Khamis, 9 Februari 2012

Bun dalam cupcake

Bawak bun ni buat breakfast kat opis. Makan dulu sebelum buat kerja untuk menjana kembali gula dalam darah, takla pening buat kerja bila perut kosong.


Taraa...bun dah siap, dah nak keluar rumah pi kerja tu sempat lagi nak tayang bun yang baru bakar awal pagi. Bawak sikit buat bekalan. Best tau buat bun kalau hasilnya menjadi. Saya ada petua sikit macam mana nak bagi bun ni lembut. Bak kata mr.soulmate, saya ni profesor teori sebab saya suka buat kesimpulan saya sendiri. Macam bun ni saya ada buat teori saya sendiri, tapi taktau la betul ka tak tapi teori ni terhasil dari pengalaman dan kegagalan sebelum ni. Yela sebelum bun ni nak jadi cantik mesti melalui saat-saat kedukaan iaitu bun tak naik, keras macam batu dan macam-macam lagi la. Entry bun sebelum ni klik sini, sini, sini, sini, sini dan (sini ni scone silap, bukan roti).

Bagi saya roti yang lembut bergantung pada yis yang akan berkembang mekar hehehe. 
Ini yis yang saya campurkan dengan secubit gula dan air suam, saya biarkan selama beberapa minit. Tapi yis ni tak ada reaksi pun kan. So saya buat kesimpulan sendiri bahawa yis ni kalau uli dengan tepung pun dia akan statik jugak, tinggalkan 2hari 2malam pun dia tak akan kembang punya. Bila kesnya jadi macam ni, daripada membazirkan tepung, baik saya buang terus yis ni. Next buat cara lain pula....

Ok.....kali ni saya bancuhkan yis dengan secubit gula dan sekotak susu. Saya biarkan selama 2 minit dan saya nampak yis ni ada perubahan sikit kemudian saya masukkan sebiji telur dan kemudian selang beberapa minit lagi...ha hambik ko dia punya reaksi tak mau-mau kembangnya. Aktif sungguh bakteria yis, seronok la tu orang bagi makan sedap-sedap, jadi demok dan beranak pinak pulak. Berbeza sungguh dengan gambar yang satu lagi tu.


So, saya punya teori kalau yis jadi macam ni memang confirm roti yang bakal nak buat ni akan lembut dan sedap.

Selepas proses uli menguli dan direhatkan, roti ni saya gentelkan sebesar guli dan masukkan dalam kertas cupcakes dan biar je dia membesar bagaikan juara. Oh lupa lak, roti ni saya masukkan coklat cip dan cranberries, saja penambah perisa dalam bun ni.


Selamat membuat eksperimen hehehe....

Tiada ulasan: