*Kemalasan bertambah-tambah nak berblog ni. Segala urusan internship pun selesai dan kalut dengan musim kelas untuk semester terakhir ni pun bermula. Pastu bisnes tempahan kek dan cupcakes dan macam2 lagila pening pala nak pikir. Apa pun kita kena ada priority mana dulu. So dah tentu2 la blogging ni yang last skali nak fokus, hobi tika free time la. Nak cari free time lani pun payah benor lew. Walaubagaimanapun saya akan usahakan segala tenaga dan sisa free time untuk habiskan cerita Jepun ni. Plz...plz...kalau ada orang yang folo cerita ni plzzzzz jangan boring ye sebab saya sangat lembab tahap bapak gajah punya ni. Hopefully tak basi lagi cerita ni dan ingatan pun masih segar la hehehe....enjoy reading.....
Assalamulaikum dan Ohayou Gozaimasu...
Salah satu sebab saya suka sangat hotel ni adalah dia sediakan air kopi free kat lobi. Nama hotel ni adalah International Wing Hotel Nagoya. Nak ulang minum seratus kali pun tak apa...FREE OF CHARGE!!!
Hari ni nak jalan di luar bandar Nagoya pula. Kalau 3 hari yang lepas dah ronda2 dan jelajah bandar Nagoya, hari ni meh kita panjangkan kaki sikit. Bak kata mr.soulmate kita rilex2 jela kalau ada bas ke Kyoto pagi ni kita redah la ke Kyoto, kalau tak dak bas kita ronda kat Nagoya lagi la. Memandangkan kami pun tak plan apa2 so gamble jela cari bas ke Kyoto kat stesen Nagoya.
Lepas minum kopi dan breakfast kat 7e, kami pun naik subway ke Nagoya Station. Kami menaiki subway Dori berharga 200Y seorang dan sampaila ke Stesen Nagoya.
Memandangkan hari ni subuh masuk pukul 3am, pukul 4am dah cerah benderang segenap alam dah la. Kalau kat Malaysia time ni dok nyenyak tido lagi ni tapi kat Jepun semua dah gerak dengan urusan masing2. Nama pun negara matahari terbit dah tentu2 la matahari dah memancar sinarnya tatkala negara lain masih bergelapan.
Pukul 5am manusia kat Nagoya Station dah mula ramai dan kalut macam biasa. Sebenarnya bila kita tengok orang kalut ni secara otomatik kita skali pun kalut pastu saya pandang mr. soulmate n mr.soulmate pandang saya "apasai kita pun kalut jugak ni, rilex la kita bukan ada urusan penting berkejar ke mana pun"
Kami pun cadangnya ambik bas express yang termurah iaitu syarikat Meitetsu Bus. Syarikat ni takdak kaitan dengan JR. Bukan apa syarikat JR ni paling popular kat Jepun ni sebab dia merangkumi bas, train, subway, bullet train malah cable car dan bot skali dia cover. Dari bacaan dan research saya dalam blog2 memang ramaila orang guna JR ke mana-mana sebab senang katanya tapi memandangkan kami ni cheapskate baikla ambik yang murah ja bukannya nak kejar masa pun.
Oh ya hampir lupa lak sebenarnya dari Nagoya ke Kyoto ni kalau naik bas masanya 2jam 30minit dengan harga 2,550Y manakala kalau naik bullet train aka shikanzen ambik masa 10minit dengan harga 5,070Y. Jadilah pengguna bijak mana nak jimat samada duit or masa?
Masa sampai kat kaunter tu kami bagitau nak beli tiket return sekali sebab harga untuk return, dapat diskaun sikit daripada beli one way pi dan one way balik. Harga one way adalah 2,550Y tapi harga return adalah 4,100Y. Kan dah jimat 5,100-4,100Y=1,000Y. Kalau dah 2 orang dah boleh jimat 2,000Y kan. Memang tak kisah pun dok dalam bas lama pun boleh gak tengok2 pemandangan dari dalam bas. Tera naik bas ekspress dari Kedah ke Kuala Lumpur pun syok tengok view kat highway inikan pula dari Nagoya ke Kyoto yang entah bila pula nak repeat ke sini lagi.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai destinasi, harga dan masa boleh klik di sini.
Walaupun bas budget tapi jangan la samakan bas budget Jepun dan Malaysia....bak langit dan bumi. Sebenarnya bas budget ni beza beratus kali dari bas super VVIP Malaysia. Huhu sedihnya nama pun negara maju kan mestila canggih dari negara membangun.
Setiap seat disediakan plug untuk caj henpon dan meja untuk makan macam dalam air asia. Walaupun bas ni berhenti kat RNR tapi nampaknya driver dan penumpang cuma turun pi toilet or beli tapau je makanan dan makan dalam bas sebab bas ni cuma berhenti kat RNR dalam masa 15minit ja.
Satu lagi yang pelik sikit bas ni akan berhenti kat perhentian bas untuk ambik orang tapi walaupun takdak orang naik sekali pun dia akan parking elok2 tepi jalan, bukak pintu dan ucap welcome dan tunggu dalam 1minit takada orang naik bas, driver akan ucap selamat jalan, tutup pintu bas dan gerak teruskan perjalanan. Rutin diorang ni macam robot pun ada sebab depa akan buat rutin macam biasa walaupun takdak orang sekali pun kat perhentian bas tu. Kalau bas kat Malaysia, kalau dah nampak orang takdak dia terus jalan je tak tunggu dah. Diorang ni kena berhenti dan buat rutin yang sama gak sebab nak pastikan tepat2 masa bas akan sampai ke destinasi. Macam mana depa punctual nak gerak depa gak punctual bila sampai.
Patutla tak hairan kalau kat Jepun ni merata2 ada iklan jangan jadi macam robot bila bekerja. Mula2 macam lawak jela iklan macam tu kan dan bila naik bas ke Kyoto ni baru nampak memang orang Jepun jadi robot bila bekerja. Depa ni macam takdak emosi ka bila bekerja. Yala kalau kat sini kita ada time malas, semangat, rajin dll. Ini disebabkan disiplin yang tinggi diorang sangat komitmen bila bekerja. Rasa takutnya nak minta keja kat Jepun, nampak sangat tak layaknya.
Lebih 2 jam atas highway maka bas pun masuk ke kawasan pekan. Maksudnya dah sampai le Kyoto ni. Kalau tak sebelum ni dok tengok oltromen lawan dengan raksasa kat Kyoto dan Osaka. Tak sabar nak tengok lokasi oltromen lawan tu hehehehe....
Kyoto merupakan ibu negara Jepun dari tahun 1180-1868, sebelum berpindah Edo (kemudian bertukar nama menjadi Tokyo). Pada perang dunia ke 2, Kyoto hampir-hampir menjadi sasaran pihak Amerika untuk dibedil dengan bom atom, sebab Kyoto adalah pusat intelek Jepun ketika itu, tapi Kyoto bernasib baik, kerana pihak Amerika menukar fikiran mereka di saat-saat akhir. Dan disebabkan itu, Kyoto telah menjadi kota lama yang paling terpelihara di Jepun, kerana masih terdapat 2000 kuil-kuil Buddha dan Shinto yang berusia beratus tahun dan juga istana-istana dan senibinanya di sekitar Kyoto yang masih terpelihara sehingga hari ini.
Yang kagumnya Jepun ni di setiap station perhubungan pengangkutan ni, diorang memang sediakan pelbagai kemudahan untuk pelancong asing terutamanya. Gambar di atas ni tempat rujukan bagi para pelancong dan ramai staf yang sangat friendly dan fasih english boleh berhubung di sini. Di sini kita leh dapatkan pelbagai maklumat terutamanya pada kawasan sekitar Kyoto la.
Dengan berbekalkan peta, maklumat dan direction dari tempat tu tadi, maka kami pun teruskan perjalanan ke Arashiyama.
Jarak Arashiyama dengan Kyoto tidak la jauh sangat lebih kurang dalam 45 minit. Kat bawah tanah nak naik train ni punyala ramai ummah manusia dan kebanyakannya yang berbunyi bahasa siam. Ramai sungguh orang siam datang Jepun pula time ni.
Dari Kyoto kami menaiki JR Sagano Line ke Sagarashiyama dengan tambang 435Y untuk 2 orang. Kiranya naik satu train dah sampai ke sini. Memandangkan harini terlampau ramai orang siam, train dah jadi tin sardin, nasib baik saya dapat tempat duduk dan mr.soulmate separuh jalan baru leh duduk.
Keluar ja dari station train saga arashiyama ni dah nampak abang beca menunggu customer. Gagah perkasa bawa beca tak nampak selulit langsung la hehehehe
Jom layan dulu gambar....
Suzy Miss A versi Jepun |
Kami pun takdak arah tuju sebenarnya. Kiranya jalan menonong ikut pelancong2 lain kat depan kami ni tuju ke mana kami ikut depa je. Jalan punya jalan sampaila kami kat satu temple ni. Masuk free ja tapi sayangnya kawasan ni dilarang guna tripod so susahla nak ambik gambar berdua kat sini.
Kawasan dalam temple tu sungguh cantik tak nampak langsung macam temple pun kawasan dia macam taman2 comel dengan pokok sakura pun lebat merimbun bunganya dan sesekali angin tiup bunga sakura pun terbang berterbangan di bawa angin dingin.
Now nak jalan kaki ke bamboo grove pula sesambil cuci mata lihat keindahan pekan comel ni.
.......to be continued