Rabu, 5 Oktober 2011

Cheese Brownies

Cheese Brownies kembali lagi huhuhu dah semakin cekap lak buat kek ni. Ini cubaan kali ke-tiga. Kali pertama buat masa open house tahun lepas, kali ke-2 masa bercuti kat Colmar Tropicale Berjaya Hills dan kali ni buat sekali gus 3biji. Dua biji nak bawa ke jamuan raya opis dan sebiji untuk open house raya. Sebelum ni ada juga buat entry Cheese Brownies. Kawan saya tanya kenapa kali ni rasanya lebih sedap berbanding open house tahun lepas hehehehe yang itu pertama kali buat kot. Kali ni dah expert sikitla.
Ramai yang minta saya jual kek ni tapi saya rasa tak mampu nak buat untung lagi sebab buat masa sekarang saya suka buat kenduri je dulu.

Kali ni sebab saya buat untuk 3 biji kek, saya kena gandakan adunan sehingga 3 x ganda. Kalau sebiji kek guna 3biji telur tapi untuk kali ni saya guna 9 biji telur. Jangan lupa cuci dulu kulitnya sebelum masak.

 Memandangkan saya bukan seorang suri rumah dan saya tak pula ambik cuti untuk masak-memasak ni, lepas keja terus masuk dapur. Ketung ketang di dapur sampaikan lewat malam. Lepas masak, upload pula gambar dalam fb memang saja buat kawan-kawan terliur heheheheehe.
Gambar kat atas ni, saya ayak tepung gandum+baking powder dan soda bikarbonat.


Dalam mangkuk yang lain, saya campurkan mentega dan serbuk koko untuk dimasukkan dalam microwave. Jangan lama sangat dalam microwave tu, dalam 5minit keluarkan dan kacau sebati. Kalau masih berketul masuk lagi dalam microwave sehingga mentega cair tu sebati dengan coklat. Satu lagi cara kalau nak cairkan mentega dengan coklat ni guna kaedah double boiler. Leceh sikitla kalau buat double boiler ni sebab kena sediakan periuk dan mangkuk tahan panas, air dalam periuk akan mendidih dan akan cairkan coklat dalam mangkuk.

Saya gunakan mentega yang termurah kat tesco harganya tak lebih RM3 untuk 250gm

Mentega ni saya potong kecil dulu sebelum campur dengan coklat supaya mudah cair

Inilah hasilnya bila keluar dari microwave tadi, not bad kan...lebih kurang je macam double boiler. Ops..lupa lak adunan ni kena campur susu juga.

Dalam mangkuk yang besar ni saya pecahkan telur dan gula, pukul sebati tapi jangan lama sangat pukul. Resepi asal suruh guna tangan je whisk tapi sebab saya gandakan adunan tak larat lak nak whisk guna tangan, pakai mixer jela. Kalau nampak macam kayu hitam dekat gula tu, itulah vanilla bean. Resepi ni saya gunakan vanilla sugar sepenuhnya. Mungkin jugak vanilla sugar ni buat kek lagi sedap. Suka bau gula ni, wangi.

Selepas adunan telur sudah sebati, baru saya campurkan dengan adunan coklat. Kali ni memang whisk dengan tangan tapi tak boleh whisk sangat cuma kacau pelan-pelan bagi kedua adunan ni sebati.

Tengah kacau....kacau...tetiba keting!!!! dawai whisk dah tercabut. Huhuhu sedihnya.....dahla beli kat kedai Daiso, RM5 tu.

Selepas tu saya masukkan adunan tepung pula, sesenduk demi sesenduk sehingga semuanya sebati. Masa ni punyala sakit tangan dok mengacau. Dawai whisk tadi mr.soulmate dah perbetulkan hehehe boleh whisk lagi.

Tengok tu...banyak kan. Nak buat kenduri punya pasal tak kisahla tanganku sakit mengacau adunan.

Saya sediakan loyang yang dialas dengan kertas minyak. Adunan kek pun saya tuang separuh je sebab nanti nak tuang adunan cheese pula, tak boleh bagi penuh kang dia termuntah dalam oven pulak. 
Saya bakar dengan suhu 175C selama 20minit.

Sementara nak tunggu brownies masak, saya sediakan bahan untuk lapisan cheese pula. Pukul cream cheese sampai gebu. Tapi....my bad....cheese terlalu keras dan saya tak potong kecil dulu, bila saya paksa mixer untuk pukul cream cheese ni, mixer dah berkepol-kepol keluar asap. Tadi dawai whisk tercabut, kali ni mixer pula rosak huhuhuhu apa punya malang la kan. Tapi takpa lepas ni saya memang hepi sangat-sangat sebab mr.soulmate terus keluar ke giant beli mixer baru. Sambung balik pukul cream cheese sampai gebu. Bila cheese dah gebu baru masukkan gula dan telur dan pukul lagi.

Brownies yang sudah masak, biarkan sejuk dalam 10 minit baru letak lapisan cheese, ratakan.

Lupa lak nak cakap suruh simpan sikit adunan brownies sebab nak paipkan atas lapisan cheese. Ok....adunan brownies yang kita simpan sikit tu, paipkan atas cheese nak buat corak apa pun boleh. Nak buat pokok bunga pun boleh, nak lukis muka otromen pun boleh atau nak buat lukisan abstrak pun boleh. Ikut suka sebab apa saja corak tak menjejaskan rasa.

Sebenarnya saya nak lukis muka saya sendiri kat atas ni tapi memandangkan nak jamu bagi orang makan, macam tak sopan pula. Saya buat corak formal macam kat atas tu je. Kemudian bakar lagi selama 15minit.

Inilah hasilnya bila keluar dari oven. Dulu saya masak cheese ni putih melepak tapi bila bakar sampai brown, sedap lagi ni. 

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Tiada ulasan: