Khamis, 23 Mac 2017

Istanbul, Turki Part 1 Day 2 #azamfirdauswinterwonderland

Merhaba
Semalam disebabkan kami terlalu letih, kami terus tidur sampai keesokkan pagi. Kiranya masuk maghrib je kami jamak isya siap2 dan tidur terus koma tak sedarkan diri sampai pagi. Plan kami cancel nak keluar ambik angin malam jalan-jalan sekitar Masjid Ahmet (blue mosque) sebab terlalu penat sebab travelling non-stop 2 hari. Ulang sekali lagi, kami travelling dari Sik-KL-Tehran-Azerbaijan-Istanbul. Masa travelling tu tak terasa penat tapi bila sampai destinasi terus rasa bateri kong dan nikmat tidak terhingga bila letak kepala beralaskan bantal dan tilam yang empuk.


Pagi ni kami semua bangun bila dengar azan subuh berkumandang. Terasa segar sangat dan tak sabar-sabar lagi nak memulakan hari ni. Istanbul ni adalah salah satu tempat yang sekian lama dok impi dan rasa syukur hari ni impian untuk sampai ke sini termakbul. Syukur alhamdulillah, Allah panjangkan umur untuk saya dan mr.soulmate sampai ke sini.

Macam-macam rancangan dalam kepala otak time ni termasuk tempat-tempat yang kami nak melawat dan nak try local dish. 


Hotel yang kami menginap ni menyediakan breakfast sekali. Mata saya bling2 teruja tengok hidangan untuk breakfast pagi ni. Pelbagai jenis jem dan cheese disediakan. Saya memang dah ready lama dah kalau sampai sini nak makan roti dan cheese je. Seperti yang diimpikan, sajian kami pagi ni dengan pelbagai jenis roti dan cheese. Buah zaitun hijau dan hitam pun ada sekali. Nikmatnya makan. Makanan macam ni bukannya boleh dapat kat hotel Malaysia, jadi makanla puas-puas dan siap bertambah2 pinggan lagi sebab makan pagi ni merangkap makan untuk tengahari sekali.


Memandangkan lidah kami semua ni taste buds international, maka kami enjoy semua makanan di sini. Bagi kami, makanan kat sini memang heaven. Tak perlula nak bawa sos cili bagai untuk penambah perisa sebab kalau nak rasa pedas ada cili flake juga disediakan. 

Selain tu, buah-buahan pun disediakan juga seperti buah oren dan epal. Saya ambik buah2 buat bekal untuk hari ni. Buah epal di sini rasanya macam di Cromwell New Zealand iaitu keras ranggup dan manis.  

Masa kami tengah menikmati breakfast, salji mula turun sikit2 dan semakin lama semakin lebat. Saya pinjam payung hotel sebab takut basah baju pula sebab salji lebat sangat.

Sebelum kami memulakan perjalanan, kami hantar baju-baju dah pakai 2 hari ke dobi berdekatan dengan hotel. Pukul 4pm dobi tutup dan kami kena ambil baju sebelum pukul 4pm.

Kat depan pintu hotel kami bertembung dengan rombongan dari Malaysia dan Indonesia. Rombongan dari negara tropika ni sama-sama jakun dengan kami sebab teruja dengan salji yang turun. Memasing bergambar tak ingat dunia. Orang-orang Turki kat sini tengok kami macam cakap "ish...ish...kesianla depa no baru jumpa salji...kami ni kalau boleh nak lari dok negara hampa sebab panas. Sejuk gedi macam ni bukanla best pun asyik nak kelumbong je." Tapi itulah hakikat manusia tak pernah puas atau cukup dengan apa yang ada.


Bila tengok salji semakin lebat, kami pun siap sedia berbalut sakanla sebab tak tau macam mana ketahanan badan nak meredah salji ni. Saya berdoa banyak2 agar saya tak jatuh sakit demam atau selsema macam kat New Zealand aritu bila suhu drop -2c.


Memandangkan masjid Ahmet atau lebih dikenali Blue Mosque memang berada betul2 belakang hotel, jadi kami decide nak pi masjid ni dulu. Walaupun kedudukannya betul2 belakang hotel tapi takdak laluan terus dan kena jalan melalui deretan kedai2 di sini. Kami pun menonong ikut kaki je asalkan ada laluan menuju ke masjid tu.

Pegang payung pun macam takdak fungsi pun sebab salji berterbangan dari semua arah. last2 penuh gak salji melekat atas baju, janji tak melekat kat kepala.


Dalam perjalanan ke masjid ni, kami disapa orang seorang lelaki yang katanya nak tunjuk arah ke masjid. Kami menolak gak sebab kami tau scam di Istanbul pun boleh tahan tapi dia tak peduli, dia ikut juga kami sampai ke depan masjid ni dan offer diri nak ambil gambar kami bertiga di sini. Kami pun malas dah, ok jela. Pastu dia cakap dia ada buka kedai kat depan ni dan dia minta kami pi kedai dia lepas melawat masjid ni. Kami pun kata ok padahal memang nak lari dari dia je. Dia kata dia akan tunggu kami kat sini juga tapi disebabkan kami nak lari dari dia, kami keluar ikut pintu lain. Kami ni bukan tipikal pelancong Malaysia yang lain yang datang ke Istanbul ni untuk shopping. Masalahnya kami ni takdak duit nak shopping dan tak sanggup juga nak menggalas bag bawa balik barang.


Terpegun bila sampai di sini sebab masjid ni dah jadi igauan dalam mimpi sebelum ni. Selain tu, saya kagum juga dengan seni bini di sini.
me and mr.soulmate. 

Boleh tengok juga video di bawah ni yang diambil dari kamera henpon. Abaikan kejakunan yang ditunjukkan dalam video ni.


Me and bff


Tak faham betul camera ni time sejuk macam ni dia takleh nak fokus. Semua gambar jadi blur je haish geramnya.

Masuk je dalam masjid ni ternganga mulut sebab kagum dengan betapa detailnya tiles dari dinding sampai ke kubah tu. Cantiknya dengan chandelier rendah macam tu. 


Wajibla kena ambil gambar berlatar belakangkan seni bina yang sangat cantik ni. Ada penghadang di sini supaya visitors tak kacau kalau orang nak solat dalam tu. 


Lepas snap 2,3 gambar, mr.soulmate pun solat dhuha dalam masjid, nak tunggu solat zohor pun lambat lagi.



Bukan mr.soulmate je solat kat sini, ramai lagi yang tengah solat tu. Sebab tu kena ada penghadang untuk visitors. Kalau visitor yang tau hormat takpa, ni mai dari tanah besar sana NUN....mau kecoh dalam masjid ni dengan suara depa je. Dah tu masuk masjid nak bergambar dengan gaya macam nak sembahyang cara agama depa. Saya tengok rasa macam nak marah nak pi tegur dah tapi rupa-rupanya ada sorang mamat Turki ni lagi awal pi kat visitor tu tegur dia untuk bergambar dengan gaya tadah doa macam Islam la bukan cara Budha. Bayangkan kalau kita orang Malaysia tengok pun dah menyampah, ni apatah lagi orang Turki sendiri yang tengok tu. So, kesimpulannya di mana pun kita berada, belajarla untuk menghormati agama, adat, budaya dan negara tersebut. Belajarlah untuk menghormati walaupun kita berbeza pendapat.


Salji masih turun lagi tak henti-henti di luar sana. Rasa macam nak dok lama-lama je dalam masjid ni tapi banyak lagi tempat kami nak tuju selepas ni.


Ada juga tempat wuduk dalam ni tapi takdak air pun.



Sekarang destinasi kami adalah ke Hagia Sofia. Walaupun salji masih turun tak henti pun kami masih nak bergambar juga. Jenuh gak nak dapatkan gambar yang perfect sebab ada gak salji yang turun menempek di lense kamera.

Kat bawah ni video kami berjalan dalam salji di Sultanahmet



Hagia Sofia tak jauh mana pun dari Blue Mosque tapi biasalah kami asyik singgah merata beli kacang berangan jap. Tengok orang jual buah berangan pun rasa hati berangan juga hehehe....nasib baik mr.soulmate ada dok sebelah, kalau tidak nak minta add fren dalam facebook dah. 

Sebenarnya di sini ramai polis berkawal dan sebagai pelancong memang menjadi tumpuan polis. Kes bom di Istanbul pun masih panas diperkatakan lagi kan dan pengebom tu pula dari kalangan pelancong di tempat tumpuan pelancong pula tu. Semestila polis ingin menjaga keselamatan semua orang. Tak hairanla kalau polis hensem datang dan minta nak periksa bag kita. Masa polis hensem tu minta periksa bag, saya ni dah cuak bukan sebab takut jadi suspect ke apa tapi cuaknya takut dia ni nak scam kita ke apa dan sepantas kilat boleh curi barang berharga dalam bag kita mana nak tau. Saya ni selalu ada rasa syak wasangka bila berada di tempat orang. Saya sentiasa berhati-hati sebab pelancong ni adalah sasaran yang paling mudah nak diperdayakan. Rupa-rupanya polis hensem tu memang polis betulla, dia cuma nak tengok barang yang kita bawa ni bukan benda2 yang merbahaya. 



Sampai di Hagia Sofia, kami ambil museum pass yang valid sehingga 3 hari yang berharga 85lira tak salah kot. Museum pass ni jimat kalau kita melawat banyak museum tapi tak jimat kalau kita tak masuk museum2 tu.

Teruja saya bila masuk Hagia Sofia ni dan lagi teruja bila kita tau sejarah tempat ni. Panjang berjela kalau nak cerita tapi cerita pendeknya ialah tempat ni dulu adalah gereja masa zaman pemerintahan Constantinople atau Byzantium pada tahun 532 dan 537 SM (Kerajaan Kedah Tua bermula pada tahun 110SM, Kerajaan Kedah Tua dah jadi supplier besi untuk dijadikan pedang dan senjata di seluruh dunia kerana geologist jumpa beberapa tapak peleburan besi di sekitar Kedah) dan jadi masjid masa zaman Uthmaniyah di bawah Sultan Muhammad A-Fatih pada tahun 1453 (tahun 1400 Kota Melaka dibuka, 1500 Portugis baru nak mai Melaka) dan masa pemerintahan Ataturk pula ia jadi museum pada tahun 1935  dan sampai sekarang. Saja bagi tahun sejarah tanah melayu kalau nak bandingkan tahun dia. Bila nampak tahun-tahun ni, kita boleh faham sebenarnya tanah melayu lebih lama maju dan bertamadun. Sejarah ni macam berita dalam tv juga. Ada pihak nak kita percaya apa yang disampaikan je dan sembunyikan kebenaran atas sebab2 tertentu. Atas pilihan kitala sebenarnya nak percaya bulat2 apa yang disampaikan atau merujuk dengan beberapa fakta yang lain.



Mr.Soulmate ni saya panggil bapak kucing sebab dia memang sayang gila kat kucing dan kucing pula kalau jumpa dia otomatik mai sendeng2 dekat dia. Memang bapak kucing ni ada bau kucing suka dia juga kot.


Inilah kucing penjaga Hagia Sofia yang bernama Gli dan selama  9 tahun dia jaga tempat ni. Dengan saya garang nak mampus tapi dengan mr.soulmate punyalah baik, menyampah saya tengok. Dahla comey tapi garang lak. Kuku punya panjang sampai macam nak tertikam kat isi dah tu. Layan dulu gambar di bawah....




Mozek asal banyak dicungkil buang masa zaman Uthmaniyah tapi kemudian dikekalkan bila ia dijadikan museum. Gambar tu muka Emperor Constantine IX iaitu Monomakhos dan Empress Zoe.


Ada group muka Malaysia offer nak ambikkan gambar kami berdua. Baiknya depa ni. Pas ambil gambar baru nak berkenalan dengan depa.

Ropanya depa ni sekumpulan pelajar dari Jordan yang tengah bercuti winter break katanya. Dan paling kecohnya depa semua ni mai dari Kedah. Apa lagi Hagia Sofia digegarkan dengan bahasa loqhat Utaqa la. "hang mai daqi mana?hang belajaq kos apa?hang umuq berapa?hampa mai berapa oqang?" kecoh betul la orang utara ni.


Dalam kekecohan kami dok speaking Kedah ni, mai omputih sorang dua nak menempek bergambar sekali dengan kami.


Yang syoknya omputih ni pun bukan mai sekali, depa ni mai asing2 dari Spain, Itali dan German. Kami ingatkan depa ni geng sekali ka apa sebab elok ja mai nak menempek sekali. Sama2 macam rombongan cik Kiah pula. Sayang sekali kami tak sempat nak bertukar2 jadi fren dlm fb ke ig ke apa.


Pastu sambung balik posing Turki next top model.






Dah puas menghayati peninggalan sejarah di Hagia Sofia, kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke tempat yang lain pula sebab kami ada museum pass ni.

Sekarang ke Topkapi palace. Memandangkan kami ada museum pass, kami tak perlu dah bayar untuk masuk dalam ni. Macam biasa kat pintu masuk kena buat security check. 

Kat sini ada pelbagai barang. Nak senaraikan satu2 pun susahla sebab semua ada. Saya tak minat sangat nak tengok pedang2 dan pelbagai jenis perhiasan yang lain. Mata saya asyik terpukau dengan keindahan seni bina di dinding, pintu, tingkap, kat bumbung.

Layan jela gambar2 saya bersama dinding dan tingkap di Topkapi Palace ni.

Pak polisi siap bersenjata lebih ramai dari pelancong pula. Pemeriksaan ketat sangat di sini dan depa ni asyik dok usha pergerakan kita je, nak jalan pun rasa nak tersadung pula. Anyway my mr.soulmate mestila paling hensem dimata saya :)


Moh kita gerak ke tempat yang lain pula ya. Memandangkan kat sini semuanya walking distance je, so jalan kaki jela dari satu tempat ke tempat yang lain.


Jap nak bergambar berlatarbelakangkan laut yang biru di belakang tu.



Tetiba angin sejuk menerpa sehingga ke tulang hitam. Menggigil 10 saat, maka apa lagi haruslah bertukar menjadi ninja.

Kucing memang banyak di sini. Demok2 sebab kena simpan lemak banyak untuk panaskan badan time winter ni. 

Dari jauh dok nampak kenapa pula mamat ni dok diam senyap2 ni mesti ada apa2.

Rupanya tengah gomol kucing ni. Manja nak mampus kucing ni, seronok dapat sikit haba manusia dalam winter ni. Mr. soulmate ni bapak kucing dan dia sayang gila kat kucing. Pantang jumpa kucing mesti nak belai2 kucing. Sebab tu kucing garang dalam Hagia Sofia boleh manja pula dengan dia sorang.

Dok kat bangku ni teringat satu quote dari Jeffrey Mc Daniel yang berbunyi "I realise there's something incredibly honest about trees in winter, how they're experts at letting things go". Bila kita lupakan kisah lalu dan memaafkan orang, itulah salah satu benda yang buat hidup kita semakin bahagia dan happy. Tak perlu nak kenang atau ungkit kisah lama kalau ia sesuatu yang menyakitkan. 


Ok kami berjalan menonong tanpa peta pun cuma ikut signboard jalan je dan terjumpalah satu lagi museum. Salah kami juga masa beli museum pass tu tak minta sekali map. So rugilah tak sempat nak masuk semua museum.


Museum seterusnya kami masuk Istanbul Arkeoloji Muzeleri iaitu museum arkeologi. Sekali lagi kena buat security check. Museum ni memang saya minat sangat sebab ada mumia dalam ni. Layan jela gambar di bawah...


Kat sini ada outdoor museum juga.

Jumpa lagi kucing ni, asyik ikut bapak kucing je dia. Meh ni nak gomol dia lak. Abaikan muka geram nak gomol kucing tu ya.



Memandangkan banyak pintu dan dinding yang menarik, saya harusla jadi model pintu dan dinding.
Destinasi seterusnya pun taktau sebab kami tak dak map dan ikut kaki je nak jalan. Kami jumpa sign ke mozek museum, malangnya museum tu tak jumpa pula.


Oleh tu kami berposing jela sepanjang jalan. Rasa macam pekan Sultanahmet ni macam museum juga sebab sekeliling kami bangunan yang unik2 dan cantik2 belaka.




Kat sini kami jumpa ramai orang Istanbul yang bawa makanan kucing dan bagi makan kucing di mana-mana saja. Bukan tu saja, bila time winter ni, depa akan bagi kucing ni tidur dalam kedai depa. Hotel kami menginap ni pun dia sedia tempat kucing tidur kat lobi hotel siap ada air dan makanan lagi. 


Seterusnya kami pun berangkat naik tram pi eminonu sebab nak pi kat Galata Tower pula.

Nak ke Galata Tower ni kena mendaki bukit yang curam ni, krem sat paha dok mendaki naik ni.

Penat sangat mendaki nak berhenti rehat kejap. Sebenarnya takla lapar lagi tapi sebab jumpa kedai makanan tradisional Turki jadi memang salah satu misi kami juga untuk mencuba makanan Turki. Kami taktau apa nama ni, tunjuk gambar jela. Nasi bersama hati goreng dengan kentang. Saya pula tak makan organ dalaman terus tolak tepi jap sebab ingatkan daging tadi. Kami pun nak rasa air laban sama. Laban ni air yogurt yang diperap. Tengok orang Turki minum siap bertambah2 macam sedap je. Memandangkan kami tak tau rasa macam mana lagi kami ambik satu je share 3. Rupanya sorang cuma minum 2 titik ja air laban ni. Saya takleh terima rasa air ni langsung. Tekak saya reject terus laban ni, saya pun kecewa dengan diri sendiri. Rasanya takleh cakap, kena try rasa dulu baru tau hehehe.....
Sampaila kami di Galata Tower ni. Kami pun beratur sama dari bawah sampai ke atas, rupanya masuk ni tak leh guna museum pass. Nak masuk kena beli tiket asing pula. Takpala kami ni pelancong miskin tak dak duit nak masuk, kami turun balikla.


Kali ni kami turun melalui jalan yang berbeza pula. 
Dari galata kami ke eminomu nak naik feri ikut Bosphorus Tour pula melalui Golden Ham.

Inilah laluan yang bakal kami lalui dan kami bayar dengan harga 12 lira sorang. Memandangkan feri kami akan gerak lagi 30minit, kami pun bersiar2 kat luar ni. Kalau nak tau macam mana suasananya boleh klik video di bawah ni.

Dalam video ni tetiba muncul lagi bapak kucing memanjakan kucing di sini. Pantang lepa sikit asyik cari kucing je dia or kucing yang cari dia.

Masa dah time, nampaknya kami je ke pelancong yang naik feri ni sebab yang lain2 warga tempatan. Kami pun taktau pelabuhan mana selalunya pelancong naik kalau ikut Bosphorus Tour.

Layan dulu gambar-gambar di bawah......










Kami memilih tempat duduk di tingkat atas di belakang sekali. Memangla lawa tapi kena tahan sejuk sebab angin winter ni lain macam punya sejuknya. lagi sejuk lagi terasa angin daripada terasa salji yang turun.

Tak tahan menggeletar seluruh badan, kami kena turun bawah masuk dalam feri dulu.

Lega masuk dalam ni rasa panas sikit. Masuk dalam ni kami berborak dengan sorang perempuan yang berasal dari Georgia dan dia bawa paderi dia. Dia kata dia cuma transit je 24 jam kat Istanbul dan dia pilih naik feri ni untuk buang masa katanya. Kat tempat ni juga kami berkenalan dengan 3 remaja perempuan ni, yang freehair ni sepupu kepada budak bertudung ni. Budak bertudung ni tinggal di australia dan bercuti dengan keluarga di Turki sekarang ni. 

Masa ni si perempuan kristian ni cuba nak perangkap budak2 ni kot sebab macam2 la dia tanya budak2 ni pasal agama Islam. Kami yang dengar pun dah panas dan mr.soulmate terus balas setiap serangan kata2 pompuan ni kat budak2 tu. Salah satu soalannya bila dia persoalkan budak freehair tu tak pakai tudung sebab dalam Islam diwajibkan pakai tudung. Pastu mai cerita kota mekah dan jerusalem, soalan heavy bagi budak2 nak menjawabnya kot. Rasanya diorang pun lega kot sebab kami tolong jawab soalan perempuan tu sebab depa pun macam kelu taktau nak cakap apa dah. Yela diorang datang dari australia ke Turki jumpa sedara happy2 keluar berjimba dengan sepupu sepapat tetiba jumpa perempuan tu pulak tanya yang bukan2.

Bagi saya kalau jumpa orang macam ni nak kata Islam tak betul ke apa, saya taktau macam mana nak balas sebab saya takut ilmu saya cetek sangat dan tak pandai nak bercakap.  Dalam hati geram sebab takleh nak lawan, rasa betapa kedilnya diri ni tak banyak ilmu nak pertahankan agama.

Bila perempuan tu macam panas masih tak puas hati, kami dah done malas nak layan dia dah. Kami borak2 terus dengan budak2 tu tanya pasal sekolah, family di Turki dan Australia. Dan akhirnya budak2 tu turun di perhentian yang lebih awal dari kami dan kami turun ke perhentian seterusnya. Masa nak turun dari feri dok nampak awan hitam. Kalau kat Malaysia kita panggil pokok hujan nak turun, tapi kat sini nampak gayanya pokok salji nak turun tu.

Salji lebat turun, sejuk gedi tapi best sangat. Saya taktaula betapa gembiranya saya bila salji berterbangan merata-rata macam ni. Berkali-kali saya cakap kat mr.soulmate, saya nak pindah ke tempat yang ada musim salji or else setiap winter, kita kena melancong ke tempat bersalji macam ni.

Perjalanan kami dari stesen tram sultanahmet ada kisah lain pula.

Masa tengah syok2 bergambar dengan salji memutih atas kereta ni, datang pula peminta sedekah. Dia cakap bahasa apa pun kami taktau. Dia nak jual rokok dan minta duit la kat kami. Kami ni pun miskin juga, kalau kira duit kami dengan depa ni rasanya depa lagi kaya dari kami ni kot.

Sepanjang jalan kami nak ke hotel ni, dia ikut sambil nak nangis dan cakap apa tah tak faham. Mr.soulmate cakap no...no...no...no....berjuta kali sambil kaki jalan laju nak tinggalkan depa tapi depa masih mengejar kami. Bila saya pandang muka peminta sedekah ni, hati saya jadi sayu kesian gila rasa melt kat situ juga tapi peliknya apasal ada tatoo kat muka dia macam lambang sesuatu. Mr.soulmate tau hati saya ni tisu, terus dia bertegas suruh saya jalan laju ikut dia rapat. 

Sampai je kat hotel, owner hotel ni jamu teh panas kat kami. Dia tak bagi kami naik bilik dulu. Katanya masa ni elok pekena teh panas sebab kami baru meredah salji kat luar tu. Kami pun ok je sebab teh panas disediakan free kat sini. Dia layan kami baik2 sebab kami ni orang Malaysia dan dia nak kami promote hotel dia kat orang Malaysia yang lain. Bagi orang turki ni, orang Malaysia ni kaya2 belaka dan selalu melancong ke Turki samada shopping atau ziarah umrah.

Masa sedap dok minum teh panas tepi tingkap, mai pula geng peminta sedekah 1 family anak beranak dok berdiri luar tingkap dok pegang kadboard berbunyi lebih kurang "kami ni pelarian Syiria dan perlukan duit". Depa ikut kami sampai ke hotel rupanya. 

Bila owner hotel ni mai kat kami, geng peminta sedekah ni lari lintang pukang hilang desup tah ke mana. Kami pun tanyalah kat owner hotel ni sapa depa tu. Awat depa kata depa dari syiria ka? kata owner hotel, depa ni bukan orang syiria tapi ada satu geng scam yang cuba perdayakan pelancong kata depa ni dari syiria. Depa ni geng scam yang dah lama kat Istanbul dan owner hotel ni minta kami hati2 kalau jumpa depa dan katanya lagi depa ni bukan Islam pun. Oooo patutla ada tatoo kat muka dan lambang tatoo tu macam lambang geng depa la kot no. Ish.... bahaya juga Istanbul ni.

Memandangkan kami belum puas lagi berjalan walaupun kaki sakit ya amat dah, lepas minum teh panas gigih keluar lagi nak jalan2 tapi sunyi je kawasan Sultanahmet. Kalau jumpa geng ni lagi jenuh lak.




Lepas tengok sunyi betul kawasan Sultanahmet ni, kami pun balik ke hotel dan kemas barang sebab esok nak naik flight ke Londra kata orang Turki tapi orang Melayu panggil London.


Percayalah tiket kami dapat dari Istanbul ke London ni RM200.

Meh kira budget untuk hari ni lak:

Penginapan
- Hotel Sultan Corner Suites, Istanbul = RM142.66 (2nights)
Free Breakfast
Booked from Air Asia Go Holiday

Tentatif
-Sultan Ahmed Camii @ Blue Mosque
-Hagia Sofia
-Arkeologi Museum
-Topkapi Palace
-Blue Mosque
-Galata Tower
-Bosborus Cruise = 12 lira

- Dobi = 20.67 lira
- Museum kad = 85 lira
- Istanbul kart = 35lira
*baju sedekah=6tshirt+sweater, 2seluar, 2 tudung (kurangkan bebanan bag)

 ..................to be continued