Lamanya tak update blog ni dan rasa macam nak cerita minat saya selain masakan pula dalam blog ni. Saya memang sangat sangat sangat dan sangat suka dengan bidang property tapi masih belum ada peluang or saya tak berusaha ke arah bidang tu, entahla.
Picture from google |
Tahun hadapan saya dan mr.soulmate bakal memiliki rumah kedua kami. Rumah yang pertama saya di Alor Setar dan rumah kedua ni saya sangat support mr.soulmate untuk beli. Setiap kali niat mr.soulmate nak melencong beli kenderaan, saya sentiasa ingatkan dia bahawa vehicle is liability but property is future asset. Lagipun bayaran monthly antara vehicle dan property almost same amount and yang membezakan loan period ialah vehicle dalam 5-7 tahun dan property 20-30 tahun. Walaupun kereta saya buruk tapi lega rasanya sebab tak berhutang dengan bank dan biasanya kami pekakkan telinga ja bila orang suruh tukar kereta.
Picture from google |
Sebenarnya saya nak share sikit konsep rumah baru ni sebab rumah ni semi-d dengan flat rooftop. Memangla saya idamkan sangat rumah yang ada flat roof top ni sebab saya suka space yang privacy and bolehla enjoy environment. Sebenarnya saya mencari rumah yang ada backyard dan bukanlan in front yard sebab saya suka ada taman privacy untuk family di bahagian belakang rumah. Memandangkan sekarang ni susah nak cari or memang tak ada pun design utk large back yard, garden rooftop pun ok la ala-ala dalam cerita rooftop prince pula.
Picture from google |
Design rumah ni memang saya suka sebab dari luar nampak macam tingkat 2 ja tapi bila masuk dalam rumah ada 5 level. Level pertama adalah ground floor di mana main living room, bilik maid aka bilik pantry untuk simpan makanan dan peralatan memasak je nanti dan wet n dry dapur . Level ke-2 pula ada 2 bilik and shared bathroom. Level ke-3 adalah ruang untuk family living room. Living room ni lebih kecil dan sesuai untuk meniarap or guling-guling depan tv. Level ke-4 adalah master bedroom dan ada ruang balkoni yang agak besar juga. Memandangkan master bedroom luas, saya akan buat walking closet iaitu bilik kecil dalam bedroom untuk simpan baju, kasut, beg n etc. Saya sangat tak suka ada almari dalam bilik sebab nampak kuno. Level ke-5 adalah level favorite iaitu rooftop yang bakal dijadikan private garden for us, next 5 year nak bina swimming pool pula kot.
Picture from google |
Pernah tengok cita masak-masak boys meet grill Bobby Flay, iron chef America tu tak?Dalam boys meet grill, Bobby Flay masak kat rooftop....bestnya kalau dapat masak-masak dalam taman kat atas bumbung rumah pula tu, sangat inspired kan.
Picture from google |
In addition bila rooftop disajikan view gunung ..... yang sangat indah selagi tak ada bangunan yang lebih tinggi yang akan block view gunung tu la.
Picture from google |
Every year saya dan mr.soulmate buat party at home aka open house dan selalunya jemput rakan-rakan rapat dan family untuk makan-makan yang dimasak sendiri oleh kami berdua. Selalunya saya akan sediakan western food dan mr.soulmate akan sediakan local food untuk guest. Selalunya bila lama tak buat mulala akan ada suara-suara yang bertanyakan next party at home. Kalau setiap tahun party at home saya buat dalam rumah ja and next year bolehla buat kat rooftop, mesti best kan. Walaupun penat masak dan layan tetamu tapi sebenarnya kami dua sangat happy dan enjoy sebab hubungan lebih akrab dengan family dan rakan-rakan. 2 tahun lepas masa kami buat open house, kawan saya masa study diploma dulu kahwin dengan senior mr.soulmate dan senior mr.soulmate aka hubby kawan saya tu sekelas dengan kawan mr.soulmate. Terjadila jejak kasih dengan hubungan 360 darjah ni bila berkumpul ramai-ramai ni kan. Betapa bulatnya dunia ni sebab kita berhubungan dengan orang yang ada kaitan dengan orang lain yang terdekat dengan kita, eh paham tak?
Saya tak ingat saya pernah mention dalam entry sebelum ni ke tak yang sebenarnya setiap orang dalam dunia ada hubungan yang kita sedar dan tanpa sedar. Apakah hubungannya saya dengan Tom Cruise dan Kwang Soo?hahaha manala tau kot-kot jiran sebelah rumah ni anak angkat kepada emak saudara Kwang soo atau anak sedara saya kawan dengan kawan kepada dua pupu Tom Cruise ke, siapa tahu kan?