinya.

Resepinya pula saya ambil di sini dari blog nasi lemak lover.

*makes 9 cupcakes

Chiffon cake
3 egg yolks
20g sugar
35g corn oil
60g milk
70g cake flour

3 egg whites
25g sugar

Filling
60g dairy whipping cream
10g sugar
1tsp instant custard powder

Icing sugar, for dusting

Method
1. Pre-heat oven to 170C.
2. Arrange paper liners on baking tray.
3. Hand whisk egg yolk and sugar till pale in colour.
4. Add in corn oil and milk, mix well.
5. Sift in cake flour, stir to combine.
6. Beat egg white until foamy, gradually add sugar, and continue beat till soft peak form.
7. Take 1/3 of egg white and use a hand whisk to mix into egg yolk batter.
8. Fold in the balance egg white with a spatula till well combine.
9. Scoop batter into pre-arranged paper liners to about ¾ full.
10. Bake for 20-25 mins at middle rack.
11. Beat whipping cream with sugar till firm and stiff (over a bowl of iced water).
12. Add in custard powder, mix well.
13. Pipe custard cream into cupcake and dust with icing sugar. Refrigerated before consume.
 Ini lah rupanya kek chiffon baru kuar dari oven. Sebelum nak letak filling kena make sure kek sejuk dulu. Kek ni biasanya masa panas memang kembang mekar tapi bila sejuk mengucup macam terpenyet tapi tak jadi masalah kalau lepas letak filling dia akan kembang mekar balik.

Sebenarnya saya buat kek ni untuk makan di rumah kakak saya petang ni ala2 tea time la jugak kan. So kena travel about 30km la nak ke rumah dia.

 Semua kek dah pack dalam kotak elok-elok dah. Oh bawa sekali lebihan kek Mascarpone Cheesecake ya, kalau tak bawak kek ni taktau la berapa lama lagi bertapa dalam peti ais.

Nak cepat lalu ikut highway jela. Gambar ni diambil dengan kelajuan 120km/h. Besarnya rupa matahari patutla panas sangat sekarang. Sepanjang perjalanan ada kebakaran hutan dan jerami ja. Rasanya la kan orang bakar sawah padi ni dan jerami terbang kena pulak hutan berdekatan sebab tula makin marak apinya.


Happy baking

Selasa, 25 Februari 2014

Strawberry Yogurt Ice Cream


Baru-baru ni negara digemparkan dengan suhu sejuk luar biasa sehingga air paip macam air ais katanya akibat angin dari Siberia ke Malaysia. Kemudian seminggu selepas tu Malaysia digemparkan dengan musim autumn lak. 


Semua rumput dan lalang bertukar warna dan lebih memeranjatkan lagi bila kebanyakan hutan terbakar dengan sendirinya kerana cuaca yang sangat panas. Semalam hutan Gunung Jerai terbakar, berkepul2 asap memenuhi alam. Risaunya nanti binatang2 liar lari turun bawah lak. Haritu dah tangkap pak belang aka big cat yang sesat masuk dalam hutan getah, nasib baik dia tak cederakan orang.

Cat bawah ni sedap bela badan ja.

Bila cuaca yang sangat panas ni memang terkurung dalam rumah jela. Dua ekor ni main sek2 bum2 dalam rumah jela.

Bila panas-panas macam ni sangatla craving kan benda2 sejuk ja. So memandangkan stok strawberi banyak lagi saya plan nak buat ais krim yogurt strawberi semudah ABC....senang je.

A. Sediakan bahan-bahan iaitu Ais batu + Low Fat Greek Yogurt + Srawberry frozen + Kodial strawberry 

B. Semua bahan-bahan tadi main campak je dalam blender dan kisarla sampai smooth. 

C. Tadaaa...siap sudah. Enjoy....yum.

p/s: Tengah siap2 nak jumpa doktor pula ni appointment nak tengok perkembangan selepas operation 3 minggu lepas


Ahad, 23 Februari 2014

Mascarpone cheesecake

Selamat minum petang....plate biru untuk mr.soulmate and plate pink for me wiiii......

Kemain lagi kan petang2 makan kek keju di tambah pula buah markisa dan strawberi kat atas kek lagila mengancam jiwa. Bukan tu saja minum pula teh berperisa strawberi emmpp...apa nak kata syurga doniala sat.

Disebalik kejadian kek ni sebenarnya ada kisah sedih. Alkisah....saya nak buat pavlova coklat. Meringue pun dah cantik semua pastu kan bila buat meringue ni mestila ada baki egg yolk kan. Pastu tangan gatal ditambah nak buat experiment sendiri saya buat kek dan tuang atas pavlova tu dan bakar bersama.

Bila ada beban dah tentu2 la meringue tak leh nak tampung maka tenggelam dan terpenyetla ia di bawah kek.

Beginila rupa disaster nya bila pepandai nak buat experiment tanpa rujukan terlebih dulu.

Disebabkan rasa kecewa yang sangat2 dan geram maka saya buka peti ais tengok telur tinggal 2biji ja dan saya decide nak buat kek keju mascarpone. 


Keju mascarpone ni pun dah bertapa dalam peti ais dah lama dah sejak2 saya nak buat tiramisu tapi tak sempat2 lagi nak buat.

Buah-buah hiasan atas ni pun yang saya beli kat Cameron hari tu. Strawberi tu biasala yang saya frozenkan dan tahan dah 3minggu. Semalam mr.soulmate hampir2 nak buang markisa ni sebab kulit dia dah berkedut2 dan mcm berkulat. Nasib baikla saya nampak sebab buah markisa ni kalau kulit tak kedut tu buah muda dan tak masak elok. Kalau kulit dia kedut bak manusia yang umur 100tahun memang buah ni tengah masak ranum dan rasa dia lebih sedap.


 Resepi kek ni saya guna sama macam saya buat cheesecake roselle di sini tapi saya guna separuh je dari resepi tu sebab saya cuma guna 2 biji telur ja.

 Ini resepi baked cheesecake:

250g mascarpone cheese, room temperature
1/4 cup caster sugar
2 egg yolks
30g cake flour

2 egg whites
2tbs caster sugar

Method
1. Beat cheese with sugar till smooth (I use stand mixer)
2. Add in egg yolks and mix well. Add in flour and combine well.
3. Beat egg white till foamy (I use hand mixer), gradually add in sugar and continue to beat till soft peaks.
4. Use a hand whisk, mix in 1/3 meringue with cream cheese batter till combine.
5. Use a spatula, fold in the balance meringue, fold gently till combine.
6. Pour batter into cake tin (line paper on the bottom)
7. Bake at a pre-heated oven at 140C for 75mins at lower rack using steaming bake method (place a roasting tin underneath and add in hot water before putting in the cake tin).
8. Cool on a wire rack, remove the cake and chill the cheesecake before consume.


 Tetiba ada kasut lak kan. Kasut ni saya beli semalam harga RM19.90, murah tak? Saya dan mr.soulmate beli kasut yang sama kaler merah ni n dah plan nak pakai kasut ni jejalan kat negara haippp nipon. Lega jugakla sebab itineri nipon dah siap. Bayangkan saya buat 4 itineri untuk plan A,B,C,D. Maksudnya kalau plan A tak jadi buat plan B, kalau tak jadi buat yg seterusnya pula hehehe. 

Bila kek dah jadi apa lagi ngap la kan tak tertahan diri dok perati air buah meleleh turun tu.

 
 Happy baking.....tak menjadi pun takpa jangan sedih2, enjoy every quality time dengan orang tersayang.

Selasa, 4 Februari 2014

Souffle Cheese Cupcake with Strawberry Jam


Tara....perkenalkan my very 1st souffle cheese cupcakes in da houz....
Gebu dan lazatnya tak terkata. Gumbira sangat hehehehe.....

Kisahnya me and my sisters plan nak vacation during Chinese new year ni kat Cameron Highlands. So bila nak gathering macam ni me as usual la akan baking something for them and at the same time to experiment a new recipe. Memandangkan lidah ni terasa macam nak makan kek gebu and ada taste cheese sikit so terhasillah souffle cheese ni.


Google punya google maka terjumpa satu resepi ni yang saya rasa bahan dan cara buatnya takla susah mana di sini

Bahan2nya:
250g cream cheese
1 cup milk
1/3 cup canola oil

6 egg yolks
1/4 cup caster sugar 

1/3 cup lemon juice

1/2 cup cornflour, sifted

6 egg whites
1/3 cup caster sugar 

1. Panaskan oven to 150°C. Letakkan air panas dalam oven dalam tray di bawah sekali. Ini kaedah water bath.
2. Mix cream cheese+milk+oil. Larutkan bahan2 tu samada dipanaskan atas api atau masukkan dalam microwave atau nak double-boiler. Mana2 pun boleh asalkan bahan2 tu larut bersama dan sebati. Bila dah sebati ketepikan.
3. Pukul egg yolks dengan 1/4 cup sugar sehingga sebati bersama. Kemudian campurkan lemon juice. Perlahan-lahan mix dengan adunan cheese dan whisk perlahan2 sehingga sebati. Bila dah sebati baru masukkan perlahan2 tepung jagung, kacau sehingga sebati.
4. Dalam bekas yang lain masukkan egg whites. Pastikan egg whites bebas dari sebarang bahan yang lain. Ini kerana nak pastikan egg whites ni boleh kembang sehingga jadi peak bila pukulnya. Pukul egg whites sampai jadi formy kemudian masukkan 1/3 cup sugar dan pukul lagi sehingga jadi peak. Kiranya kalau angkat dan terbalikkan atas kepala bentuknya kekal tak jatuh ke bawahla.
5. Fold 1/3 of the egg white mixture into the cheese mixture until thoroughly mixed in. Repeat two more times with the remaining egg white mixture.
6. Spoon batter into the prepared muffin cups using ice-cream scoop, filling each cup nearly to the rim.
7. Place the muffin tray on the shelf just above the tray of hot water.
8. Bake for 35-40 minutes, or until the tops of the cheesecakes are lightly browned. Test doneness when skewer inserted come out clean.

Bila cupcakes ni dah siap semua saya susunkan dalam kotak dan berangkatla ke Cameron Highlands imagine ala-ala macam Ina Garten berpicnic. 


Sampai di Cameron Highlands saya pun carila strawberry sebab saya nak buat jam strawberry pula.


Resepi nak buat strawberry jam boleh rujuk di entry saya yang lepas di sini


Happy baking.....

Cookbook My Food At Home

Assalamualaikum.......
Tahun lepas banyak sangat saya beli voucher photobook. Dok belek2 voucher ni rupanya salah satu voucher nak expired lagi seminggu je lagi. Kemudian terhasillah ilham nak buat cookbook ni. Ini baru first time buat kan so banyakla cacat celanya tapi insyallah saya akan buat lagi sekali cookbook myfoodathome. Sebab nak buat kali keduanya sebab dapat banyak tempahan dari family dan kawan2. Semoga saya jadi rajin mengedit dan berjaya siapkan sebelum bermulanya kelas untuk semester hadapan.

Di bawah ni antara page dalam cookbook ni...layan....













Happy ber photobook