Hidup saya tak betul sikit sejak kebelakangan ni...sikit ke?atau banyak?yang pasti emosi memang tak stabil kot eh takla susah nak cakap. Saya tengah pertimbangkan antara belajar secara sepenuh masa dan kerjaya saya. Kadang-kadang kita selalu buat keputusan berdasarkan keadaan dan sanggup berkorban untuk orang lain sampai mangabaikan kata hati. Apa kata kita dengar pula kata hati mana tau kot-kot kita boleh buat keputusan yang terbaik. Kata hati saya adalah saya sangat berkobar-kobar untuk menyambungkan pelajaran di peringkat lebih tinggi dari sekarang tapi terlalu banyak pula halangan. Kalaula saya ni dalam dunia Naruto, dah lama saya buat Kage Butsi Ninjutsu iaitu teknik pembahagi bayang hehehe lama tak layan naruto.
Dalam keserabutan melanda otak dan hatiku ni baik jamu tekak dengan makanan yang lazat ni. Nak kata kek tak dak rupa kek dah, nak kata ais krim pun tak nampak macam rupa ais krim tapi dessert ni diadaptasi dari Strawberry Yogurt Cheesecake tapi versi dalam jar.
Dessert ni memang sangat menggoda tekak okeh dan sekali suap memang takleh nak berenti sampai ke titisan akhir. Cuma next time kalau nak buat versi jar ni takyah nak padatkan biskut di lapisan bawah sekali sebab kalau buat kek bolehla letak biskut sebab bila potong kek, tak berterabur lapisan yogurt dan cream cheese nanti. Kalau dalam jar ni tak kisahla cuma cedok je guna sudu macam makan ais krim je rasanya.
Resepinya pun sama ja macam dalam entry Strawberry Yogurt Cheesecake saya yang lepas.
Alahai sekejap je habis, rasa macam nak makan lagi.
Selamat menjamu selera.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan