Setelah bersalam-salaman dan dah tentu magic word iaitu "kamsahamida" dengan ajushi dan ajuma yang tolong kami bawa sampai ke pintu masuk museum ni, akhirnya kami jejak juga kaki di sini. Sebenarnya dari pandangan ajushi dan ajuma tu saya boleh nampak kerisauan di mata mereka sebab biarkan kami di sini tanpa sebarang transport.
Akhirnya macam tak percaya lak sampai juga kami di sini. Destinasi ni bukanla dirancang pun dan memandangkan sinar matahari masih ada kami pun cadangla ke sini dan masalah utama kami adalah transport la.
Jeju's Trick Art Museum ni located nearby the Seongeup Folk Village iaitu tempat di mana kami bertemu makcik dan pakcik korea yang baik hati. Entrance fee bagi adult ialah 8,000W dan 6,000 W bagi kanak-kanak.
Bagi kami yang berjiwa kanak-kanak ni tempat macam ni bagaikan syurga permainan la hehehe.....
Seronok betul bermain-main dalam ni. Kalau malu or segan memang rugila sebab semua pengunjung kat sini tak kisah kat orang lain pun. Apa pun untuk menghasilkan gambar yang nampak real, minda mestila kuat berimaginasi aka "kuat khayan"
Okla tengok sendirila macam mana kuatnya kami berkhayal dalam museum ni.
p/s: semua gambar adalah lukisan kat wall semata-mata
Makcik dan jari tu pun lukisan juga, tangan kiri saya tolak baju dari dalam dan mr.soulmate dengan aksi buruknya. Tetiba mr.soulmate bertukar jadi anak monyet lak hahahaha....
Dah puas dan letih lawan semua jenis dinosaur dan jadi Indiana Jones, akhirnya kami pun melangkah keluar dan beli sedikit souvenir.
Saya beli puzzle 3D Taj Mahal dan dapat percuma coklat bergenggam-genggam perisa buah-buahan pula. Rupanya yang best bukan barang yang kita beli tapi barang yang dapat free.
Keluar ja dari museum, kami nak jelajah trick art safari pula. Kemain besar-besar binatang kat sini dan jinak-jinak pula tu, baik betul. Kalaula kat Malaysia ada tempat macam ni juga mesti penuh dengan kanak-kanak ja. Kami pun kanak-kanak juga walaupun jasadnya orang tua.
Maka lawatan menyeronokkan berakhir dan kembali menjadi penggembara tanpa kenderaan. Jalan besar nampak lenggang ja dan akhirnya bus pun tiba tapi bukan bus ke arah selatan. Kami turun kat persimpangan jalan ke selatan. Jalan sikit dan nampakla bus stop tapi mr.soulmate nak cari teksi sebab malas nak naik bus. Agak susah nak dapatkan teksi dengan batasan bahasa dan kami pun in the middle of nowhere.
Akhirnya kami jumpa balai polis. Niat di hati nak tanya kat mana nak dapatkan teksi dan diorang pak-pak polisi dok borak sesama mereka, pasai kami of coz. Dalam dok tunggu jawapan dari depa, sorang detective suruh ikut dia. Dia bawa kami kat kereta dia. Punyala semak gila keta penuh dengan baju-baju dan hanger macam keta ni tempat dia tido je. Kami dok bingung2 lagi sebab kami cuma tanya kat mana nak cari teksi ja dan dia suruh kami naik keta dia, nak tangkap kami masuk jail ke apa?
Dia minta alamat hotel kami dan rupanya dia salah sorang penduduk Jeju yang sudi nak hantar kami ke destinasi macam ajushi dan ajuma tadi juga. Ohhh sangat terharu ok sebab jaraknya dari balai polis tu sampai ke hotel lebih 30km.
Walaupun dia pun taktau english dan kami borak serupa ayam dan itik dan sepanjang perjalanan kami dok bergelak ketawa ja serupa paham ja. Dia macam biasa cakap bahasa korea dengan kami serupa kami paham dia cakap dan dia berhenti kat depan balai polis satu lagi dan rupanya kawan dia pun ikut sekali. Lagi kuatla gelak ketawa sebab dia ada geng boleh gelakkan kami yang sesat ni huhuhu....
Dalam nak maghrib macam tu kereta dia pun berhenti betul-betul kat depan hotel kami. Kami pun bertukar-tukar no. fon dan dia bagi name card dia juga tapi semuanya dalam tulisan korea. Baik sungguh sampai sanggup hantar kami balik sejauh lebih 30km, taktau apa yang boleh kami balaskan. Dia janji nak datang Malaysia dan yang pasti dia nak jumpa kami bila sampai Malaysia.
Begitula penggembaraan kami, bukan saja nak explore tempat-tempat baru malah menjalin persahabatan dengan penduduk tempatan juga. Walaupun agak mencabar tapi pengalaman mencabar nila banyak mengajar erti kehidupan.
Seterusnya lepas ni kami nak keluar makan malam pula kat kedai makanan laut dekat-dekat sini pula. Yang pasti takyah naik transport dekat ja boleh jalan kaki ja.
Next entry saya ceritakan makanan di restoren tu pula ya. Dalam hati bilala nak habis semua entry korea ni hehehehe....