Selasa, 18 Oktober 2011

Kek layer coklat dan cheese

Terasa nak buat cupcakes lagi tapi nak buat versi sendiri. Memandangkan cheese brownies mendapat sambutan ramai, saya nak try buat versi cupcakes pula tapi kali ni nak buat berlayer-layer.

Saya buat adunan kek coklat dulu tapi saya guna resepi yang paling mudah sebab saya guna sebiji telur dan minyak canola dan buttermilk. Saya tak suka guna butter sangat buat kek sekarang ni dan tak suka juga guna banyak telur sebab tak elok untuk kesihatan sama.

Mula-mula saya whisk sebiji telur+esen vanilla+vanilla sugar+minyak canola. Kemudian dalam mangkuk lain saya whisk tepung gandum+garam+baking powder+baking soda+serbuk koko. Kemudian saya campurkan adunan basah dan adunan kering bersama dan saya masukkan buttermilk.

Dalam muffin pan, saya aturkan kertas cupcakes dan saya tuangkan 2sudu adunan kek dan bakar selama 10 minit menggunakan api atas. Selepas tu, saya masukkan adunan cheese atas lapisan kek. Saya bakar lagi selama 10 minit dengan api atas saja kemudian diulangi dengan lapisan kek semula. Adunan cheese ni saya whisk telur+cream cheese+gula+esen vanilla

Selepas selesai melapis, saya bakar selama 10 minit dengan suhu 180C dengan menggunakan api atas dan bawah. Kalau kek tak cukup masak boleh tambahkan masanya sebab oven tak sama kepanasannya dengan oven yang lain.

Tengok..kek saya dah naik, alhamdullilah tak melimpah sebab takut jugak sebab masa isikan adunan kek tadi dah penuh kertas cup ni.

Seronoknya resepi ciptaan saya kali ni menjadi lagi, next time boleh buat lagi.

Tengok...dah jadi berlayer coklat dengan cheese hehehehe. Meh semak resepi pula....
Bahan:
1 1/3 cups all purpose flour
½ teaspoon baking soda
½ teaspoon baking powder
¼ teaspoon salt
1 cup sugar
1/3 cup canola oil
1 large egg
1 teaspoon vanilla
1/2 koko
3/4 cup buttermilk

Caranya:
Panaskan oven pada suhu maksima
In the large bowl, whisk together flour, cocoa powder, baking soda, baking powder dan salt.
In another bowl, whisk together sugar, oil, egg and vanilla until smooth. Alternately whisk flour mixture and buttermilk, making three additions of flour mixture and two of buttermilk. Beating until batter is smooth. 

Bahan-bahan lapisan cheese: 
150g cream cheese
1 cup sugar
1 egg

Cara-cara:
Beat the cream cheese until fluffy.
Whisk together egg and sugar until smooth



*Masukkan 2 sudu adunan koko dan bakar selama 10 minit dengan suhu 180C dengan api atas.
Keluarkan kek dan masukkan adunan cheese dan bakar selama 10 minit dengan api atas juga.
Masukkan baki adunan koko dan bakar lagi selama 10 minit dengan api atas dan bawah.


Selamat mencuba

Tiada ulasan: