Entry kali ni bukan yang masak kat rumah tapi masak kat kedai je kat Viva Home.
Kisahnya weekend yang lepas me, mr.soulmate, miss Zi and Prince Raf book untuk buat spa di Hartamas tapi ada masalah so tak boleh buat spa hari tu. Dengan sedih dan hampanya dan bengang juga kat staff spa tu, kami berempat pun ke Cheras untuk melalak di Kara Karaoke. Sejak-sejak memasing gila shopping online terutamanay milkdeal, groupon dan everyday ni, apa saja promosi mesti tangan ni gatal je nak klik beli juga. Saya ada lagi 2 kupon nak redeem tapi tak sempat-sempat lagi nak ke tempat tu untuk redeem. Dahla sebelum ni dah burn 2 kupon...alahai buat rugi duit je. Tapi nasibla barang yang saya beli tu murah je tak la rasa menyesal sangat kalau burn pun. Berbalik pada karaoke Kara ni, Prince Raf yang beli di sini. Seorang sepuluh ringgit untuk melalak selama 3 jam, murah juga.
Selesai melalak sampai suara pun dah serak dan perut pun sama-sama buat konsert malalak juga meminta untuk disi, kami pun singgahla makan dekat Kenny Rogers Roasters. Inilah hidangan yang biasa saya pilih setiap kali ke KR....Kenny's Quater Meal dengan 3 side dishes iaitu macaroni n cheese, aromatic rice and fresh fruit salad.
Kuahnya saya ambik smoked bbq, tak cukup kuah boleh minta tambah semangkuk lagi
Minuman...hot cappuccino
3 ulasan:
perlu memeriksa:)
memeriksa apa?
I savour, cause I found exactly what I was having a look for.
You've ended my four day lengthy hunt! God Bless you man. Have a nice day. Bye
My web site know memes
Catat Ulasan