Demam ka apa tetiba lama tak menghapdetkan entry masak dalam blog ni tetiba macam tajuk serius pulak. Memang dah lama benar tak masak memasak ni, dapur pun dah lama tak berasap. Dah tak ingat bila kali terakhir masuk dapur nak masak. Apa pun yang pasti entry ni memang tak dak kena mengena dengan makanan. Entry ni sekadar tip dan ilmu yang saya nak kongsikan sikit kepada mana-mana penjawat awam seperti saya yang terlintas di fikiran untuk sambung belajar khususnya kepada kumpulan sokongan. Selepas melalui kekalutan dalam kehidupan dan sekarang barulah boleh tarik nafas lega sikit. Secara rasminya saya sekarang adalah pelajar sepenuh masa dalam bidang Sains Pentadbiran di UiTM kampus tut....(mana leh bagitau satgi ada lak spy hehehe maklumla selebritila katakan hehehehe....)
Dengan bertukarnya status dari 'bekerja sepenuh masa' kepada 'pelajar sepenuh masa' adalah bidang yang sangat berbeza terutamanya dari segi pengurusan masa dan aktiviti harian. Kalau idaknya rutin harian, isnin-jumaat masuk keja punch card pukul 8pagi. Pukul 1-2pm lunch dan punch card balik pukul 5pm. Setiap hari buat kerja-kerja yang hampir sama setiap hari. Memang itulah aktiviti harian setiap hari ditambah dengan kerinduan dan kebosanan melalui detik-detik sukar dalam perkahwinan jarak jauh pulak....alahai sukar nak gambarkan perasaan. Betapa tak lengkapnya kehidupan bila tiada best friend aka mr.soulmate di sisi. Mr.soulmate kalau baca entry ni jangan kembang lebih-lebih lak hehehe
Alhamdullillah syukur, segala susah payah, pahit getir dan pancaroba masa memohon cuti belajar dah berlalu akhirnya dengan selamat. Bukan senang tau nak membuat permohonan ini. Saya hampir-hampir pasrah di tengah jalan untuk memilih dua pilihan samada berenti kerja terus dan sambung belajar ataupun saya tolak tawaran belajar dan bekerja seperti biasa. Semangat untuk belajar dan memajukan diri dalam bidang ni membuatkan saya teguh dengan pendirian bak kata pepatah "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Masa proses permohonan ni saya sentiasa berpesan kat diri sendiri supaya jangan give up dan sentiasa tanamkan diri dengan perkataan sabar dan usaha, bukan selalu peluang datang depan mata macam ni, sementara semangat belajar berapi-api dalam diri. Permohonan untuk mendapatkan peluang di IPT pun bukan main susah benarnya sebab cgpa masa diploma dulu bukanlah berwarna-warni bak pelangi.
Berbalik kepada objektif asalnya, saya tulis dalam blog ni bukan apa sebab masa saya mula-mula nak apply susah sangat dok gogo sana sini nak cari proses dan tips untuk permohonan cuti belajar ni. Saya cuma nak kongsikan sikit pengalaman yang mungkin untuk panduan orang lain macam saya selepas ni supaya senang untuk buat rujukan. Lagipun keputusan masa diploma dulu bukanlan baik mana pun, takkan nak kerja dengan gred yang sama sehingga pencen. Saya perlu ada inisiatif untuk memajukan diri. Bagi saya mula-mula sekali perlu ada semangat untuk belajar (bukan senang nak cari semangat bila dah tinggalkan zaman belajar hampir 10 tahun), sabar, usaha, doa dan tawakal dengan segala ketentuanNya.
Proses yang pertama hendaklah buat surat minta izin kat pengarah ataupun ketua jabatan untuk memohon belajar. Ini bukanlah wajib tapi macam contohnya kalau anak-anak nak belajar mestila minta izin kat ibu bapa dulu kan sebelum memohon sebagai restu orang tua. Lagi satu tak nak timbulkan konflik bila dah dapat tawaran belajar, bos tak nak bagi pulak keizinan untuk sambung belajar.
Keduanya kenalah memohon belajar di mana-mana tempat pengajian samada di dalam ataupun di luar negara asalkan institusi dan bidang tersebut mestilah diikhtiraf oleh JPA. Jangan lupa bidang yang dipilih adalah berkaitan dengan bidang tugas kerja seharian ni bukannya minat semata-mata (kalau ikutkan minat dah lama nak mohon bidang chef). Bila dah dapat surat tawaran belajar maka cepat-cepatla buat surat permohonan cuti belajar bergaji penuh ka, separuh gaji ka atau tanpa gaji kepada pengarah ataupun ketua jabatan masing-masing. Bila bos dah lulus dan memberi sokongan barulah start isi form yang boleh download dalam laman web JPA iaitu Permohonan Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan kat bahagian latihan jabatan perkhidmatan awam. Kalau boleh masa isi form tu elakkan dari kesalahan dan janganla guna liquid paper atau cecair likor, kalau salah potong dan initial sikit. Ikutla segala arahan kat form tu untuk disertakan bersama. Dalam borong tu last sekali dia kata sertakan lain-lain dokumen sokongan. Dokumen sokongan tu adalah pengesahan dari laman web JPA yang menyatakan kursus dan tempat belajar diikhtirafkan, surat tawaran belajar,senarai tugas jawatan, salinan kenyataan perkhidmatan, borang dan surat pengisytiharaan harta yang boleh print terus dari laman web HRMIS, surat ataupun kenyataan yang menyatakan tarikh start dan tamat belajar dan paling pentingnya dapatkan salinan yang disahkan LNPT bagi tiga tahun berturut-turut. Make sure purata bagi 3 tahun LNPT kenalah 85% ke atas. Memandangkan dua tahun sebelum tu saya di kementerian yang lain, maka masa nak dapatkan LNPT tu agak sukar sikit tapi takpa hati kena tabah. Apa pun kata orang hati kena sentiasa senyum, fokus kepada positif agar urusan lebih mudah. Semua dokumen tu hendaklah diserahkan kepada HQ di Putrajaya. HQ pula akan keluarkan surat permohonan untuk JPA. Bila surat HQ dan semua dokumen telah lengkap dan sampai ke pihak JPA, JPA otomatiknya akan keluarkan surat kelulusan sementara cuti belajar separuh gaji. Seminggu selepas tu atau mungkin beberapa hari selepas tu, JPA akan keluarkan surat perjanjian 3 salinan untuk diisi dan kena matikan stem hasil iatu RM30. Bila dokumen perjanjian dah lengkap bersama mati stem, dokumen pun hendaklah dihantar kepada JPA. Selepas tu JPA akan bersidang dan akan keluarkan surat kelulusan dengan rasminya.
Itulah serba sikit yang boleh saya share untuk proses permohonan ini. Selepas selesai permohonan belajar ada lagi kesulitan masa pendaftaran sebab special kes. Sebabnya untuk urusan pengecualian jam kredit dan sebagainya dan memandangkan hampir 10 tahun tinggalkan zaman belajar ni. Semua kod kursus dan syarat-syarat pengecualian jam kredit pun berbeza. Banyak pula prosedur untuk saya uruskan sebabnya dahla kod kursus berbeza, kalau dulu kesatria tak ada jam kredit sekarang ada dan syukur segalanya tentang pendaftaran pun selesai sudah.
Apa pun segala pengalaman ni saya jadikan papan anjakan untuk sama-sama bersaing dengan adik-adik classmate yang umur beza 10tahun lebih muda dari saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Tidak dinafikan saya agak ketinggalan memandangkan otak yang berkarat ni nak di polishkan semula. Saya berjanji bukan dengan sesiapa tetapi dengan diri sendiri akan saya berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh agar penat lelah masa permohonon dulu berbayar. Yang paling penting pengorbanan mr.soulmate yang sama-sama tempuhi masa proses ni dibalas dengan keputusan yang cemerlang nanti. Walaupun suatu masa dulu agak tertekan dan emosi pun tak stabil, rugilah kalau berusaha separuh jalan kalau tak teruskan sehingga kita benar-benar berjaya dapatkan apa yang diimpikan.
Selamat maju jaya dan selamat mencari ilmu.....